22 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 3 (Free Hanbok) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 17 Februari 2015

Jadi, dari Namsan Tower... kami teruskan perjalanan ke Myeongdong Shopping Street untuk memakai hanbok (pakaian tradisional Korea). sebenarnya setahun lepas aku dah pakai hanbok kat Kimchi Land. saja je nak pakai hanbok lagi kali ni. kononnya sebab dorang berdua tak pernah try hanbok. padahal aku yang beriya-iya nak sarung hanbok tu. kekeke. siap berangan nak beli satu hanbok, nak pakai masa balik Malaysia. tapi ziha cakap jangan mengada! hiks!

***

Macam biasa, ikut semula laluan masa pergi tadi. jalan jelah dari Namsan Tower menuju ke Myeongdong. rasanya korang pun dah boleh hafal jalan untuk ke Myeongdong kan. al-maklumlah... dah hari ketiga kat Korea. dah macam netizen dah. hihi. jalan tutup mata pun boleh. cuma langgar orang jelah nanti. haha!


First time merayap kat Myeongdong pada waktu siang


Tempat untuk memakai hanbok ni adalah kat Seoul Global Culture & Tourism Center. free je. tak perlu bayar pape. siyes! cuma korang perlu buat early booking sebelum pakai hanbok tu. reservation via email or phone call tarak. kalau nak buat booking, perlu datang sendiri ke tempat tu pada hari tu jugak. jadi, probability untuk fully booked tu adalah sangat tinggi. huhu.

Seoul Global Culture & Tourism Center ni terletak kat level 5 dalam M Plaza kat Myeongdong. sebenarnya, aku dah tulis info ni dalam itinerary. entah macam mana terlupa pulak nak baca semula itinerary tu. so, bila dah keluar dari Myeongdong Station EXIT 7, kitorang macam terpinga-pinga sikit tak tau nak pergi mana.

Memandangkan aku suka buat muka tak malu, selamba badak je aku pergi tanya arah kat dua orang Korean guys. punyalah ramai orang kat Myeongdong tu, lelaki jugak kau cari ye Kura-Kura. HAHA! =P

Tapi, dorang berdua pun tak tau kat mana Seoul Global Culture & Tourism Center. dah lah ada limited communication. so, aku minta tolong dorang navigate sikit tempat tu. aku mana dapat internet connection kat tengah-tengah Myeongdong tu. dorang takpe lah... ada mobile data. heeeee~

Nasib baik dorang jumpa tempat tu which is kat dalam M Plaza. padahal aku dah tulis kat itinerary. kenapa lah tak belek betul-betul. hmmm... mungkin juga takdir sudah mengatur pertemuan kami ini. kalau aku dah tau tempat tu kat mana, takdelah aku jumpa dorang. dan takdelah aku bergambar dengan dorang. kekeke =P


Oppa, komawoyo... saranghaeyo =P


So, kitorang pun segera berjalan untuk mencari di manakah terletaknya M Plaza. rupanya, senang je nak pergi tempat tu. dari Exit 7, jalan je terus sampai nampak outlet Forever21 kat belah kanan. haaaa pintu masuk M Plaza kat sebelah outlet tu je.

Kemudian, silalah pergi ke level 5. nescaya korang akan nampak pintu masuk Seoul Global Culture & Tourism Center. malangnya, masa kitorang sampai tu dah fully booked sebab dah pukul 2.00 petang. huwaaaaa~

Nasib baik receptionist tu habaq mai, ada satu lagi tempat untuk memakai hanbok secara free which is kat Myeongdong Tourist Information Center. thank you receptionist!

Dari M Plaza nak ke Myeongdong Tourist Information Center pun senang je. cuma teruskan perjalanan ala-ala nak ke Lotte Young Plaza. maksudnya jauh jugak lah nak jalan. tapi jangan putus asa. go straight don't belok-belok. pastu korang akan nampak Korean Exchange Bank (KEB) kat penghujung jalan. haaa Myeongdong Tourist Information Center tu kat sebelah KEB je =)


Opening hours from 9.00 am to 8.00 pm


Cuma perlu ke information desk, bagitau korang nak pakai hanbok, then tulis nama kat borang. pastu, receptionist tu akan bawa korang masuk ke bilik hanbok, hang pilih lah nak pakai hanbok tang mana. kalau tak reti pakai, dia akan pakai kan. no need to bukak baju okay. cuma perlu sarungkan hanbok kat luar outfit korang. korang akan diberi masa 10 minit untuk bergambar puas-puas dalam bilik tu. so, let's begin~


Adik aku pilih hanbok bangsawan


Ziha pun sama


Aku jelah jadi rakyat jelata... huhu


Pastu ziha terus immersed in her character


Ampunkan patik tuanku =(


Okay korang mesti pelik. dah kenapa latar belakang dia hijau. buruk bebeno! sebenarnya, bilik tu ala-ala photo booth. korang boleh pilih nak background macam mana, then selfie lah sendiri. pastu, sila lah hantar gambar-gambar selfie korang tu ke emel sendiri. nak tengok gambar-gambar selfie kitorang? hihi =D


Masa ni kitorang pilih background Korean tradisional music hall. kami masih lagi sopan ketika ini =P


Tak sejuk ke pakai hanbok kat salji cenggini? hiks!






Masing-masing dah penat berpura-pura sopan. haha =D












Akhirnya 10 minit pun dah habis. tapi, receptionist tu tak halau kitorang pun. mungkin sebab takde orang lain yang tengah menunggu giliran kot. so, apa lagi. marilah teruskan berselfie!


Masa ni dah bukak hanbok sebab takut kena halau. hehe






***

Setelah bosan, kitorang pun keluar dari bilik hanbok konon-konon nak blah. tetiba receptionist tu cakap dorang ada provide event mengajar tulisan Korea (hangul) kat tourists. memandangkan kitorang takde lah nak rushing sangat, so join jelah event tu.


Padahal aku dah reti tulis hangul. tapi budak dua orang ni tak reti. bagi chance sikit lah kat dorang. hihi


Boleh stamp nama sendiri in hangul


Antara stamp yang ada kat situ =)


First time aku tengok dorang berdua bersungguh-sungguh cenggini. haha =P










Nama kitorang in hangul! sape reti baca? ;-)


Siap dapat free gift lagi =D


Kamsahamnida Myeongdong Tourist Information Center! =D


Pastu, marilah kita betul-betul blah dari sini. nak kena balik guesthouse untuk lunch dan solat. pastu, nak ke Hongdae pulak. heeeeee~


Ni view dari luar KEB


Berbangga dengan duit Malaysia walaupun rate nya sangat rendah berbanding mata wang Korea =P


Dah habis pun cerita pasal free hanbok. pasni, kitorang akan ke Trick Eye Museum. stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


1 comment:

farlyna natasha said...

Mcm best je kt myeongdong tourism ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...