23 May 2015

#2ndtriptokorea - Day 5 (Itaewon, Murree Restaurant, Seoul Central Mosque & Ewha Womans University) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Khamis - 19 Februari 2015

Jadi, dari SM Entertainment building, kami bergerak menuju ke Itaewon untuk lunch dengan membawa hati yang hampa kerana tak dapat bertemu dengan SNSD mahupun EXO. haha =D

Setahun lepas aku dah banyak kali ke Itaewon untuk lunch dan dinner *sila klik sini untuk baca*. kalau korang nak tau, semua restoran kat Itaewon ni halal-halal belaka. jadi kalau nak makan kat sini selalu pun boleh. prepare money jelah sebab makanan nya mahal. ramai peniaga dari Timur Tengah bukak restoran kat sini. kebarangkalian untuk jumpa Korean kat Itaewon pun tersangatlah kurang. mungkin korang rasa macam tengah melancong ke Turki, atau pun berada kat tanah air sendiri sebab bersepah-sepah orang Malaysia kat sini. kihkihkih =P

Selain daripada tu, Itaewon juga dikenali sebagai International Street sebab kat sini lah terletaknya satu-satunya masjid kat bandaraya Seoul iaitu Seoul Central Mosque. kalau dah ke Itaewon, tak sah kalau tak solat kat masjid ni tau =D

So, first of all... marilah kita menuju ke Itaewon dari Cheongdamdong~



1. Dari Apgujeong Rodeo Station BUNDANG LINE (Wangsimni bound), transfer kat Wangsimni Station
2. Kemudian, tukar ke LINE 5 menuju ke Cheonggu Station (Banghwa bound)
3. Kat Cheonggu Station, tukar ke LINE 6 menuju ke Itaewon Station (Eungam bound)


Pabila sudah sampai di Itaewon Station, terus keluar ikut EXIT 3. memandangkan perut kami sudah berkeroncong, molek lah agaknya untuk kami lunch dulu di Murree Restaurant. dalam banyak-banyak restoran kat Itaewon tu, kenapa kami pilih Murree?

Well. sudah masuk hari kelima di Korea. tapi, tak pernah lagi makan proper Korean meal. setakat makan nasi goreng kat Yoogane dan ddeokbokki kat Crazy Ddeok tu adalah. so, inilah masanya untuk kami makan proper Korean meal yang halal. hihi =D

Untuk pengetahuan korang, Murree merupakan satu-satunya restoran yang menyajikan makanan Korea kat Itaewon. kalau nak makan kebab mahupun nasi briyani, pilih jelah nak restoran mana. berlambak kat Itaewon tu. dah kata peniaga nya dari Timur Tengah kan. tapi, kita kan kat Korea. mestilah nak makan makanan Korea!!! *sambil angkat sudu dan chopsticks dengan penuh semangat*

So, bagaimanakah cara untuk ke Murree Restaurant? dari EXIT 3 tadi, korang jalan je terus dalam 100 meter. pastu akan nampak simpang ke kanan. sebelum simpang tu ada restoran Mr Kebab. sila belok ke kanan kat simpang tu. kemudian, jalan terus lagi yang mana jalannya sedikit berbukit. lepas tu, korang akan nampak simpang ke kiri. belok kiri mendaki bukit. jalan terus lagi, then akan nampak Murree Restaurant kat belah kanan.


Haaa ginilah yang korang akan nampak nanti. Murree ada kat sebelah Pakistan Business Association tu =)


Tadi pandangan sisi. laaaa ni pandangan depan. hihi =D
Operating hours from 11.00 am to 10.00 pm


Masa kitorang sampai tu takde customer pun. happy lah sikit sebab dengar cite servis restoran ni lambat sebab owner dia lah tukang ambik order, dia jugak lah tukang masak. jadi, ada kemungkinan masa menunggu kami takde lah lama sangat sebab takde orang kan. hehe. oh ye. selain daripada makanan Korea, restoran ni pun ada menyediakan hidangan Timur Tengah. tapi kami dah pangkah awal-awal hidangan lain. nak Korea jugak!!! tak kira!!!

