26 June 2015

BERJIMAT ATAU BERBELANJA? : Tips Menyimpan Duit

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello pencinta $$$ sekalian. ahaks! =P

Kebanyakan student IPT sekarang ni suka benar nak travel ala-ala backpackers. dah macam trend 2015 lah kiranya. sape tak pernah travel dia hijau!!! bhahahahaha =P

Errkkk tak elok bergurau cenggitu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. padahal aku pun tergolong dalam kategori sibuk nak travel tu. hiks! okayyyy marilah kita masuk ke topik yang sebenar atas nota yang serius (on a serious note).

***

Apa yang aku perhatikan, sekarang ni... ramai benar yang share cara simpan duit untuk kahwin, travel, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. memang macam-macam cara sangat. ada yang guna konsep simpan duit ikut warna lah, simpan duit ikut hari lah, simpan duit dalam balang lah, curi duit orang lah... eh yang tu tak.




Ada jugak yang cakap simpan duit dah tak relevan sebab mata wang semakin jatuh. better simpan emas. pape jelah labu. duit kau, bukan duit aku. emas kau, bukan emas aku. hihi.

Ramai jugak yang persoalkan kemampuan aku untuk travel walaupun masih belajar. yelah... pergi Korea dah dua kali. dah lah kos untuk travel ke Korea tu mahal yang amat. ayah aku kerja kerajaan je. mak aku pulak tak kerja. family aku bukan kaya pun. duduk pun kat rumah kuarters je. takde lah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. cuma kitorang tak mewah. hidup sederhana setiap masa.

Then, tetiba kitorang mampu pulak ke Korea. manalah orang tak mengata kan? tulah... orang suruh simpan duit kau berjoli sakan. bila orang lain mampu melancong, kau panas dah kenapa? hahahaha!




Secara jujurnya, aku tak layak pun nak share dengan korang semua mengenai cara-cara menyimpan duit. umur pun baru 23 uolllsss. bak kata orang tua-tua, masih berhingus lagi tapi ada hati nak mengajar orang. hak tuiiihhh =P

Akan tetapi, memandangkan aku mampu lah jugak mempunyai sedikit simpanan untuk masa depan dalam umur 23 tahun ni, rasa macam nak share jugak. lagi-lagi pabila mengetahui kebanyakan pembaca blog ni terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah dan IPT. seelok-eloknya, sikap suka menabung ni dah dipraktikkan sejak kecil lagi. tapi, andai kata korang tak pernah menabung... penting tau korang start dari sekarang untuk simpanan masa depan. jangan jadi muflis di kemudian hari.




***

So, berikut merupakan tips menyimpan duit atau menabung yang aku dah praktikkan sejak dulu lagi~


1. Aku mula menabung sejak sekolah rendah - simpan duit kat akaun bank mak

First of all, aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang amat mementingkan pendidikan anak-anak. walaupun mak dan ayah aku belajar sampai SPM je, dorang seboleh-bolehnya nak kitorang empat beradik berjaya hingga ke tahap yang tertinggi. oleh sebab itu, mak dan ayah aku menggalakkan kitorang menabung sejak kecil. kalau takde duit, camne nak sambung belajar kan.

Aku ingat lagi kitorang ada tabung memasing. masa tu tabung KFC femes gila. semua orang excited nak simpan duit dalam tu sebab asal masukkan duit je, ada muzik iringan bersama kecingan syiling yang baru dimasukkan tersebut. kekeke. pastu kitorang empat beradik bergaduh ke camne, tabung tu terjatuh dan pecah. hahahaha menangis!


