14 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 2 (Petite France) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Cerita pasal Day 1 dah habis. laaaa ni jom masuk Day 2 =D

Isnin - 16 Februari 2015

Seawal pukul 7.00 pagi kitorang dah ada kat pantri guesthouse untuk breakfast. makan roti cicah sup campbell yang dibawa dari Malaysia. pastu minum nescafe 3in1 yang juga dibawa khas dari Malaysia. kekeke.

Ada je kopi dan teh kat pantri tu. boleh je ambil kalau nak. free of charge. roti, ramyun, gula, creamer, butter dan peanut butter pun ada. juga free of charge.

Sambil-sambil breakfast, kitorang buat sandwich untuk dijadikan bekal. maklumlah.... hari ni kan nak berjalan jauh. hihi.

So, selesai je breakfast... pukul 7.30 pagi dah keluar dari guesthouse menuju ke Myeongdong Station. destinasi pertama hari ni adalah Petite France. alaaaaa... tempat shooting Running Man Episod 40 yang ada Nichkhun dan Taecyeon 2PM tu. heeeeee~


Dari pagi hujan rintik-rintik. kat Korea, jarang nak hujan lebat. tapi, duration hujan dia boleh tahan lama. dari pagi sampai ke malam hujan tak henti-henti. malas nak bawak payung. so, kitorang prepare baju hujan jelah. hehe =D


Lepas je pergi Petite France, kitorang akan terus ke Nami Island. yes! walaupun aku dah pergi Nami Island setahun lepas, mana boleh kalau tak pergi lagi kali ni. lagipun, kedua-dua tempat tu berdekatan. dua-dua kat Gapyeong =)

***

Cara nak pergi ke Petite France ni payah sikit. kena tukar-tukar train dan masa perjalanan agak panjang sebab Gapyeong terletak kat Gyeonggi-do which is countryside.

1. Mula-mula... from Myeongdong Station to Cheongnyangni Station by subway 
2. Then from Cheongnyangni Station to Gapyeong Station by ITX


SUBWAY


Ambil subway LINE 4 dari Myeongdong Station ke Dongdaemun Station (Danggogye bound). kemudian transfer ke LINE 1 menuju ke Cheongnyangni Station (Soyosan bound)


Kalau korang jenis yang dah biasa naik train kat Malaysia, aku rasa takde masalah nak fahamkan sistem train kat Korea. yang penting, tau kat stesen mana untuk transfer. then, follow jelah signboard yang ada. train kat Korea sangat pantas dan efisien. paling lama aku pernah tunggu subway adalah dalam 10 minit. jarak masa antara train tak lama pun.

Operasi subway bermula seawal 5.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. jadi, pandai-pandai lah korang rancang perjalanan sendiri. kemudian, tambang akan ditolak awal-awal pada saat korang masuk je stesen pertama. purata tambang adalah KRW1,000 hingga KRW2,000 tanpa mengira destinasi.


Ni dalam subway. baik tak aku. ada seat kosong pun tak nak duduk. hihi.
ehhhhh... korang nampak tak ada 4 orang beratur depan pintu tu? haaa Korean ni, dorang tersangatlah berdisiplin dan pantas lagi tangkas. sebelum sampai stesen lagi dorang dah beratur camtu. beratur macam budak tadika pulak tu kan. hehe =D


Dah penat berdiri, marilah kita duduk pulak. kekeke =P


Konon coooool lettew =P


Dah sampai Dongdaemun station. masa untuk transfer ke Line 1 menuju ke Cheongnyangni Station


Tak faham kenapa kaler winter coat Korean dull belaka. terasa suram lagi muram pagi-pagi macam ni


Dah sampai Cheongnyangni Station. tengok lah board tu ^^


Tak hiraukan kesesakan lalu lintas langsung minah ni. hahaha =P


Memandangkan kita dah sampai ke Cheongnyangni Station, marilah kita membeli tiket ITX untuk ke Gapyeong. ITX ni express train. kalau korang nak naik subway ke Gapyeong boleh saja. cuma masa perjalanan jadi lebih lama lah berbanding dengan menaiki ITX.


ITX


Masa perjalanan adalah 40 minit
Harga tiket KRW4,000 (RM12)


Mula-mula, carilah tanda arah ITX dulu~




Lepas tu, boleh lah beli tiket kat machine. nasib baik machine tu ada English. kalau tak, tercangak-cangak jugak aku nak beli tiket. baca Hangul tu memang boleh, tapi tak faham sangat. kang entah tiket apa pulak aku beli nanti.


