29 April 2011

Love story

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Perggghhh... lama seyh aku tak blogger. al maklumlah, busy main game buat kerja rumah. cuma nak cakap yang aku tak sabar tunggu wedding Prince William dengan Kate Middleton esok.. hehe. macam aku pulak yang nak kahwin. dorang ni memang merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua. walawei, dua peribahasa aku bagi. kalau karangan BM SPM ni, konfem konfem A+.. ehem ehem. buat sape-sape yang tak tau, wedding dorang ni akan disiarkan live kat NTV7 start pukul 3 petang esok. harap maklum.

sweet kan dorang

Aku memang suka love story. lagi-lagi kisah cinta agung yang suci lagi murni. apsal macam iklan minyak masak je. opps berbalik kat topik asal. pasal apa tadi? owh ye, kisah cinta. apsal aku suka sangat kisah cinta ni even aku masih single dan single dan single.. huhu (mood tak laku). harap satu hari nanti, aku bakal temui jodoh aku dengan kisah ala-ala Qaisy-Laila, Jake-Rose, Fakhri-Aisya takpun Will-Kate.. hehe. adoyai.. tangkap jiwang pulak malam-malam buta ni. dah lah, sebelum aku makin kesian kat diri sendiri sebab masih tak laku solo sampai sekarang, better aku blah tengok mega movie. chow~



19 April 2011

Bab 2 - Pertemuan entah pape

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hari ni semester 2 dah start. best siot cuti semester dekat 2 bulan di kala budak-budak matrik cuma cuti 2 minggu.. haha. part yang tak best... hari ni hari isnin, permulaan segala hari merangkap permulaan segala kelas. nasib baik hari ni ada taklimat kat dewan waktu pagi, and petang isnin pulak aku free... kelas tarak. so weehoo.. enjoy time!

tidur ler.. apa lagi

      Selasa - kelas start pukul 8.30 pagi which is tutorial class selama sejam. jumpa classmate yang sama macam semester 1 jugak. same mood.. malas nak belajar. apa lah nak jadi remaja sekarang.. ish ish ish. habis kelas, rileks rileks kejap sambil bergosip sementara tunggu lecture start pukul 10.30. well, you know girls.. memang suka gosip (aku tak aku tak). then, ni lah saat yang aku tunggu-tunggu. tak sabar masuk lecture hall sebab nak tengok gerangan si dia tu. bagus sangat ke? ke bajet bagus? ke memang bagus? errrr....

      Eeyaahhh eeyaahhh!! (adegan tolak menolak berlaku sebelum masuk lecture hall). remaja sekarang memang takde fizik.. eh sivik. ada ke patut tolak-tolak macam budak tadika. matured lah sikit. aku pun join tolak-tolak jugak. tak nak kalah ok. pas dah dapat seat, mata aku terus tertumpu kat seat depan. eh macam dia je.. well aku memang stalker terhebat. tengok je photo kat facebook, dah boleh cam muka orang. aku tengok dia sekali lagi (nampak sangat nak kena cucuk mata tenung anak teruna orang lama-lama.. hehe). yup! memang dia. tapi dia tak dapat seat idaman dia tu..haha. padan! pastu, lecture pun start. aku pun fokus mendengar dengan nerd nya.


       Dah seminggu kelas start. dan dah seminggu jugak aku tengok dia tak dapat seat idaman. haha.. tu lah ada hati nak berebut seat dengan perempuan yang ramai tu. tapi setakat ni, aku tak tegur dia pun even aku rasa, ye.. memang itu dia. and part yang agak-menyayat-hati-walaupun-tak-perlu-disayat is dia tak cam aku langsung pun.. huhu. maybe pasni aku kena ajar macam mana nak stalk orang kat facebook. great idea!

       Jumaat malam sabtu - aku online.. eh tengok dia pun online. aku pun post kat wall dia..

Aku:  aku rasa aku dah jumpa kau. 

Dia:  yeke? hari ni aku pakai baju oren kan.

Aku:  tak.. kau pakai baju tidur.

Dia:  sengal lah kau. tapi aku tak cam kau, ramai sangat kot perempuan dalam hall.

Aku:  tadi aku duduk dekat jugak lah dengan seat kau.

Dia:  aku tak perasan lah.

Aku:  takpe takpe, kau sila lah cari lagi ye. boleh buat iklan pasal aku. tampal kat blok kau.

Dia:  blok aku blok lelaki. mana ada kau. ok, nak out jap. see you next week.



