29 August 2013

Cara-cara Membuat Riben Untuk Jambangan Bunga/Hamper #Tutorial

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai pengikut setia kurakuraygslow sekalian. ahaks *muntah* =P

Sekarang ni beta dah pun berada kat HUKM. bukannya sebab cengkerang beta pecah sehingga memerlukan rawatan intensif kat hospital. nak melahirkan anak lagi lah... jauhhhh sekali. beta belum kahwin lagi. hikhik. kalau sebelum ni beta meneruskan perjuangan Tahun 1 dan Tahun 2 (pre-klinikal) kat UKM Kuala Lumpur, laa ni... beta dah pun berpindah ke HUKM untuk sesi pembelajaran Tahun 3 sehingga Tahun 5 (klinikal).



So, kalau korang ternampak seorang kura-kura kat HUKM tu, jangan terkejut beruk pulak. itulah beta. ahaks! =P

p/s : tengah praktis buat signature. kot-kot lah ada orang nak mintak autograf *perasan*

***

Orait. seperti tajuk di atas, kali ni aku nak ajar korang tutorial membuat riben untuk jambangan bunga atau hamper. ni layman term lah kiranya. kalau medical florist term dia, riben yang diletakkan kat jambangan bunga atau hamper tu dipanggil pom-pom. sila jangan bayangkan pom-pom girl.



Mungkin ada antara korang yang bergiat aktif dalam persatuan. siap jadi exco cenderamata lagi. so, konfem lah kerja korang ada kena mengena dengan hamper. 

Tapi, dah ada hamper, takkan takde riben. masalahnya, kalau korang tak pandai buat riben sendiri, kena beli riben siap kat kedai lah pulak. harga satu riben siap tu bukannya murah.

Pastu takkan korang nak beli satu je. sekurang-kurangnya dalam lima riben jugak kan. duit persatuan bukannya banyak sangat untuk korang claim balik. pengarah projek pulak mintak korang save budget sikit. haish. macam mana ni???? eotteoke eotteoke??? *sambil letakkan kedua-dua tangan kat bawah dagu dan gelengkan kepala*



Haaaa jangan risau semua! kurakuraygslow ada penyelesaiannya *sambil mendabik dada* =D

***

Sebenarnya, nak buat riben pom-pom bukannya susah sangat. kos nya pun... alahai... ciput gila! kalau dibandingkan kos beli riben pom-pom dah siap dengan kos buat sendiri, memang jauh beza!

Harga satu gulung riben kertas yang standard, paling mahal pun RM2. korang boleh buat berbelas hingga berpuluh riben pom-pom. sedangkan kalau beli yang dah siap, satu riben pom-pom je paling murah RM1. seeeeeeeeee. betapa jimatnya kalau buat sendiri kan =)



Aku belajar buat riben pom-pom ni masa bekerja sebagai florist lepas SPM dulu. hehe. memang tak sia-sia buat part-time job. duit dapat, pengalaman pun dapat. lifelong learning ni! =D

***

So, korang boleh lah tengok video tutorial yang aku dah sediakan kat bawah. oleh kerana suara aku sangat eksklusif, korang kena lah baca dulu step nya satu-persatu, baru tengok video tu. hihi. so, let's start now~

***

Tutorial Riben Pom-Pom (Satu Warna)




Korang hanya perlukan segulung riben kertas dan gunting~


Warna pink mewakili SNSD... ahaks!


Mula-mula~

Step 1

Korang perlukan sedikit bahagian riben sebagai tali untuk ikat pom-pom tu nanti. so, sila gunting riben sepanjang 10-15 cm. bahagikan kepada 4 hingga 5 bahagian. gunting secara memanjang satu bahagian tu. ketepikan sekejap.


Step 2

Buat 8 gulungan riben mengikut saiz 4 jari. pastikan kedudukan hujung gulungan lebih daripada permulaan gulungan tadi. jangan betul-betul ikut kedudukan permulaan gulungan sebab kita nak ikat 8 gulungan ni nanti.

So, tekan sikit kat bahagian tengah. kemudian, lipat bahagian tengah tu. pastikan korang tak usik bahagian yang menggelembung. nanti tak pasal-pasal riben pom-pom korang penyek.

Kemudian, gunting bahagian yang korang dah lipat tadi. jangan gunting sampai habis pulak. pastikan bahagian tengah nya tidak digunting. so, korang kena lah gunting kat bahagian kiri dan kanan lipatan tu.

Sekarang ni, boleh lah korang ikat riben tu menggunakan tali yang korang dah sediakan kat step 1 tadi.


