21 July 2011

2PM vs SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Whassup to all 2PM and SNSD lovers. dalam seminggu ni, puas aku ulang tayang segala MV and variety show SNSD yang penuh dalam external hardisk aku. hasilnya, minda aku ni tak lari daripada idea untuk mem'promote' SNSD kesayangan aku kat korang sume. tapi aku tau.. ramai girls tak suka SNSD kan. kenapa korang anti-SNSD ye? sebab dorang selalu berdamping dengan boys group yang hot-hot dalam CF (iklan) and MV (video) kan. so korang jeles. uppss, maybe.

Well, even aku perempuan, aku ni peminat setia SNSD ok. sume pasal SNSD aku suka. boys group aku tak minat sangat pun. aku minat SNSD je. and apa yang aku perasan, boleh dikatakan SNSD ni banyak kaitan dengan 2PM dalam industri hiburan Korea. nak tau apa kaitannya? check this out~

2008 Elite Student Uniform CF


Dorang sama-sama jadi model dalam iklan uniform sekolah tahun 2008. tapi realitinya, 2PM and SNSD tak jalankan shooting sama-sama pun untuk CF tu. masing-masing shooting berlainan hari then video dorang dicantumkan untuk jadi CF yang cute macam ni...




2009 Idol Army Season 3 Variety Show


Pergghh variety show ni serius lawak. even aku tengok 5 kali pun tetap tergelak-gelak sampai jatuh tangga. errr fine part jatuh tangga tu tipu je. tapi part lawak tu betul. memang best lah bila Boom jadi emcee. aku siap promote variety show ni kat member-member aku lagi, sekaligus berniat untuk menghasut dorang supaya minat SNSD. tapi, dorang terminat 2PM pulak. errkkk.

Episode 8 - [Part 1] [Part 2] [Part 3] [Part 4] [Part 5]

Episode 9 - [Part 1] [Part 2] [Part 3] [Part 4] [Part 5] [Part 6]

* ni memang full episode of Idol Army 2PM & SNSD even dia start dengan episode 8

2010 Caribbean Bay MV


Rasanya berdasarkan gambar kat atas ni je, korang dah boleh agak kan macam mana hot nya MV ni. tajuk lagu yang dorang nyanyi is Cabi Song, tapi aku tak tau pulak apa kaitannya dengan Caribbean Bay. maybe dorang nak promote tempat tu kot. errr aku rasa tulis banyak-banyak pun takde guna, korang tengok sendiri lah MV yang dah berjaya membuatkan aku ternganga selama 4 minit ni...



.......

Well, memandangkan aku ni peminat setia SNSD, konfem-konfem lah aku banyak cite pasal dorang kan dalam blog aku. takkan aku nak cite pasal akak Gula-Gula diabetes pulak. aku minat SNSD sebab dorang ni cantik, talented and dance dorang serius nice! even ada cakap-cakap yang mengatakan SNSD ni gedik lah, suka tayang kaki lah, aku tetap minat dorang. talent is number one right. to all haters, aku tau yang korang jeles dengan kecantikan dorang je kan?

cute!

15 July 2011

Tak perlu salahkan Kpop

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers and followers. nak tanya sikit, sape minat Kpop kat sini? well, sedar tak sedar, sejak akhir-akhir ni, Gelombang Korea (Hallyu Wave) makin melanda negara kita. maybe skang ni ramai kaum perempuan duk tergila-gilakan Beast, yang lelaki pulak sibuk memuja memuji kecantikan Wonder Girls. wait wait, apsal aku mention nama dua-dua group ni pulak? sedangkan banyak lagi group lain yang lagi best. konfem-konfem korang ingat aku noob pasal Kpop kan.

Oh tidak sama sekali. aku start minat Korea masa form 1. yeah masa tu Korean Drama lah yang femes. group-group ni sume tak femes sangat, tapi still ada peminat lah kat Malaysia. first Kpop group yang aku minat ialah TVXQ. ok fine, ada yang panggil dorang DBSK jugak. dua-dua nama ni merujuk kepada group yang sama. tapi skang ni aku dah tak minat sangat, memandangkan dorang dah split.

TVXQ

Apsal aku minat dorang? sebab dorang hensem? owh ni jawapan yang tak tepat sangat. kalau dalam skema jawapan exam tu, dapat 1/3 markah je. bagi aku lah kan.. kebanyakan remaja Malaysia yang duk tergila-gilakan Kpop ni, sebab suka dance dorang. serius beb. kalau kita tengok dance Kpop group ni, meletup siot! energetik sungguh. koreografi dorang pun nampak nice je. lagi-lagi bila perform in a group, pergghh jatuh cinta aku.. dengan dance dorang.

