11 August 2012

10 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Daripada 'Couple'

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello boys & girls. ramai tak antara korang yang masih 'single'? atau dalam bahasa yang lebih sopan, tak berminat untuk terlibat dalam pape hubungan perasaan sebelum bernikah. ahaks =P

Sebaliknya, ramai kah antara korang yang dah 'couple'? atau dalam bahasa yang orang Melayu cipta, berpasangan sebelum bernikah. haha. tapi, aku tak nak guna term 'couple' lah. sebab kadang kala 'couple' tu disalah tafsir kepada maksud yang tak baik. so, apa kata aku guna term 'percintaan yang suci'. haha! =D

Sejak belakangan ni, aku sering diajukan dengan pertanyaan 'dah ada yang punya ke belum?". ni tak lain tak bukan, cikgu-cikgu sekolah menengah aku dulu lah ni. adoi. macam aku dah tua sangat je. mentang-mentanglah umur ni dah ada angka 2 kat depan (bagi orang yang lambat pick up tu, aku maksudkan 20 tahun). hehe. sebenarnya cikgu, saya ni bukannya takde orang yang nak. cuma saya lebih suka single. hahaha =P


***

Ramai tak antara korang yang selalu mengalami situasi sama dengan aku? agak-agak, apa jawapan yang korang nak bagi kalau soalan ni asyik ditanya sampai telinga korang naik bernanah? ihiks.

Oleh itu, aku nak tolong korang cipta 10 alasan kenapa lebih suka single. baik kan aku? ahaks. so, aku dah listkan beberapa kelebihan mempunyai status 'single'. alah... macam yang korang letak kat facebook tu =P


***

*  Peringatan : entri ini takde niat untuk menyinggung perasaan sape-sape pun. sama ada yang masih 'single' atau pun bukan. jadi, amatlah diharapkan, takde pihak yang melatah pun. no hard feeling ok. just enjoy your reading =)

***

Kenapa 'single' lebih best daripada 'couple'? sebab nya........


1.  Tak payah risau lambat balas SMS

Biasalah. kalau dah kapel, semestinya nak SMS paling kurang pun 3 SMS sehari. alaaaa.... toksah nak tipu lah korang tak pernah SMS dengan pihak satu lagi tu. setiap hari mesti akan ada sesi SMS punya lah. setakat tanya soalan normal... "dah makan? dah gosok gigi? dah masuk tandas?". kalau baik sikit, tanya... "dah solat?" *uhuk uhuk*. kadang-kadang, tengah sibuk berSMS, mak panggil pulak pergi dapur suruh masak nasi. so, TERlambat sikit lah balas SMS tu. alaaa lambat sikit je pun. bukan lama sangat. dalam 0.583 saat je lambat. tup tup, pihak satu lagi tu merajuk. alasannya... "U lambat reply text I". huh mengada!

So, bagi mengelakkan sesi pergaduhan dan kemerajukan tercipta, terpaksalah orang yang berkapel ni menggendong telefon bimbitnya setiap masa walau ke mana sahaja mereka pergi bagi mengelakkan adegan TERlambat balas SMS ini berlaku.

Tapi, bagi orang yang single... memang tak heran langsung dengan phone dorang. selalu nya tinggal kan aje phone kat dalam bilik dan dorang pergi tengok TV kat ruang tamu. kalau phone berbunyi menandakan SMS masuk pun, memang buat pandai je sebab tau takde orang lain lagi selain 'kawan baik tersayang' yang hantar SMS tu. sape lagi kalau bukan HOTLINK mahupun CELCOM. haha! =D



2.  Boleh tidur awal dan mempunyai tidur yang cukup

Kadang-kadang, orang yang berkapel ni sanggup menghabiskan 1/3 daripada waktu malam mereka hanya untuk mendengar suara satu sama lain. perbualan yang sama setiap hari. "dah makan ke belum, makan apa, dah makan ke belum, makan apa". perbualan yang sama berulang kali, tapi boleh on the phone sampai berjam-jam. ish ish ish. eh mungkin jugak sekali-sekala dorang ni merenung bulan dan mengira bintang bersama-sama. haha =D

Bila dah on the phone sampai berjam-jam, secara tak langsung, masa tidur pun terpaksa dilewatkan sikit. kebiasaannya, kapel ni akan on the phone lepas siapkan kerja. jadi secara automatiknya, masa paling ideal untuk mendengar suara masing-masing adalah selepas pukul 11 malam. *eh, tau pulak aku! haha*. kalau dah lambat tidur, mesti lah tak dapat tidur yang cukup. kalau TERawal tidur pulak, konfem akan ada berjuta miscall. sekali lagi sesi kemerajukan tadi akan tercipta. huh mengada!