Step 3

Okay. ini adalah optional step. maksudnya kalau korang tak nak buat pun takpe. ada orang suka letak riben tambahan kat pom-pom dorang. ada yang tak suka. 

So, kalau korang nak letak riben tambahan ni... sila lipat dan gunting riben korang sepanjang 10-15 cm. kemudian, gunting pulak bahagian hujungnya supaya jadi bentuk tajam tu. 

Gunting pula bahagian yang dilipat tu macam step 2 tadi. pastikan bahagian tengah tidak digunting.

Kemudian, ikatkan riben tambahan ni kat gulungan riben yang kita dah ikat menggunakan tali tu.


Step 4

Ini adalah bahagian yang paling penting dalam pembuatan riben pom-pom. mungkin korang terfikir, dari step 1 sampai step 3 tadi, tak nampak macam bentuk riben pun. jangan risau. masa ni lah kita nak jadikan dia bentuk riben. hehe.

Ambik satu bahagian riben dulu. start dengan yang paling luar. pegang hujung dia. ingat pesanan aku, jangan sentuh bahagian yang menggelembung tu kalau tak nak riben korang penyek. dengan memegang hujung riben tu, buat pusingan 360 darjah. terpulang lah kat korang nak pusing macam mana pun asalkan bahagian hujung riben tu terpusing sampai habis.

Jangan tukar bahagian riben! teruskan dengan bahagian yang korang dah start tadi. kalau tadi kita bermula dengan gulungan luar, sekarang ni kita ambik gulungan dalam dia pulak. pusing lagi 360 darjah.

Sekarang ambik gulungan luar lagi. pusing 360 darjah. ulang step ni sampai semua gulungan dah dipusing 360 darjah kat bahagian tadi secara berselang-seli (luar dan dalam).

Bila dah habis satu bahagian, baru teruskan dengan bahagian yang satu lagi. ulang step yang sama. kalau korang dah habis pusing 360 darjah kesemua gulungan, kemas-kemas kan lah sikit riben pom-pom korang tu.

Tadaaaa... sekarang ada bentuk riben pom-pom tak? ;-)


Step 5

Ini merupakan step terakhir. dah nak siap dah riben pom-pom kita. kalau korang skip step 3, step 5 ni pun korang boleh skip.

Apa yang korang perlu buat tersangatlah simple. cuma gulungkan bahagian hujung riben tambahan tadi dengan menggunakan gunting =)


Akhirnya....

Siap pun riben pom-pom korang! boleh lah korang ikat riben ni kat hamper atau pun jambangan bunga menggunakan tali dalam step 1 tadi =D


sila klik video di bawah~



oleh kerana Fabric Starch Easy On semakin femes lantaran entri ini, aku dengan berbesar hatinya mempelawa beliau menjadi model untuk tutorial riben aku. keke =P


***


Tutorial Riben Pom-Pom (Dua Warna)




Kali ni korang perlukan dua gulung riben kertas yang berlainan warna dan gunting~


Warna pink masih lagi mewakili SNSD... warna biru pulak mewakili CN Blue... hehe =P


Secara asasnya, cara nak buat riben pom-pom dua warna ni sama je dengan yang satu warna~

Step 1

Sama jugak macam tutorial riben satu warna tadi. korang perlukan sedikit bahagian riben sebagai tali untuk ikat pom-pom tu nanti. suka hati lah nak ikat guna riben warna pink atau biru.


Step 2

Buat 6-7 gulungan riben mengikut saiz 4 jari menggunakan kedua-dua warna riben. pastikan kedudukan hujung gulungan lebih daripada permulaan gulungan tadi. sama je macam tutorial pertama tu.

Tekan sikit kat bahagian tengah. kemudian, lipat bahagian tengah tu dan gunting. pastikan tidak gunting bahagian tengah nya jugak.

Sekarang ni, ikat riben tu menggunakan tali yang korang dah sediakan kat step 1 tadi.


Step 3

Ini pun optional step memandangkan kita nak letak riben tambahan kat pom-pom tadi.

Sila lipat dan gunting kedua-dua warna riben korang sepanjang 10-15 cm. kemudian, gunting pulak bahagian hujungnya supaya jadi bentuk tajam tu. 

Gunting bahagian yang dilipat tu macam step 2 tadi. pastikan bahagian tengah tidak digunting.

Kemudian, ikatkan riben tambahan ni kat gulungan riben yang kita dah ikat menggunakan tali tu.


Step 4

Sama je macam tutorial pertama tadi, ambik satu bahagian riben dulu. start dengan yang paling luar. pegang hujung dia. buat pusingan 360 darjah. selang seli kan dengan gulungan dalam sehingga habis kesemua gulungan. kemas-kemas kan lagi riben pom-pom korang tu.