So, adalah sangat tak tepat bila ada suara-suara sumbang yang mengatakan gadis-gadis Malaysia ni sumenye dah jatuh cinta dengan artis-artis Korea, sampai tak pandang lelaki-lelaki Melayu lagi. kitorang cuma jatuh cinta dengan gaya dorang buat performance atas stage je. tak lebih daripada tu. taste kitorang tetap lelaki-lelaki Melayu tulen di luar sana tu. so, kepada lelaki-lelaki Melayu sekalian, anda jangan risau ye. saham anda still valid.. ehem.

lelaki yang berbaju melayu memang nampak segak...
errkk.. ni kan David Archuleta

Dan, tak lama dulu, tersiar lah pulak artikel yang bertajuk 'Awasi Remaja Fanatik Kpop' dalam Berita Minggu bertarikh 24 April 2011. masa ni punya lah panas, sume Kpop Lovers duk pakat hentam balik artikel tu. well, dorang bukanlah nak jadi kurang ajar ke apa. maybe dorang cuma nak pertahankan apa yang dorang minat. lagipun, bukanlah salah Kpop 100% bila industri muzik Malaysia makin merudum. kadang-kadang kesalahan tu berpunca daripada sikap artis Malaysia tu sendiri. ok ok, aku tak nak ulas lanjut pasal industri muzik kita. kang tak pasal-pasal pulak kena saman.

Berbalik kepada topik kita tadi, selain tertarik dengan dance dorang, kebanyakan peminat Kpop ni jugak kagum dengan semangat juang artis-artis Korea ni sume. korang tau tak, artis Kpop ni kena jadi trainee dalam agensi masing-masing selama 5 tahun sebelum muncul dengan first album. tu tempoh minimum. ada jugak yang sampai tujuh tahun. tak ada istilah artis mee segera dalam dunia muzik dorang. yang setakat nyanyi-nyanyi 3 bulan dalam program realiti dah boleh keluar single. pastu album takde orang nak beli. last-last salahkan artis Kpop pulak.

part mee segera, paling suka Ruski Tom Yam Kaw...
pergghh sedap tak ingat

Owh yeah, sabar sabar peminat artis Malaysia sume. aku bukan berat sebelah. aku dengar lah jugak lagu-lagu Melayu. bukan tak dengar langsung ok. malah, aku lebih support lagu-lagu Melayu berbanding lagu-lagu English. nasyid pun aku minat jugak. so, aku still support industri muzik kita. cuma tak nak lah artis-artis Malaysia ni nampak desperate sangat semata-mata nak masyarakat terima karya dorang sampai sanggup malukan diri sendiri. macam akak Gula-Gula diabetes ni.

hai.. kami lah Gula-Gula diabetes

Maybe dorang nak tiru imej Wonder Girls. yelah kan.. Wonder Girls kan konon-konon femes kat negara kita dengan lagu Nobody dorang tu. tapi aku tak minat sangat Wonder Girls. eh aku bukan anti. cuma tak minat je. so akak Gula-Gula ni pun tunjukkan lah paha masing-masing sambil mengharapkan para lelaki Melayu akan support dorang sepertimana dorang support Wonder Girls. tapi, cara dorang tu tak berapa nak kena dengan norma hidup masyarakat Malaysia. dua daripada enam orang ahli Gula-Gula ni Muslim, tak patut kan pakai skirt singkat camtu. cuba-cubalah pakai kain labuh, nice jugak. Wonder Girls tu takpe, dorang sume bukan Muslim, orang Korea pulak tu.

sama tak ke'singkat'an skirt mereka?

So, camne nak dapatkan sokongan rakyat Malaysia ni kalau tiru itu salah, tiru ini salah. stail copycat ni tak salah sebenarnya. tapi, pandai-pandailah sesuaikan dengan keadaan semasa. dari dulu aku kagum dengan hasil karya KRU, serius superb! KRU ni contoh copycat terbaik kot. dorang tiru segala teknologi perfileman and muzik dari luar, adaptasikan dalam industri seni Malaysia. wow agak melambung aku puji KRU. agak-agak ada chance tak nak dapat peluang berlakon filem? err studio KRU pun sekangkang kera je dari rumah ni. teringin pulak nak jadi heroin cerita Kerak.

Ok kalau korang membesar satu zaman dengan aku, konfem-konfem korang kenal Elite kan. group ni KRU yang tubuhkan masa tahun 1994. konsep menyanyi sambil menari serentak atas stage tu memang best, takde beza pun dengan group Kpop skang. part yang ok, Elite pakai seluar panjang masa buat performance. bukan nya mini skirt ye akak Gula-Gula. kalau group macam Elite ni masih wujud, tak mustahil remaja-remaja Malaysia akan sokong jugak artis-artis tempatan. ye tak?


Eh baru teringat, group V.I.P pun duduk under label KRU jugak. konsep dorang memang ala-ala Kpop. lagu hit dorang which is Lagu Sedih best jugak. korang patut dengar lagu tu. then, outfit V.I.P pun ok. dorang cuma ambik konsep Kpop dalam dance je, outfit still ikut gaya Malaysia. tapi, group Max 24:7 ni, konon-konon first Kpop group in Malaysia, main dedah-dedah body pulak. saje lah tu nak bagi gadis-gadis Malaysia muntah darah.

errkk!! sudah.. nightmare aku

Kesimpulannya, aku bukanlah nak tunjuk hebat pasal muzik-muzik ni sume. nak cipta lagu ABC versi baru pun aku tak reti, apatah lagi nak bagi kritikan pasal industri seni pulak kan. cuma, aku harap jangan lah sume pihak nak melatah. try cedok apa yang baik dari artis-artis Kpop ni, and jangan pulak pergi ikut apa yang tak baik macam plastic surgery and bunuh diri tu sume. bak kata pepatah, "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan". eceh! berperibahasa pulak aku.