(sumber carian : google)


Aku start simpan duit pabila dah masuk darjah 1. masa tu kan kita start dapat duit belanja sekolah daripada ayah. mak ayah dah ajar awal-awal, beli apa yang patut je kat sekolah. duit baki tu simpan dalam tabung. then, pabila dah kenal erti duit raya... semua duit raya yang aku dapat, aku akan simpan dalam tabung jugak. masa tu takde lah dapat banyak sangat macam budak-budak zaman sekarang. sebuah rumah dapat 20 sen je. okay lah tu daripada takde. daripada 20 sen sebuah rumah tu lah aku start menabung. bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit =)

Pastu bila dah habis UPSR, aku dapat banyak lagi duit sebab dapat 5A. hihi. sedara-mara bagi duit, sekolah bagi duit, mak ayah pun bagi duit sebagai galakan... so duit tabungan aku makin banyak. kecik-kecik pun dah jadi mata duitan uollllsss. hahaha. disebabkan duit aku dah makin banyak, tabung pun semakin penuh, jadi mak aku pun simpankan duit tabung tersebut ke dalam akaun ASB dia. umur belum cukup nak buat akaun ASB sendiri. so, menumpang akaun mak. nasib baik mak amanah. tak songlap duit aku tu. haha!


Budak-budak kecik memang mudah terpedaya dengan tabung kiut-miut macam ni termasuklah aku


Haaaa itu cite zaman sekolah rendah. zaman duit tabungan tak banyak sangat. janji ada. masa tu pun hidup ni mak ayah sponsor 100%. takyah pening-pening pikir masalah duit. pergi sekolah dapat duit belanja. baju sekolah kasut sekolah semua ayah yang belikan. antara nak-tak-nak je pasal menabung tu. aku terkejut jugak bila dapat tau, ada antara kawan-kawan aku yang tak pernah menabung dari kecik. aku tak nak komen lah pasal tu. mungkin itu cara didikan ibu bapa dorang. yang penting, aku bersyukur dengan cara didikan ibu bapa aku. lebiuuuuuollllssss mmuaaaahhhhh!


2. Ayah bukak akaun SSPN untuk adik beradik aku masa kitorang sekolah menengah - persediaan pinjaman PTPTN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan memohon pinjaman PTPTN masa kat IPT nanti. senang cite, semua orang yang nak mohon PTPTN perlu ada simpanan minima dalam akaun SSPN tu. kalau takde simpanan minima tersebut, korang tak boleh mohon PTPTN. ni semua sebab ramai sangat yang culas nak bayar balik PTPTN lah ni.

Memandangkan jarak umur antara aku, abang aku dan adik lelaki aku tersangatlah dekat, jadi ayah ambik langkah awal dengan cara menyimpan duit tabungan kitorang masa sekolah menengah ke dalam akaun SSPN tersebut. tak mampu punya ayah aku nak sara kitorang bertiga kat universiti nanti. paling-paling pun kena ambik PTPTN. huhu.




Jadi, kitorang tiga beradik ada akaun SSPN masing-masing beserta duitnya sekali. ofkos simpanan awal akaun tersebut daripada duit tabung kitorang. sampai ke sekolah menengah aku masih menabung okay! bila dah sekolah menengah, duit belanja lebih sikit dari sekolah rendah dulu. tapi aku bawak bekal dari rumah. mak masak sedap. kekeke. so, duit belanja tak digunakan sangat pun. banyak lah boleh masuk tabung. kecing kecing!

Zaman tu pun masih dapat duit raya dan hidup ini di-sponsor 100% oleh ayah. hihi. masih lagi tak pening memikirkan masalah duit. dah tu... nak buat apa kan duit tersebut. daripada duk berjoli sakan, baik menabung! toksah acah-acah kaya sangat nak beli smartphone. aku start dapat henfon lepas UPSR kot. tu pun henfon polifonik. sampai habis PMR aku pakai henfon tu tau. kiki =P


Oh memorinya henfon ini =D


Then, aku start dapat banyak gila duit lepas PMR sebab dapat 9A. hihi. dapat pulak Tokoh Pelajar kat sekolah. memang masyukkk gila lah masa tu. simpanan lepas PMR je dah beratus-ratus. so, ayah masukkan lagi dalam SSPN. rasanya masa tu simpanan aku dalam SSPN dah beribu-riban kot. dah lepas dah syarat simpanan minima tu.