Lepas dah order makanan Korea, macam biasa... kitorang pun hanyut dalam dunia wifi masing-masing. haha. tengah-tengah hanyut tu, datang satu family from Malaysia duduk kat meja sebelah kitorang. aku dengar dorang cakap pasal nak pergi Namdaemun Market lepas ni. nak je aku bagitau dorang yang Namdaemun Market tutup sebab hari ni Seollal. tapi, macam tak elok pulak sebab pasang telinga perbualan orang lain. jadi, aku ambik keputusan untuk berdiam diri sahaja. haha =P

Kemudian, makanan kami pun sampai! =)


 Aku order Kimchi Bokumbap
KRW10,000 (RM30)


Ziha order Bulgogi Ddukbaegi
KRW12,000 (RM36)


Adik aku order Bibimbap
KRW8,000 (RM24)


Macam biasa, kami minum air kosong je sebab FREE. kat Murree ada air manis. boleh lah order kalau nak. tapi kena bayar lah. hehe.

Dah habis makan, perut pun dah kenyang... molek lah kita ke masjid untuk menunaikan solat =)

Dari Murree nak ke Seoul Central Mosque senang je. keluar je dari Murree... belok kiri then jalan sikit kemudian nampak lah masjid kat atas bukit. nak ke masjid perlu mendaki lagi. hehe.


Tersergam indah satu-satunya masjid yang ada kat bandaraya Seoul. masa kitorang sampai ni azan Asar sedang berkumandang. dalam pukul 4.00 petang lebih kurang =)


Tempat wuduk nya kat luar. bukan kat dalam masjid. jadi, boleh tinggalkan kasut dulu kat pintu ruangan solat, tukar selipar then pergi ke tempat wuduk. tempat solat muslimin kat bawah manakala tempat solat muslimat kat atas.


 Ruangan solat muslimin


View dari ruangan solat muslimat


Nak ke ruangan solat muslimat perlu naik tangga


Hoi hoi... hoi ya hoi... tinggi gila tangga nya. biar pahala lebih pabila langkah ke masjid tu banyak. hehe =D


Ramai orang Malaysia kat ruangan solat muslimat. tetiba rasa macam bukan kat Korea. haha. selesai solat, marilah kita turun ke bawah.


Dari masjid boleh nampak view bandaraya Seoul =)


Walaupun orang beragama Islam merupakan kaum minoriti kat Korea, Seoul Central Mosque masih mampu berdiri megah kat tengah Itaewon hasil inisiatif Korea Muslim Federation =D

***

Selesai solat, marilah kita berpatah balik ke Itaewon Station untuk ke destinasi yang seterusnya.

Tapi, dalam perjalanan nak ke Itaewon Station tu, kitorang berhenti kejap kat kedai bakeri sebab nak beli baklava. takdelah minat sangat pun manisan tu. saja je gedik-gedik nak rasa. hehe. kitorang beli satu je, share tiga orang. bungkus bawak balik. besar jugak lah saiz dia. tapi lupa nak ambik gambar. haha. harga nya KRW2,500 (RM7.50).


Haaaa ginilah rupa baklava yang kami beli tu
(hasil carian Google)


Selesai menghabiskan duit kat benda yang takde dalam perancangan *hiks*, marilah kita menuju ke Itaewon Station Exit 3. kali ni betul-betul terus sampai Itaewon Station. takde menyimpang-nyimpang lagi dah. keke =P

Destinasi seterusnya adalah Ewha Womans University. kenapa nak pergi universiti pulak? haha =D

Sebenarnya, Ewha Womans University langsung takde dalam itinerary yang aku buat pun. it was just a sudden idea bila mana aku rasa schedule kitorang hari ni terlampau santai. blah dari Itaewon dalam pukul 5.00 petang. macam awal sangat je nak balik Myeongdong. so, aku decide untuk ke Ewha Womans University sebab universiti ni dibuka untuk kunjungan orang ramai =)

Dibina pada tahun 1886, universiti ni merupakan pusat pengajian bagi wanita yang terbesar di dunia. dengar pun macam dah gempak kan. landskap universiti ni sangat cantik. ditambah lagi dengan reka bentuk bangunan lama yang dijaga rapi oleh pihak universiti.

