23 July 2015

Testing : Planning for Budget Trip to Korea by kurakuraygslow

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Kpop fans & Korean Drama lovers sekalian. Selamat Hari Raya uolllsssss! Maaf atas segala silap dan salah aku sepanjang berblogging di sini. Walaupun rasa macam takde salah pun. Haha!

Dalam entri #2ndtriptokorea hari tu, aku ada acah-acah nak buat open trip to Korea lah kononnya kan. Siap buat polls lagi. Tak sangka ada yang vote. Kehkeh.


Terima kasih pada yang vote!


Hmmmm ramai jugak yang vote 'saya nak'! Percaya sangat uollllssss ni kat kurakuraygslow yang masih lagi slow dalam bab-bab crush dan utuh menyembunyikan identiti dirinya yang sebenar. LOL.

Tahun depan inshaa Allah aku grad. Ingat nak pergi ke Korea lagi lepas grad tu. Hihi. Tak berkembang langsung minda kau Kura-Kura. Asyik Korea je! Macam takde negara lain.

So, iuollllsss rasa nak buat OPEN TRIP lah. Nak ajak kawan sendiri, belum tentu mereka ada ongkos nya. Jadi, aku mau ajak sape-sape yang punya ongkos dan percaya sama aku.




Inshaa Allah aku habis professional exam pada 29 Julai 2016. So, bermula 30 Julai 2016 sehingga awal bulan Ogos 2016 lah aku nak pergi ke Korea lagi. Masa tu summer season. Senang cerita, kalau nak main salji jangan pergi musim ni. Huhu.




Kalau mengikut plan, aku nak cover tempat-tempat berikut~


Tourist Attractions

·   Nami Island

·   Namsan Tower / N Seoul Tower

·   Seoul Global / Myeongdong Tourist Information Centre (wearing hanbok)

·   Trick Eye Museum (3D Photo Museum)

·   Samcheongdong

·   Bukchon Hanok Village

·   Gwanghwamun Square

·   Cheonggyecheon Stream

·   Gyeongbokgung Palace

·   Seoul Central Mosque

·   Demilitarized Zone (DMZ)



Korean Variety Show / Korean Drama Shooting Places

·   Ihwa-dong Mural Village (Rooftop Prince)

·   Petite France (Running Man, My Love from the Star)

·   Ewha Womans University (Running Man)

·   Incheon Songdo Central Park (Daehan Minguk Manse triplets)

·   KBS Exhibition Hall

·   Han River (cycling)



Kpop Lovers

·   SM, JYP, FNC, Cube, YG Building

·   Lotte Young Plaza (SM Town Stardium, YG outlet)

·   SM Town Coex Artium (sightseeing only)

·   Chanyeol’s Dad Café (may order drinks on your own expenses)

·   Chanyeol’s Mum Restaurant (may order drinks on your own expenses)

·   Kai’s Noona Café (may order drinks on your own expenses)



Shopping

·   Myeongdong

·   Dongdaemun

·   Insadong

·   Namdaemun Market





HARGA TERMASUK (harga dalam PER PAX):
Guesthouse, public transportation, Korean meals at Muslim-friendly restaurant and entrance fees.

HARGA TIDAK TERMASUK:
Flight ticket and personal expenses for shopping.

MINIMUM JEMAAH TRIP: 3 orang

MAKSIMUM JEMAAH TRIP: 6 orang




Aku bukan travel agent. Aku hanyalah manusia biasa yang sangat sukakan Korea, mampu menulis dan membaca tulisan Korea serta mampu berkomunikasi dalam Bahasa Korea (sikit-sikit je). So, jangan lah expect trip aku ni nak selesa macam trip dengan travel agency ye!




Itinerary aku umpama jadual askar. Sangat padat dan sendat. Keke. Bukan apa, dah pergi negara orang jauh-jauh... takkan nak tidur 25 jam. Betul tak? Alah seminggu je pun bangun awal pagi dan balik lewat malam. Kat Malaysia nanti tidur lah puas-puas. Tak nak bangun pun takpe.

So, korang rasa okay tak planning for budget trip aku ni? Kalau aku tengok respons daripada penonton macam okay, aku akan carry on dengan plan ni. Kalau respons tak okay, aku pergi sorang-sorang kot. HAHA!


Yeay kurakuraygslow betul-betul nak buat OPEN TRIP TO KOREA ni!!! Sila klik sini untuk keterangan lanjut :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...