Owh ye, sebelum tutup cite, aku ni peminat setia SNSD. start minat sejak tahun 2008. setahun je lewat daripada kemunculan dorang dengan first album masa tahun 2007. tapi, tak pulak aku membazir duit beli album dorang sume. download kat youtube sudah! haha.




14 July 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hai readers. agak lama aku menyepi daripada aktiviti meng'update' blog. agak tertekan baru-baru ni. adatlah bila macam-macam perkara berlaku kat diri ni, aku pun start moral down. pastu mulalah rasa tak nak ber'blogging' lagi. konon-konon serik lah. ok ok sudah. tinggalkan sekejap cerita hidup aku yang tak menarik tu. kita berbalik kepada topik utama. kali ni aku tak nak buat entri panas-panas. suam-suam kuku sudah. bukan apa, takut kena attack lagi.. hehe.

Korang perasan tak, tiap kali kita kena kritik tak pun dalam bahasa yang mudah, kena kutuk lah, mesti kita terasa hati kan. kalau benda ni terjadi kat lelaki, dorang still berlagak macho and strong. even dalam hati mesti tacing bagai punya. tapi, kalau terjadi kat perempuan, konfem-konfem kaum hawa ni akan rasa sangat terasa hati, pastu sedih-sedih. then ada jugak yang sampai mengalirkan air mata atau dalam bahasa jawa nya menangis. wait wait, jangan cakap korang tak pernah menangis. korang pernah kan? aku tau tu.


Masa nak tenangkan diri dengan cara mencari kekuatan, aku pun google lah pasal 'MUHASABAH DIRI'. yelah, maybe aku banyak buat salah kat orang lain. tu yang dorang marah tu. so, kenalah bermuhasabah diri ye tak? kot-kot ada something wrong kat diri aku ni, boleh jugak perbaiki. at least aku try nak berubah ke arah yang lebih baik. kan kan?


Well, hidup ni memang macam roda. kadang-kadang kita dipuji, kadang-kadang kita dikutuk. bila kena puji tu, konfem-konfem kembang semangkuk tandas. part kena kutuk tu yang sadis, pergghh sedih giler tak ingat. bila difikir-fikir balik, sesungguhnya ada sebab kita diuji....

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut 29:2-3)

Tapi, maklumlah manusia biasa. kadang-kadang hati tak kuat jugak. mulalah nak persoalkan, "kenapa aku diuji?", "kenapa orang lain tak?", "aku tak cukup kuat nak hadapi sume ni" dan macam-macam lagi rungutan. sabar sabar, Allah tak akan uji kita berat-berat. sumenye berpatutan dengan kekuatan masing-masing...

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah 2:286)

So, berpandukan ayat kat atas, ujian hidup kita ni bukanlah sebesar mana pun. ada orang lain lagi hebat ujian nya. sebenarnya, kita masih mampu hadapi sume ujian tu. cuma bergantunglah macam mana kita nak tangani setiap masalah yang datang. kalau aku lah kan, aku akan luahkan masalah kat member-member rapat. sebab aku tak suka pendam sorang-sorang. kalau pendam-pendam, alamatnya bila meletup kang, boleh cetus perang dunia ke-3 kot. tu lah penting nya luahan rasa tu.. hehe. special thanks kepada member-member aku.

"Janganlah kita lihat kesalahan orang lain, seeloknya renungkanlah kesalahan sendiri. Janganlah kita lihat kejayaan kita, seeloknya berbanggalah dengan kejayaan orang lain" - Fathiah Rahim, 2011

Kalau korang, suka hati lah nak ikut cara mana pun. asalkan jangan menyakitkan hati sesape cukup. kalau tak, jadi macam aku, kena kutuk balik.. haha.


Owh ye, terlanjur bercerita pasal MUHASABAH DIRI, baik aku suggest kat korang blog ni. serius fikiran yang kusut boleh jadi tenang beb. takde tipu punya. aku suka sume quotes dia. superb! lagi-lagi lepas aku terpandang quote ni...

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana ramai yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat"

Part blog desription dia lagi menarik...

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

So, apa yang boleh aku simpulkan, sape-sape yang mengutuk tu bukan sebab dia tak suka kita. sebaliknya, dia suka giler. cuma dia malu-malu memerang je kan. eceh!


