13 March 2012

SNSD New MV - Time Machine, Aigoo... MV Sedih Lah Pulak

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello SONE! semalam, 12 Mac 2012, SNSD dah pun released Teaser untuk MV terbaru dorang iaitu Time Machine. untuk pengetahuan semua, ini adalah Japanese song.

So SONE sekalian, check out the teaser below~



***

Baru je semalam official teaser untuk lagu ni released, hari ni, 13 Mac 2012... official MV dia pulak released. cepat gila kan. so, apa lagi. ecstatic lah aku =D



***

Tapi, lagu ni... sedih lah pulak. ditambah lagi dengan scene menyanyi dalam hujan tu. aigoo. memang takde dancing segala bagai lah dalam MV ni. hanyalah menyanyi dan menyanyi dan sedih. pape pun, lagu ni tetap best pada pendengaran aku. go go go SNSD! =)

***




Selain tu.... aku nak juga share pasal projek terbaru artis-artis bawah naungan SM Entertainment yang lebih dikenali sebagai SM Town. dah lama aku ternanti-nanti bila SM Town nak collaborate lagi selepas beberapa lagu ni~ 




SM Town - Only One Love
Lagu SM Town yang released pada tahun 2008

***




SM Town - Santa U Are The One
Lagu SM Town yang released pada tahun 2011

***

So, untuk tahun ni, artis-artis SM Entertainment bakal bekerjasama semula untuk pembikinan album SM Town. projek ni diberi nama 'I AM' =)




Tapi, album penuh akan keluar lambat lagi. dalam pertengahan tahun 2012 ni. so, apa kata korang tengok teaser dia dulu. nanti kalau full song dah released, aku akan update. as for now, enjoy this teaser first =)




Update : MV untuk I AM OST (SM Town) - Dear My Family ni dah released pada 24 April 2012 =)




12 March 2012

Segmen Bermanja Dengan Bang Wan

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers. jom kita tengok video ni kejap~

video

Budak kenit yang lelaki tu namanya Asyraaf Zafran. tapi aku panggil Acap je. umur dia 2 tahun 9 bulan. mulut dia memang kecoh sikit =)

Si kenit yang perempuan tu pulak namanya Anniz Sofea. nama manja nya Anniz. baru 1 tahun 3 bulan. butir percakapan dia tak jelas lagi tapi dah pandai marah orang =D

Budak kenit yang pakai baju hitam tu hanya mahu dikenali dengan nama Zaf. umur dia 19 tahun *errrrkkkk... bukan budak kenit, dah tua bangka rupanya*. hahaha XD


Acap dan Anniz =)

***

Dua-dua budak comel tu adik beradik. dorang tu anak jagaan mak aku. memang jadi penyeri dan tukang kecoh lah dalam rumah aku tu. 


Budak tua bangka tu pulak adik lelaki aku. kalau dia ada kat rumah, memang jadi mangsa lah. dia je kena jadi kawan bermain Acap dan Anniz. Acap.... sikit-sikit, Bang Wan. sikit-sikit Bang Wan. selamat aku. hakhakhak=D

Anniz pulak, pantang nampak Bang Wan. memang nak bermanja jelah. kecik-kecik dah pandai menggatal. ikut perangai sape lah tu. ahaks =P

***

Tapi, bila tengok balik video tu, fail lah pulak adik lelaki aku tu nak jadi bapa mithali. Anniz lagi bertambah nangis bila kena dukung dengan dia. kata dah tak sabar nak kahwin. tapi budak kecik nangis pun tak reti nak pujuk. kahkahkah =D

03 March 2012

Kisah Cinta Aku

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hai readers yang excited nak tau kisah cinta aku! ahaks ahaks.

Errr... betul ke korang klik entri ni sebab nak tau kisah cinta aku? masalah nya, aku tak bercinta. mana lah nak ada kisah cinta. kahkahkah =D

Jadi, aku tumpang kisah cinta orang lain. aci tak? hahaha~ 

***

Ni dia.... Cinta Kura-Kura~




KRU ni saja je buat filem pakai nama Kura-Kura. tak pasal-pasal orang ingat ni kisah cinta aku. muahahaha *ketawa perasan*.



Dapat lah aku tumpang femes =P

***

Buat sape-sape yang nak tau lanjutan kisah cinta 'aku' ni *hakhakhak*, boleh lah baca sikit info filem ni sebelum korang tengok kat pawagam terdekat~

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani (Tiz Zaqyah) bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Razak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya. Jiran Nani, Adam (Aeril Zafrel) telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly (Fizz Fairuz), seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Pengarah :  Nizam Zakaria

Penerbit :  KRU


***

Ok, sekian kisah cinta aku. HAHA! =D

* sumber gambar : pakcik Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...