Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

04 September 2011

Senaman yang perlu diamalkan kalau nak kaki cantik macam SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Ya cik adik dan cik abang sume. bagaimanakah sambutan hari raya anda? tentu hebat bukan. sudah pasti sambutan hari raya anda dipenuhi dengan aktiviti melahap segala juadah yang tersedia di atas meja tanpa memikirkan apa-apa.


Betul, Malaysia memang kaya dengan pelbagai juadah yang beraneka macam sehingga digelar 'lubuk makanan'. butang seluar yang pada awalnya berkancing pasti akan dibuka pabila perut mula dirasakan kepadatannya.


Jadi, adakah kini kerunsingan sedang membelenggu jiwa anda berikutan berat badan naik mendadak tanpa dapat dikawal? bagi para gadis, adakah lemak anda semakin galak berkumpul di bahagian pinggang dan paha? badan yang pada mulanya begini...


telah menjadi begini?


Ya, jangan risau jangan sedih cik adik dan cik abang sume. anda tidak perlu lagi menahan lapar untuk mengembalikan kelangsingan badan. anda juga tidak perlu membazirkan wang membeli JusMate Dr. Rozmey semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

tertawan dengan senyuman saya? mari mari beli JusMate ini. gerenti ok!

Kini, hanya dengan senaman ringkas yang tidak merumitkan, anda mampu mendapat kaki yang cantik begini.


Ya, ini memang kebenaran. bukan rekaan. hanya dengan beberapa minit senaman ringkas, bentuk kaki sebegini mampu diperoleh.

(sila klik sini untuk Full Version on YouTube)


Dengan nisbah 5 : 3 : 2, sememangnya kaki anda yang paling cantik jika hendak dibandingkan dengan kaki jiran-jiran anda. sudah pasti kucing peliharaan anda juga akan mengiau kecemburuan. burung-burung yang sedang berterbangan bebas juga akan terjatuh ke tanah ekoran terlanggar pokok pabila asyik memandang anda.

jeles I tau. tu yang sanggup drive nak pergi Fitness Class tu

Oleh itu, amalkan lah senaman ringkas tersebut sebanyak 3 kali dalam sehari. nescaya, kaki idaman anda mampu dimiliki. ya, ini memang kenyataan. bukan rekaan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian bertol 1-300-88-2525 (lebih senang pakai Touch'nGo). atau boleh juga e-mel kan pertanyaan anda ke alamat e-mel cicitdrrozmey@gmail.com.

Ini rekaan. bukan kenyataan.

29 August 2011

Suasana Raya di Negara Sendiri vs Suasana Raya di Negara Orang

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Pernah tak korang terfikir, di saat kita sume tengah seronok sakan beraya...



Ada insan yang sedang berjuang bermatian-matian kat luar sana, semata-mata untuk meneruskan hidup...



So, kita kena lah bersyukur banyak-banyak memandangkan kita dah pun duduk dalam negara yang aman damai tanpa peperangan mahupun masalah kebuluran yang serius. jangan cemari kedamaian ni dengan sebarang persengketaan atau kekacauan ok =)

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim : 7)



Pape pun, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 sekaligus Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sume pembaca blog ni. tak kisah lah korang tu tua ke, muda ke, lelaki ke, perempuan ke, dah kahwin ke, masih bujang trang tang tang ke... sume warga planet Bumi boleh. hatta yang belum lahir ke dunia pun boleh... kehkehkeh =P


Aku jugak nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada di antara entri-entri aku yang telah mengguris pankreas korang. percaya lah, aku takde niat walau sebesar kismis sekalipun (mungkin sebesar semut ada.. hehe). kalau aku ada buat salah, tegur-tegur lah ye. takde manusia yang sempurna kat dunia ni. buat sape-sape yang pernah buat salah kat aku tu, korang takyah risau... aku dah pun maafkan. well, hidup ni kena lah saling bermaafan. ye tak?