       Ni minggu kedua untuk semester 2. semangat belajar aku belum datang lagi lah, dah lama sangat kot cuti. tapi, kelas tetap pergi macam biasa. eh hari ni dia duduk kat seat row kedua dari depan. giler semangat mamat ni nak belajar. aku pulak duduk row keempat dari depan. errr.. semangat jugak.

       Lepas dah habis lecture fizik, tengah-tengah kemas barang masuk dalam beg sebelum blah dari hall....... tetiba.... dia memusingkan kepala nye 120 darjah ke kanan lalu memberi isyarat kepada aku, "kau ye?" sambil tersenyum penuh kemachoan. dan aku pun menganggukkan kepala sambil menguntumkan senyuman penuh manis lantaran menyahut seruan kerajaan, kurangkan gula dalam minuman, lebihkan gula dalam senyuman.

       Akhirnya, aku dan dia pun blah dari lecture hall selepas berkenalan dengan menggunakan isyarat tangan (masa dia tanya "kau ye") dan mulut (senyuman). itulah saat pertemuan secara rasmi aku dengan dia.. haha. entah pape je.
      
jangan salah paham gambar di atas

*  bersambung....

18 April 2011

Pantun Melayu Warisan Bangsa, Pantun Nukilan Sang Kura-Kura

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Pantun... perkataan simple yang terdiri daripada 6 huruf sahaja tapi mempunyai makna yang mendalam dan sukar dikarang oleh orang-orang biasa (aku bukan orang biasa). pantun merupakan warisan turun temurun yang merupakan identiti masyarakat Melayu dalam menterjemahkan perasaan, pertanyaan mahupun pernyataan dalam gaya bahasa yang cukup indah serta puitis tanpa menyinggung hati mana-mana pihak. perghhh.. mantap seyh ayat aku. kalau bagi ucapan nak raih undi ni, konfem-konfem menang pilihan raya. haha. ehem.. perasan.

tu bukan aku

Ok ok, tinggalkan terus ayat skema di atas, back to my real side (yang giler+mereng)...

Actually you guys, entri aku ni cuma nak habaq mai pasal pantun. korang tau ke apa tu PANTUN? well, cuma orang Melayu je ade pantun. orang US, UK and Bangladesh mana ada pantun-pantun ni. so korang patut berbangga menjadi orang Melayu yang kaya dengan warisan berharga ni. eleh.. bajet. berharga berharga pun, korang tau ke karang pantun? aku tau, korang tak reti. so, aku cuma nak bagi panduan yang tak seberapa ni untuk mengarang pantun berdasarkan pengalaman aku sendiri. aku tak hebat. kalau hebat, dah lama menang pesta pantun peringkat kebangsaan. huhu.

sila sediakan pen mahal dengan kertas


Dah dah, teruskan tujuan sebenar kau.. tak payah merepek lagi....

* Dalam pantun 4 kerat (baris).. ada 2 baris pembayang dan 2 baris maksud.

1.  Pembayang

Pembayang terdiri daripada ayat-ayat indah dan puitis yang menggunakan unsur alam dan ragam manusia. cuma untuk jadikan pantun tu lebih gempak dan menarik. ala.. biar lah impression hakim and penonton kat korang terus jadi camni.. 'wallah, superb lah pantun dia". best kan kalau korang dengar.

Contoh pembayang:

Rupawan cantik si gadis ayu,
        Manis bersimpuh di tengah laman;

2.  Maksud

Maksud ni baru lah menerangkan tujuan sebenar korang berpantun. sama ada nak bertanya ke, mengatakan sesuatu ke, menyindir dengan cara yang sopan ke.. dan sebagainya.

Contoh maksud:

Warisan batik budaya Melayu,
        Masihkah utuh di arus zaman?

See... simple kan. cuma gabungkan 2 baris pembayang dan 2 baris maksud kat atas tu, dah jadi serangkap pantun 4 kerat yang perfect.

pantun ni tak best.. haha

* Ada 4 kriteria penting dalam mengarang pantun.

1.  Rima akhir

Ni kriteria WAJIB. Identiti pantun tu sendiri mestilah ada rima akhir dalam bentuk a-b-a-b. kalau tak jadi a-b-a-b, bukan pantun namanya.

2.  Rima tengah

Ni TAK WAJIB sangat.. (sesuka hati aku je keluarkan hukum). tak semua orang mampu buat rima tengah yang sama. tapi kalau mampu buat, barulah korang layak menang.

3.  Kaitan antara baris pembayang

Antara pembayang baris 1 dan baris 2, mesti ada kaitan. tak bolehlah buat baris 1 pasal pokok dan burung, tetiba baris 2 pasal pak mat pergi ke pekan. takde kaitan ok.

