27 August 2014

Journey to Korea - Day 3 (Vivaldi Park, Ski Hill Resort)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Padahal dah 7 bulan lepas pergi Korea tapi belum habis-habis cerita lagi. haha. so, marilah kita sambung entri mengenai Vivaldi Park yang tergantung sebelum ni =)

***

Selasa - 28 Januari 2014

Vivaldi Park ni merupakan sebuah ski resort yang terletak kat pinggir bandar. so, sorry to say, no wi-fi available. terpaksa lah aku menempuh hidup selama sehari di Korea tanpa internet connection =(






Konsep resort ni macam apartment, bukannya hotel. so, korang akan duduk rumah yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, satu bilik mandi dan dua bilik tidur. cukup luas jugak lah untuk satu family. memang selesa! tapi, kitorang stay kat sini satu malam je pun. rasa sayang pulak nak tinggalkan apartment yang selesa ni -,-



Dapur. sila abaikan adik aku yang tengah menjamu selera kat situ =P



Masuk-masuk je pintu rumah, jumpa bilik mandi dulu sebenarnya. tapi lupa nak ambik gambar. hehe. lepas tu, baru jumpa dapur. lengkap gila dapur ni dengan cerek elektrik, peti sejuk, dapur gas dan periuk nasi. tapi, takde keje pulak lah aku nak memasak kat sini. setakat bancuh nescafe 3 in 1 pun jadi lah =P 

Kalau korang ni jenis yang cepat rindu masakan Malaysia, boleh lah pack segala beras, telur, roti, maggi dan tak dilupakan... nescafe 3 in 1 ke Korea. sebab bahan masakan semua tak disediakan kat sini. perkakas untuk memasak je yang ada. kalau korang nak tau, dapur ni terus bersambung dengan ruang tamu.



Ruang tamu. siap ada beranda =)



Bilik tidur utama. sliding door gaya Korea =P



Ruangan dalam bilik tidur utama. okay mesti korang pelik, mana perginya katil???



Tadaaaaaa. kita kan kat Korea. so, jom kita tidur gaya Korea. no katil-katil. hehe. tilam ni disimpan dalam almari yang korang nampak kat atas tadi =)



Sila abaikan sekali lagi adik aku yang berposing maut kat situ -,-



Ni bilik tidur kedua. kalau korang nak tau, dalam rumah ni takde aircond langsung tau. lantai dia pun agak panas. ni untuk mengelakkan kitorang mati kesejukan. hehe =P



Errrrr... okay. aku pun nak posing jugak =P
(belakang aku tu almari) 



Sambil lepak-lepak, boleh lah tengok variety show WINNER kat channel Mnet. hihi. tapi takde English subtitle. huwaaaaa. lupa pulak kita ada kat Korea. ofkos lah takde subtitle  =P



Sebabkan nak tengok TV pun tak faham apa, ada baiknya aku keluar ke beranda untuk menghirup udara segar. kekeke. mula-mula, selamba dek je terus pijak lantai beranda dengan barefoot. sekali, ambik kau! sejuknya tu tak tahan!!! terus aku berlari-lari anak capai selipar yang ada kat depan pintu utama. hehe.



Pemandangan kat beranda. excited tengok banyak kereta diselaputi salji. ngee~



Eh ada orang tengah sodok salji lah =D



***

Dah puas tengok orang sodok salji, kitorang satu family pun turun pergi sarapan. takyah bayar apa sarapan ni sebab dah masuk dalam harga penginapan. konsep nya buffet. so suka hati nak makan apa. semua hidangan nya halal. yang tak halal ada kat corner lain =)



Aku tak tau apsal aku pilih nasi. rindukan nasi goreng Malaysia barangkali. tapi nasi goreng Korea ni tak kena dengan tekak aku. sorry Korean fried rice. haha =P



Selepas sarapan, sape-sape yang nak pergi ski boleh ikut Sophie. sape-sape yang tak nak ski, boleh blah. hahahaha =P

***

Memandangkan family aku masuk dalam golongan yang boleh blah, so kitorang pun pergi memblahkan diri dengan merayau-rayau kat sekitar kawasan resort =D



Masih dalam kawasan resort. nampak tak muka mak aku tahan kesejukan melampau xD



Kereta yang diselaputi salji selepas di zoom 20 kali berbanding gambar dari beranda tadi =P



Gaya excited terlebih dapat pegang salji betul. selama ni pegang salji tipu je kat Genting Highland dan i-City. haha =P



Sanggup tu bukak glove semata-mata nak conteng atas salji kat kereta entah sape entah =P



Hasil contengan aku *YoonA <3 Seung Gi*. sorry pemilik kereta >.<



***

Bila dah buat jenayah kat kereta orang lain, cepat-cepat tinggalkan kawasan resort. kekeke. so, kitorang pun berjalan menuju ke tempat ski =)









Kawasan ski ni lagi lah sejuk sehingga menyebabkan aku terpaksa membelit pashmina kat leher >.<



Nak masuk tak boleh sebab takde peralatan ski. tengok dari luar pun jadilah labuuuuu






Gaya orang yang tak boleh masuk tempat ski. ihiks!



***

Bila dah tak mampu tahan kesejukan kat tempat ski tu, kitorang pun berpatah balik ke kawasan resort.






Lepas tu, sambung bergambar balik kat kawasan resort. mungkin pemilik kereta tadi dah takde. hahaha =P



Aksi kesejukan dalam kesepian =P



Bergambar lagi. hihi



Lepas tu, sambung menconteng atas salji lagi. kali ni, bangku pulak menjadi mangsa. hihi *SNSD, EXO <3*



Dalam pukul 10 pagi, family aku pun balik semula ke rumah penginapan kitorang untuk kemas-kemas barang. pukul 11 pagi dah kena check out. lepas ni nak pergi Kimchi Land pulak. tak sabar nak buat kimchi dan pakai hanbok (pakaian tradisional Korea). hee =D

***

Macam biasa, perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki bas. kat Korea, dalam bas pun ada seatbelt. dah menjadi peraturan untuk memakai seatbelt tu sepanjang masa. so, pakai jangan tak pakai.

Dalam perjalanan menuju ke Kimchi Land, kitorang singgah lunch dulu kat restoran makanan Thai. bosan jugak kan asyik makan makanan Korea je. sekali-sekala, nak jugak makan makanan lain. yeay ada tomyam!






Makanan Thai yang sedap sebab memang kena dengan selera aku! al-maklum lah, kat Malaysia pun dah biasa makan makanan dari Thai kan. rasa-rasanya, kat Korea takde sirap. sebab setiap kali kitorang makan, mesti minum air suam je. kekeke =P



***

Lepas dah kenyang, marilah kita teruskan perjalanan ke Kimchi Land. next entry lah baru aku update pasal Kimchi Land ye. tengok tahap kerajinan beta dulu. hihi =D


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


1 comment:

Unknown said...

Salam, i need a guide line how to get there. Mybe u can give me some tips as well. Reply me. Thanks

Email : nazriacai2@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...