15 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 2 (Nami Island & Dongdaemun) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dalam trip yang terdahulu, aku dah pergi Nami Island *sila klik sini untuk baca*. kali ni pun aku pergi lagi. hehe =D

Isnin - 16 Februari 2015

Dari Petite France, kitorang teruskan perjalanan ke Nami Island. sila naik semula Gapyeong Tour Bus sambil menunjukkan tiket. selepas 25 minit, sampailah kita kat Nami Island! =D

Bas akan turunkan korang kat parking lot. pastu, pandai-pandailah jalan sendiri menuju ke kaunter tiket. harga tiket adalah KRW8,000 (RM24) kalau nak naik feri. tapi, kalau korang banyak duit dan berani... boleh lah naik zip-wire yang mana tiketnya KRW38,000 (RM114). kalau berani je *macam kitorang* tapi tak banyak duit tak jalan jugak. hahaha =P

Oh ya, kalau korang tak banyak duit macam kitorang dan berhasrat untuk menaiki feri, first ferry adalah pada pukul 7.30 pagi manakala last ferry pada pukul 9.45 malam =)




*kalau nak maklumat lanjut berkenaan harga tiket, boleh klik entri ni*

Sape yang tengok We Got Married Jonghyun-Yura couple, konfem korang tau apa itu zip-wire. nampak best kan dorang naik benda alah tu walaupun cuaca sejuk nak mampus. kenapa Jonghyun-Yura couple pergi Nami Island seminggu sebelum aku. why whyyyyyy??? =(

***

Selesai je beli tiket, jom lah pergi ke jeti untuk menunggu feri. masa kat Nami Island, hujan macam lebat sikit. takde lah lebat macam kat Malaysia, tapi lebat sikit lah dari rintik-rintik *pebenda aku explain ni*. jadi, kesejukan dia tu melampau sikit.


Sudahlah sampai di Nami Island


Dulu aku pergi ada banyak ais. sekarang dah kurang sikit sebab dah late winter kot


Rasa macam heroin drama yang sedang menunggu kehadiran heronya dalam kehujanan di tengah-tengah lautan manusia. kekeke =P


Ini budak sangat excited nampak bendera Malaysia di Nami Island


Ni zoo ke Nami Island? konfius sekejap. haha =D


Tak sah kalau takde gambar camni kat Nami Island. heeeeee. daun pokok banyak yang dah menghijau kembali. dulu lagi nampak winter lah aku rasa


Yaaaaaa. mereka pun tidak ketinggalan




Nami Island dan Winter Sonata ibarat strawberi dan coklat


Dulu aku ambik gambar kat First Kiss Bridge ni dengan adik perempuan aku. laaaa ni malas dah sebab hujan




Do you wanna build a snowman~


Winter Sonata memorial. tak mampu nak duduk pabila melihatkan kebasahan yang ada


Semua orang akan mendambakan unggun api tatkala cuaca semakin sejuk dan deria sentuh semakin berkurangan


Tapi bila dah ramai-ramai mendambakannya, nampak macam ritual menyembah unggun api pulak. hahaha =P


Perut pun sudah berkeroncong. marilah kita mencari halal restaurant untuk lunch. kat Nami Island, ada satu kawasan khas menempatkan restoran halal siap dengan musolla. so, toksah ragu-ragu pasal makan. takkan kebulur punya kat Nami Island ni =)

Masa aku pergi dulu, musolla dia lain. mungkin kali ni dah upgrade kot. kawasan restoran halal tu pun macam dah lain sikit. ada restoran yang tengah renovate dan ada restoran baru bukak. so, kitorang pun pilih Dongmoon Restaurant untuk merawat perut yang lapar.




Price ranging from KRW9,000 to KRW12,000 (RM27-RM36)


Aku order chicken teriyaki = KRW10,000 (RM30). kalau kat Malaysia ni, berkali-kali aku fikir nak makan sampai RM30. hahaha =P






Interior design dia sangat cantik =D






Tengok baby seat tu teringat Song Triplets - Daehan Minguk Manse. kekeke =D


Selesai je makan, terus pergi ke surau yang ada kat sebelah restoran ni. then, teruskan perjalanan dengan perut yang kenyang =D


Ada mini museum MBC. kenapa ada MBC eh kat sini? dulu Winter Sonata tu ditayangkan kat MBC ke?


Ziha berjaya jumpa idola dia - Yoo Jae Suk


Annyeong haseyo. Kura-Kura imnida. kamsahamnida. tau cakap tu je daaa~


Caaaaak~


Nampak tak air hujan bertakung macam apa je -,-








Eh sape ni??? photobomb pulak dia. haha


Cuaca sangat sejuk pastu boleh pulak adik aku lupa bawak snow cap dia. haaaaa kan dah jadi Bob Marley


Serupa!!!


Ingat nak naik basikal tapi hujan. huhu


Muehehehehe


Dalam pukul 4.00 petang, kami pun membuat keputusan untuk blah dari sini.






Dari kejauhan sudah lah ternampak keferian




Semua orang berebut nak duduk bawah heater


Sampai je kat jeti, terus pergi ke parking lot semula. tunggu Gapyeong Tour Bus untuk balik ke Gapyeong Station. bas akan sampai pukul 4.15 petang yang mana masa perjalanan nya 5 minit sahaja.