4.  Kaitan antara pembayang dan maksud

Bagi aku, ni memang agak susah. kebanyakan masa aku tak dapat pun nak cari kaitan antara dorang. agak lah, kena cipta pantun dalam masa 1 minit je. tak sempat kot. tapi kalau korang mampu buat, dah layak jadi johan kebangsaan (patutlah aku tak jadi johan) =.=

Now, it's time untuk tengok contoh pantun yang perfect...

Rupawan cantik si gadis ayu,
        Manis bersimpuh di tengah laman;
Warisan batik budaya Melayu,
        Masihkah utuh di arus zaman?

*  Sedap dibaca dan didengar tak pantun di atas? well, bila dah memenuhi 4 kriteria penting tu, konfem-konfem lah superb! cuba tengok rima tengah & akhir yang digaris. dalam bentuk a-b-a-b kan. then, tengok 2 baris pembayang, harmoni antara satu sama lain. tengok pulak ada kaitan ke pembayang dengan maksud? ada ada, kita tengah cita pasal gadis Melayu yang ayu (macam aku) tengah bersimpuh kat tengah halaman, dan maksud dia pulak cita pasal kain batik yang memang sinonim dipakai oleh gadis-gadis Melayu yang ayu (ok, aku tak ayu sebab tak pakai kain batik). akhirnya, siap dah serangkap pantun. tak susah kan? korang pun boleh buat.

mak cik ayu berkain batik

Ok ok, aku tak nak membebel panjang dah. cukuplah aku list kan kat bawah ni 4 rangkap pantun yang bertemakan Bahasa Melayu Bahasa Ibunda, yang aku karang masa form 4 dulu. check it out~

Sungguh ayu berseri sang puteri,
        Bersimpuh di anjung cantik berkebaya;
Bahasa Melayu bahasa pertiwi,
        Martabat disanjung tinggi nilainya.

Dipuput bayu meliuk si lalang,
        Pohonan cengal di tepi paya;
Bahasa Melayu bahasa pedagang,
        Sungguh terkenal seantero dunia.

Hinggap tekukur di pohon jati,
        Dahan bereksa singgahan tempua;
Enak mencampur muda dan mudi,
        Rosak bahasa hilang serinya.

Cantiknya baju kerongsang tersemat,
        Pakaian nak dara bertatah delima;
Bahasa Melayu bahasa berdaulat,
        Harus pelihara tugas bersama.

17 April 2011

PC Fair

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo yo. semalam aku pergi PC Fair KLCC dengan adik lelaki aku. berdua je dengan dia. entah pape ada salesman tu ingat kitorang kapel. hello i'm single and available ok!! tak pasal-pasal turun value aku. sape-sape yang nak request, boleh beratur ambik borang dekat tanah perkuburan.

Tujuan aku pergi pc fair tu sebab nak cari external hard disk. and adik perempuan aku pesan memory card phone, mak aku pulak nak pendrive. paling aku tak sangka, sampai-sampai je KLCC ada poster SNSD besar gedabak kat dinding booth intel. whoooaaa.. aku pun terus giler meroyan mintak adik aku ambik kan gambar aku dengan SNSD. ok, aku tau tu poster je, bukan SNSD sebenar. tapi, aku pedulik hape. korang jeles je, aku tau.

cuba cari mana aku

I'm not the type of girl yang suka shopping. so, memang beli external hard disk and two side stuffs tu jelah, pastu balik.. haha. boring kan aku. jalan jauh-jauh, cuma untuk beli tiga barang. owh ye, sebelum balik.. aku and adik lelaki aku yang perasan macho tu singgah KFC kejap isi perut.

ni Marry Brown bukan KFC

Tengah-tengah duduk dalam erl, adik perempuan aku yang perasan comel tu call. "kakak, ayah ada bawak balik external hard disk." what the fish!!! aku baru je beli, and sekarang ayah aku pulak beli benda alah tu. huhuhu.. ok sebagai kakak yang baik, aku bagi lah external hard disk yang ayah aku beli tu kat adik lelaki aku.

Kepada kau (adik lelaki aku), bersyukurlah sebab dapat kakak yang baik.. hahaha.

Tips semasa exam

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Dah study-study, ready-ready tidur-tidur sebelum exam start.. ok sekarang lah masa nya untuk jawab exam pulak. kalau rasa-rasa nak tempah maut, try lah amalkan tips-tips kat bawah ni.


1.  Masuk dewan exam dengan muka sehabis berlagak & hentak meja kuat-kuat selepas duduk. ini menunjukkan korang yakin dengan kemampuan korang & mencemaskan rakan-rakan yang lain.