 Dapat henfon ni sebagai hadiah PMR daripada mak. hihi


Lepas result SPM keluar... alhamdulillah aku dapat 10A, masyukkkk lagi lah kali ni. hiks! mungkin sebab darjat SPM lebih tinggi daripada PMR, so amaun yang aku dapat pun lebih tinggi. kiki. then, dapat lagi Tokoh Pelajar. masyukkkk lagi lah uolllllssss. kekeke. masa ni, mak pulak ambik peranan untuk sambung simpan duit pancingan SPM aku tu ke dalam akaun ASB beliau. secara keseluruhan, kalau dicampurkan kesemua hasil simpanan aku dalam akaun ASB tu adalah dalam empat ribu kot. pastu, mak keluarkan seribu untuk aku simpan dalam akaun bank sendiri sebab dah nak masuk universiti. jadi, ada baki lagi 3 ribu dalam akaun ASB mak. hihi =)


3. Habis SPM - kerja part-time - mencari duit poket

So, bila dah habis SPM... ofkos lah banyak masa untuk membuta kat rumah. kalau membuta duit masyukkk takpe. ni membazir air liur basi je. keke. masa tu jugak, aku start ambik lesen kereta. alhamdulillah ayah sponsor kos lesen aku tu. terima kasih ayah! hihi. oh ye, aku ambik lesen kereta je. lesen motor tak ambik. maklumlah... kaki pendek. kaki tak mampu untuk menjejak tanah kalau bawak motor. LOL.

Tapi, agensi tu buat hal lah pulak. lepas aku dapat lesen L, dia menghilang. kurang ajar betul. nasib baik kos lesen L dan lesen P asing. takde lah istilah ditipu pun di situ. cuma tergendala lah kejap urusan lesen kereta aku. so, sementara jumpa agensi lain yang lebih bagus, aku gedik-gedik nak kerja part-time.




Biasalah... kebanyakan budak lepasan SPM kan memang suka kerja part-time. konon-konon sebagai tanda berdikari kerana bakal memasuki fasa dewasa dalam hidup mereka. lulz. takpe lah... better bekerja kan dari merayap tak tentu hala. at least, dapat jugak duit poket =)

Aku bekerja kat kedai bunga masa tu. gaji ikut jam. sejam RM3. okay lah tu. kerja nya pun tak berat. aku kerja kat situ 4 bulan. purata gaji sebulan dalam RM300-RM400. first time gaji, aku terus bagi mak RM50, ayah RM50. konon dah dewasa sangat lah tu. hihi. then, baki nya aku buat belanja. masa ni lah baru sibuk nak beli macam-macam. beli beg lah, baju baru lah, Kpop merchandise lah. sebelum ni tak reti nak meminta-minta sangat daripada mak ayah. bila dah dapat gaji sendiri, first time pulak tu... tangan pun start gatal. hiks!




Tapi, disebabkan mak ayah dah ajar dari dulu... betapa pentingnya sikap suka menabung, so aku tetap simpan baki duit gaji tu dalam akaun bank sendiri. tak salah pun nak belanja kan hasil titik peluh sendiri. cuma perlulah berpada-pada. jangan boros sangat ;-)


4. Zaman asasi - zaman dah start dapat elaun = zaman menguruskan kewangan sendiri

Okeh itu tadi cite zaman sekolah yang mana mak ayah sponsor hidup aku 100%. juga zaman lepas SPM yang mana masa tu dapat duit gaji sikit je untuk berjoli. sekarang ni, kita dah masuk zaman asasi atau matrikulasi yang mana aku dah kena pandai-pandai hidup berdikari sebab dah dapat elaun sendiri.

Aku tak ingat sangat lah berapa elaun yang student asasi atau matrikulasi dapat masa tu. yang pasti, dalam seribu lebih per semester. masa tu, satu semester kat asasi 4 bulan lebih. so, aku pun start menguruskan kewangan sendiri ala-ala menguruskan duit gaji. hiks! kena ada akaun bank lain untuk duit elaun asasi ni. so, aku pun bukak lah akaun bank kedua.