* sori lah kalau entri kali ni tak menyengat. dah nama pun suam-suam kuku kan. semoga berjumpa lagi dalam entri panas yang akan datang.. haha. renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri. peace no war~

11 July 2011

Tanda-tanda perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello lonely girls and playboys. semalam ada sorang kenalan mintak aku buat entri pasal makan hati. oh no! bukan makan hati ayam mahupun hati arnab. tapi, makan hati berulam jantung atau dalam bahasa tipikalnya KECEWA. ramai tak antara korang yang pernah kecewa? maksud aku kecewa dengan cinta. yup, memang entri aku kali ni bertemakan love-love-dalam-hati-ada-taman. then, bila aku pikir-pikir balik, baik aku masukkan sekali tanda-tanda perempuan jatuh hati. baru mantap seyh!


Aku perempuan, so mestilah aku faham sedikit sebanyak perasaan perempuan lain yang crush kat seorang lelaki. wahai lelaki di luar sana, sebenarnya kan senang sangat nak tau perempuan tu jatuh hati kat korang ke tak. cuma korang je yang buat-buat tak paham, seterusnya membuatkan kitorang ni makan hati. so, entri ni sebagai renungan buat para lelaki supaya korang tu sedar sikit yang ada someone minat korang dalam diam. adakah korang bangga bila dah berjaya menyebabkan perempuan sedih kerana cinta?


...........

Klik play untuk lebih feel




"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"



kitorang - buat girls yang membaca
korang   -  buat boys yang membaca

Pabila Perempuan Jatuh Hati, Dia Akan....

1.  Add korang kat facebook -  sebenarnya dalam hati ni, kitorang berharap sangat supaya korang add kitorang dulu. tapi, kirim salam jelah. korang kan control macho. so, nak tak nak terpaksalah kitorang terhegeh-hegeh add korang dulu. sume ni bertujuan untuk stalk wall korang dan tengok aktiviti harian korang. termasuklah dengan perempuan mana korang berbalas komen. yelah, kadang-kadang kat relationship status memang single. hakikatnya, dah ada yang special. owh please lah, jangan cakap korang tak pernah stalk wall facebook perempuan lain.



2.  Like kebanyakan status korang -  situasi ni tak lain tak bukan supaya korang sedar kehadiran kitorang. yelah, lelaki bukan macam perempuan yang amat selektif dalam bab meng'approve' friend request. even orang yang tak dikenali pun korang main approve je kan. so, bila dah berlambak sangat friend korang tu, kemungkinan besar korang tak sedar pun kitorang ni friend korang. sebab tulah kitorang terpaksa ambik inisiatif dengan menge'like' pape yang ada kat wall korang tu. at least, notification yang keluar akan ada nama kitorang. owh yeah, kitorang nampak desperate kan? *sigh*


3.  Buat-buat tak layan komen korang -  dah ada dua signs kat atas tu? so apa lagi, pergilah komen status that girl. korang tau tak, kegembiraan yang terpancar kat wajah kitorang saat ternampak notification yang berbunyi "orang yang kau minat tu komen status kau" tak dapat digambarkan dengan kata-kata. muka kitorang akan blushing habis! tapi, you know girls, kitorang ni kan malu-malu miau gitu. so kitorang just akan reply komen tu sambil lewa sebab tak nak korang sedar yang kitorang ni crush kat korang. yep, girls = complicated isn't it?


4.  Konon-konon tak nak bagi nombor phone -  orang cakap bila dah sampai part mintak nombor phone, ada chance lah tu. that's why kitorang berharap sangat korang akan mintak nombor phone kitorang. come on lah, takkan korang nak tunggu kitorang yang mintak nombor phone korang dulu. be more gentleman. tapi biasalah, mula-mula kitorang akan buat-buat tak nak bagi walaupun dalam hati dah melonjak kegembiraan. lagipun kitorang ni bukannya mengada-ngada nak mintak mesej berbaur kasih sayang. at least tanyalah pasal study ke, topik semasa ke, sweet je.. ye tak?


5.  Sangat malu nak berhadapan dengan korang -  korang perasan tak that girl sangat malu nak pandang tepat ke muka korang. haa tu maknanya dia minat korang lah. kalau terpandang tak pun terkantoi pandang korang pun, dia akan terus alihkan pandangan mata dia ke tempat lain. bukan apa, perempuan ni memang sangat malu nak bertentang mata dengan orang yang dia minat. takut dari mata terus turun ke hati. erkk macam iklan coklat cadburry je. so, apa lagi. bila dah nampak sume signs ni, jangan ragu-ragu lagi. sememangnya perempuan tu suka kat korang. tepat 120%.


Tapi, Perempuan Akan Makan Hati Pabila Korang...

1.  Tak sedar kewujudan kitorang -  korang sangat aktif layan komen-komen perempuan lain, tapi komen kitorang dipandang sepi. macam ianya tak pernah wujud. lagi bertambah kecewa bila nampak korang post something kat wall perempuan lain. it is DAMN HURT! korang sedar tak tu wahai lelaki? kebiasaannya, lepas kitorang dah sedar perkara ni, kitorang akan kurangkan aktiviti stalk wall korang. nampak sangat menipu kalau aku cakap kitorang takkan stalk lagi. yep, memang akan stalk, tapi terpaksa dikurangkan. untuk mengelakkan perasaan makan hati yang serius.


