08 September 2012

SNSD - All My Love Is For You MV

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hai SONE! pada 4 September 2012, tepat pukul 8 pagi waktu Jepun, SNSD dah pun release MV baru yang bertajuk All My Love Is For You. dah tentulah lagu ni dalam Bahasa Jepun jugak. yoohoooo~




Konsep MV ni lebih kepada proses sebelum SNSD jadi star. ahaks! kalau korang tengok balik MV Paparazzi... konon-konon kan SNSD dah jadi top star. so, sepatutnya... MV All My Love Is For You ni dibuat sebelum MV Paparazzi. tapi dorang dah terbuat MV Paparazzi dulu, nak buat macam mana. haha. suka-suka je aku buat cite =P

Sebab tu lah dalam MV ni.... dorang borak-borak, gelak-gelak, berlatih menari. tu semua kan proses nak jadi star. bagi aku lah kan, MV ni tak best mana pun sebab takde elemen tarian sangat. tapi, lagu dia sedap jugak didengar begitu sahaja =D


Kemungkinan, lagu All My Love Is For You ni akan dimuatkan dalam single Paparazzi nanti. so, setakat ni dah ada dua lagu dalam single tu iaitu Paparazzi dan All My Love Is For You. tapi, aku tak pasti bila single dalam Bahasa Jepun tu akan release secara rasmi. kalau info ni tak salah, berkemungkinan pada 26 September 2012. sama-sama kita nantikan =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...