08 January 2015

Journey to Korea - Day 5 (Myeongdong)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Khamis - 30 Januari 2014

Kitorang sampai Myeongdong dari Gwanghwamun Square dalam pukul 5 petang. dah senja dah tu. memandangkan ni tempat shopping, jadi semua orang boleh jalan sendiri. kitorang cuma akan berkumpul semula pukul 8 malam.

Aku memang excited sangat kat Myeongdong sebab ni lah tempat shopping paling heaven kat Korea. banyak outlet yang menawarkan harga barang yang berpatutan ada kat sini. berbeza sangat dengan Dongdaemun yang kebanyakannya jual barang branded je.



Myeongdong~ banyak outlet kat kiri-kanan jalan. ada jugak orang yang menjaja kat tepi jalan je




View Myeongdong waktu malam



Myeongdong sentiasa ramai orang. dan jugak banyak simpang. kalau yang jenis kaki sesat *macam aku tu*, korang kena ingat lah simpang mana korang masuk



Cakap je nak beli apa. boleh kata semuanya ada kat Myeongdong. dah lah banyak lagu SNSD dan EXO sepanjang jalan =)



Jumpa kedai Nature Republic sebesar alam. terus ambik gambar EXO. hee~



Tae Yeon pun ada. masuk kedai ni sebab nak usha je. beta kan tak pakai mekap. hihi



Takde ke sape-sape nak belikan aku EXO standee ni? keke =P



Terjumpa Luhan, Baek Hyun dan Kai. haruslah bergambar dulu. senyum sikit pakwe-pakwe ku sekalian. ahaks! =P



Dah habis membeli-belah. kini tiba lah masanya untuk berkumpul semula. aku banyak beli Kpop merchandise je. hehe =D



Niatnya nak pergi Namdaemun sekali. Namdaemun merupakan tempat shopping macam Myeongdong jugak. tapi lebih murah barang-barang dia. malangnya, Namdaemun tutup lah pulak sebab esok Chinese New Year =(

So, balik dari Myeongdong, kitorang singgah Restoran Mentari dulu untuk dinner. perut pun dah berkeroncong irama Growl ni. lepas dinner, terus balik hotel semula. nak menghabiskan malam terakhir kat Mate Hotel. huhu =(

Tak sangka esok dah nak balik Malaysia semula. tak dapat terima kenyataan. huwaaaaaa~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...