18 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 3 (Namsan Tower) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Setahun lepas, aku dah pergi ke N Seoul Tower (Namsan Tower) *sila klik sini untuk baca*. kali ni, tetap nak pergi lagi. heeeeee. Namsan Tower merupakan tempat yang paling femes dengan love padlocks nya. ramai lovers mahupun newlywed datang ke sini untuk mengunci cinta mereka ala-ala-sweet-lettew-menyampah-i. ahaks! =P




p/s: kau tu tahun lepas single Kura-Kura. tahun ni pun masih single. gedik-gedik nak pergi sini lagi dah kenapa? sobsobsob =(

Selasa - 17 Februari 2015

Dari Ihwa-dong Mural Village, kita naik subway LINE 4 dari Hyehwa Station menuju ke Myeongdong Station semula. kenapa nak balik Myeongdong? adakah aku nak balik ke guesthouse untuk tidur? kekeke =P

Sebenarnya, Namsan Tower tu tersangatlah dekat dengan guesthouse kitorang. jalan kaki dalam 10 minit je boleh sampai. see... best kan Namsan Guesthouse 4 tu. nak pergi mana-mana pun dekat =)


Dari Hyehwa Station (LINE 4) pergi ke Myeongdong Station (Oido bound)


Sampai-sampai je kat Myeongdong Station, keluar semula kat EXIT 3... jalan lah kaki menuju ke Namsan Guesthouse 4. pastu jangan masuk guesthouse pulak. jalan je terus sampai jumpa tangga. naik je tangga tu then belok kanan. pastu korang akan nampak~




Masuklah cable car platform ni untuk membeli tiket cable car bagi naik ke Namsan Tower


Cable car dia beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. kalau korang tak nak naik cable car pun boleh. andai kata anda mahu jalan kaki mendaki bukit, amatlah dialu-alukan. kita tengok nanti bukit dia tinggi mana eh. hehehe.

Setahun lalu aku pergi sini naik bas sebab ikut travel agency. kali ni pergi sendiri, marilah kita menaiki cable car. say no to jalan kaki!


Round trip ticket = KRW8,500 per person (RM25.50)


Better pergi sini waktu siang. tak ramai sangat orang. tak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. beratur nak naik cable car pun sekejap je. tak ramai orang kan. hehe. kalau pergi waktu malam, view lagi cantik sebab banyak lampu. tapi kena banyak sabar. queue untuk beli tiket memang panjang tak hengat. queue untuk naik cable car apatah lagi.


View dari dalam cable car






Adakah anda sedia untuk mendaki bukit melalui track ini? saya tidak. kerana itu saya memilih cable car =D


Selepas 3 minit, kami pun tiba di Namsan Tower


Naik tangga lagi






Sesape yang tengok EXO Showtime Episod 7, konfem korang cam tempat ni =)




Habis je tangga tu, korang akan jumpa tempat ni dulu. tahun lepas aku tak pergi sini pun. route dari bus stop dan route dari cable car lain


Nampak tak Namsan Tower kat sana? aku rasa ni tempat lovers yang bajet ciput sebab love padlocks yang dijual kat sini lebih murah dari kat atas. hihi. design dia pun tak lawa sangat


Adik aku acah-acah ber'taekwondo' pulak kat sini. tau lah black belt!




Love padlocks murah dan tak lawa sangat. kekeke =P


Walaupun murah, ia tidak menjadi halangan terhadap cinta mereka. chewahhh!


Tak cukup dengan padlock, siap ada gambar lagi


Masa tu ada rombongan budak tadika datang melawat


Aigooooo kyeopta. kecik-kecik pun dah pandai love-love ke dik? =P


Cakkkkkk~


Masa kitorang datang tu ada ceremony pebenda entah. layan kan jelah kejap


Ketat gila muka!


Habis je ceremony tu, kitorang terus pergi tempat padlocks yang aku dah pergi tahun lepas.


Dulu ada satu je love bench kat sini. sekarang dah ada tiga


Padlocks kat sini lagi lawa kan =)


Boleh nampak view bandar Seoul










Where are you, dear soulmate? =P


Soulmate tarak. bergambar dengan travelmate jelah. hahaha =P


Kita vandalisme selagi terdaya




Aik benda alah ni dah bersih. tahun lepas love padlocks pun digantung kat sini


Dah habis pusing-pusing kat atas, marilah turun ke bawah


Kat bawah ni konsep dia lain sikit. love padlocks digantung kat pokok krismas (?)