Secara jujurnya, aku dah start buat BUKU PENGURUSAN WANG sendiri sejak asasi. hihi. tak kisah lah orang nak cakap aku kedekut ke, berjimat sangat ke... duit aku, bukan duit kau. kalau aku susah pun, bukan nya kau nak tolong pun. betul tak? so, takyah nak bising-bising atau perli-perli cara pengurusan kewangan aku kayyyy =P



Macam ni lah buku pengurusan kewangan aku. aku akan buat column duit MASUK dan KELUAR. dalam keluar tu pulak, harus lah ada part YURAN, BELANJA dan LAIN-LAIN. kenapa sampai ada 3 parts?

Penting untuk aku tau berapa elaun yang aku habiskan untuk bayar yuran. kiranya kalau duit cepat je berkurangan, boleh lah set dalam otak... ohhhh aku dah bayar yuran dengan duit tu.

Then, setiap pengeluaran daripada ATM aku akan kategorikan sebagai belanja. sebagai contoh, kalau aku keluarkan RM100, aku akan catit RM100 kat column belanja. apa yang aku maksudkan sebagai belanja? well... makan, shopping, jalan-jalan... tu semua belanja. habis je setahun asasi, aku jumlahkan perbelanjaan tersebut dengan pen merah. korang boleh nampak total RM2,150 kat situ. hihi.

Untuk column lain-lain pulak, kalau aku ada beli benda-benda penting untuk tujuan pembelajaran, aku akan catit kat situ. senang cerita, ini untuk mengingatkan aku yang aku dah spend banyak kat barangan tersebut. sebab tu lah elaun makin berkurangan. hiks!




Jadi, boleh lah aku anggarkan dengan lebih tepat... berapakah yang aku habiskan untuk perkara wajib iaitu yuran, dan berapa pulak yang aku habiskan untuk makan dan melagha ;-)

Senang cerita, ini lah hasil pengurusan kewangan aku semasa asasi. baki elaun tersebut haruslah disimpan ke dalam akaun bank pertama. oh ye, ayah aku tak pernah bagi duit belanja kat aku sepanjang asasi. dia bagi duit untuk beli buku je. kos sara hidup, kos melagha semua aku gunakan duit elaun. sape kata elaun asasi tak cukup untuk sara diri? cukup je kalau kita pandai menguruskan kewangan. asalkan jangan boros sangat. kalau tak mampu, buat cara tak mampu =)


5. Degree - biasiswa JPA - dugaan terhebat dalam menguruskan kewangan

Alhamdulillah... aku dapat CGPA 4.00 masa asasi. so, aku dapat sambung medic kat UKM dengan biasiswa JPA. toksah lah susah-susah pinjam PTPTN. hihi. ramai yang cakap... untunglah dapat biasiswa JPA. dapat banyak duit. tak risau pasal duit. takyah bayar pinjaman. bla bla bla.

Yesss aku akui. memang sangat beruntung dapat JPA. aku bersyukur sangat-sangat. memang dapat banyak duit pada pandangan mata kasar. tapi, ada sesuatu mengenai biasiswa JPA yang korang perlu tau. sila klik link di bawah =)


Memandangkan aku belajar kat KL, so aku dikategorikan sebagai penerima JPA kadar A. dapat biasiswa RM6,345 per semester (satu semester = 6 bulan). sape-sape yang belajar medic kat luar bandar tu, dorang berada dalam kadar B dan dapat dalam RM5,600 per semester. kurang RM700 dari kadar A. huhu.

Dapat biasiswa ni memang heaven ah. tak perlu pikir pasal nak bayar balik pinjaman lepas habis belajar. amaun yang dapat setiap semester pun boleh tahan banyak. asalkan... korang sanggup berkhidmat dengan kerajaan lepas habis belajar nanti. masa ni pun, ayah aku dah tak sara hidup aku kat universiti langsung. dia tak pernah bagi duit belanja pun. hihi.