2.  Bila exam dah start, ketawakan kuat-kuat kasut yang dipakai pengawas peperiksaan. ini perlu untuk menjatuhkan maruah mereka.


3.  Bila dah sunyi dewan exam tu, jerit kuat-kuat "goooaaalllll~!!!!" Hobin jang hobin!!"


4.  Semasa exam berjalan, pandang pengawas peperiksaan yang perempuan sambil buat muka berahi sampai dia rimas diikuti dengan pergi ke toilet beberapa kali.


5.  Bila pengawas exam menjenguk-jenguk kertas korang, lukis muka beliau atas kertas & buang kahak atas tu.


6.  Bila korang tak tau nak jawab apa, tanya pengawas peperiksaan tu apa jawapan nya. kalau dia tak bagitau, tampar dia kuat-kuat.


7.  Kalau korang blur, tulis balik soalan kat kertas jawapan & maki-maki pembuat soalan. luahan perasaan itu penting.


8.  Pergi masuk exam paper lain & maki hamun soalan exam tu puas-puas.


9.  Kalau orang sebelah tu lelaki, cakap pelan-pelan kat dia yang dia nampak cantik sangat hari ni. tanya dia pakai seluar dalam warna apa hari ni pastu ajak tengok wayang sekali.


10.  Kalau korang kantoi meniru dalam exam, buat muka tenang & bangga. my life is mine, not yours!!!




15 April 2011

Tips sebelum exam

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Kat bawah ni merupakan tips-tips sebelum exam yang korang kena tak boleh buat. kalau nak buat jugak buat lah. tapi aku tak jamin esok korang hidup lagi ke tak.


1.  Kalau korang adalah sorang yang pandai dah, tak payah study. kalau nampak orang tengah study, ejek dia sampai nangis. tapi, kalau korang adalah sorang yang agak bebal + sedikit dungu, rajin-rajinkan diri membuat toyol kerana ini akan menjamin masa depan korang.


2.  Ambik slip exam cepat-cepat. kalau korang dengki dengan kawan korang yang dah pandai, curik slip exam beliau beberapa minit sebelum exam dan bakar terus. bila dia menggelabah, ketawakan dia sekuat hati sambil tunjuk slip exam korang. jangan sampai tersilap bakar slip exam sendiri.


3.  Curik alat tulis dekat kedai-kedai berhampiran. kalau korang kantoi, bawak kes itu ke mahkamah. sogok tuan hakim dengan gambar-gambar hot Nora Danish.


4.  Jika korang terpikir nak study, hentikan niat tersebut kerana banyak lagi benda yang lebih menyeronokkan seperti mengutuk orang dalam blog & membuat status yang menyindir di facebook.


5.  Sebelum exam, pikirlah bila korang nak repeat paper tu balik. ini dinamakan sebagai critical thinking.


6.  Kitar semula buku-buku yang korang benci dengan segera. bila buku-buku tu dah hancur, korang akan rasa segar & lebih bermanfaat untuk terus hidup.


7.  Jika korang study tapi tak paham-paham, pandanglah cermin & berkata kepada diri sendiri, "kau memang bengap!!" jika korang terasa dengan katea-kata korang itu sendiri, korang memang bodoh tak macam orang.


8.  Kalau nampak kawan-kawan tengah study, pukul sorang-sorang sampai korang puas. selepas pukul, berbangga lah dengan diri korang kerana korang telah berjaya mengelakkan mereka daripada melalaikan diri.


9.  Jika terasa malas untuk study, jumpa tok bomoh & mintak dia bagi toyol sekor. jangan mintak ju-on sebab dia tu macam baru nak amek UPSR.


10.  Sebelum exam, tidurlah selewat mungkin.. ini penting untuk mengisi masa lapang semase exam nanti.


* Amaran : segala akibat daripada perbuatan di atas hendaklah ditanggung sendiri.

woot woot.. sexy kot


13 April 2011

Bab 1 - Perkenalan yang haru

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dah dua minggu result semester 1 keluar. topik paling hangat dekat page asasi bukan lagi pasal result, tapi berkenaan group baru untuk semester 2. apsal la dorang ni kalut sangat. rilek la, tak lari gunung dikejar (errr.. ada kena mengena ke peribahasa tu?). aku macam biasa, malas nak post pape kat wall asasi. cume jadi silent observer. kadang-kadang nak tergelak pun ada. dorang ni sesuka hati je post info-info yang tak diketahui kesahihan nya. pastu sibuk lah kalut semacam. tau lah tengah cuti semester, banyak sangat masa mencipta khabar angin.

