12 March 2015

#2ndtriptokorea - Planning #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Orait hari tu dah bagi teaser #2ndtriptokorea. laaa ni moh le kita start entri nya nyew. hiks! =P

***

First of all, ada yang tertanya-tanya... baru setahun lepas pergi Korea, kenapa nak pergi lagi? errrrr.... jawapannya aku punya suka lah. hahahaha! =P

Dulu kan ikut travel agency. jadi, kali ni aku nak pengalaman pergi sendiri. baru adventurous. hihi. then, aku plan nak pergi tempat lain yang mana aku tak pergi setahun lepas. barulah bestttttttt.

So, memandangkan kali ni aku pergi sendiri, no more travel agency, so persiapan awal haruslah dilakukan bagi memastikan diriku dan ahli travel ku berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang merantau ke Korea *ahaks* =D

Untuk pengetahuan korang, trip kali ni boleh dikatakan 100% aku yang planned. kawan aku pulak tolong belikan flight ticket. heeeee~



***

Jadi, kalau korang plan untuk backpacking ke Korea, apa yang perlu korang lakukan?

p/s: tips ni sesuai untuk student memandangkan cuti kita rigid. hihi. kena tunggu takwim tahunan keluar dulu baru boleh pilih tarikh untuk pergi holiday kan =D


1.  Target awal-awal nak stay kat guesthouse/hotel area mana. rasanya korang sedia maklum yang pengangkutan utama untuk backpackers adalah subway (train). jadi, kalau korang rasa nak stay kat centre of Seoul supaya senang dapat subway, dan nak shopping setiap malam, aku cadangkan pilih lah guesthouse area Myeongdong. toksah risau. berlambak sangat guesthouse kat area Myeongdong tu. pilih je nak yang mana.

Dulu aku stay kat Namsan Guesthouse 4. sebab-musabab aku pilih guesthouse tu adalah kerana aku pergi dengan kawan perempuan dan adik lelaki aku. takkan nak bajet omputih pulak kan stay satu bilik campur jantina. so, aku dengan kawan perempuan aku boleh share twin room, manakala adik lelaki aku pulak stay kat male dormitory.

Tapi, janganlah book guesthouse tu awal-awal. sat naaaa. sabaq. tunggu konfem tarikh nak stay kat sana dulu baru book guesthouse =)


2.  Buat plan nak stay kat Korea berapa hari. aku stay 7 hari je. kalau diikutkan hati, rasa macam nak stay 2 bulan. haha. tapi, nasib baik aku sedar diri. cuti aku paling lama pun seminggu je. jadi marilah kita lupakan hasrat untuk stay selama 2 bulan tu.

Then, boleh lah start draft itinerary selama 7 hari tu. listkan semua tempat yang korang rasa nak pergi. mana-mana tempat yang jarak dia dekat-dekat, letak dalam satu hari yang sama bagi menjimatkan masa perjalanan. maksimum kan 7 hari tu sebaik mungkin. letak je banyak-banyak tempat. baru lah rasa tak menyesal beli tiket flight mahal-mahal nanti. kekeke.  


3.  Bila draft itinerary dah ada, boleh lah start kaji secara terperinci setiap tempat yang bakal korang lawati tu. cari semua info yang wujud pasal tempat tu. bukan susah pun. google ada, blog traveler pun ada. cuma time-consuming jela. jadi, sila lah buat benda ni masa korang tengah cuti semester ye. hehehe.

Dulu, aku punya kajian pasal tempat tu semua memang tip-top. buat assignment pun tak se'tip-top' tu. hahahaha. aku siap cari opening hours, entrance fees, how to get there by subway, berapa minit masa perjalanan, level berapa dalam mall etc. ni untuk mengelakkan kitorang membuang masa terpinga-pinga dan tercari-cari tempat tu semua. hehe.


Adalah sangat dinasihatkan untuk membuat kajian secara terperinci mengenai route subway. hang tengok lah route dia macam mana. mau berbelit segala optic nerve tu nanti =P


4.  Settle je planning yang tip-top tu, kini tibalah masanya untuk korang listkan bajet. jangan lupa sum-up semua kos guesthouse, transportation (mainly subway) dan entrance fees untuk dapat rough budget.

Total expenses aku dulu RM1,200 (KRW400,000) untuk guesthouse, transportation, entrance fees dan makan kat Korea (8 kali makan). untuk shopping pulak aku habiskan RM600 (KRW200,000). tu pun shopping sakan tau.


5.  Haaaa aku cakap makan kat Korea 8 kali kan. aikkkk takkan stay sana sampai 7 hari, makan 8 kali je. kebuluq la nanti. keke. sebab tu lah aku dah plan awal-awal nak bawak makanan dari Malaysia.