Love bench ni saja je bengkok kat tengah sebab nak bagi lovers rapat to each other. bukan sebab aku berat okay!


Kalau nak pergi menara tinjau perlu beli tiket. orang takde duit macam kami ni bergambar kat bawah jela ye












Teddy Bear Museum. ada entrance fee kalau tak silap. aku tak minat sangat teddy bear. malas nak masuk *padahal takde duit... ahahahahah*


Masuk gift shop kejap lah


Barang-barang kat sini agak mahal


Tak cukup dengan love padlocks, love tiles pun ada jugak


Aku memang dah pasang niat nak beli love padlocks dari Namsan Tower dan bawak balik ke Malaysia. sayang kot nak tinggalkan kat sini. dah lah mahal. lagipun nak kunci padlocks dengan sape kan? hahaha =P

Single Padlock = KRW8,000 (RM24)
Couple Padlocks = KRW12,000 (RM36)

Memandangkan kalau beli couple padlocks lebih murah dari single padlock, jadi aku paksa adik aku beli sekali. kekeke. oh ya, kalau korang beli padlock ni, akan dapat free satu marker pen =)

Lepas je beli padlock, kitorang terus blah dari sini. jadi marilah kita menuju ke cable car platform.


Turun tangga pulak




Dari Namsan Tower, kitorang pergi pulak ke Myeongdong. selalu merayap kat situ waktu malam je kan. laaaa ni jom tengok view Myeongdong waktu siang. tujuan ke sana adalah untuk memakai free hanbok (pakaian tradisional Korea). hihi. 

Annyeong again Namsan Tower. mungkinkah kunjungan aku untuk kali ketiga nanti sudah berdua? =P


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


7 comments:

Jari Manis said...

Hai kura2...ehh..sorry sbb x tahu nama sebenar..so sis JM nak call apa eh...

rupanya baru balik dari Seoul eh..sis JM yg pegi bulan okt pun entri tak tamat lagi huhuh..malas tu nak menulis..dh 2 kali ke sana? so in sha Allah kali ke 3 bersama org tersayang ye aminnn

pokok2 tu togel..kalau g spring mmg cantik..memutih dengan SAKURA

kurakuraygslow said...

Betul lah tu. Sis JM call je Kura-Kura =)

Yup baru je balik tapi nak update entri malas ya ampun. Heeee. Haha insyaAllah amin atas doa sis JM tu =)

Cuti sem kita cuma jatuh masa winter dan summer je sis JM. Sebab tu dua-dua kali pergi Korea pun masa winter. Takmau pergi masa summer. Hehe.

Hazirah Mohd Farhrudin said...

Sis mksud bound yg dkt subway tu ap?kene tukar ke mcm mn?sb tngk yg sblom2 ni ad bound juge sblom smpai ke next station

kurakuraygslow said...

Hazirah pernah naik LRT kat Malaysia tak? Bound tu senang cite 'ke arah'. Contohnya, Hazirah dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (BTS) nak ke stesen Hang Tuah, so kita kena menuju 'ke arah' Sentul Timur. Sebab Sentul Timur stesen terakhir dalam route tu. Kalau dari Hang Tuah nak ke BTS, menuju 'ke arah' Sri Petaling.

So, secara kesimpulan...

BTS --> Hang Tuah (Sentul Timur bound)
Hang Tuah --> BTS (Sri Petaling bound)

Sama jugak macam

Hyehwa --> Myeongdong (Oido bound)
Myeongdong --> Hyehwa (Danggogye bound)

Faham tak? :)

Hazirah Mohd Farhrudin said...

Faham2 sis...time kasihh����

Resepi Bonda said...

Zaiti...

Hamboiiii, 3 Kali dah round Korea...
Tumpang baca... Kot bule sesat ke Korea nnt...

kurakuraygslow said...

Cikguuuu saya reply ni. Cikgu jangan merajuk tau hehe.

Cikgu lagi dah round hampir satu dunia kot? Pasni pi lah Korea pulak. Best tau cikgu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...