         Whooaa akhirnya, dah terjawab pun segala persoalan. group baru untuk semester 2 tak berubah. cuma group dalam lecture hall je bertukar. that's mean, dah takde lagi lecture group A, B, C and etc. sekarang sume dah bercampur. yes, akhirnya lecture hall aku ada satu group lelaki VS empat group perempuan yang bilangannya cuma 40 lelaki VS 160 perempuan. suck! lelaki memang dah pupus dekat universiti. semester 1 aku lagi sadis, takde group lelaki langsung dalam lecture hall!

takde kaitan pun

         Tengah-tengah aku usha page asasi, ternampak lah pulak wall post sorang mamat poyo yang berbunyi ala-ala "kepada group E1, E2, F1, F2.. selamat berkenalan.. kita satu lecture hall nanti". eeeuuuu.. geli geleman siot! kejadahnya lelaki boleh post benda geli-geli camtu? aku pun dengan tak sengaja nya terkomen. and borak-borak lah jugak pasal lecture group baru ni. plus komen-komen dari orang lain jugak yang turut sama komen wall post dia yang eeeuuu tu. 

         Dia tanya group aku ada lelaki tak sebab group dia sume lelaki. aku cakap lah takde. tak sangka classmate aku boleh menyibuk, cakap yang group aku ada 2 lelaki. aku saja je, malas nak cakap ada lelaki sebab 38 orang is perempuan. takde effect langsung dengan 2 lelaki tu kan. and paling tak boleh blah ayat dia pastu which is.... "eeee.. kau tipu..." what??? hello, tak gentleman langsung lelaki cakap camtu ok. oooppps.. oh ya.. gentle=lembut. fine, he is a lembut guy.. hahaha.

         Memandangkan aku sorang yang low profile plus pemalu humble.. ehem ehem.. aku pun add lah dia. tak nak lah komen banyak-banyak kat wall asasi, segan kot. kalau nak borak panjang, biar dekat page sendiri. after dia approve.. what?? dia ade buat status yang eeeuuu jugak. kali ni berbunyi "kepada girls E1, E2, F1, F2... aku dah cop seat tengah ketiga dari kanan row ketiga dekat lecture hall FF2 selama setahun.. and kalau dekat FSK, seat bla bla bla bla". serius mamat ni nak publisiti murahan.

uit... colourful seat?

          Dan tanpa disangka-sangka, aku terkomen lagi status dia. dengan brutal nya aku cakap nak cabut je seat dia tu. and dia pun menggedik cakap aku vandalisme, nak report kat pusat asasi. ceyh! poyo je. pastu dah malas nak komen-komen lagi, offline.

* bersambung....


Hala tuju selepas SPM

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dalam Blog The Other Khairul ada post entri berkenaan hala tuju selepas SPM. so kepada sape2 yang nak tau boleh pegi entri ini dan ini ok. selamat membaca.

jangan percaya gambar di atas


Yongseo again

Assalamualaikum & annyeong haseyo....


Even WGM yongseo couple yang sweet tu dah habis, aku akan tetap sokong yongseo. dorang the best! lepas WGM habis, Seohyun ada buat performance banmal song depan Yonghwa. and Seohyun ubah lirik lagu tu... khas untuk Yonghwa. so sweet~




Segmen belajar tulisan korea 2

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Entri kali ni adalah sambungan dari post yang ini. kita akan belajar bahasa korea yang simple-simple pulak. dengan cara nak tulis sekali. tapi ni bahasa formal. not banmal. ready... get set... go!!! (macam nak lumba lari pulak).

1.  bapa   -    a  beo ji
                       아  버 지

2.  ibu  -   eo  meo  ni
                   어   머   니

3.  abang (untuk lelaki)  -  hyeong
                                                  

4.  abang (untuk pompuan)  -  o   ppa
                                                       오  빠

5.  kakak (untuk lelaki)  -  nu  na
                                                 누  나

6.  kakak (untuk pompuan)  -  eon  ni
                                                         언  니

7.  adik  -  dong  saeng
                       동       생

8.  datuk -   har  a  beo  ji
                      할   아  버  지

9.  nenek  -  hal  meo  ni
                        할    머   니

10.  cucu (lelaki)  -  son  ja
                                    손   자

11.  cucu (perempuan)  -  son  nyeo
                                                손     녀

12.  boys  -  so  nyeon
                     소    년

13.  girls  -  so  nyeo
                     소    녀

14.  balaks  -  nam  ja  chin  gu
                          남   자  친   구

15.  aweks  -  yeo  ja  chin  gu
                         여  자   친   구

16.  bongsu (youngest)  -  mak  nae
                                               막    내

17.  honey/dear/sayang   -  yeo  bo
        & whatever                   여  보


semalam dia ajak kahwin, tapi aku cakap nak belajar dulu


12 April 2011

Nobody perfect

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Olla.. entri kali ni aku cuma nak cakap takde sape yang sempurna. even SNSD yang selalu buat performance live atas stage ni pun banyak buat silap. hehe.. tapi dorang buat cute mistake ok. korang ada?