Step 5

Gulungkan bahagian hujung riben tambahan tadi dengan menggunakan gunting.


Akhirnya....

Riben pom-pom dua warna korang pun dah siap! boleh lah korang tunjuk kat pengarah projek korang nanti =P


sila klik video di bawah~




***

See. senang je kan cara nak buat riben pom-pom ni. tak sampai 5 minit dah siap. so, renung-renungkan dan selamat mencuba =D


05 August 2013

6 tahun bersama SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Well, hari ni 5 Ogos 2013 merupakan anniversary SNSD yang ke-6. weeeehoooooo! tak sangka 'my 9 girls' dah besar. hihi. selain tu, mak aku sambut birthday hari ni jugak. tak sangka mak pun dah besar. kihkihkih =P

So macam biasa, hari ni aku akan sambung perjalanan karier SNSD dari Ogos 2012 hingga lah Ogos 2013 yang menandakan dah 6 tahun dorang bertapak dalam arena seni Korea. kalau korang nak tau pasal perjalanan karier SNSD empat dan lima tahun yang lepas, sila klik link kat bawah =)



***

Ayo SONE! are you ready for this?


Fifth Japanese Single - All My Love Is For You - September 2012




Ini merupakan lagu balada yang mana melodinya tersangat lah sedap didengar. aku suka baju berwarna pastel dorang dalam MV ni. nampak feminin gila. sememangnya lagu berentak perlahan macam ni lebih menyerlah kan betapa power nya vocal penyanyi utama SNSD iaitu Tae Yeon, Jessica, Tiffany dan Seo Hyun. aigooo SNSD... all my love is for you too ^^

***


Fifth Japanese Single - Oh! - September 2012




Dah lama SNSD tak tukar lagu Korean Version ke Japanese Version. laaa ni dorang tukar lagi buat kali kelima selepas Genie, Gee, Run Devil Run dan The Boys. secara jujurnya, aku lebih suka konsep MV untuk Oh! Japanese Version ni sebab rambut dorang cantik-cantik. dalam MV Oh! Korean Version kan rambut dorang macam Alleycats. ihiks. tapi disebabkan aku lebih suka bahasa Korea, so Korean Version lebih sedap didengar. oh ye, lagu All My Love Is For You dan Oh! dimasukkan sekali dalam SNSD 5th Japanese Single yang released pada September 2012 =D

***


Sixth Japanese Single - Flower Power - November 2012




Eh SNSD asyik keluarkan lagu Jepun je kan? ini merupakan lagu baru yang bukannya ditukar daripada Korean Version ke Japanese Version. sebenarnya, aku tak berapa minat koreografi lagu Flower Power ni. so, kalau nak dengar lagu ni, aku jarang bukak MV dia. hehe. sebenarnya, ada satu lagi lagu yang terkandung dalam SNSD 6th Japanese Single ni iaitu Beep Beep. tapi MV lagu ni tak habis. aku pun tak tau kenapa.

***


Second Japanese Album - Girls & Peace - November 2012




Kalau SNSD dah pernah keluarkan 1st Japanese Album pada Jun 2011, kali ni dorang keluarkan 2nd Japanese Album pulak. antara lagu yang ada dalam album ni adalah Paparazzi, All My Love Is For You, Oh! dan Flower Power. pastu ada lah tambahan beberapa lagu baru. kali ni, konsep album dorang adalah Airline GG. kalau betul-betul ada airline ni, memang aku nak naik. hehe =D

***


Korean Song - Dancing Queen - Disember 2012




Mula-mula aku tengok MV ni, pelik jugak sebab gaya SNSD dalam lagu ni macam Gee. rupa-rupanya ini merupakan lagu lama yang dibuat pada tahun 2008. laaaa... sebelum Gee lagi rupanya. kalau diikutkan, sepatutnya SNSD patut buat comeback dengan lagu Dancing Queen pada tahun 2008. tapi lagu ni berdepan dengan masalah hak cipta, so tak boleh lah dikeluarkan. ahli-ahli SNSD sedih gila bila dapat tau pasal comeback tak jadi dorang. so pada tahun 2009, dorang buat comeback dengan Gee. pastu, Gee memang meletup gila-gila seterusnya membuatkan SNSD menjadi No.1 Kpop Girls Group! daebak! so bila masalah hak cipta tu selesai, MV lagu ni pun dikeluarkan selepas empat tahun terperap.....

