19 April 2015

#2ndtriptokorea - Day 4 (Samcheongdong & Bukchon Hanok Village) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo... 

Rabu - 18 Februari 2015

So, dari Han River... kami pun teruskan perjalanan ke Samcheongdong =)

Buat peminat Running Man, konfem korang akan cam tempat ni sebab kat sini lah Monday Couple ada bergambar sweet kat mural tepi jalan. selain daripada tempat shooting Running Man, Samcheongdong juga merupakan sebuah kawasan yang sangat cantik dan berdekatan dengan Gyeongbokgung Palace, The National Folk Museum of Korea dan Changdeokgung Palace.

Kat dalam kawasan Samcheongdong juga ada Bukchon Hanok Village yang mana perkampungan tu merupakan tempat shooting Korean Drama Personal Taste dan EXO Showtime Episod 7 =)

Jadi, kalau dah alang-alang ke Samcheongdong tu, kenalah pergi ke Bukchon Hanok Village sekali =D

***

Cara untuk pergi ke Samcheongdong dari Han River adalah~

1. Dari LINE 9 National Assembly Station (Sinnonhyeon bound), transfer kat Noryangjin Station
2. Dari Noryangjin Station, tukar ke LINE 1 menuju ke Jongno 3(sam)-ga Station (Soyosan bound)
3. Dari Jongno 3(sam)-ga Station, tukar ke LINE 3 menuju ke Anguk Station (Daehwa bound)




Kalau diikutkan, bila dah sampai kat Noryangjin Station... transfer jelah subway macam biasa direct ke Jongno 3(sam)-ga Station kan. tapi, entah kenapa waktu kitorang sampai kat Noryangjin Station tu, keadaan train dia macam pelik. tak macam subway yang biasa. selalunya macam LRT. tapi, kali ni macam komuter pulak.

So, kitorang jadi unsure whether betul ke tak ni route train yang sebenar. lepas tanya netizen, dorang cakap... haaa betul lah ni route dia. so, konfiden jelah ye. kami pun carilah signboard menghala ke Yongsan (next station selepas Noryangjin).




Betul tak... macam stesen komuter kan?


Tunggu punya tunggu, train pun sampai. tetiba dia berhenti kat Yongsan Station je then semua penumpang kena turun. sebijik macam komuter kat Malaysia. sesuka hati dia je berhenti kat mana-mana stesen yang dia suka then semua penumpang kena tukar train -,-

So, takyah cakap banyak... keluar jelah dari train tu dan terus cari route ke next station.


Next station selepas Yongsan adalah Namyeong Station


Tetiba aku terfikir... kitorang salah route ke apa?


Then, train pun sampai. nasib baik kali ni dia direct from Yongsan Station to Jongno 3(sam)-ga Station. alhamdulillah. kemudian, kitorang pun transfer kat Jongno 3(sam)-ga Station menuju ke Anguk Station.

Sampai-sampai je kat Anguk Station, kitorang decide untuk lunch dulu sebab dah tengah hari. apa lagi... aku terus keluarkan bekalan nasi lemak Brahim dengan sambal kerang Adabi yang dah dibungkus siap-siap dari guesthouse. selamba badak je kitorang makan nasi lemak kat subway station. kekeke =P


Kat sinilah kami lunch. hihi. nasib baik Anguk Station ni tak ramai orang. tiga beg tu beg kitorang... manakala beg hijau tu beg netizen. menjeling-jeling dia tengok kitorang makan nasi lemak tau. kalau nak tu cakap jelah ahjussi. keke =P


Dah lah hari ni cuaca sejuk yang amat. masa baru keluar dari guesthouse, suhu 0 darjah celcius. masa kitorang makan ni 3 darjah celcius. serius sejuk tak menahan. sambil-sambil makan pun boleh menari-nari lagi supaya heat generated. hihi.

Lepas habis makan, kitorang terus solat kat belakang tiang besar tu. bila kulit tersentuh je air untuk wuduk... sejuknya pehhhhhhh... freezing yang amat!!!

***

Selesai solat, jom lah kita teruskan perjalanan menuju ke Samcheongdong.