11 April 2011

Sempoi

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Konfem lah sume orang ada cara study masing-masing tak kisah lah tertonggeng ke, apa ke. aku ni tak lah pandai mana pun. tapi junior selalu jugak tanya cara aku study. haish.. kadang-kadang rasa macam nak copy paste je, macam dalam blog ni.. senang, habis cite. penat tau nak cakap benda sama banyak-banyak kali. so, aku takde lah niat nak riak sokmo kat sini. cuma nak share dengan korang sume cara study sempoi aku ni.. taip punye taip.. tadaaaa.. ni lah hasil nya.. check it out~

1.  Aku pemalas, tak suka baca buku. betul... tak percaya tanya roomate aku. even dah habis asasi pun, library aku tak pernah jejak. sape masuk library dia nerd.. muahaha. so, apa perlu aku buat? jawapan nya... fokus dalam kelas je lah. waktu lecturer mengajar, dengar biar kasik jelas. jangan duk bergosip je. bila dah fokus, gerenti paham. takyah susah-susah nak study lagi waktu lain. macam lah student ni banyak sangat masa. nak main game lagi, tido lagi, makan lagi. aigoo...

2.  Ramai orang suka beli buku latihan banyak-banyak, buat latihan je hari-hari. aku? haha.. tak langsung. kerja apa yang lecturer bagi, tu je lah yang aku buat. yang penting siapkan tutorial/homework sebab tu je cara nak refresh balik apa yang kita dah belajar. aku bukan genius.

3.  Aku selalu study waktu nak exam je. senang cite study last minute lah (jangan tiru perangai aku). so, waktu ni lah sibuk nak ingat sume benda... zup zup sume benda masuk dalam otak. haish.. sampai rasa nak je tambah kapasiti otak ni. so camne nak overcome? aku buat nota lipat. a4 paper tu lipat jadi 4 bahagian, pas baca buku, tulis balik apa yang dah dibaca dalam a4 paper tu. tambah ingatan sikit kan. bila nak masuk exam hall pun takyah pegang buku besar-besar, berat-berat, just flash back guna nota kecik tu. simple, short & sassy kan.

4.  Aku suka buat keje waktu malam. sebab malam je otak aku laju. siang slow sikit. sampai housemate aku panggil aku kupu-kupu malam.. haha siot je. so korang pun, suka hati lah nak buat keje bila pun. ikut kemampuan masing-masing. asalkan jangan ngantuk masa nak pegi kelas esoknya sudah. kat universiti ni, selalu nya paling lambat aku tido pun pukul 2 pagi kalau esok nya kelas start pukul 8.30. kalau esok cuti, lagi lah aku beronggeng sampai pukul 4 pagi pun boleh. pastu esok bangun pukul 10 lah jawab nya.. haha. tapi pastikan jangan lupa solat subuh ye.

5.  Ramai orang suka tidur waktu lecture. aku tak terkecuali. hehe.. biasa nya waktu lecture Biology & Chemistry aku selamba badak je landing. sampai rasa lecturer dah aim aku kaki tidur. nak tidur, boleh kot, sebab aku pun tidur. tapi jangan lah bantai tidur sewenang-wenang nya. lepas tersedar tu, cari balik mana yang tertinggal tadi. cuba baca balik.

6.  Kalau ada topik yang aku tak paham, biasa nya aku cuba paham kan sendiri dulu. sebab aku malas nak tanya lecturer. kalau tak paham lagi, aku tanya kawan. kalau kawan tak paham gak, aku buat-buat paham.. haha.

7.  Tipu lah kalau aku tak pernah stress. stress apa bila nak exam. dengan sibuk buat benda lain lagi. tapi jangan biar kan stress tu menguasai diri. virus yang sangat bahaya tu dalam hidup seorang student. so, pandai-pandai lah bahagi kan masa untuk study & benda-benda lain.

8.  Aku amalkan makan kismis hari-hari. ikut sunnah Rasulullah S.A.W elok makan kurma untuk tambah daya ingatan. tapi serius, aku tak suka sangat kurma. tak tau kenapa. so, aku makan lah kismis, boleh tambah daya ingatan gak.

9.  Tiap kali nak buat keje ke, study ke, aku mulakan dengan doa dan diakhiri dengan tawakal. mudah-mudahan Allah S.W.T berkati usaha aku dalam pelajaran ni.

