12 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 1 (KLIA2 - Incheon International Airport - Namsan Guesthouse 4) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Planning sudah, cuti pun dah mai dah... laa ni marilah kita bercandah! bhahahaha =P

***

Ahad - 15 Februari 2015

Kini, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. flight ke Korea pukul 7.30 pagi waktu Malaysia. seawal 4.30 pagi kitorang dah sampai KLIA2. haha. 


Adik lelaki aku


Check-in luggage dulu, then say goodbye to family (bajet further studies... hiks), pastu terus masuk ke balai perlepasan. lepas solat subuh, sempat lah breakfast Burger King jap (orang tak order makanan dalam flight katakan). 

Sementara tunggu gate bukak, marilah bergambar jap. hihi.


Poyos


Travel buddies #the3zvacay


Gate dah bukak. yeay! excited for the 2nd time. let's fly to Korea! =)
















Selepas 6 jam yang juga membosankan, akhirnya kami tiba di Incheon International Airport pada pukul 3 petang waktu Korea! =D


***

Memandangkan dorang berdua tu first timers, terpaksa lah aku memerah otak untuk ingat balik segala tempat penting yang ada kat Incheon International Airport tu. mula-mula, macam biasa... pergi kaunter imigresen dulu then ambik luggage. ini kali pun winter jugak. heeeeee. masa sampai tu suhu 11 darjah celcius =)


Nampak tak muka excited ziha? hahaha =D


Journey of the backpackers begin!


Tu diaaa luggage! kalah orang pindah rumah. hahaha. satu beg baju aku, satu beg baju ziha, dua beg makanan. adik aku pakai backpack je. hehehe.


Selesai je ambik luggage, cepat-cepat pergi cari 7-Eleven atau GS25 mart untuk beli T-Money card. kad tu ala-ala kad RapidKL lah kalau kat Malaysia. better naik subway pakai T-Money. senang. toksah beratur panjang beli tiket kat machine.


Kitorang jumpa 7-Eleven kat depan benda alah ni. EXO! =D


Gini lah rupanya T-Money tu. bayar KRW3,000 (RM9) untuk kad, pastu aku terus siap-siap preload KRW20,000 (RM60). nak topup boleh saja kat mana-mana 7-Eleven atau GS25. kalau ada balance pun boleh refund kat mana-mana 7-Eleven atau GS25. dia ambik service charge 500 won, then korang boleh simpan kad ni sebagai kenangan =)


Lepas beli T-Money, marilah kita cari kaunter Airport Railroad Express (AREX) untuk menuju ke guesthouse. AREX ni macam KLIA Express lah kalau kat Malaysia. direct train dari airport ke pusat bandar. kat Malaysia, dari KLIA ke KL Sentral. kat Korea pulak... dari Incheon International Airport ke Seoul Station =)

Kalau tak nak naik train, boleh saja. ada berlambak teksi kat luar arrival hall. nak naik bas pun boleh. then, Namsan Guesthouse 4 pun ada sediakan servis trip from Incheon International Airport direct to guesthouse yang mana charge nya KRW65,000 per ride (RM195), maksimum 4 orang satu kereta. tapi, kitorang nak jimat. better naik train. hehehe =D

Senang je nak cari kaunter AREX tu. ikut je signboard Airport Railroad. cari Airport Transportation Center kat level B1. then, beli tiket kat kaunter tu. harga asal tiket AREX dari Incheon International Airport ke Seoul Station adalah KRW8,000 (RM24). tapi, masa aku beli tu ada diskaun so dapat lah KRW6,900 (RM21). pasai pa diskaun pun tak tau. aku dengar diskaun je terus setuju. hahaha =P


Numbered seat kot. dapat lah duduk dengan selesa selama 40 minit =)


Tengah tunggu AREX. kadar kekerapan train adalah setiap 30 minit. lebih kurang macam KLIA Express jugak lah




Train telah tiba! macam ni lah keadaan dalam AREX


Kat setiap seat ada kupon ni. apa lagi... ambik lah walaupun takkan guna. bhahahaha =P


Pemandangan sepanjang perjalanan




***

Selepas 40 minit, kitorang pun sampai kat Seoul Station. bapak besar stesen tu! kalah KL Sentral. dah lah kitorang bawak beg gedabak semuanya. memang mengerah keringat betul first day kat Korea ni. hahaha.

Nak ke Namsan Guesthouse 4, kena ambik subway LINE 4 dari Seoul Station ke Myeongdong Station. 