***


Fourth Korean Album - I Got A Boy - Januari 2013



Kali terakhir SNSD keluarkan Korean Album adalah pada Oktober 2011 dengan album The Boys. dah setahun dua bulan SNSD senyap dari arena seni Korea sebab dorang nak tumpukan karier dorang kat Jepun. semua SONE dah rindukan comeback daripada SNSD tau. so, here it is! akhirnya SNSD buat comeback dengan lagu I Got A Boy! memandangkan konsep lagu ni tersangatlah berbeza daripada lagu-lagu SNSD yang lain, banyak lah respon pelik-pelik daripada peminat. mula-mula, aku pun tak berapa suka lagu dan MV dia. tapi, lama-lama aku rasa lagu ni best dan koreografi dia memang mantap! SNSD sanggup buang high heels, pastu pakai sneakers je untuk lagu ni disebabkan koreografi yang amat susah dan memenatkan. pape pun, good job my girls! ^^

***


Seventh Japanese Single - Love & Girls - Mei 2013




Ini lah lagu pertama SNSD yang menggunakan konsep flash mob. dah takde dah menari dalam set. kali ni dorang keluar jumpa SONE Jepun dan menari dengan dorang kat tempat terbuka. memandangkan lagu ni released waktu musim panas, so konsep lagu Love & Girls pun lebih kepada warna-warni dan happy-happy. bagi aku, ok lah jugak lagu ni. hehe =)

***

Orait. setakat ni dulu lah perjalanan SNSD selama 6 tahun. aku harap dorang akan terus berkarier selama yang boleh. kebiasaannya, Korean Girls Group tak bertahan lama. so, aku harap SNSD akan jadi pemecah tradisi ni seterusnya bertahan selama mana yang boleh dalam arena seni Korea. walaupun dengan adanya banyak kumpulan Kpop yang baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, SNSD masih lagi utuh kat tempat teratas. semoga sampai bila-bila pun dorang akan ada kat tempat tu =D




Our 9 girls always on top ranked :')


***

Oh ye, buat SONE sejati, mesti korang tau kan lagu debut SNSD ialah Into The New World (ITNW) *sama dengan nama blog aku. ahaks!*. lagu ni ada makna yang amat besar dalam hidup dorang memandangkan kat sinilah bermulanya perjalanan karier SNSD pada Ogos 2007. so, SNSD dah buat lagu ITNW versi remixed acoustic masa World Tour 2013 dorang kat Seoul. apa kata dorang dengar sikit lagu ni~




See! sape kata SNSD tak boleh menyanyi! permulaan lagu ni boleh buat SONE goosebumps ok. best gila! rasanya SNSD patut keluarkan lagu ITNW dalam versi remixed acoustic pulak lah. hehe ^^


With their hoobae (junior) EXO after the concert =D

***

Selain tu, selama ni takde sorang pun ahli SNSD yang ada mana-mana akaun laman sosial macam Facebook Page, Twitter mahupun Instagram. tapi tetiba tahun 2013 ni, ramai pulak ahli SNSD bukak akaun Instagram sendiri. mentang-mentang SNSD dah ada Instagram, aku pun tak nak kalah. terus bukak akaun Instagram jugak. padahal jarang ambik gambar. kekeke =P



Bermula dengan Tae Yeon, Hyo Yeon, Yuri seterusnya Sunny je yang dah ada akaun Instagram. harap-harap, ahli lain pun akan menyusul kemudian. terutama YoonA. hihi. so, sila lah klik link kat bawah ni untuk jenguk akaun Instagram empat ahli SNSD tu =)



<Yuri>



Update : Soo Young pun dah bukak akaun Instagram pada 15 Februari 2014 manakala Tiffany baru je ada Instagram pada 16 September 2014. kemudian, maknae Seo Hyun pun bukak akaun Instagram pada 23 Oktober 2014 =)


<Seo Hyun>



Update : Yeay akhirnya YoonA pun dah bukak akaun Instagram pada 27 September 2015 menjadikan kesemua ahli SNSD dah ada akaun Instagram memasing! Guess what? YoonA berjaya mengutip sejuta followers dalam masa kurang daripada seminggu. That's our Yoong! ^^

 
***

Selain daripada Instagram, 7 Julai 2013 hari tu, Sunny bukak akaun Twitter jugak sekaligus menjadikan dia lah ahli SNSD pertama yang ada Twitter. boleh lah klik link kat bawah ni untuk pergi ke akaun Twitter Sunny. tapi korang pun kena ada akaun Twitter jugak lah. hehe =D


Update : Sekarang ni, our maknae Seo Hyun pun dah ada akaun Twitter jugak =)


***

Tae Yeon bukak akaun Instagram pada 18 Mac 2013. belum sampai lima bulan, our cute kid leader dah ada sejuta followers pada 1 Ogos 2013! gempak tak gempak! ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...