22 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 3 (Trick Eye Museum, Hongdae) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 17 Februari 2015

Hellooooo! cerita Day 3 belum habis lagi. banyak betul tempat kitorang pergi hari ni kan. hihi. selepas je pakai free hanbok kat Myeongdong, kami segera pulang ke guesthouse untuk lunch dan solat. untuk lunch hari ni kita makan makanan made in Malaysia - nasi tomato Brahim dan rendang ayam dalam tin Adabi. pehhhhh menjeling-jeling visitor lain tengok kitorang makan tau. haha!

Selesai je lunch dan solat, jom lah bergerak ke Hongik University Street atau nama femesnya Hongdae. kawasan Hongdae tu ramai bebudak universiti lepak. so, kalau malam-malam memang meriah. adalah dinasihatkan untuk pergi ke Hongdae pada waktu petang hingga ke malam. baru hidup sikit!


Dari LINE 4 Myeongdong Station (Danggogye bound), transfer kat Dongdaemun History & Culture Park Station dan tukar ke LINE 2 menuju ke Hongik University Station


Memandangkan destinasi pertama kami adalah Trick Eye Museum, jadi marilah kita keluar dari EXIT 9. lepas tu, jalan je terus sampai jumpa simpang empat. sila lah melintas jalan. lepas melintas jalan, terus belok kiri. then, jalan terus sampai nampak outlet Holika-Holika dan TONYMOLY kat belah kanan korang. haaaaa Trick Eye Museum tu kat tengah-tengah antara dua outlet ni.


Ni haaa dia Trick Eye Museum yang dicari-cari


Semua angle aku ambik. haha.
kalau tak jumpa jugak, tanya jelah passer-by




Kat dalam bangunan Trick Eye Museum ni, sebenarnya ada tiga jenis muzium yang berbeza. Love Museum kat level B1 manakala Trick Eye Museum dan Ice Museum kat level B2. Love Museum tu untuk pengunjung dewasa sahaja. kanak-kanak adalah dilarang sama sekali. entah apa dalam dia pun aku tak tau. hahaha! =P

Disebabkan Love Museum adalah dilarang untuk kanak-kanak, jadi marilah kita memasuki Trick Eye Museum dan Ice Museum sahaja *eh kau tu kanak-kanak ke Kura-Kura?* =P


Entrance ticket merangkumi Trick Eye Museum dan Ice Museum. so, nak tak nak terpaksa masuk kedua-dua muzium. takde jual tiket asing-asing. entrance fee KRW15,000 (RM45)


Kalau korang nak diskaun, boleh pergi ke web ni. masa aku pergi belum keluar tiket diskaun. huhu. kalau tak, boleh dapat KRW12,000 je (RM36). opening hours of Trick Eye Museum from 9.00 am to 9.00 pm.

Buat sesiapa yang tak tau, kat Trick Eye Museum ni ada banyak gambar 3D. jadi, tujuan utama ke sini memang untuk bergambar semata-mata. kalau anda allergic terhadap kamera, adalah dinasihatkan untuk tidak pergi ke Trick Eye Museum kerana dikhuatiri anda akan mengalami kebosanan dan kepenatan.

Memandangkan tempat ni banyak gambar 3D... entri ni pun sudah tentu penuh dengan gambar~




Introducing my triplets - Daehan, Minguk and I'm Manse. haha!


Magician ni tengah pregnant kan adik aku


Shhhhhhhh. jangan bagitau ayah




Kau ingat kau lawa sangat ke haaa Mona Lisa?
padan muka dah jadi belon!




Errrrr minta maaf. budak ni memang tak senonoh sikit. hahaha =P


Sampai sekarang aku masih tak faham dengan benda alah ni. sesapa yang pernah pergi dan faham, boleh tak explain kat aku?




Cannot resist the temptation of money


Pandai ye kau ziha! aku kejar coins, kau kejar notes -,-


Haha minta maaf lah ye. tak senonoh lagi. heeee~








Haishhhhhh!!!






Hebat tak aku split. hihi




Help me!!!


Ziha in a boot


Giant!


Selalu gelak kan aku pendek ye. ambik kau. aku pulak yang tinggi. hahaha!


Haha. banyak pulak gambar tak senonoh =P






Adik aku cuba mengapungkan badan aku menggunakan
kuasa inner peace nya


Selepas itu, aku pun berjaya mengapungkan badan sendiri. ternyata aku pun mempunyai inner peace!


Wall ni ada gam


Sesiapa je yang bersandar kat situ, konfem tak jatuh




Spender-man. hahaha!














Oh bulan, enggan melayan diriku lagi~










Up up to the sky


Asal jumpa cermin je mesti selfie. kenapa kitorang nampak kurus?


Buat sesiapa yang tak kenal, ziha ni sebenarnya atlet renang berirama versi muslimah


Bukan sahaja atlet, beliau juga seorang penari tango






Sweet tak? ahaks!




Cabaran kaki siapa yang paling fleksibel




Nampak gaya macam aku je yang kalah?


***

Selepas penat bergambar, kami pun keluar dari Trick Eye Museum lalu memasuki Ice Museum di kala winter begini. mau beku aku kat dalam muzium tu nanti -,-




Hai uollllllllsssssss~












Sekejap je kitorang kat dalam Ice Museum ni. lepas main ice slide, terus keluar pergi melepak depan ticket counter. sebab apa kitorang melepak kat situ? sebab ada wifi lah! HAHA =P

Lama juga lah kitorang hanyut dalam dunia wifi. sedar-sedar dah pukul 7.30 petang. masa untuk dinner! 

Next destination ---> Hello Kitty Cafe. to be continued~ 


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


3 comments:

mohdhadishafawi.blogspot.com said...

Tak sabar nk tggu next entry... perfect !

Trick Eye Museum said...

Hello, thank you for visiting Trick Eye Museum and hope you had great time with us. We would like to share some of your photo at TEM in our blog for English speakers (http://trickeye.blogspot.com). If it's ok with you, please let us know. Thank you! :)

Trick Eye Museum said...

Your photo will be featured in our blog sometime in this week. So please do check our blog by end of the week. Thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...