15 January 2012

Enjoy Sakan Di Korea

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai you all. guess what? sebulan yang lepas, aku pergi Korea. yeah! Korea. hehehe =D

Klik play untuk lebih enjoy


Sampai-sampai je Korea, kitorang satu family pergi 'Taim Seukweeoseo Seong-Gong' dulu. kat sini lah tempat nak shopping dan makan-makan. bahasa mudahnya, Shopping Mall.




Mula-mula, mestilah kitorang nak isi perut dulu kan. lapar kot. perjalanan yang memakan masa beberapa jam membuatkan perut family aku berkeroncong irama The Boys.

So, kitorang pilih lah restoran yang menghidangkan masakan Korea yang halal. takkan lah nak makan karipap pulak kat Korea. konfem-konfem lah nak makan hidangan Korea kan. kalau nak makan karipap, baik mintak mak aku buat je. kat Malaysia pun boleh makan. dah lah mak aku sangat terer buat kuih. hehe =)



Kuih-muih hasil air tangan mak aku. jumpa kat Malaysia je. kat Korea takde =P

Memandangkan perut dah lapar sangat, family aku pun bedal jelah apa-apa makanan yang nampak sedap. asalkan kenyang. aku teringin sangat nak makan 'ddeokbokki' (rice cake) sebab makanan ni tersangatlah femes dalam variety show Korea. so, apa lagi. ddeokbokki satu!



Ddeokbokki / Rice Cake
Harga = 3,500 Won / RM9.90

Campuran dalam ddeokbokki ni adalah rice cake, fish cake, kubis, lobak merah, daun bawang dan sos sedap yang siap ditabur dengan bijan. rasa dia... pehhhh memang sedap sampai menjilat jari kaki! =P

Set lengkap dalam hidangan ni termasuklah sup seaweed yang ada kat dalam mangkuk bulat dan jugak kimchi dan kentang dalam mangkuk leper. sebelah kiri tu kimchi, sebelah kanan dia pulak kentang. sebenarnya, aku tak tau lah betul atau tak tu kentang sebab mak aku cakap tu sengkuang. tapi, aku rasa macam kentang. mungkin kentang jadian sengkuang. kehkehkeh =P

Bagi aku, kimchi tu tak sedap. kentang jadian sengkuang tu boleh lah tahan sedap. tapi, mak aku kata kimchi sedap. biasalah... tekak lain-lain. errr... sup seaweed tu pun, boleh lah. aku tak suka sangat pun. aku suka ddeokbokki je.

***

Then, adik perempuan aku pulak order benda alah ni, sogogi bibimbap (rice with vegetable and beef).



Sogogi Bibimbap / Rice with Vegetable and Beef
Harga = 5,000 Won / RM13.90

Rasanya, korang yang tengok pun konfem-konfem boleh terliur kan. aku yang merasa nya lagi lah. memang sedap woo! =D

Kat bawah sayur-sayur tu sume ada nasi. then, sayur tu tolong cover nasi sebab nasi tu pemalu. hehe. ada sayur lobak merah, tauge, seaweed, timun dan macam-macam lagi. memang banyak sayur lah hidangan ni. tapi, yang paling special mestilah telur dan daging tu. hehehe =)

Hidangan sogogi bibimbap ni pun siap dengan sup seaweed, kimchi dan kentang jadian sengkuang. cuma ada satu hidangan extra, iaitu sos yang ada kat sebelah kiri tu. tak tau lah sos apa. rasa dia masam-masam pedas. overall, hidangan ni sangat sedap! 

***

Dah habis melantak, family aku pun meneruskan pengembaraan menjelajah seluruh pelusuk shopping mall ni. banyak jugak lah kedai-kedai yang menjual barang-barang Korea ada kat sini. eh memang lah jual barang-barang Korea. dah aku ada kat Korea kan. kehkehkeh =P

Jalan punya jalan, terjumpa lah pulak kedai yang menjual barangan Kpop. aku apa lagi, terus terbuntang lah biji mata ni. sedar tak sedar, kaki aku dah ada kat dalam kedai tu pulak. hehehe =)

Punya lah banyak barangan Kpop yang ada kat dalam kedai tu. sebut je nak barang apa. button, keychain, mouse pad, kipas tangan, mug... sume ada. nak Kpop group yang mana. SNSD, Super Junior, JYJ, DBSK, Big Bang, Beast... pun ada. 

Errr... memandangkan peluang ni datang sekali je seumur hidup, aku pun sempat merembat beberapa barangan Kpop yang ada kat situ. hehe. tapi, nafsu membeli memang kena kawal lah. kalau main redah je, mahu nya habis ratusan ringgit kat benda alah merepek tu je. kehkehkeh =P



Button = 2,000 Won / RM4.90
Nametag = 3,000 Won / RM8.90

Button dan nametag YoonA tu aku yang beli. button SooYoung dan nametag SNSD pulak adik perempuan aku punya. memang takde faedah pun beli benda alah ni. saja je gatal tangan. dah rambang mata katakan. hehehe =D

Memandangkan adik perempuan aku lebih kaya daripada aku, dia mampu menghabiskan duit kat beberapa lagi barangan Kpop yang lain =.=




Aku pun tak tau dari mana dia dapat duit banyak-banyak. hasil upah menolong mak aku buat kerja rumah mungkin =,=''

***

Dah penat merewang seharian, kitorang pun balik hotel. rehat-rehatkan badan dan rehat-rehatkan minda dulu. esoknya nak sambung jalan lagi. oh yeah! =D

Keesokan harinya, kitorang pergi pulak 'Gwacheon National Science Museum' yang ada kat Seoul. well, adik beradik aku memang berminat dalam bidang sains ni. so, apa lagi. jom kita pergi ke muzium sains! hehe =P

Harga tiket :  Dewasa = 5,500 Won / RM15
                           Pelajar = 4,500 Won / RM12.70

Macam-macam benda berasaskan sains dan teknologi lah ada kat sini. tetiba kitorang jadi teruja macam budak-budak kecik. sume bahan pameran yang ada kat situ kitorang cuba.