Numbered seat. kitorang ambik ITX pukul 8.46 pagi. kadar kekerapan train adalah setiap 30 minit =)




Maksudnya car number 7 - seat number 2


Pffffffftttttt


Lagi pfffffffttttttt =P


Akhirnya, train pun sampai. beginilah di dalamnya. kalau tak silap aku, dia ada berhenti kat 2 stesen lain sebelum Gapyeong




Tengok lah kabusssssssss


Dah sampai kat Gapyeong Station!




Berapa banyak close-up daaaaaa~


Masih lagi hujan rintik-rintik


Sekarang ni, kita perlulah meneruskan perjalanan dengan menaiki tour bus untuk ke Petite France. kalau nak naik teksi boleh saja. berlambak teksi ada kat depan stesen ni. tapi, kitorang kedekut. teksi mahal. bas murah. hahaha =P

Gapyeong Tour Bus ni ada fixed route and fixed schedule. korang boleh tengok schedule dia kat board depan Gapyeong Station. harga tiket adalah KRW5,000 per day (RM15). tiket boleh beli kat bus driver masa nak naik bas nanti. kalau tak faham pape, silalah tanya information counter =)


Gini lah rupa tiketnya


Route yang kitorang akan lalu adalah~

Gapyeong Station --> Nami Island --> Geumdae-ri Hall --> Petite France

Masa perjalanan = 30 minit


Tengok tu. bersungguh-sungguh tengok bus schedule. haha =P


Next bus pukul 10.10 pagi. ada banyak masa lagi ni. apa lagi... marilah berselfie ^^




Memang tak padan dengan hujan budak-budak ni. hahaha =D


***

Akhirnya, bas pun tiba. marilah kita bersama-sama menaiki bas~

Sampai je kat Petite France, beratur lah dulu kat kaunter untuk membeli tiket. harga tiket adalah KRW8,000 (RM24). opening hours from 9.00 am to 6.00 pm.








Selain daripada Running Man, banyak je Korean Drama yang pernah buat penggambaran kat sini. antaranya Secret Garden, Beethoven Virus dan My Love from the Star. tak sangka pulak variety show SNSD - Intimate Note pun shooting kat sini. tak pernah tau pun -,-


Berangan jadi pelakon My Love from the Star =P










French Traditional House Gallery


Buat-buat tau main piano =P


Selepas mengambil gambar, kami lantas membaham bekalan sandwich kami






Creepy~ teringat Chucky


Galeri lukisan. sesuai untuk orang berseni macam aku. bhahahaha =P


Aku faham penderitaan dia ;'(


From observatory


Inside observatory




Tak sah kalau tak vandalisme =D




Carilah signature kitorang kat observatory kayyyy =P


Accomodation building


Tengah main lagu can mali can


Ada banyak stamp kat sekitar Petite France. gaya orang jakun kumpul stamp








Cinderalala






Dah sejam pusing-pusing kat Petite France. cukup lah tu. takde pape yang menarik sangat pun. hehe. so, kitorang pun decide untuk naik tour bus menuju ke Nami Island. tak perlu beli tiket lain. tiket tadi kan ada =)

Dalam schedule, bas akan sampai pukul 11.50 pagi kat Petite France. route untuk ke Nami Island adalah~

Petite France --> Geumdae-ri Hall --> Nami Island

Masa perjalanan = 25 minit


Gaya kak long membawa anak-anak buahnya blah dari Petite France


Annyeong Petite France!


Next destination ---> Nami Island. to be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


4 comments:

Jari Manis said...

belum pernah jejak kaki ke sini lagi (petite france)..kalau pegi winter time asyik hujan dan cuaca pun sendu je kan

kurakuraygslow said...

Probability untuk hujan tinggi sikit, tapi probability untuk snowing tu yang ditunggu-tunggu. Hehe =)

Takde apa pun kat Petite France sis JM. Sesuai untuk peminat Running Man dan Korean Drama je kot =D

Noreen Weng M. said...

salam nak tanya, awak beli coat tu kat mana? hehehe

kurakuraygslow said...

Noreen : Wassalam. Saya beli kat Korea masa 1st trip. Boleh refer entri ni :)

http://kurakuraygslow.blogspot.my/2015/01/journey-to-korea-day-4-c-duty-free.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...