Ramai orang ingat, setiap penerima biasiswa ada duit berkepuk-kepuk dan takde masalah kewangan langsung. it is so damn wrong okay. berbalik kepada perkara di atas, segala perihal kewangan ni bergantung kepada individu. kalau duit sikit, tapi pandai berjimat... konfem individu tu mampu menyimpan walaupun sedikit. kalau duit banyak tapi selera besar, sampai kiamat pun duit kau takkan pernah cukup.

Jadi, masa ni lah aku dah start buat financial planning yang planning habis! kalau ada orang tertengok buku financial planning aku tu, konfem dia ingat aku cheapskate. bagi aku, takpe cheapskate asalkan kau tak menyusahkan orang lain dan tak menyakitkan hati orang lain. prinsip aku... takde duit, buat cara takde duit.

Toksah lah berbelanja sakan beli baju baru, tudung baru, beg baru, kasut baru, gadjet baru kalau kesemua benda tu elok lagi. pastu mula lah cakap kat aku, banyak jugak eh duit kau Kura-Kura? memang lah duit aku banyak sebab aku tak membazir kat benda yang tak perlu ;-)




***

So, marilah kita menelusuri secara terperinci mengenai financial planning aku berbekalkan duit biasiswa tersebut~

p/s : tips ni aku khususkan untuk student IPT sebab aku perasan ramai dalam kalangan kita tak pandai uruskan kewangan. asalkan kita dah praktik dari awal, konfem takde masalah nak manage financial sendiri bila dah kerja nanti ;-) 


* Selesaikan pembayaran yuran terlebih dahulu

Okeh part ni paling penting. sejurus selepas duit biasisiwa atau pinjaman pelajaran masuk je ke dalam akaun bank korang, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membayar yuran. mana-mana makhluk yang duk sibuk berjoli sakan dengan duit tersebut sampai tak cukup duit untuk membayar yuran memang nak kena pelangkung. ini serius!

Lepas je biasiswa RM6,345 tu masuk dalam akaun, aku akan terus bayar yuran yang berjumlah RM1,800 secara purata (yuran pengajian + yuran kolej). so, akan ada baki RM4,545 untuk aku survive selama 6 bulan. senang cerita, aku cuma boleh spend maksimum RM750 sebulan. fineeeee! mesti ada yang cakap, banyak tu dapat RM750 sebulan. yesssss memang banyak pun. tapi, macam yang aku bagitau awal-awal tadi, kalau duit banyak tapi selera besar... sampai kiamat pun duit tak cukup ;-)

p/s : aku masih lagi menggunakan BUKU PENGURUSAN KEWANGAN yang sama dari zaman asasi =) 

Tahun 1

 Masa ni yuran tak mahal sangat sebab baru first year kot


Tahun 2

 Sebenarnya amaun masuk RM6,345. entah nape aku konfiden sangat tulis RM6,350. padahal beza RM5 je. LOL. masa ni aku stay kolej luar. memang mahal gila lah yuran gila i tell youuuu. haaaa nampak tak apa aku tulis kat column lain-lain? itu untuk menyakinkan diri aku yang duit dah banyak habis untuk benda wajib. bukan untuk melagha


Tahun 3 & Tahun 4

Macam biasa, jumlah perbelanjaan dalam setiap semester haruslah berwarna merah. baru mata ni nampak sikit. hiks!


* Perlu bezakan keperluan VS kehendak




Perkara ni paling utama dalam perancangan kewangan. korang mesti tau apakah itu keperluan, dan apakah itu kehendak. keperluan tu ofkos lah makanan dan pakaian. akan tetapi, keperluan tu boleh jadi kehendak jugak pabila selera korang tinggi melangit. sebagai contoh, nak makan kat tempat mahal je, pakaian pulak kalau boleh setiap hari nak beli baru, mahal-mahal pulak tu.