10.  Tak dilupakan, restu mak ayah paling penting. tiap kali nak test/exam, aku mintak mak ayah doakan aku mudah jawab. bila nak exam besar pun mak aku puasa & baca yassin untuk aku. time kasih mak.. sayang mak.. mmuaahhhh

Finally, habis pun. kesimpulannya, ni je lah cara aku study. aku tak bagus sangat. so, korang pandai-pandai lah ambil yang mana baik, and jangan ikut yang mana tak baik. sume orang ada kelebihan & kelemahan sendiri. tak semestinya apa yang korang ada, aku pun ada & vice versa. maybe aku bagus sikit part-part teori ni, tapi praktikal aku memang kurang. so, manfaatkan lah kemampuan masing-masing.

All in all, selamat maju jaya... "STUDY BIAR LEPAK, RESULT BIAR GEMPAK"... peace no war~

buku-buku tebal yang tak pernah dibaca.. haha


Syukur

Assalamualaikum & annyeong haseyo......


Aku cuma nak cakap hari ni aku happy sangat. alhamdulillah aku bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. impian no. 1 aku dah tertunai. impian no. 3 aku jauh lagi untuk digapai. cuma berharap akan tergapai lah.

UNIC - Erti Syukur

10 April 2011

Finally.....

Assalamualaikum & annyeong haseyo....


Huh... finally Japanese Version of Run Devil Run MV pun released 9/4/2011. dah lama aku tunggu. tapi bagi aku Korean Version MV more amazing. pape pun, congrats to SNSD for their wonderful job.

Korean Version


Japanese Version


09 April 2011

Sama minat sama suka

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Hai korang. korang ada favourite kaler tak? aku pernah je jumpa orang yang takde specific favourite kaler. bagi aku macam tu baru bagus. tak lah pening kepala someone nak cari hadiah untuk dia kan. aku? hehe.. aku manusia normal even aku pelik sikit. so, aku ada lah favourite kaler which is biru and purple.

Aku dah lama suka biru, sejak kenal warna lah. nampak beno nipunye kalau cakap sejak dalam perut mak aku lagi kan. tak tau la kenapa aku suka biru. maybe, sebab biru nampak tenang and cool kot.. haha. and guess what, pada suatu pagi yang hening ketika bersarapan bersama family bertempat di kampung aku di mana tiada kokokan ayam sebab semua ayam dah kena sembelih masa kenduri semalam (bapak lah panjang ayat takde koma), adik aku yang baru balik dari PLKN bagitau satu info penting kat aku...

adik aku:  kak, asal sume orang yang minat korea suka warna purple?

aku :  yeke? nape ko cakap camtu?

adik aku:  ko suka kaler purple kan. kawan orang kat PLKN yang suka korea tu pun suka kaler purple. ramai lah jugak, bukan sorang je.

aku:  ooooooo... kawan...... (biasanya yang minat korea ni perempuan kan.. adik aku tu lelaki.. well, you know boys... will try to flirt most of the time)

Tetiba aku wondering, betul ke most of orang yang minat korea tend to suka purple. urmmm... entah lah. tak kisah lah, bukan salah pun. aku cuma nak cakap yang aku start suka kaler purple lepas lagu Purple Line released. dulu kan aku minat TVXQ, tapi since dorang dah berpecah sebab masalah dalaman dengan SM Entertainment, aku dah tak follow perkembangan TVXQ lagi. dorang yang berlima ni pun dah split jadi dua kumpulan which is TVXQ (Yunho, Changmin) and JYJ (Jejung, Yuchun, Junsu). so sad.

Purple Line



zaman TVXQ still together

07 April 2011

Segmen belajar tulisan korea 1

Assalamualaikum & annyeong haseyo....



Hai adik manis. sape nak belajar tulisan korea angkat telinga! hehe, aku pun bukan lah sifu dalam bab-bab mengajar ni. cuma, aku nak share ilmu yang aku ada. kalau aku tersilap, tolong betulkan ok. aku jadi hardcore fan korea start form 1, dari situ lah aku gigih belajar tulisan korea sendiri. ye sendiri. aku tak attend mana-mana kelas pun. takde duit and takde masa.. haha. bajet je lebih. ok sekarang boleh keluarkan mouse, highlight abjad-abjad di bawah, right klik, copy then paste.