2.  Tak pernah/jarang like status kitorang -  setiap kali korang update status baru, kitorang akan like. tapi, status kitorang... amat jarang untuk korang like. status perempuan tu korang like pulak. hari-hari. kalau boleh kitorang tak nak dah baca news feed. takut ternampak recent activity.. "orang yang kau minat pergi like status perempuan tu". SERIOUSLY HURT. bila dah sampai tahap kitorang deactivate facebook, tu maksudnya dah kronik. kadang-kadang kitorang mengharapkan korang akan sedar kehilangan kitorang buat sementara waktu. tapi, realiti yang menyakitkan... korang tak pernah sedar.


3.  Tak pernah/jarang komen status kitorang -  boleh dibilang dengan jari berapa kali je korang ambik berat dengan cara komen status kitorang. mungkin jugak hanya sekali seumur hidup. kalau korang memang jenis tak rajin komen status orang lain takpe lagi. ini bukan main, rajin korang komen status perempuan tu kan. tambah menyakitkan hati bila dapat tau korang main poke-poke pulak. apa maksudnya tu? korang memang tak pernah nak paham hint yang kitorang bagi ke? senang je kan nak tau kitorang ni anggap korang macam mana. the fact is, girls = not complicated. the truth is, boys = complicated.


4.  Langsung tak text kitorang -  bila dah bagi nombor phone kat korang, kitorang tak pernah harapkan benda lain. just mengharapkan korang akan start text dulu. yelah, takkan perigi nak cari timba. kalau setakat text tanya apa pendapat kitorang tentang industri sukan sekarang ni pun tak kisah. any topic. asalkan korang text kitorang dulu. in fact, perempuan takkan delete any mesej daripada orang yang dia minat. tak percaya pergi check phone mana-mana girls. tapi, it is SO HURT bila korang tak pernah pun text kitorang. mintak nombor phone pun tak.


5.  Tak pernah bercakap dengan kitorang -  even kitorang sangat malu berhadapan dengan korang, dalam hati ni Tuhan saja yang tau betapa kitorang nak sangat korang start any conversation dengan kitorang. setakat cakap "assalamualaikum" pun dah cukup menggembirakan kitorang. tak payah susah-susah nak daki Gunung Everest pun. as simple as that. tapi, korang tak pernah lah pulak nak bercakap dengan kitorang. dengan perempuan lain yang cuma duduk selang dua kerusi dari kitorang, enjoy lah pulak korang berborak kan. macam kitorang ni tunggul. thanks for making us HURT.


...........


Perempuan memang dilahirkan dengan sikap setia dan mudah jatuh cinta. lelaki pulak amat jarang nak memahami hati seorang insan bernama perempuan. sekali perempuan dah jatuh hati, amat susah dia nak membenci. tapi, sekali dia dah makan hati, amat susah dia nak terima semula insan bernama lelaki.


Pesanan untuk korang wahai lelaki, cuba renung-renungkan entri ni, dan carilah perempuan yang dah jatuh hati tu. agar dia takkan makan hati...... macam aku.


"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2:216)


10 July 2011

Saat kemunculan sebutir permata

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers! seingat aku lah kan, belum pernah aku buat entri khas pasal diri sendiri. i mean, you know... story about myself, my career, my life and my soul *eceh ayat bajet artis*. maybe ada antara readers yang bukan kenalan aku. so, korang mesti tertanya-tanya kan sapekah gerangan kurakuraygslow ni. ke korang tak nak tau pun sape aku? fine.. aku tau aku bukan Lisa Surihani. sob sob sob.

apa salah saya?

Haa aku tau. sememangnya jiwa nurani korang penuh dengan pelbagai persoalan yang membuak-buak pasal diri aku kan. tapi korang segan nak tanya. aku faham tu. kan ke masyarakat Melayu penyegan orangnya. eceh! so bertepatan dengan tajuk di atas, kali ni aku nak cite pasal diri sendiri. sesungguhnya diri aku ni boleh diibaratkan sebagai sebutir permata yang hanya perlu digilap sedikit sahaja untuk mempamerkan kilauannya *ayat ayah aku*. kesimpulannya aku = permata. ahaks!

Lets the story begins.....

1.  Bila aku start ber'blogging'?

Soalan ni baru je ditanya oleh cik Lily kat facebook siang tadi. kalau tengok kat profile aku, akan tertera 'on blogger since September 2010'. hakikatnya blog ni cuma start aktif April 2011. dalam tempoh masa tu aku tak post pape pun. kejadahnya! bila dah habis asasi, barulah banyak sangat masa free. so, aku pun start ber'blogging' dalam erti kata sebenar.

2.  Apsal aku menggedik-gedik nak buat blog?

Well, aku kan gedik. orang lain ada blog, aku pun nak buat blog jugak.. ahaks ahaks *ketawa gedik*. errkk.. sebenarnya tujuan asal aku buat blog ni adalah untuk publish cerpen ciptaan aku. yeah.. i mean cerita ala-ala love-story-happily-forever-after tu. sumenya salah blog Mata Pen. aku terpengaruh dengan konsep novel-blogging dia. lagi-lagi bila mengenangkan Bahasa Melayu SPM aku A+, mula terperasan yang aku sangat pandai mengarang. ehem! tapi, sume cerpen yang aku dah rangka plot dia akan tersekat kat tengah jalan. so, damn it! aku tak patut jadi novelis. itulah puncanya blog aku menyepi selama berbulan-bulan.