Memandangkan ni universiti bagi wanita, sepanjang perjalanan untuk ke universiti tu dipenuhi dengan kedai-kedai yang pasti akan membuatkan para gadis rambang mata! cakap je nak apa. baju, kosmetik, kasut, beg??? semua ada. trendy and up-to-date pulak tu. harga dia pun berpatutan. jadi, apa tunggu lagi. marilah kita melawat Ewha Womans University sebab dah takde apa nak buat. hahahaha =P

Dari Itaewon ke Ewha Womans University~



1. Dari LINE 6 Itaewon Station (Eungam bound), transfer kat Gongdeok Station
2. Kemudian, tukar ke AIRPORT RAILROAD LINE menuju ke Hongik University Station (Incheon International Airport bound)
3. Kat Hongik University Station, tukar ke LINE 2 menuju ke Ewha Womans University Station


Setelah sampai kat Ewha Womans University Station, keluar ikut EXIT 2 atau EXIT 3. kemudian jalan je terus konfem akan jumpa universiti tersebut. senang je kan!


Kita sudah sampai! =D


 Tengok lah uolllllssss. lawa kan scenery dia ^^


Masa ni tengah Seollal. jadi mestilah student kat universiti ni tengah holiday


Aku cakap kalau lah HUKM secantik ni, konfem aku rajin pergi wad. pastu adik aku balas jangan berdusta. ahahahahah!


 Aku syak bangunan tu hostel dorang










Mungkin ini main buiding kat sini. sebab nampak macam bangunan ni je highlight Ewha Womans University




 Gigih kitorang daki tangga tinggi tu untuk ke main building ni


 Terserlah ciri-ciri reka bentuk bangunan lama




 Kawasan universiti ni sangat luas untuk diterokai. tak larat nak jelajah semua tempat








Sudah sejam kami di sini. marilah kita pulang =)


Dalam perjalanan nak berpatah balik ke Ewha Womans University Station, aku sempat lah rembat sehelai baju (KRW10,000 = RM30) dan sebuah beg (KRW13,000 = RM39) kat area universiti ni. hikhik =P

Oh ye. kitorang pergi universiti ni pada 19 Februari 2015. lepas balik Malaysia, tengok Running Man episod yang ada Shinhwa tu then perasan dorang ada buat game kat Ewha Womans University! terus google bila tarikh shooting RM tu. sekali cek 17 Februari 2015 daaaaaa. huwaaaaaa dua hari je sebelum kitorang melawat universiti ni. 17hb tu kitorang pergi Hongdae. whyyy oh whyyyyy??? =(

***

Sudah! tinggalkan tangisan kecewa tersebut. hidup harus diteruskan *feeling determined*. adik aku sibuk nak cari taekwondo stuffs kat Dongdaemun Design Plaza. orang black belt katakan. hari tu masa pergi Dongdaemun tak nak cari. haish budak ni. so, marilah kita menuju ke Dongdaemun!

Dari Ewha Womans University ke Dongdaemun~


Direct train from Ewha Womans University Station to Dongdaemun History & Culture Park Station (LINE 2). no need to transfer at all


Sesampai nya kami di Dongdaemun History & Culture Park Station, kitorang keluar lah ikut EXIT 14 macam Day 2 hari tu. bezanya hari tu hujan, hari ni tak hujan. hari tu jadi teletubbies, hari ni tak. hehe.

Keluar-keluar je dari Exit 14... tetiba ehhhh???!!!


 Aik ada open sales? hari tu takde pun!


Tetiba rasa nak ucap terima kasih kat adik aku sebab ajak pergi Dongdaemun lagi. hari tu kan hujan. sebab tulah takde open sales ni. rezeki kitorang pergi sini lagi hari ni. kalau tak, tak tau pun ada open sales


Dah lah baju yang dia jual murah-murah belaka. aku terus rembat dua helai baju yang mana sehelai KRW10,000 (RM30). ohhhh my!!! today is a shopping day for me. kihkihkih =P

Kakak dah settle shopping. jom lah kita pergi cari taekwondo stuffs adik kat Dongdaemun Design Plaza. malangnya, adik aku terpaksa pulang dengan hati yang kecewa sebab kedai tu tutup memandangkan hari ni Seollal. bhahahaha. nasib kau lah dikkkk. tetiba aku pulak yang shopping kat sini =P


Muka happy sebab dah dapat tiga helai baju dan sebuah beg hari ni. tak hiraukan langsung keadaan yang tersangat windy ketika itu. weeeeeee~


Cerita kat Dongdaemun dah habis. kini, marilah kita pulang ke Myeongdong. plan nak pergi Namsan Tower lagi. hari tu pergi waktu siang *sila klik sini*. kali ni nak tengok view malam.