So, bagi orang yang single ni, lantak pi lah. nak tidur awal ka, tak nak tidur ka, takkan ada orang call dan takkan ada 58 miscall punya. secara tak langsung, takkan ada sesi merajuk dan takkan ada sesi memujuk. happy nya. hewhew~



3.  Takde masalah untuk usha kaum berlainan jantina setiap masa. heh?!

Biasanya, bagi orang yang dah kapel ni, memang takde can lah nak usha orang lain yang berlainan jantina tu. yelah, kang kalau TERusha, dituduh tak setia pulak. baru berkapel dah tau erti tak setia, kalau dah kahwin kang lagi teruk pulak kan.

Sebenarnya, kalau perempuan ni usha lelaki lain, dia bukannya ada niat untuk tak setia. cuma dia nak membuka mata untuk membuat pilihan yang lebih baik je. haha =P *aku mestilah nak menang kan kaum aku*

Tapi, bagi orang yang single, sesi usha mengusha tu memang sangat dialu-alukan dengan alasan untuk mencari calon yang sesuai. ahaks! =D



4.  Boleh bertegur sapa dengan kawan-kawan berlainan jantina sesuka hati tanpa ada sesiapa marah

Dah puas mengusha tu, mestilah nak bertegur sapa dan beramah mesra pulak kan. muahahaha. tapi, kalau korang tu dah berpunya, ingat-ingatlah diri sikit. silap-silap, even berbual dalam sesi perbincangan kumpulan pun boleh mengundang rasa marah pihak yang satu lagi tu. apatah lagi nak sembang kencang. memang kirim salam maut jelah.

Nasib baik lah orang yang single ni boleh buat pape je yang dia suka. takde orang halang dan takde orang bengang. asalkan tak melanggar batasan agama dah laaa =)



5.  Boleh hangout dengan kawan-kawan sejantina setiap masa tanpa ada sesiapa merajuk ngada-ngada

Lelaki dan perempuan ni sama je. bila dah mengadap minat dorang, terus terlupa dorang tu ada pasangan yang perlu 'dimanjakan'. haha. bagi yang perempuan, kebiasaannya nombor satu lah bab shopping atau window shopping. yang lelaki pulak, tak habis-habis dengan bola sepak tak kisah lah EURO mahupun World Cup. *jangan perempuan ni dilayan macam bola sudah. opppsss =P*

Dengan siapa lagi nak kongsi minat kan? mestilah dengan kawan-kawan sejantina. nak harapkan si buaya friend (BF) teman si gila friend (GF) window shopping? memang tak lah. baru berjalan 10 minit, kaki si BF dah naik lenguh. nak harapkan si GF teman si BF tengok bola sepak? memang tak lah. tak pasal-pasal si BF disepaknya. haha =D

Sebab tu lah, lelaki ni lebih suka hangout dengan kawan lelaki dia bila tiba bab bola sepak. lagi-lagi musim EURO hari tu. terus keluar pepatah "bola sepak di luar negara diagungkan, GF di Malaysia dicicirkan". haha. bila dah kena cicir macam tu, mula lah tarik muncung. SMS tak nak reply, call tak nak jawab. merajuk lagi. huh mengada!

So, bagi golongan yang single-mingle ni, tak kisah lah korang nak tengok bola sampai lebam ke, shopping sampai pitam ke. takde sape nak marah dan takde sape nak kisah. hehe =)



6.  Boleh study / buat kerja dengan hati yang tenang

Macam yang aku nyatakan kat atas tadi, kebiasaannya kapel ni akan siapkan kerja cepat-cepat, lepas tu on the phone sampai berjam-jam. tapi, kalau lah masa tu kerja melambak, nak hantar esok pulak, mula lah hati tak tenang. nak buat kerja pun jadi tunggang-langgang. lagi-lagi bila pihak yang satu lagi tu dah start hantar SMS atau main miscall miscall. ahaks. 

Golongan single ni pulak, suka hati lah nak buat kerja sampai esok pagi ke, nak study sepanjang hari ke, memang takde sape nak heran. takyah sibuk-sibuk kelam-kabut nak siapkan kerja. hati rasa tenang dan aman damai je. peace no war ^^



7.  Tak wujud perasaan moody lepas bergaduh

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kapel masa kini. hahaha. *sesuka je aku ubah ayat tu*. adatlah, bila dah kapel-kapel, mula majuk-majuk, pastu gaduh-gaduh. esoknya moody. muka dah macam mati laki. habis semua orang nak diterkamnya.

