15 April 2015

#2ndtriptokorea - Day 3 (Hello Kitty Cafe & Crazy Ddeok, Hongdae) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 17 Februari 2015

Kini tibalah masa untuk aku sambung entri mengenai Day 3 yang dah sekian lama tergendala tu. hihi. lepas dah puas mengadap henfon memasing kat Trick Eye Museum, kitorang pun blah untuk menuju ke Hello Kitty Cafe.

Secara jujurnya, aku tak tau pun Hello Kitty Cafe tu kat mana. cuma tau lah dia ada kat sekitar Hongdae. specific location I don't know. hiks!

So, kitorang yang memang dah sedia muka tak malu ni terus tanya mana-mana passer-by, macam mana cara nak pergi ke Hello Kitty Cafe. pastu terjumpa pulak sorang passer-by yang tengah pakai outfit macam nak pergi jogging. aku cuma tanya "Hello Kitty Cafe, eodiseyo? (kat mana)", terus dia reply... "follow me!".

Tak pasal-pasal dia bawak kitorang berjogging sekali kat sekitar Hongdae tu. celah lorong mana entah dia redah, main ikut je. dah lah malam. memang pasrah jelah masa tu kot-kot dia orang jahat ke apa. nasib baik dia bawak ke jalan yang benar. tapi jangan tanya aku nak ikut jalan mana. korang ikut jelah dia jogging sekali. konfem jumpa. HAHA! =P


 Here you are, Hello Kitty Cafe!


Entrance. tapi macam lain je dari yang orang lain selalu pergi. 
lantak lah. asal jumpa. hehe =D


Dah nama pun Hello Kitty Cafe kan.
memang penuh dengan Hello Kitty jelah


Padahal bukannya minat pun figura kucing takde mulut ni. 
tapi gedik punya pasal, meh la kita buat-buat minat. hiks!


Nak pergi makan kena naik tangga dulu


Cafe ni 2 tingkat


Opening hours from 11.00 am to 12.00 am






Baju bling-bling kalah mak jemah


Tapi rantai manik biasa je. haha!








Barangan Hello Kitty ada di mana-mana sahaja.
di segenap ruang dan penjuru




Sape yang hardcore fans Hello Kitty tu,
boleh lah perabiskan duit kat gift shop


Haaaa ni laluan nak ke ruang makan tingkat bawah. 
tengah-tengah tu ada kaunter untuk order dan tangga untuk naik ke tingkat atas


Ruang makan kat tingkat bawah. pening kepala uolllsss semuanya pinky sangat


Kat bawah ramai jugak lah orang






Toilet wanita pun kat tingkat bawah. nak tau macam mana rupa toilet ni?
tungguuuuu. kejap lagi baru kita pergi toilet. hihi


Memandangkan kat bawah ramai orang, so kitorang nak makan kat atas




Nasib lah travel dengan ahkak-ahkak. jangan jadi mat lembut sudah.
haha =P


Kat atas siap ada bilik tidur Hello Kitty! 
sorry Namsan Guesthouse 4. malam ni saya tidur sini tau. hiks!




Haaa kosong kan ruangan kat tingkat atas. senang sikit nak buat bising. keke =P


Lepas pilih seat, terus cari wifi connection. maklumlah... generasi wifi-oriented. hiks! kat Korea, most restaurant memang akan ada free wifi.
laju pulak tu =D


Kat dalam cafe ni agak panas sebab ada heater. so kitorang terus cabut winter coat. then turun ke bawah untuk order makanan =)


Would you like a cup of coffee? ahaks! =P


Ada macam-macam pilihan coffee dan waffle. pilih je nak yang mana.
harga dia pun agak berpatutan


Konsep makan kat sini adalah self-service. 
order sendiri, ambik makanan sendiri,
dan hantar pinggan cawan kotor sendiri


Lepas dah order, kita akan dapat buzzer cute ni. bila dia vibrate, maksudnya makanan dah siap


Sementara tunggu makanan siap, kitorang pun mengadakan lawatan ke toilet. hihi


Minah ni memang muka selfie dalam jamban. haha!


Tak lama lepas tu, makanan yang kitorang order pun siap!

Cafe Latte = KRW4,500 (RM13.50)
Caramel Latte = KRW5,000 (RM15.00)
Caramel Macchiato = KRW5,500 (RM16.50)
Waffle Set = KRW10,000 (RM30.00)


Dalam waffle set ni ada waffle (sudah tentu bentuk Hello Kitty), aiskrim strawberry, vanila dan coklat, kiwi, pisang dan whipped cream. rasa dia boleh lah tahan


Mesti korang pelik, kenyang ke kitorang bertiga share satu set waffle je? sebenarnya, ni cuma pre-dinner. ahaks! lepas dah 'rasa' coffee dan waffle kat Hello Kitty Cafe, kitorang pun blah menuju ke restoran Crazy Ddeok untuk makan ddeokbokki =D


Meriah betul Hongdae ni. ramai bebudak universiti merayap malam-malam


Aku tak ingat sangat cara untuk pergi ke Crazy Ddeok. hihi. 
yang aku ingat, ada lalu jalan macam ni


Restoran tu dekat dengan tempat orang busking kat kaki lima bangunan


Pastu korang jalan lah ikut kata hati. haha. yang penting, pandang ke arah kiri sebab Crazy Ddeok ni ada kat bahagian kiri jalan.