Mula-mula, keluar dari EXIT 1 dulu. kemudian, jalan je terus sampai nampak Pungmoon Girls' High School. terus belok kanan betul-betul kat simpang depan sekolah tu.


Pungmoon Girls' High School


Lepas dah belok kanan tu, jalan je terus. nescaya korang akan masuk ke kawasan Samcheongdong =)


Tadaaaa ini lah dia Samcheongdong =D


Banyak bangunan lama yang keadaan nya masih lagi baik


Mural kat tepi jalan






 Running Man fans, do you remember this? =D


I takde Monday Couple. Wednesday Couple pun takde. sebab I single and available. ahaks! =P


 Damai lagi tenang je lorong ni




 Coffee House






Kawasan Samcheongdong ni luas. prepare jelah kaki tu untuk berjalan. hihi.




Disebabkan Samcheongdong dekat dengan Gyeongbokgung Palace, sebab tulah ramai polis berlegar-legar kat sini. tapi aku pelik sikit dengan polis kat Korea. dorang mesti berjalan bersama-sama in a group of four. cantikkkk berbaris pulak tu. macam marching. hihi =P


Selain daripada polis yang pelik, budak ni pun pelik jugak. haha =D


 Ahjussi jual gula-gula kapas. macam teringin nak beli tapi mahal


Dah lah hari ni kitorang fully outdoor. cuaca pulak sejuk nak mampus. tak tahannnn so terus pergi cari convenience mart untuk beli instant coffee.


 KRW1,200 per cup (RM3.60)


 Minum dulu sambil memerhatikan gelagat tourists lain. kiki =P


Then jom teruskan perjalanan


 Pastu termasuk lorong mana entah. hehe =P


Kat situ ramai yang vandalisme. kami pun tak ketinggalan =D




 Masih lagi berjalan selagi mampu








 Kawasan Gyeongbokgung Palace dan The National Folk Museum of Korea




Lepas dah puas pusing-pusing satu Samcheongdong, barulah kitorang terfikir untuk cari Bukchon Hanok Village.


Baca lah sikit sejarah Bukchon


 Ada peta Bukchon Hanok Village kat area Samcheongdong. tapi, macam susah je nak cari


Then, kitorang terus tanya arah kat Information Office bergerak. orang yang pakai baju merah siap bertag nama yang duk berlegar-legar kat sekitar Samcheongdong tulah Information Office bergerak nya. dia pun bagi lah peta Samcheongdong siap buat arrow sana sini lagi supaya kitorang faham arah yang ditunjukkan.

So, apa lagi. ikut jelah arah yang dia lukis kat peta tu. meh kita cari Bukchon Hanok Village =D


 Nampak sangat gaya tourist. hihi =P


 Alahai kenapa lah banyak sangat tangga kat perkampungan Korea ni -,-


Perkampungan ni pun kat atas bukit. sama je macam Ihwa-dong Mural Village T_T


Yeay dah sampai! =D


Bukchon Hanok Village merupakan kampung peninggalan pegawai istana yang hidup dalam Joseon Dynasty. kawasan kampung ni masih terpelihara dengan reka bentuk rumah tradisional yang sangat cantik dan bersih. ada orang tinggal kat sini tau. jadi, jangan buat bising =)


Cantik kan kawasan perkampungan ni =D




Mentang-mentang lah kampung ni cantik, terus aku buat macam kampung sendiri. hihi. punya lah berjalan jauh sampai tertanggal tali kasut. selamba je duduk kat tangga rumah orang tanpa izin =P


Dia ni pun dah macam tuan rumah nombor 46 je. haha =P


 Saya pulak tuan rumah nombor 47 =)






Ajumma... saya nak kimchi sikit!


 Ajumma tak nak bukak pintu jadi mogok kat tepi rumah dia


 Tetiba rasa nak pergi toilet pulak


Baru ingat nak ceroboh rumah orang. adoyai ada door lock lah pulak. rumah je tradisional. door lock moden kot -,-


Kaki pun dah penat melangkah dah ni. ketuk-ketuk rumah orang pun orang tak bukak. haha. so, marilah kita blah dari sini.


Tanda dah pergi Bukchon Hanok Village =D


Next destination ---> Insadong and Namdaemun Market. to be continued~


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...