Nami Island --> Gapyeong Station

Setelah tiba di Gapyeong Station, marilah kita membeli tiket ITX untuk pulang ke Cheongnyangni Station. akan tetapi, di saat kami sedang ingin membeli tiket... hanya tinggal 2 minit sahaja lagi untuk train tiba. disebabkan kami malas untuk berkejar-kejaran dan takmo tunggu 30 minit untuk next train, jadi kami membuat keputusan untuk pulang dengan menaiki subway sahaja.

Oleh kerana kami ingin terus pergi ke Dongdaemun, jadi marilah kita menuju ke Dongdaemun History & Culture Park Station =D




Cara untuk pergi ke Dongdaemun dari Gapyeong Station adalah:

1. Dari Gapyeong Station, ambil GYEONGCHUN LINE ke Sangbong Station
2. Kat Sangbong Station, transfer ke GYEONGUI-JUNGANG LINE ke Wangsimni Station (Munsan bound)
3. Kat Wangsimni Station, transfer ke LINE 2 ke Dongdaemun History & Culture Park Station

Amacam? jauh gila kan perjalanan. dah lah sampai 2 kali transfer station. tapi okay lah tu. better dari tunggu ITX sampai 30 minit. hehe =D


Lengang je subway. oleh kerana masa perjalanan yang agak panjang, ramai yang tidur


Sleeping partner??? hahahahaha


OMG! mana muka dia???!!!


Setelah beberapa ketika *tak tau lah berapa banyak ketika yang ada*, kami pun tiba di Dongdaemun History & Culture Park Station. kalau keluar ikut EXIT 14, korang akan terus nampak banyak mall. antaranya Good Morning City, APM dan Migliore.

Tapi aku sangat berminat nak pergi Dongdaemun Design Plaza sebab reka bentuk bangunan dia sangat unik.


Unik kan? tapi hujan makin lebat =(


Orang Korea sentiasa update dengan weather forecast. asal nak hujan je dorang dah bawak payung awal-awal. tak kisah lelaki ke perempuan. tiada istilah "tak macho ah bawak payung"




Kami tak bawak payung, cuma bawak rain coat je. dah lah kaler dia macam teletubbies. tersengih-sengih orang Korea pandang kitorang. hahaha =D


Memperkenalkan... dari kiri: Dipsy, Tinky-Winky and Laa Laa =P


Dah puas merayau-rayau sekitar Dongdaemun Design Plaza, marilah kita menuju ke Migliore mall


Dulu aku pergi Doota mall. laaaaa ni nak tukar angin. saja je masuk Migliore sebab nak window shopping. tak sangka pulak terjumpa souvenir shop yang harga barangnya tersangatlah berpatutan dan boleh dikatakan murah. malam tu jugak aku terus beli segala souvenir untuk family, kawan dan kenalan. malas nak fikir pasal souvenir lagi pasni. hehehe.


Banyak gila ah kitorang borong. aku tau shop owner tu sedang menyembunyikan senyuman kegembiraan ekoran kemasyukan beliau pada hari ini. kekeke =P


Dah puas memborong kat Dongdaemun, marilah kita pulang ke guesthouse untuk makan maggi sebagai dinner. hihi =D


Dari Dongdaemun History & Culture Park Station, ambil subway LINE 4 ke Myeongdong Station (Oido bound)


Ada birthday board D.O kat Myeongdong Station. dahsyat betul lah EXO fans ni O.o


Macam biasa, keluar ikut EXIT 3 dan pulang ke guesthouse. eh! ingatkan nak pulang betul-betul. rupanya pulang untuk letak barang belian tadi kat dalam bilik sahaja. kemudian, kami pun keluar semula menuju ke Myeongdong Shopping Street. mentang-mentang lah berapa langkah je boleh sampai Myeongdong, setiap malam meliar. hahaha =D


Introducing my twins *pffffffttttt* =P


Macam biasa, window shopping je kat Myeongdong. masa tu pun dah pukul 10.00 malam. banyak kedai dah tutup. jalan-jalan sekejap pastu balik guesthouse makan maggi. then tidur dan dapatkan rehat secukupnya untuk trip esok =)

Day 3 - Ihwa-dong Mural Village and first snow experience. heeeeeee. to be continued~


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


6 comments:

Bibie Karim said...

Eh baru je gi last year, dah banyak penambahan kat Petite France. Best kan jejalan kat Myeongdong, walau xbeli apa tapi cukup takat cuci mata.

kurakuraygslow said...

Bibie Karim : Tulaaa best. Sebab tu setiap malam pergi Myeongdong. Hehe. Barang-barang dia pun tak murah sangat kan. Sesetengah je yang okay harga dia.

Jari Manis said...

Migliore tu kat area mana eh

kurakuraygslow said...

Keluar je Exit 14 Dongdaemun History & Culture Park terus nampak bangunan tulis Migliore sis JM.

farlyna natasha said...

Kt myeongdong market n dongdaemun mmg xde makanan halal ke.. ;)

kurakuraygslow said...

Kat myeongdong ramai muslim makan kat Yoogane. Dongdaemun ada je makanan halal (ikan bakar). Tapi tak pergi ke situ dalam trip ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...