Haaaaaa... so itulah pentingnya pengawalan hawa nafsu. bukan tak boleh nak makan sedap-sedap. boleh saja kalau korang mampu. tapi, janganlah sampai setiap hari duk makan sampai RM50. dahsyat sangat tu. kalau seminggu sekali nak raikan diri sendiri dengan makan sedap-sedap boleh saja. aku pun selalu buat camtu. hihi. stress kot setiap hari terperap kat hospital. sekali-sekala nak jugak enjoy-enjoy-release-the-stress =)




Then, bab pakaian pulak. apa yang aku perasan, sejak zaman fashionista semakin mengganas ni... ramai benar yang suka shopping online. bukan tak boleh shopping. bolehhhhh. kalau nak shopping hari-hari pun boleh. tapi, sekali lagi aku nak tekankan... tolong sedar tahap kewangan masing-masing terlebih dahulu. kalau korang anak orang kaya yang tiap-tiap bulan mak bapak bagi duit belanja takpe jugak. kalau setakat dapat biasiswa atau buat pinjaman pelajaran, tak mampu sebenarnya nak shopping setiap hari.

Kalau tak shopping setiap hari sekali pun, apa yang aku perasan... amaun yang habis untuk shopping tu melampau gila. sehelai dress sampai RM170? bagi aku not make sense. entahlah... mungkin sebab aku cheapskate kot. aku sangat berkira-kira nak beli pakaian yang harganya RM100 ke atas. yelah... aku bukannya dapat duit belanja daripada parents pun. anyway, semuanya terpulang kat diri memasing. kalau dah sedar diri tu kaki shopping, janganlah nak bising-bising takde duit pulak. lagi satu, jangan tertipu dengan bisnes online ;-)



* janganlah pulak cheapskate sangat sampai memanjang pinjam baju orang. sungguh tak sopan =)


Oh ye, satu lagi. mengenai gadjet. kalau henfon korang elok lagi, toksah lah ikutkan nafsu sangat nak beli henfon baru. kalau ada duit takpe jugak. ni sampai tak cukup duit, mak ayah pulak kena masukkan duit dalam akaun bank korang padahal korang dah ada biasiswa atau pinjaman pelajaran. kesian lah kat mak ayah tu. dorang bersengkang mata kerja cari rezeki, kita dok perabis duit je. benda yang masih elok tu, pakai lah dulu. jangan ikutkan sangat nafsu membeli tu ye =)




* Buat perancangan kewangan secara terperinci

Dah habis membebel pasal keperluan vs kehendak, kini tibalah part yang agak penting iaitu merancang bajet. bagi aku, perancangan kewangan ni kita kena tulis. kalau setakat nak agak-agak, congak-congak dalam otak memang tak jalan sangat. lama-lama duit korang yang jalan dulu. haha!

Tadi aku dah bagitau yang aku boleh spend maksimum RM750 sebulan kan? tapi, apa yang perlu aku belanjakan bukan setakat untuk makan atau shopping. aku kena jugak beli barangan keperluan pembelajaran dan buku yang beratus-ratus harganya. selain tu, aku ni jenis selalu balik ke rumah family waktu weekend. diri ni takde kereta sendiri. so, kenalah masukkan kos tambang public transport sekali dalam bajet tersebut.

Aku tak reti pulak nak buat bajet ikut bulan. sebab bukannya beli buku tiap-tiap bulan pun. beli buku masa awal semester je kan. hihi. that's why, aku buat bajet cenggini sejak dari Tahun 1~



Ni semua anggaran je. at least, aku nampak berapa banyak yang perlu aku spend kat setiap perkara tu. takde lah setiap semester aku habiskan RM500 untuk buku. dah namanya pun anggaran kan. bila dah ada Baucer Buku 1 Malaysia, lagi lah berkurangan kos untuk membeli buku. hihi =)

Oh ye. untuk part makan, aku memang tak hadkan sangat bajet nya. bagi aku, seminggu sekali makan sedap tu wajib. hehe. kalau tak keluar makan dengan kawan, aku akan keluar dengan family dan belanja dorang makan. belanja family makan sekali dalam satu semester pun cukup kalau tak mampu sangat. mesti mak ayah korang happy. jangan lah dok asyik belanja partner masing-masing je. bila duit tak cukup, mintak kat mak ayah pulak =)