All in all... aku sayang sume pembaca blog ni. thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni. kalau nak duit raya mintak lah kat orang kaya ok. aku tak kaya... hehehe. peace~


* pagi raya baru aku dan family bertolak balik kampung. pape pun, semoga perjalanan kitorang dirahmati. amin~

26 August 2011

Mood raya lebih menebal bila duduk hostel

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello orang yang tak sabar nak raya. kepada awek-awek kiut, dah berapa pasang baju raya korang beli? kepada jejaka-jejaka kacak, baju raya tahun lepas masih elok kan? so, korang takyah lah beli baju baru. baik duit tu bagi kat kitorang yang perempuan ni, buat beli baju raya lagi empat lima pasang... ngehehe.

***
Ok back to the topic. korang rasa tak yang perasaan excited nak sambut raya semakin pudar bila seseorang tu dah berusia belasan tahun, malah nak mencecah umur 20-an dah pun. kan kan? lain lah budak-budak kecik yang baru nak mengenal erti baju raya, duit raya, mercun raya dan hantu raya. konfem-konfem kaum ni lah yang paling happy beraya sampai tak ingat dunia.


Tambahan pulak kalau memang sepanjang 20 tahun tu lah duduk dengan family. kampung pun kat belakang rumah je. keluar rumah, jumpa atuk. pergi sidai kain belakang rumah kejap, jumpa nenek. tak pernah rasa istilah 'balik beraya di kampung' pun. so sad. (yang pasti golongan ni bukan aku.. hehehe)

Tapi, sedekat-dekat kampung korang pun, semalas-malas korang sambut raya pun, perasaan excited nak sambut raya tu tetap akan hadir bila korang duduk hostel masa bulan puasa. tak kisah lah korang sekolah berasrama penuh ke, separuh ke, belajar kat menara gading gajah ke... memang korang akan jadi insan paling happy bab nak sambut raya ni. betul tak? (orang yang tak duduk hostel tak layak jawab)


Yeay... aku pun pernah rasa tu tahun lepas. sepanjang hidup aku selama 17 tahun, memang aku selalu je berpuasa kat rumah dengan family. orang tak pernah duduk asrama kata kan.. hehehe. (sebenarnya aku pernah duduk asrama dua bulan masa form 1, pastu aku cabut... hahaha) 

Tiba-tiba pulak, tahun lepas... takdir telah memisahkan aku daripada family yang tercinta. terpaksa berpuasa jauh daripada mak ayah... huhuhu. *ok aku saja je menggedik, dah aku belajar kat universiti masa tu, memang lah kena duduk hostel... hehehe* so, nak tak nak aku kena lah berpuasa dengan housemates pulak. (mungkin aku patut tunjukkan mood happy dengan letak smiley). macam ni =)

***
Ok aku tak boleh lupa waktu malam pertama terawih, tak pasal-pasal aku termenangis sebab ingatkan family. haha.. malu sungguh waktu itu. entah macam mana boleh ter'touching' bagai pulak. padahal tiap dua minggu balik rumah... kehkehkeh.


Kemudian, hari pun berganti hari. aku tetap meneruskan rutin harian seperti biasa. tetap turun naik tangga batu caves yang menjadi mercu tanda UiTM Puncak Alam tu macam biasa. sebagai pelajar yang berdedikasi, kita perlulah sentiasa bersemangat walaupun ketika menjalani ibadat puasa. eceh! ayat nak bega. 

Makin lama raya pun makin dekat. waktu tu pulak kebetulan cuti Hari Kemerdekaan. apa lagi, housemates aku yang sememangnya bersemangat raya mengalahkan budak umur lima tahun pun berpakat-pakat nak kemas rumah. raya kata kan. kenalah kemas rumah. baru raya namanya.. hehehe.


Mula-mula sekali, kitorang mempersanggupkan diri menapak jauh-jauh ke mart kat blok lelaki. yeah, semata-mata nak cari kad raya. apa lah erti raya tanpa kad raya kan... haha *padahal tahun-tahun lain tak pernah fikir kad raya pun* errr... sebab apa kitorang pergi blok lelaki? mungkin sebab blok perempuan takde jual kad raya kot... kehkehkeh. pastu pergi beli juadah berbuka sikit sebab lepas ni kena kemas rumah.