Dari Dongdaemun ke Myeongdong~


Dua stesen je yang mana takyah transfer langsung from Dongdaemun History & Culture Park Station to Myeongdong Station (LINE 4)


Sesampai nya kami di Myeongdong Station, macam biasa lah keluar ikut EXIT 3 dan berjalan kaki menuju ke Namsan Cable Car. 


 Memalam ada lampu lah. cantik ^^


Hari tu heaven je sebab queue tak panjang. kali ni.....


 Tengok queue kat atas tu -,-


 Waktu kitorang sampai queue dah sampai sini. panjangnya mak aihhhh!


Tapi disebabkan malam masih muda (baru pukul 8.00), jadi kami gagahkan diri untuk sama-sama beratur demi menikmati night view of Seoul. dalam 15 minit beratur, queue macam tak jalan sangat je. pastu couple belakang kitorang duk mesra semacam pulak. grrrrrrrrr!


Tengok adik aku buat muka tak puas hati. haha!


Memandangkan kami malas untuk beratur lebih lama, jadi ada baiknya kita blah dari sini. nasib baik dah pergi Namsan Tower waktu siang hari tu. kalau tak... kempunan. so, nasihat aku... better pergi Namsan Tower waktu siang kalau tak nak beratur lama. hihi =)

Kalau diikutkan, malam ni kami perlu makan maggi untuk dinner. tapi, aku dah terlampau lapar sampai ajak dorang makan nasi goreng kat Yoogane. ziha takut lari bajet. tetiba adik aku suarakan pandangan dia, "apa kata kita guna bajet cable car ni untuk makan kat Yoogane". aku dan ziha pun macam... pehhhhh brilliant idea kau tu. first time kau suarakan pandangan yang sangat awesome! haha! =D

Jadi, marilah kita makan dengan senang hati kat Yoogane sebab konfem takkan lari bajet. hihi. kitorang order~

Marinated seafood fried rice (3 servings) = KRW5,500 per serving (RM16.50)
Ddeokbokki (1 serving) = KRW1,500 per serving (RM4.50)
Mixed ddeokbokki (1 serving) = KRW3,000 per serving (RM9.00)

Hari ni memang melahap sungguh. takde tanda-tanda nak berjimat langsung. haha. total kitorang makan adalah KRW21,000 (RM63). sorang bayar KRW7,000 (RM21). lebih murah dari tiket cable car (KRW8,500 = RM25.50). haha =D

Oh ye. takde gambar kat Yoogane kali ni. masing-masing sibuk melahap sambil online. kiki =P

Selepas itu, macam biasa... mestilah kena merayap kat Myeongdong Shopping Street dulu. walaupun tak beli pape, window shopping pun cukup.


We are 92-liners... Ziha-Chanyeol yang lahir pada November 1992 manakala Aku-Baekhyun yang lahir pada Mei 1992 =)


Setelah merayap sana-sini tanpa arah tujuan, jam pun sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. jadi marilah kita balik ke guesthouse untuk tidur!

Day 6 - Gwanghwamun Square and Cheonggyecheon Stream. to be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


6 comments:

Nur Atikah said...

Hi. Nak tanya, apps subway yg ada fare tu sekali, apps ape eh?

kurakuraygslow said...

Search je 'subway' kat google playstore :)

Anonymous said...

Hi sis. Saya akan pegi ke seoul 19feb 16 nnti.. Nak tnya, time ni sejuk sngat tak? Mmg kena pakai winter coat atau light coat? Thankyou sis. Your feedback is very appreciated. :))

kurakuraygslow said...

19 feb tu masih sejuk lagi. Lagi-lagi waktu malam. Rasanya better pakai winter coat. Kalau nak pakai light coat boleh, tapi make sure pakai baju berlapis-lapis atau baju tebal kat dalam. Dan juga prepare gloves. Kang menggigil tak hengat pulak :)

Wani Idris said...

Salam. Saya nak tanya. Awak ad mention bercuti ketik seollal kan. Saya dah terbeli ticket ketik seollal. Ada x kedai utk beli cenderamata yg buka ketik seollal atau mmg semua tutup. Saya pergi 7-11. 7-9seollal holiday. 10 tu cuti ganti seollal. Tq ya awak utk respon.

kurakuraygslow said...

Wassalam. Yang saya pasti, Namdaemun Market memang tutup waktu Seollal. Mungkin boleh cuba beli souvenir kat Myeongdong dan Dongdaemun (dalam mall). Tapi souvenir kat 2 tempat ni mahal sikit berbanding Namdaemun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...