After habis asasi, aku pun jinak-jinak merpati merajinkan diri baca blog orang lain. and yeah, aku sangat tertarik dengan konsep blog The Other Khairul. sense of sarcastic dalam setiap entri dia sangat ketara, menjadikan entri tu best giler. so, ini memberikan aku inspirasi untuk start ber'blogging' semula. berbekalkan keazaman untuk menjadi blogger yang punya sense of humour + sarcastic, aku pun giat buang segala sawang Spiderman kat siling blog aku, plus cat-cat wall bagi lawa sikit. touch up sana sini. and teng tereng..... mempersembahkan blog kurakuraygslow *bayangkan korang ada kat ABPBH*.

apa salah sawang I?

3.  Kenapa design blog aku simple sangat?

Errr.. aku tau lah aku ni perempuan. apa tak boleh ke perempuan buat design yang simple? mesti ada pinky item siap dengan kartun-kartun bagai ke? well, aku ni simple orangnya. macam mana korang tengok blog aku, macam nilah diri aku. see.. aku tak complicated pun kan. ehem ehem (pengecualian untuk gambar SNSD tu ok.. hehe).

p/s : kalau korang nak bagi cadangan untuk penambahbaikan blog aku ni pun takde hal. aku open-minded.

4.  Dari mana dapat nama kurakuraygslow?

Sejarahnya bermula tidak lama dahulu (bayangkan gambar hitam putih) pabila Rifqah Ahmad Rostam menggelarkan diri aku kura-kura yang slow. ni sume sebab aku slow sangat dalam bab-bab crush. well, even muka aku nampak innocent, tapi aku pun gadis normal yang ada hati kat kaum berlainan jantina tu *attention to cik Lily again*. oh no no! bukannya aku ada hati kat cik Lily. dia tu perempuan, aku pun perempuan. apa kes? err.. back to the topic. so, bila mengenangkan diri aku yang sememangnya slow ni, aku pun adaptasikan gelaran tu dalam dunia blog. kreatif kan aku. ahaks.

aku bukan je slow, malah pemalu gitu

5.  Apa kena mengena Into The New World (title blog ni) dengan kura-kura?

Soalan ni sama macam "apa kaitan Hang Li Po dengan karipap?" jawapannya "takde kaitan lah". hakhak. errkk.. ok be more serious. sebenarnya memang takde kaitan pun title blog ni dengan nama aku tu. tapi disebabkan aku ni hardcore fan of SNSD, so aku pinjam lah title first song dorang untuk blog ni. alah kira cincai lah. lagipun, Into The New World memang bawak makna dalam life blog aku pun. ni kan first time aku blogging. kira Into The New World of Blogging lah kot. ececeh kreatif pulak otak aku cipta alasan.




6.  Apa je cerita yang best sangat aku tulis dalam blog ni?

Aku sedar diri ni bukanlah hot macam Fasha Sandha yang menjadi rebutan para jejaka di luar sana. jugak bukanlah hensem macam adik aku yang cuma post entri dua tiga ayat, terus menonong para gadis follow blog dia *wait wait, memanglah aku tak hensem, aku kan perempuan*. kalau aku sibuk nak post entri pasal diri sendiri, konfem konfem tak menarik untuk dibaca kan? lain lah aku ni ada hubungan dengan suami orang ke, VIP ke, ada lah modal nak buat cerita sikit. ehem ehem. so, untuk tidak menghampakan diri sendiri dengan mencipta entri-entri yang syok-sendiri-pastu-buat-orang-meluat, aku pun amek langkah drastik dengan mencipta entri gabungan, yang mana aku main campur adukkan entri-entri aku ikut suka dan cita rasa. asalkan tak mendedahkan sangat sape diri aku yang sebenar cukup. sesekali jadi annoying mouse anonymous ni nice gak kan. ahaks ahaks.

7.  Final question, berapa umur aku?

Aku muda dua tahun dari abang aku and tua setahun dari adik lelaki aku. haa kiralah sendiri. hahaha.

*  sori kalau kebanyakan entri aku berbentuk sarkastik. nilah diri aku yang sebenar. serius sangat pun tak boleh beb. nanti kena heart attack. peace no war~

08 July 2011

Sape takde Hyperhidrosis mesti baca

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Hello all readers and followers. first of all, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada sume yang sudi baca blog yang tak semenggah ni *humble lah pulak*. double thanks kepada sape-sape yang sudi follow atau dalam bahasa blog nya, followers. triple thanks kepada readers yang rajin tinggalkan komen kat ruangan komen tak pun kat warung kak limah. and quadruple sorry sebab aku lambat reply komen-komen tu. dalam 2 3 hari ni aku mengalami pyrexia atau dalam bahasa kampung nya demam. so, aku tak online bila mengingatkan kematian dah semakin hampir. dah sakit-sakit baru ingat mati. apa daa... ok ok. habis dah intro yang tacing-tacing. kita pergi ke tajuk utama ok?