Balik-balik je, kitorang pun terus bahagi tugas masing-masing. memandangkan dalam rumah aku cuma ada dua group lecture iaitu group E dan G *sape tak paham abaikan jelah*, kitorang pun kena mengemas ikut group lecture masing-masing. group E cuci toilet, group G kemas ruang tamu. aku group E, so... toilet lah date aku.

Tak padan dengan puasa, riuh rendah rumah kitorang bila aku pergi pasang lagu raya kuat-kuat dalam toilet. baru lah ada semangat nak menyental mangkuk tandas kan... hahaha. kalau ada jiran-jiran satu blok bising, maksudnya dorang jeles dengan kemeriahan rumah kitorang. kehkehkeh. (aku tak tau apa jadi dengan group G kat ruang tamu, harap-harap dorang sihat sejahtera lah hendaknya)...... oh dorang memang sihat sebab dah berjaya tampal kad raya tu sume kat dinding macam ni....


* kalau korang nak tau, kitorang gelarkan diri kitorang ni SNSD. sebab housemates aku ada 8 orang sume nya. kurang sorang ahli je dari SNSD... hehehe.

Dah habis part mengemas, tiba lah part yang paling tak boleh blah. kitorang pergi jemput jiran sebelah rumah berbuka kat rumah kitorang. hahaha. tetiba rasa macam makcik-makcik yang ajak jiran datang kenduri. "senah, jemput lah datang berbuka kat rumah aku nanti. ada buat cekodok sikit". ngehehe. (dialog hanyalah rekaan semata-mata)

Finally, azan Maghrib dah mai dah. masing-masing pun berbuka dengan lahapnya sopannya. then macam biasa, habis makan, kemas pinggan sume dan say goodbye to jiran. pastu pergi terawih. dan rutin kitorang pun berjalan macam biasa. (skip part biasa-biasa tu)

***
Sehari sebelum kitorang balik beraya kat rumah masing-masing, alhamdulillah kitorang sempat buat majlis khatam Al-Quran. setakat majlis sendiri-sendiri je. takde jemput jiran pun kali ni... hehehe.


Malam tu pulak, salah sorang daripada housemates aku nak balik Terengganu. kitorang pun pakat hantar dia sampai dataran yang ada kat tengah UiTM Puncak Alam. *sampai skang pun aku tak tau apa nama dataran tu*. sesi melambai-melambai sambil say goodbye pun berlangsung dalam keadaan penuh syahdu sampai lah bas dia hilang daripada pandangan mata kitorang. errr.. sebenarnya aku pun tak paham apsal kitorang tersyahdu sangat masa tu... hehehe.

Esoknya, barulah kitorang yang duduk area Pahang, Selangor dan Johor balik rumah masing-masing. excited giler nak beraya masa tu. sampai tak fikir dah ada Final Exam seminggu lepas raya... hehehe.

***
Ok habis pun cerita pasal pengalaman aku beraya as an asasian student tahun lepas. errkk... terpanjang ke cerita aku? hehehe. sori guys. tahun ni aku dah tak rasa excited sangat sebab sepanjang puasa aku ada kat rumah. mungkin tahun depan pulak kot aku rasa excited balik. harap-harap sempat lah nak beraya. tengok takwim tahunan pun macam takde raya je =.=

tak semangat nak raya macam mana sekali pun, Honey Cornflakes tetap aku buat. hehehe =D

***
Anyway... aku rindu kenangan sambut raya dengan korang sume, housemates. memories will never fade =)

Yuri's

Soo Young's

YoonA's

Hyo Yeon's

Sunny's

Seo Hyun's

Tiffany's

Tae Yeon's

Finally... kad raya yang di'sign' oleh jiran. errr... Wonder Girls maybe. kehkehkeh =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...