1) Konsonan
    (a) Simple konsonan
         ㅂ b, p   ㅊ ch   ㄷ d, t    ㄱ g, k   ㅎ h
         ㅈ j      ㅋ k     ㄹ l, r    ㅁ m     ㄴ n
         ㅍ p     ㅅ s     ㅌ t      ㅇ ng


    (b) Double konsonan
          ㅉ jj     ㄲ kk   ㅃ pp     ㅆ ss    ㄸ tt


2) Vokal
    (a) Simple vokal
        ㅏa      ㅔe    ㅣi     ㅗ o    ㅜ u 
        ㅐae    ㅓeo    ㅡ eu     ㅚ oe   ㅢ ui


    (b) Compound vokal
         ㅘ wa  ㅙ wae  ㅞ we   ㅟ wi    ㅝ weo
         ㅑya    ㅖye   ㅕyeo   ㅛ yo    ㅠ yu


Tapi.. tapi.. menulis korea ni tak semudah ABC. dia ade rules tersendiri. kalau nak tulis huruf vokal tunggal, macam 'A', kena ada tambahan '' kat depan ''. so A = 아. and kata kan nak tulis I, akan jadi . kalau vokal bersambung dengan konsonan, jadi macam ni... MA = 마got it?

Then, if nak tulis full word of kamsahamnida (terima kasih), kita kena tulis camni:

감   사   함   니   다
kam   sa   ham   ni   da

Kesimpulannya, maximum 2 huruf je ada kat atas dalam satu suku kata. and huruf ke-3 kena duduk bawah. contohnya dah nyata dan jelas dalam suku kata kat atas kan. so, renung-renungkan dan selamat belajar. 


Lupin ke lupang?

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Ohoi korang. aku baru tau yang sebutan LUPIN tu bukannya lu-pin tapi lu-pang. haha noob tol aku ni. aku bukan hardcore fan KARA, jugak bukan anti. biasa-biasa je. kalau SNSD tu lain lah.. memang no. 1 dalam hati sanubariku. aku suka dengar lagu Lupin, sebab dia catchy. and dance dia pun, hot kot.. haha.

pape pun SNSD lagi hot



Lupin

Sememangnya KARA ni berubah mengikut peredaran masa. buktinya dalam lagu Rock U yang relased tahun 2007, imej dorang is childish+cute. but then, Lupin yang released tahun 2010, KARA start ubah imej dorang into feminin+sexy look. and, start dari Lupin lah baru dorang terkenal and punya ramai fans. so kesimpulannya kat sini, kite kena jadi sexy kalau nak ramai peminat. urmmmm....

innocent look time



Rock U


Goguma Couple yang sweet potato

Assalamualaikum & annyeong haseyo.....

Kaifa halukum? Today, ana nak cakap pasal WGM (We Got Married). konfem ramai dah tengok kan. well, aku kan pelik. bila orang lain dah habis tengok, baru aku gedik-gedik nak tengok. padahal, aku dah lama ambik downloaded WGM goguma couple ni dari Izudin Rifli. dia sibuk-sibuk suruh aku tengok cepat-cepat, aku mana ada masa. aku kan busy tido study. sekarang ni tengah menganggur, baru lah aku tengok.

aku suka sikap protective Yonghwa & 
innocent look Seohyun

Actually, baru semalam aku start tengok yang betul betul punya. maksudnya concentrate lah. sebelum ni aku cuma join kejap-kejap je masa adik aku tengok. and reaction aku.... patut lah ramai orang suka goguma couple, dorang memang sweet and tak nampak macam buat-buat. khuntoria couple macam buat-buat sangat lah even aku suka nichkhun. aku teringin jugak nak tengok adam couple yang funny tu, tapi tak jumpa sumber lah.. huhu. so, sape yang ada adam couple, please inform aku.


And part yang paling best, Yonghwa nak sangat berbual-bual dengan Seohyun in a friendlier way. tapi, Seohyun yang terlalu sopan and lembut ni tak dapat nak buang rasa hormat kat Yonghwa tu, memandangkan Yonghwa lebih tua dari dia. kalau dalam Banmal Song, Yonghwa ada cakap yang dia nak dengar 'komawo' instead of 'kamsahamnida' (terima kasih). sebab kamsahamnida ni terlalu formal. dorang married couple ok. apa kejadahnya nak cakap formal formal lak kan.

Banmal Song

lirik lagu ni ada makna yang mendalam

Alamak! apsal aku melalut panjang-panjang ni. niat aku yang sebenar cuma nak share dengan korang pasal blog Wonderful Generation. serius aku admire gaya blog ni. aku berhasrat nak buat blog macam dia jugak, yang banyak muatkan info pasal SNSD and etc.

Dan.. dan... korang boleh tengok full episode of goguma couple and khuntoria couple kat blog ni. baik kan aku tunjuk blog ni kat korang. ok, KFC variety bucket cukup.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...