Then, segala kos melagha tengok wayang, main boling, beli baju baru, tudung baru, kasut baru, beg baru tu semua aku masukkan dalam bajet shopping. RM700 je per semester. tak banyak kan? hehe =D


* Simpan duit untuk travel

Memandangkan aku dah simpan impian untuk ke Korea sejak dari sekolah menengah, aku dah berazam dengan diri sendiri... duit biasiswa JPA nanti akan ku simpan RM500 per semester demi menunaikan impian ku itu. ternyata aku tak main-main dengan azam tu sebab memang aku simpan RM500 setiap semester pun. hihi. sejurus selepas biasiswa masuk je ke dalam akaun, aku akan terus settle kan yuran dan simpan RM500 awal-awal dalam akaun bank pertama sejak dari Tahun 1.

Kat atas tadi aku dah habaq yang sekarang ni duit simpanan aku dah ada 3 ribu dalam akaun ASB mak, manakala dalam akaun bank pertama dah cecah 2 ribu kot. kalau diikutkan, duit simpanan yang ada memang dah cukup sangat kalau nak ke Korea. tapi, masa tu aku muda remaja lagi. ayah pun tak bagi pergi jalan jauh-jauh. so, aku pendamkan dulu impian untuk ke Korea tu. boleh lah kumpul duit banyak-banyak untuk travel banyak kali. hihi.


 Setiap orang ada cara tersendiri untuk merealisasikan impian travel masing-masing. yang penting, ikut kemampuan diri ;-)


So, bila umur dah mencecah 22 tahun... masa tu dah masuk Tahun 3 (kengkonon dah dewasa sangat lah... lulz), aku cakap kat ayah yang aku nak pergi ke Korea. dah dekat sepuluh tahun tau impian ni terendam. huhu. disebabkan masa tu takde pengalaman langsung ke luar negara, aku sanggup ambik pakej. mahal pun mahal lah. dalam RM4,000 campur shopping. alhamdulillah, ayah bagi keizinan sebab ayah pun nak ikut sekali. hahahaha! ayah cakap aku kena tanggung diri sendiri. ayah tanggung diri dia dan mak je. adik aku pun kena tanggung diri sendiri (dia pun menabung jugak). walawei memang incredible hulk sangat tetiba ayah bagi ke oberseas. hiks!

I memang tak kisah pasal tanggung diri sendiri uolllls sebab I dah menyimpan dari dulu lagi. so, let's fly to Korea bebeh~


Bila impian untuk ke Korea dah terlaksana, aku tetap simpan RM500 setiap semester untuk melancong sebab ada hati nak travel lagi. kiki =P


Laaaa ni duit simpanan dalam akaun ASB mak dan duit dalam akaun bank pertama dah habis lesap aku gunakan untuk ke Korea selama dua kali. hahahahaha! XD

Tapi, duit dalam akaun SSPN aku masih elok dijaga oleh ayah. takpe lah. bagi ayah pegang akaun tu. kang banyak sangat akaun rambang mata pulak =P 


* Asingkan duit simpanan awal-awal

Dok sibuk beli buku, makan, shopping, berjimba, simpan duit untuk travel... takkan tak simpan duit untuk masa depan kot. simpanan untuk masa depan ni sangat penting okay. kalau ikut stail aku, setiap semester aku dah biasa belanjakan RM5,000++ secara total. so, konfem akan ada baki at least RM1,000 untuk disimpan.

Masa ni umur dah cukup. dah boleh buat akaun ASB sendiri. so, aku bukak akaun ASB untuk simpan RM1,000 setiap semester bagi tujuan masa depan. rasanya RM1,000 tu okay lah bagi aku sebab dapat JPA. kalau korang simpan at least RM500 per semester pun dah okay sangat =)




Disebabkan nafsu shopping aku so-so je, aku mampu simpan RM1,000 tu pada penghujung semester. kalau korang rasa nafsu shopping korang tak mampu dibendung, better simpan pada awal semester. then, jangan diusik pulak duit simpanan tu. not even once!