..................

Entri kali ni berbentuk info perubatan sikit. atau dalam bahasa omputih nya medical information. jangan tanya aku dalam bahasa tamil apa. tanya Karam Singh Walia.

jangan jadi seperti anak tikus bermain tali,
anak kucing ternanti-nanti

Korang pernah dengar tak Hyperhidrosis? tak pernah? don't worry. i'm here to give a brief explanation regarding this term *ececeh speaking tu*.

Apa tu Hyperhidrosis?

Untuk pengetahuan sume, Hyperhidrosis ni merupakan satu masalah kesihatan yang mana seseorang tu akan berpeluh berlebihan dan luar daripada kawalan. pesakit Hyperhidrosis ni bukan je berpeluh masa cuaca panas, even tengah stay bawah aircond pun boleh berpeluh sakan.

Kami takde lah pulak penyakit ni. apa sebabnya?

Kalau korang nak tau, penghidap Hyperhidrosis ni ada masalah berkenaan sweat glands dorang. apa ye dalam Bahasa Melayu? owh yeah kelenjar peluh. sweat glands ni sangat aktif sampai mampu keluarkan peluh secara berlebihan. dan ini bukan penyakit keturunan macam diabetes. penyakit ni sememangnya berpunca daripada sweat glands tu.


Biasalah tu. kami pun berpeluh jugak.

Wait wait. ni bukan kes berpeluh biasa yang korang akan alami lepas habis berlari keliling padang tu. biasanya korang cuma akan berpeluh kat badan je kan. pernah tak korang berpeluh sakan kat tapak tangan tak pun tapak kaki? tak pernah kan. haa... situasi ni lah yang dinamakan Hyperhidrosis. cuma 2 - 3% je daripada populasi penduduk kat dunia ada penyakit ni. salah seorang daripadanya ialah AKU.

macam ni lah peluh kat tangan

Wow agak lah, basah siot tapak tangan. tak susah ke nak buat kerja?

Haa kalau korang nak tau, sememangnya susah giler nak buat kerja! izinkan aku gunakan kata ganti diri kitorang untuk pesakit-pesakit Hyperhidrosis ni ok. boleh kata setiap waktu tapak tangan and tapak kaki kitorang ni berpeluh. kalau tapak kaki tu ok lagi sebab most of the time akan pakai kasut. cuma kena tukar stokin selalu jelah. tapi kalau kat tapak tangan tu... pergghhh serius mengakibatkan moral down! bayangkan masa nak driving, stereng habis basah. masa nak menulis, kertas habis basah. masa nak makan, pun tangan basah. masa main computer game, tak usah dicerita lagi betapa basahnya mouse. masa nak masak pun tangan basah, sebab tu lah nama nya 'air tangan'.. haha. 

So, bagi sesiapa yang takde Hyperhidrosis ni, seeloknya korang tu bersyukurlah sebab tak diuji dengan penyakit ni. dan jangan sesuka hati nak mengutuk kitorang pasal tangan basah ni. kitorang tak mintak pun ok. sebelum nak salam orang pun kena lap tangan bagi kering dulu semata-mata tak nak buat orang lain rasa geli. tengok betapa hebatnya ujian yang kitorang hadapi.. huhu *tengah lap air mata palsu*.

Ok ok, kami dah insaf. janji tak nak kutuk lagi. by the way, takde rawatan ke untuk sembuhkan penyakit ni?

Baguslah kalau korang dah insaf. errr.. memanglah ada rawatan untuk Hyperhidrosis ni. tapi, biasalah. setiap rawatan akan ada side effect. ditambah lagi dengan kos treatment yang mahal tu, buat kitorang ni berkira-kira nak dapatkan rawatan. pape pun, aku dengan baik hati nya akan listkan jenis-jenis rawatan untuk penyakit ni. mana korang nak dapat blogger yang baik macam aku ni? ehem ehem.

1.  Antiperspirants


Benda alah ni macam deodorant kan? ni lah namanya antiperspirants. benda ni sesuai untuk orang yang berpeluh berlebihan kat ketiak. kandungannya 10 - 15% aluminum chloride hexahydrate *nak tau lebih lanjut tanya chemist*. cara nak pakai benda ni macam deodorant jugak. cuma fungsinya bukan lah nak bagi wangi-wangi bawah ketiak tu. sampaikan nak tahan kereta kat tengah jalan pun kena angkat tangan tinggi-tinggi semata-mata nak bagi nampak ketiak. sungguh tak bermoral iklan tu. 

Fungsi  :  block sweat glands kat ketiak
Side effect  :  skin irritation

2.  Ubat-ubatan


Kat atas ni merupakan gambar sejenis ubat yang dipanggil glycopyrrolate. Ubat ni boleh diambil atau dalam bahasa pasar nya ditelan oleh pesakit Hyperhidrosis sebagai usaha nak mengurangkan peluh kat area-area terbabit.