Macam-macam makanan yang kitorang plan untuk bawak antaranya roti, sup campbell, maggi cup, nescafe 3in1, biskut, sardin tin, nasi Brahim dan lauk dalam tin. bukannya tak boleh nak makan kat sana setiap hari. bolehhhhh. korang pergi jelah Itaewon, semuanya halal. tapi, mahal lah. kitorang budget traveler je. kekeke. sebab tu adalah digalakkan untuk membawa makanan dari Malaysia jugak. jumlah perbelanjaan untuk membeli makanan tu semua adalah RM60 seorang. better lah dari korang makan kat sana, yang mana sehari pun dekat RM60 (KRW20,000). hehe.

Oh ye, bukan setakat makanan je yang kitorang bawak. sudu garpu, tupperware, pinggan, cawan, mangkuk dan sabun basuh pinggan pun tidak dilupakan. al-maklumlah... backpackers =P


6.  Untuk pengetahuan korang, semua plag kat Korea tu 2 kaki je. jadi, silalah sediakan international adapter awal-awal. ini juga membuktikan yang korang tak boleh nak bawak periuk nasi mahupun seterika ke Korea. toksah lah bawak beras. bukan boleh masak nasi pun. melainkan korang sanggup nak sertu dulu periuk nasi kat guesthouse tu. heeee. buat para gadis sekalian, gosoklah tudung anda awal-awal, takpun pakai jelah shawl selama kat Korea tu =)


7.  Prepare baju hujan awal-awal. nak bawak payung merata-rata macam leceh je kan. baju hujan yang jual kat 7-Eleven RM5 je =)


8.  Kalau korang tak tau lagi lah, tandas kat Korea takde paip air. jadi, pandai-pandai lah korang fikirkan macam mana cara korang nak beristinjak nanti ye. nak bawak wet tissue boleh, nak prepare botol air kosong pun boleh. jangan risau, sinki ada air ;-)


9.  Bila dah settle semua planning tu, boleh lah pilih tarikh yang korang nak pergi ke Korea. lepas je takwim tahunan keluar, aku plan untuk pergi masa cuti Chinese New Year. sebab tu je cuti yang ada. hahahaha. so, aku pun start tengok harga flight ticket. tapi, mahal. huhu.

Memandangkan takde pilihan lain, terpaksa lah kitorang beli jugak. campur luggage 25 kg pergi dan 30 kg balik (sorang je ambik luggage, share 3 orang), dapatlah harga tiket RM1,600 (nak nangis!).

Oh ye, kenapa 25 kg masa pergi? tu untuk makanan kitorang yang macam nak pindah sana tu. hahaha. beg baju bawak masuk kabin je. 30 kg balik sebab kitorang shopping melampau sangat. hahaha =D


10.  Lepas je beli flight ticket, dah konfem lah kan korang nak stay sana berapa hari bulan sampai berapa hari bulan. so, bolehlah book guesthouse =)


***

PLANNING WAS SETTLED!!!


Lepas ni, marilah kita masuk ke bab #2ndtriptokorea - Day 1 okayyyy =D


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


9 comments:

Jari Manis said...

kalau sis JM nye style beli tiket flight dulu pastu booking bilik or GH then baru prepare itie...maybe masing2 ada style yg berbeza kan ikut keselesaaan

kurakuraygslow said...

Kura-Kura student lagi... hihi. Sebab tu prepare itinerary dulu masa cuti sem. Bila takwim dah keluar, cepat-cepat pilih tarikh.

Sis JM mesti best kan, boleh cuti bila-bila masa yang disukai. Hehe. Asal flight ticket harga murah je, terus grab then baru prepare iti =)

zinziemeewah said...

hi.. salam perkenalan. sy jalan dr blog sis JM. suka saya baca entry tntang travel ke Korea ni sb boleh mengimbau kenangan silam kt sana jga..hehe.. pergi sekali memg xpuas. kna p byk kali baru best. n buat sndri smua bnda memg best.

jmput dtg baca experience saya kt sana kt blog zinziemeewah

zinziemeewah said...

saya pnya style pn mcm sis JM..beli jer dulu tiket then baru planning..hehe

zinziemeewah

Unknown said...

Mase pegi tu, timbang beg kurang 25 kg or lebih 25 kg? Sebab igt nk beli yg 20 kg je .. Cukup ke eh?

kurakuraygslow said...

Sara LMH: Rasanya dalam 22kg camtu sebab kitorang ada bawak air dari Malaysia. Takyah bawak air pun takpe sebab kat guesthouse ada water dispenser.

Dek where said...

Salam.. byk tips yg berguna sy dpt dr blfg cik...
Boleh saya tahu apa nama apps yg cik guna utk subway disana,,, saya ada dwload byk app ttg subway tp x tept dan perinci mcm cik pakai,,,tq

Unknown said...

Salam..t-money ni bleh share ke mcm mn ye?ke kene beli stiap org satu kad t-money

kurakuraygslow said...

Dek where: Search kat google playstore 'subway'.

Hazirah: T-money boleh guna sorang satu. Tak boleh share.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...