* aku tak minat berniaga sebab aku tak suka membeli. kalau nak tambah duit simpanan, boleh lah berniaga. berniaga tu kan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tuntutan agama kita. tapi, jangan paksa orang lain membeli atau join MLM ye!

Alhamdulillah, hingga ke saat ini... aku masih mampu menyimpan RM1,000 per semester dalam akaun ASB sendiri. aku dah janji dengan diri, duit simpanan ni cuma boleh digunakan untuk saat-saat kecemasan dan untuk masa depan. aku ni kereta pun takde lagi. padahal dah nak masuk final year. lepas grad nanti konfem kena beli kereta sendiri. then, bila dah stabil sikit nanti, boleh lah beli rumah pulak. hihi. aset hartanah ni penting tau uolllsss. nilai hartanah akan datang mau nya 80 kali ganda dari nilai sekarang.




Pastu, nak jugak simpan duit untuk berbakti kat mak ayah. bawak dorang pergi melancong, pergi umrah, pergi haji. banyak sangat impian aku ni! LOL.


* Bersedekah

Lastly, asyik simpan-belanja-simpan-belanja je... sekali-sekala elok lah jugak gunakan duit yang ada untuk bersedekah. kalau kita tolong orang lain, insyaAllah hidup kita jadi senang. takyah banyak-banyak pun takpe. asalkan ada tabung derma lalu depan korang, sedekah RM1 dengan niat yang ikhlas pun cukup =)






***

Akhirnya, habis pun entri ni. hahahaha. panjang sangat macam lah orang rajin baca. kekeke. senang cerita, praktikkan lah menabung dari sekarang. jangan dok mengharap duit belanja daripada mak ayah je. silap-silap, nak kahwin pun mintak duit mak ayah. kalau diikutkan, duit simpanan aku dah cukup untuk kahwin. tapi, apakan daya tiada yang meminati diriku ini. kwang kwang kwang. aku mintak tolong mak carikan calon, tapi mak tak nak. kalau anak mak ni tak kahwin-kahwin sampai umur 30, mak jangan nangis ye =P




10 comments:

KAK KIAH said...

Wah dasat tips! KK masa umo 23 tahun baru reti bukak akaun bank ahahaha..

kurakuraygslow said...

Haha KK belajar kat Leeds lagi best tengok negara orang. Bukan bape banyak duit kita ada yg utama. Yg penting pandai merancang kewangan. Hihi

as simple as said...

Suka gila entry ni. Nanti share lagi okay tips tips 😉

kurakuraygslow said...

as simple as : Thanks :)

Unknown said...

untung la awk sbb byk simpanan.
sy baru berkhwin tp isteri nasib baik cool je walau tak bawa gi jalan2 dan shopping...cuma dek kesian bulan lepas ada la beli barang kemas sikit utk dia...tak byk pun...dlm 1.6 kg je..

itulah faedah simpanan.

Ajerina guntamas said...

Terbaik..aku dah tua2 mcm ni,blm start menabung..

Unknown said...

Hebatnye awk...time blajar dl dpt ptptn enjoy,tau kewujudan asb pon bile dh start keje..bile bc entry awk buat kite rase ruginyeeeee...ahahah

Unknown said...

alamak... da final semester bawu terbaca tips urus kewangan.... kalo x msti da ade 8,ooo da dlm bank hasil dr jpa..huuaaaaaaaaa.. btw... sgt memberi inspirasi....

Anonymous said...

Serious entry ni sangat berguna. Maklumlah saya pon bru lepas spm dan akan lanjutkn pelajaran. Dh bnyak entry saya baca tapi yg ni paling menarik. Nak kena bukak akaun jugak lah mcm ni. Thanks KL

Anonymous said...

Await dlm blog ni xde ads(rasenye), btw best la bace, x bosan, rase cam nak menabung je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...