Fungsi  :  mengurangkan rangsangan sweat glands supaya tak keluarkan peluh banyak-banyak
Side effect  :  mulut kering, pening & ada masalah dengan urine

3.  Iontophoresis


Err.. aku tau manis senyuman perempuan tu, tapi aku bukan nak cite pasal dia. sila fokus kat mesin tu. haa tu lah mesin untuk merawat Hyperhidrosis. nama rawatan ni iontophoresis sebab dia melibatkan elektrik *sila tanya cikgu sains apa kaitan elektrik dengan ion*. sememangnya rawatan ni paling berkesan untuk mengurangkan peluh kat tapak tangan and tapak kaki. masalahnya, rawatan ni memerlukan masa dan duit sebab kena pergi banyak sesi yang mana setiap satu sesi dalam 10 hingga 20 minit. tak tau lah satu sesi berapa dia caj. 

Fungsi  :  hentikan fungsi sweat glands buat sementara waktu
Side effect  :  kulit merekah

4.  Botox


Aik? botox pun boleh rawat Hyperhidrosis? jawapannya memang ya. tapi terpaksa berfikir banyak kali kot sebelum pilih rawatan menggunakan botox. tak nak lah nanti tapak tangan jadi tegang semacam. nak pegang barang pun susah.. haha. lagipun, kos nak ambik botox ni bukan murah. sekali suntik makan RM600 tak silap. dah tu kena suntik setiap 6 bulan. mana nak tahan kot.

Fungsi  :  block saraf yang merangsang sweat glands
Side effect  :  kesakitan yang teramat sangat

5.  Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS)


Rawatan ni memang pilihan terakhir kalau sume rawatan yang lain gagal. kiranya dah serius lah ni sampai kena masuk dewan bedah. tapi jangan risau. ni bukan pembedahan besar sampai kena potong sana sini. setakat tebuk lubang sebesar 1 - 2 inchi je, tak sakit mana pun. rawatan ni paling berkesan kalau berpeluh berlebihan kat tapak tangan. kalau kat ketiak, rawatan ni tak jalan sangat. jangan tanya aku kenapa. tanya doktor. owh ya, kos rawatan ni RM3000 ok.

Fungsi  :  hentikan terus peluh berlebihan
Side effect  :  kesan ubat bius dalam kehidupan harian

.................

Sekian entri kali ni. aku tau memang panjang, penat korang nak baca. takpelah, at least padat dengan info-info perubatan. bukan info-info merepek *terasa*. lastly, aku nak ucap thanks again kat sume readers. tak sangka pulak blog aku ada readers.. hehe.

p/s  :  rasanya husband aku nanti nak tak pegang tangan aku yang berpeluh ni?

* sumber rujukan : 

03 July 2011

Aplikasi matematik (versi bergambar)

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Selamat hari-hari! kalau dalam entri sebelum ni aku dah kongsi pasal aplikasi matematik dalam meluahkan perasaan, kali ni aku tak nak membebel panjang-panjang dah. bagi korang tengok gambar-gambar berkenaan matematik cukup.

Wait wait! apa kata kau perkenalkan dulu sape tokoh matematik ni cik kurakuraygslow....

Owh ok. asyik membebel je kan sampai terlupa nak perkenalkan ilmuwan Islam terunggul di sebalik terciptanya ilmu matematik ni. no problem.. i can do this (baca stail bangla).

Al-Khawarizmi

Ilmuwan Islam yang terkemuka dalam bidang matematik ni ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. beliau paling femes dengan gelaran Al-KhawarizmiAl-Khawarizmi ni merupakan tokoh yang mula-mula perkenalkan algebra (yang ada unknown tu) dan hisab (pengiraan). kebanyakan konsep matematik yang kita gunakan pada zaman sekarang ni dicipta oleh beliau lah. 

Selain tu, beliau jugak aktif dalam menghasilkan buku berkenaan matematik. antaranya ialah Mafatih al-Ulum. banyak kaedah pengiraan yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. antaranya ialah cosine, sine dan tangent dalam chapter trigonometry tu.

Mafatih al-Ulum 

Al-Khawarizmi ni dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ni diperakui oleh sarjana Barat. so, kita sebagai generasi hari ni perlulah memantapkan diri dengan ilmu-ilmu falak (matematik, sains dan sebagainya) demi menyambung kegemilangan ketamadunan Islam pada zaman dahulu. got it?

............................

Yeay dah habis berkenalan. mana gambar yang kau cakap tadi cik kurakuraygslow?

Ciss... tak menyempat. haa ni dia. tengok-tengok.

mulai skang jangan study


siot je sape yang cipta equation ni.. huh!


ciss.. tak habis-habis cari pasal dengan girls


sape kata matematik tu susah?


haha.. kreatif betul murid-murid zaman skang


emak : timah.. pukul bape skang?
timah : (tengah sibuk tekan kalkulator)


pesanan encik polis : kalau tak nak kena 
speed trap, sila bawak kalkulator


errrkkk?!


.............


* sumber rujukan :
                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...