Haaa ini lah dia Crazy Ddeok yang dicari-cari. restoran tu kat tingkat 2. 
kedai Oleavage tu dah tukar kedai lain waktu aku pergi. lupa pulak apa nama kedai tu
(gambar ihsan Google)


Pastu, apa lagi. marilah kita masuk ke restoran dan cari wifi connection. hahaha! kitorang terus pilih seat kat tepi tingkap sebab nak tengok orang busking kat bawah.


Opening hours from 9.00 am to 10.30 pm


Kitorang pilih basic set which is Crazy Tteokbokki - Regular
KRW13,000 (RM39)


Lepas tu, korang kena pilih tahap kepedasan yang korang nak. ala-ala kat Nando's lah kiranya. 

-1 = Neutral
0 = Spicy
1 = Extra spicy

Ziha suka makan pedas. so dia pergi pilih skala 0 (spicy). aku setuju jelah sebab ingat pedas dia biasa-biasa je macam sambal udang mak aku.


Makanan pun sampai. benda yang macam karipap tu namanya dumpling. 
kitorang tak makan dumpling tu sebab ada inti ayam


Ddeokbokki yang ditunggu-tunggu. original from Korea. selain pelbagai bentuk ddeokbokki... ada telur sebiji, fish cake, sayur, ramyun dan macam-macam lagi lah


Bajet skala 0 tu pedas dia biasa-biasa je. sekali... pehhhhhh! hampir hilang deria rasa aku. kalau pilih skala 1 (extra spicy) tadi macam mana lah agak nya -,-


Tengah-tengah sedap makan walaupun kepedasan, budak-budak yang busking kat bawah tadi dah hilang. tetiba satu dancing group pulak sampai. dorang performed street dancing. mungkin macam ni kot agensi hiburan kat Korea cari bakat baru.


Pabila perut dah kenyang dan terbakar, marilah kita blah dari Hongdae


Dah pukul 10 lebih pun masih meriah lagi.
jauh berbeza dengan Myeongdong


Konon nak blah dah. pastu dorang berhenti kejap membeli topi


Okay kali ni jom kita betul-betul blah. malam pun dah lewat ni. hihi. makin lama makin lambat pulak balik ke guesthouse =P


Dari LINE 2 Hongik University Station, transfer kat Dongdaemun History & Culture Park Station dan tukar ke LINE 4 menuju ke Myeongdong Station (Oido bound)


Annyeong Hongdae!


Ramai bebudak universiti dalam train ni =)


Dan mata aku terpaku kat kehenseman dorang berdua ni. bhahahaha =P


Akhirnya, kami pun tiba di Myeongdong Station. kali ni terus balik guesthouse. malas nak merayap kat Myeongdong dah sebab dah lewat malam. konfem kedai banyak dah tutup. annyeonghi jumuseyo. nak mimpikan oppa hensem tadi. kekeke =P

Day 4 - Korean Broadcasting System (KBS) and Han River. to be continued~ 


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


13 comments:

farlyna natasha said...

Tteokbokki tu besar x? Makan untuk sorg ke or boleh lebih?

kurakuraygslow said...

Besar sangat. Regular cukup untuk 3 orang makan.

Suhada Shah said...

Ingat lagi tak macam mana nak ke hello kitty cafe yang baru tu??
Still naik sampai hongik uni. station kan?? Ada sign building apa2 tak??

kurakuraygslow said...

Yup turun kat Hongik Univ Station. Tapi serius tak tau mana nak belok sebab masa tu pun ikut orang tu berjoging. Hehe :D

Unknown said...

Salam...sis... if u dont mind... bleh x emelkan tinerary u? im going to seoul on next march..early march... dan sgt2 la perlukan iti yg boleh membantu...
my emel: adibzakaria86@gmail.com

p/s:: i like phrase pedas tahap hilang deria rasa! hahahaah... lawak2! tergelak2 baca kt opis ni...hahaha...

kurakuraygslow said...

Wassalam. Okay emel dah! :)

Unknown said...

salam..perkongsian yg bgs ni.. berguna utk g next trip time winter gak..owh by the way, blh x kongsikan itinerary kat sy? sbb sy masih lg mencari itinerary utk winter trip.. terima kasih. :)

email- khairunnajwaaziz@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum sis., boleh tolong email kan juga itinery.. blog sis sangat membantu bg saya yg nk pergi free n easy ke Korea . Tqvm.
My email: zueyen76@gmail.com

Pearl Jangmi said...

Eh yg oppa 2 org tu salah sorg tu Mcm muka artis lah from group BTOB

kurakuraygslow said...

Pearl Jangmi: Macam muka ahli BTOB yang mana? MinHyuk ke?

Pearl Jangmi said...

Maknae Yuk sung jae

kurakuraygslow said...

Pearl Jangmi: Yg sebelah perempuan tu ke? Sung Jae yg berlakon Goblin eh. Haha macam jelah. Tp bukan dia. Kalau memang dia, awal-awal lagi dah kena serbu dgn fans :P

Unknown said...

Assalamualaikum..terima kasih kerana banyak membentu saya dari segi malumat di Seoul...sis, boleh tak kongsikan itinenary dengan saya.InsyaAllah hujung tahun saya akan ke sana. email: razmanunited82@gmail.com terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...