Aksi teruja abang dan adik lelaki aku mencuba kerusi gempa bumi =D



Mak aku pun teruja bermain dengan magnet dan serbuk besi =D



Konsep sains - menggunakan wap air untuk menggerakkan bot tu

***

Lepas dah penat bersuka ria kat muzium sains, family aku pun menuju ke Plaza 'Dangsin Segye' untuk makan. memandangkan aku sangat berhemah dalam membelanjakan duit biasiswa aku, secara automatiknya duit tu banyak lagi bakinya. so, dengan sukarelanya aku telah menawarkan diri untuk membelanja family aku makan steamboat. kehkehkeh =P

Jadi, kali ni kitorang makan steamboat pulak =)



Aksi terperanjat dalam kekenyangan adik-adik aku bila kena tangkap gambar curi =P



Licin betul dorang ni bedal sume makanan yang ada =.=



Errr... hasil melahap aku. hehehe =D

Jumlah melantak family aku = 38,000 Won / RM103.10

***

Bila dah habis makan steamboat tu, kitorang pun balik Malaysia dengan senang hatinya. hahahaha =D

***

Eh! wait wait. takkan lah aku pergi melancong ke Korea dua hari je kan? tak pernah dibuat orang kot.




Ngehehehe... sebenarnya family aku bukan pergi Korea pun. tak cukup duit lagi pun nak pergi melancong ke luar negara. skang ni aku tengah kumpul duit biasiswa untuk ke Korea. baru 10% terkumpul. tak lepas lagi nak pergi sana. baru angan-angan je tu =P

Pasal hidangan Korea, barangan Kpop, harga benda alah tu dan jugak muzium sains tu sume betul. cuma, tempat nya je tak betul. sume benda tu masih boleh didapati kat Malaysia. tak payah pun pergi Korea. kehkehkeh =P

***



Destinasi pertama, cuma lah kat Berjaya Times Square. saja je aku translate kan ke Bahasa Korea. jadilah Taim Seukweeoseo Seong-Gong. muehehehe =D




Memang pun ada kedai makanan Korea kat Berjaya Times Square ni. kat dalam kawasan Taste of Asia Food Court. korang pergi je kat Level Lower Ground (LG) - West. carilah stall yang jual makanan Korea. nak makanan dari negara Asia lain pun boleh. ada jugak makanan Jepun, Thai, Singapore dan tak dilupakan Malaysia =)




Pehhh.. tetiba aku terperasan jadi duta Berjaya Times Square. kehkehkeh =P

***

Kedai barangan Kpop tu pun ada kat dalam Berjaya Times Square. pergi je kat Level 5. cari kedai My Star Collection. konfem-konfem sume peminat Kpop akan rambang mata. tapi, pesanan aku, korang janganlah boros sangat. tak elok membazir pada benda yang tak berfaedah =)



***

Lepas habis merewang kat Food Court dan kedai Kpop ni, kitorang pun balik rumah. hehehe. kitorang naik KLIA Transit (ERL) je pun. takde nya naik kapal terbang =P



Wajah gembira adik lelaki aku menaiki ERL =D

***

Keesokan harinya, kitorang satu family pergi ke Petrosains kat Level 4 KLCC pulak. bukannya ke Gwacheon National Science Museum. muehehehe =D





***

Lepas dah puas merewang kat Petrosains, kitorang terus balik rumah. hehehe. sebenarnya, cite pasal Berjaya Times Square dan Petrosains ni dah sebulan berlalu. baru skang aku ada masa nak buat entri. kehkehkeh =P

Pasal makan steamboat tu pulak, errr... family aku pergi Alamanda je. baru pergi malam tadi. hahaha =D

Alamanda = Alam anda = Your world = Dangsin Segye  =P






Kitorang pergi Johnny's yang terletak kat kawasan Rasa Food Court, Alamanda. memang aku nak belanja family aku makan Johnny's pun memandangkan semester 1 dah hampir tamat, tapi duit biasiswa aku ada baki lagi. daripada duk berjoli, ada baiknya kita belanja family kan. lagipun, steamboat kan ada unsur-unsur Korea =)



***

Finally, minta maaf sebab aku dah kelentong korang awal-awal tadi. saja je nak buat gempak. hehehe. tetiba aku ada idea nak gabungkan benda-benda yang ada unsur Korea dalam entri ni. konon-konon aku pergi Korea lah. padahal dalam mimpi je. sobsobsob =(

* lagipun, outfit family aku dalam gambar-gambar kat atas memang tak sesuai langsung dengan musim sejuk kat Korea skang ni. muehehehe =P

Lepas ni, kalau korang pun teringin nak makan makanan Korea, teringin nak beli barangan Kpop, takyah pergi jauh-jauh. kat KL pun ada. errr... bagi sesapa yang tinggal area KL lah =)

Lastly, peace no war~

***

Akhirnya, selepas 2 tahun... impian kurakuraygslow telah menjadi kenyataan. weeeeehoooooo. bukan sekali. tapi dah empat kali ke Korea. heeeee. sila-sila lah baca entri Travelogue Korea ni =)

05 January 2012

Perempuan Yang Tidak Sesuai Dijadikan Isteri vs Lelaki Yang Tidak Sesuai Dijadikan Suami

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

 

"Perempuan yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri" - Ustaz Azhar Idrus



Bagaimana pula dengan lelaki yang suka melayan ramai perempuan?
Adakah mereka sesuai dijadikan suami? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...