Selagi pihak satu lagi tu tak pujuk, memang moody jelah sampai bila-bila. tapi, kalau diikutkan, takyah pujuk lagi bagus. cari lain je, habis cite. hakhakhak =D

Errr... bagi yang single ni, kalau korang rasa jeles tengok adegan gaduh-gaduh tu, korang cari jelah gaduh dengan kawan sendiri. tapi, sila pastikan tahap kesabaran kawan korang tu berada dalam skala hijau terlebih dahulu. adalah dinasihatkan jangan cari gaduh dengan orang yang berada dalam skala merah. kang tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw =P



8.  Tak perlu fikir macam mana nak merajuk atau memujuk

Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nak kena pujuk, huh mengada! 

Haha. mungkin ini lah yang selalu dialami oleh kapel-kapel di luar sana. jangan cakap perempuan je kaki merajuk. lelaki pun 2x5 jugak ok. adegan merajuk-memujuk ni memang adat bagi orang yang kapel (termasuk suami isteri. kot?). motifnya? saja je nak mengeratkan hubungan silaturrahim. haha xD

Alaaa... kalau majuk sikit-sikit tu ok lagi. tapi bila dah selalu buat macam tu, memang nak kena bagi pelempang aku rasa. kehkehkeh =P

Apa? orang single pun sibuk nak merajuk? korang pujuk lah diri sendiri. haha =D



9.  Paling penting, jimat duit

Korang setuju tak kalau aku katakan berkapel ni memerlukan duit? haha. toksah nak menidakkan lah. aku tau ok =)

Bila dah kapel, sedikit sebanyak ada rasa nak jumpa kan. nak keluar jumpa perlukan duit. bila dah jumpa pun perlukan duit. nak makan together-gether lah, nak main boling together-gether lah. errrr... semestinya yang lelaki lah kena keluarkan duit kan. hahaha =D *aku gurau ja*

Kalau single dan available ni, toksah risau pasal duit tak cukup. bukan setakat tak cukup, berlebih lagi haaa....



Ni dia alasan yang terakhir. korang lebih suka single sebab....




10.  Tak perlu fikir macam mana nak break up bila dah bosan. haha!



***

Dah habis dah 10 sebab kenapa 'single' lebih best daripada 'couple'. sekali lagi diingatkan, ni cumalah pandangan dan idea suka-suka aku je. toksah nak ambik serius sampai meroyan segala ok. aku tak kata 'couple' tu tak elok, dan aku tak kata 'single' tu bagus. terpulang lah kepada pentafsiran dan pembawaan diri masing-masing.

Yang penting, kita sebagai manusia tetap kena berusaha cari jodoh yang terbaik untuk diri kita jugak. kalau duduk menunggu je, jodoh tu takkan lah datang tiba-tiba pulak kan. melainkan, korang ni memang insan terpilih =)

“Dan apabila hambaKu bertanya kepadaMu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku sentiasa hampir. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (2 : 186)

***

Masa sekolah dulu, suka sangat dengar lagu ni sebab UNIC cakap See You Di IPT =)


Laa ni dah masuk IPT, takde 'see' sape-sape pun. haha =P

***

Secara jujurnya, buat masa ni aku terasa macam malas nak fikir dan malas nak cari. bukan apa, takut makan hati je nanti.


*  lebih mengharapkan love after marriage =)


10 comments:

Noie Chan said...

sampai jodoh, kawen terus. couple after nikah is worth. tiada istilah pembaziran duit. hehe

malek rajiae said...

Sentapppp..haha..

kurakuraygslow said...

Noie : Ehem. Bercakap dari pengalaman nampak =P

kreepykrunchy : Haha. memang nak bagi kau sentap pun.

Noie Chan said...

saya cuma pakar dalam bidang ini. tapi tak boleh kalahkan cik kura kura yg amat berpengalaman sampai boleh buat entri panjang melebo ni..haha

kurakuraygslow said...

Ni daripada pengalaman cik kura-kura jugak. hahahaha tettttt =P

Noie Chan said...

orang kata, pengalaman banyak beri pengajaran. tapi utk cik kura kura sesuai, pengalaman membantu menaip entri yang best. hehe.

mikeyvio said...

btul3...kta single lg best la. dri couple tp wat skit ati. tsk3...

kurakuraygslow said...

Ni berdasarkan pengalaman jugak ke. Hehe.

Akma said...

mohon share ye,nanti saya creditkan awak :) thanks ..

Anonymous said...

sy belum bersedia untuk bina hubungan cinta nih. kih3 :D
umur 22 thn (2015)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...