07 September 2015

OPEN TRIP TO KOREA by kurakuraygslow. Cepat cepat. Air Asia tengah promo ni.

Assalamualaikum & annyeong haseyo...
 
Hai Kpop fans & Korean Drama lovers! Tahukah anda Air Asia tengah buat promo murah murah ke Seoul pada masa ini? Dan tahukah anda flight ticket KL-Seoul return hanyalah dari RM600 seorang?



Jangan lepaskan peluang ini untuk merancang percutian anda ke Seoul! :)


***

Oleh kerana aku ingin ke Seoul lagi pada tahun depan *hihi*, jadi aku ada buat OPEN TRIP TO KOREA by kurakuraygslow untuk anda semua~




HARGA TERMASUK (harga dalam PER PAX):
Flight ticket pergi dan balik, guesthouse (private triple room), public transportation (train), meals dan entrance fees.

HARGA TIDAK TERMASUK:
Personal expenses for shopping.

MINIMUM JEMAAH TRIP: 3 orang

MAKSIMUM JEMAAH TRIP: 6 orang

Katakan geng korang ada 3 orang je, tapi korang nak dapatkan harga for 6 pax... boleh je campur dengan geng satu lagi yang juga ada 3 orang je :)

Kenapa tempahan dibuka sampai 13 September 2015 sahaja?
Sebab Air Asia buat promo sampai tarikh tu je. Hihi. Kalau promo tu dah habis, tak dapat lah harga RM600++ untuk flight ticket tersebut. Kenalah beli dengan harga biasa (dalam RM1,000++).

Kenapa ada deposit RM700?
Aku nak beli flight ticket bukan pakai air liur. Kena pakai duit. Hiks. Jadi, deposit tu untuk bayar flight ticket korang :)

Baki duit tu nak bayar bila?
Boleh bayar sikit-sikit ikut suka hati korang. Pastikan dah bayar penuh sebulan sebelum bertolak :)


***

Macam mana kalau saya takde RM700 sekarang ni. Tapi saya nak sangat ke Korea tahun depan :(


Jangan khuatir jangan risau! kurakuraygslow open trip ni sampai tahun depan! Yeay!


Kalau korang belum cukup duit, tapi teringin nak follow aku ke Korea... aku ada buat GROUND PACKAGE jugak~




Beza ALL-IN PACKAGE dengan GROUND PACKAGE adalah:
ALL-IN siap dengan flight ticket. GROUND pulak korang kena beli flight ticket sendiri :)
Bermaksud, pandai-pandai lah korang uruskan flight ticket masing-masing. Bila dah confirm nak pergi, boleh contact aku. Deposit hanyalah RM200 seorang. Baki nya boleh bayar sikit-sikit ikut suka hati. Pastikan sebulan sebelum bertolak dah buat full payment :)


***

Berikut merupakan tempat-tempat yang bakal dikunjungi dalam OPEN TRIP TO KOREA by kurakuraygslow~




***

Aku dah pernah ke Korea sebanyak dua kali. Inshaa Allah bakal menyusul kali ketiga. Hihi. Memandangkan aku hanyalah orang perseorangan, jangan lah harap trip aku ni nak selesa macam trip dengan travel agency ye. Sila lupakan segala kenikmatan bersandar dalam bas mahupun tidur kat hotel 4 bintang :P




Sape-sape yang nak follow trip aku, pastikan korang mempunyai kudrat yang superb okay! :)


***

Buat mereka yang berminat nak follow trip ni, boleh tinggalkan komen kat bawah. Kalau malu-malu kucing, boleh PM aku kat FB Kura Kura Ygslow atau pun FB Page Blog Kura-Kura. Annyeong~


15 comments:

Salsabila said...

aduh, stressnya dik tengok promo best ni... *nanges*

kurakuraygslow said...

Hehe kalau husband akak tak bagi jalan jauh2 sendiri, akak book la tiket flight jalan dekat2 dengan husband. Tengah promo lagi ni kak :)

Jari Manis said...

jap g nk baca..tinggal jejak dulu

Jari Manis said...

menarik cuma bln 7 to 8 is summer kan? cuaca seperti msia kan

"Summer lasts from June to early September. It is a hot and humid time of the year."

sis JM pun akan ke sana next year on april

good luck kura2..semoga success trip ni nanti

kurakuraygslow said...

Yup masa tu summer. Kalau boleh nak buat autumn, malangnya Kura-Kura akan habis belajar masa summer. Haha. Timing tak kena lah JM >.<

Katanya summer kat Korea windy. Tak sebahang Malaysia. Takpe lah, nak rasa cuaca panas negara orang. Selalu sangat merungut kat negara sendiri, nak tengok merungut tak kat Korea nanti. Kekeke :P

Selamat ke Korea buat kali ke-5 JM :D

kurakuraygslow said...

Eh silap taip. Yang ke-4. Hehehe :D

across the horizon said...

alaaa menariknya tapi baru baca hari ni so dah terlepas tarikh promo utk all in tuuuuu TT plus time ni baru start intern so mcm tak boleh je nak pergi.. apa kata nanti buat lagi sekali promo ni masa 2017 hehe in sha Allah boleh ikut

kurakuraygslow said...

across the horizon: Susah nak janji akan buat lagi time lain sebab mungkin dah kerja waktu tu :)

sweet gurl said...

Bole join x? Haha.. actually ada plan nak pi juga thn depan tp sy bkn nak pi seoul je, nak pi busan and jeju island sekali.. last trip dah pi seoul and jeju juga..

kurakuraygslow said...

sweet gurl : InsyaAllah tahun depan saya akan ke Jeju dan Busan pulak. Boleh je nak buat open trip ke Seoul, Jeju dan Busan pada tarikh 30/7 - 6/8 tahun depan memandangkan trip yang saya offer kat atas ni pun masih belum ada orang. Haha. Tapi style saya tour guide yang mengamalkan prinsip backpackers. So ada sikit upah untuk saya lah ;-) Kalau berminat, boleh komen lanjut :)

sweet gurl said...

Ooo.. tarikh tu memang dah tetapkan ke? dah beli tiket flight ke? Hehehe.. sy plan nak pergi pertengahan bulan 10.. time daun betul2 tengah merah and oren.. trip sebelum ni pun sy backpackers juga..

kurakuraygslow said...

Aah dah tetap sebab waktu tu je saya cuti :) Dah beli tiket flight yang promo :P Tulah lagi best kalau pergi mid-autumn. Tapi nak buat macam mana. Tarikh cuti saya jatuh kt summer :(

sweet gurl said...

Oo... hehe.. next time bole pi time mid-autumn.. so, beli tiket terus ke busan n jeju ke? Hehe.. tak dpt la sy nak join.. sy pun mencari partner juga ni... hehe

kurakuraygslow said...

Yup beli tiket Jeju dan Busan. Hehe takpe lah. InsyaAllah rezeki waktu lain :)

Anonymous said...

I have been reading out many of your stories and i can state clever stuff.
I will definitely bookmark your site.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...