23 February 2014

Journey to Korea - Day 1 (KLIA - Incheon International Airport)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai uolllsss~

Korang ada tak baca post aku yang ni dua tahun lepas? fineeeeee... masa tu aku tipu je pasal pergi Korea. cerita macam gempak je kan. padahal pergi dalam mimpi je sebab masa tu tak cukup duit lagi. sobsobsob :'(

Tapi.... sebulan yang lepas... aku betul-betul pergi Korea tau! kali ni betul-betul punya. tarak tipu punya!

See... siap ada bukti lagi. kehkehkeh =P


Memandangkan impian untuk ke Korea ni dah ku tanam sejak darjah 1 sekolah menengah lagi *eceh*, so aku pun simpan lah sikit-sikit duit biasiswa JPA daripada setiap semester. nak harapkan VIP sponsor, aku belum dapat kahwin dengan orang kaya lagi. haha! =P

Mengenangkan cuti semester yang cuma lah seminggu lebih, ditambah pulak aku takde kawan langsung yang study kat Korea... adalah lebih baik aku menggunakan perkhidmatan travel agency untuk ke sana. takde lah buang masa aku merewang naik subway (Korea's train) dan kebuluran sebab susah nak cari makanan halal. hihi.

Kos fullboard untuk ke Korea menurut travel agency ni adalah RM3,298 seorang. kalau tambah kos buat pasport (RM100) dan shopping, dalam RM4,000 jugak lah. itu pun kalau korang shopping RM600 je. kalau lebih, pandai-pandai lah tambah bajet sendiri. hehe.


***

Aku pergi ke Korea dengan mak ayah dan adik perempuan aku je. kesian abang dan adik lelaki aku kena tinggal. padan muka!!! bhahahaha *gelak jahat*. tu lah. sape suruh cuti semester tak sama dengan aku. kan dah kena tinggal =P

Kebetulan aku cuti semester masa winter season. so, terpaksa lah kitorang ke Korea masa winter. sebenarnya, aku risau jugak kot-kot mak ayah aku tak tahan sejuk. nak-nak pulak suhu asyik nak bawah paras beku je. kang beku pulak mak ayah aku. sape nak bawak dorang balik Malaysia =P

***

Okay cukup. panjang pulak aku membebel kan. bila pulak nak masuk cerita pergi Korea ni. hihi. aku dan family ke Korea hanyalah selepas 5 hari berakhirnya end of semester examination aku. tak puas lagi lepak kat rumah dah kena pergi Korea. huhu. (ayat macam kena paksa pergi melancong je kan... haha!)

Memandangkan kali terakhir aku naik flight adalah 15 tahun lepas, jadi perasaan excited untuk naik flight tu tersangatlah extreme. ahaks!

Flight kitorang berlepas tepat pukul 11.45 malam, 26 Januari 2014 waktu Malaysia. dah lah takde view untuk ditonton. nak online, mana ada wi-fi dalam flight. nak tidur, mata tak ngantuk pulak sebab excited sangat. so, adalah lebih baik aku mendengar lagu SNSD sepanjang perjalanan. (tak sangka dalam MAS ada lagu SNSD uolllsss... hehe)

Eh! masa ni tengah tengok cerita Happy Feet. tapi bosan. so tukar dengar lagu SNSD =)


I got a boy meotjin! I got a boy chakhan!


***

Selepas mengharungi 6 jam 30 minit yang membosankan sebab tak boleh jalan-jalan, tak boleh online dan tak boleh tidur... akhirnya kitorang pun tiba di Korea!!!!!!!!! (tanda seru bersamaan perasaan excited aku... hihi)

Waktu kat Korea cepat sejam dari waktu kat Malaysia. so, pada pukul 6.20 pagi, 27 Januari 2014 waktu Korea... bertemankan suhu -3 darjah celcius, kitorang pun mendarat dengan selamatnya di Incheon International Airport =D

First thing yang aku nampak... gambar SNSD besar gedabak!!!!


Okay fine. giliran adik aku pulak untuk excited bila nampak Big Bang =.=


Sampai-sampai je kat sana... uruskan passport dan luggage dulu. then, barulah jumpa tour guide kitorang kat lobi. tour guide ni merupakan warga Korea yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. so, toksah lah korang nak risau sangat kalau tak reti cakap Bahasa Korea kayyyy =P

Orait. sampai sini dulu entri untuk Day 1. nanti aku akan sambung entri Day 2 pulak ye. till then, annyeong~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea

 

1 comment:

Unknown said...

wah best nye awak dapat gi korea!!!! tak sabar nak baca next entry! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...