2 stesen je yang mana masa perjalanan 3 minit 
T-Money KRW1,050


Jenuh lah kitorang nak jalan untuk pergi ke pintu subway. dah lah takde eskalator kat Seoul Station! tangga punyalah tinggi. tak pasal-pasal membina muscle angkat luggage tu semua. hahahaha =D


Ziha yang gagah perkasa. kalah adik lelaki aku. muahahaha


Jarang nak dapat duduk dalam subway ni. takpelah... bagi priority kat ajumma dan ahjussi dulu =)


***

Akhirnya, kami pun tiba di Myeongdong Station. keluar je train, terus belok kanan. cari EXIT 3. jangan belok kiri sebab kat kiri ada Exit 9 dan Exit 10 je. kitorang konfiden je terus belok kiri pastu tak jumpa Exit 3. haha.

Jenuh tanya orang Korea tapi dorang simple English pun tak faham. pastu, aku tanya lah 'sam chulgu' (Exit 3). tetiba sorang Korean guy yang entah dari mana entah tunjuk arah kat kitorang. punya lah laju dia jalan. dah lah Exit 3 tu kat hujung lagi satu. terkedek-kedek kitorang kejar dia dengan luggage bagai tu. hahaha.

Pastu, jumpa tangga lagi. huwaaaa nak nangis boleh? tak minta tolong pun. tetiba je dia angkatkan luggage kitorang. terharu gila. dah macam-macam idea yang aku dan ziha fikirkan. nak bagi dia sign lah (bajet retis), nak bagi duit RM1 lahhhh.

Tapi, belum sempat nak ucap proper thanks, ada lah pulak sorang mamat Melayu tegur kitorang... "hang nak pi mana?". tetiba Korean guy tu hilang. huhu. mungkin dia ingat mamat tu kawan kitorang -,-

***

Okay sambung balik cerita pasal EXIT 3. keluar je exit tu, akan nampak 7-Eleven. jangan risau, kat Exit 3 ni ada eskalator. pastu, nampak pulak Pacific Hotel. jalan je terus. ada GS25 kat belah kanan. jalan lagi macam daki bukit sikit then jumpa lah Namsan Guesthouse 4! =D


Tengok. berapa langkah je dari Myeongdong. heeeee~


Namsan Guesthouse 4 building


Sampai kat guesthouse ni pun dah dekat maghrib. dalam pukul 6 petang macam tu. sampai-sampai je terus masuk pantri, pergi kat water dispenser, minum air dan cari wifi connection. memang dasar generasi-wifi-oriented. hahahaha.

Lepas tu, barulah sibuk pergi kaunter untuk urusan pembayaran. part best pasal guesthouse ni adalah... korang tak perlu bayar deposit. cuma book melalui emel, confirm booking, then check-in baru buat full payment =)

Aku dan ziha share twin room, adik aku pulak stay kat male dormitory.

Twin room = KRW70,000 per night (RM210)
Dormitory = KRW30,000 per night (RM90)


Pantri kat basement - ada water dispenser, microwave, fridge, coffee machine etc


Dormitory kat sebelah pantri (ni gambar dalam website)


Keadaan sebenar aku tak tau lah sebab tak boleh masuk male dormitory. hihi. ada 5 public bathrooms untuk dormitory


Bilik aku dan ziha kat level 1


Nak masuk kena unlock dulu


Door lock gaya Korea. ihiks!


Welcome to our room!


Sebenarnya bilik ni agak panas. mungkin jugak sebab kitorang dah memerah keringat kaw-kaw punya kot. nasib baik ada air-conditioner. lantai dia guna Ondol system (Korean floor heating system) sebab winter




Ada tisu, hair dryer dan sikat


Meja solek dan tempat gantung baju


Private bathroom


Sebelah shower tu syampu dan sabun


Two towels provided


***

Masuk-masuk je bilik, solat dulu, then rehatkan kaki yang kepenatan. sambung online sampai tak ingat dunia. padahal dah plan dalam itinerary malam ni nak jalan-jalan kat Myeongdong. wifi punya pasal, duduk lama-lama dalam bilik pun takpe. hahaha =P

Dalam pukul 8.00 malam barulah kitorang melangkah keluar dari bilik dan menuju ke Myeongdong.

To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


14 comments:

AlisyaLittleGirl said...

uwaaaaa~~~ Jelousnya~~~ kita teringin nak pergi sana. Akak dah pergi korea 2 kali? uwaaa~~~ Untunglahhh.. Bajet akak pergi sane berapa? Btw, teruskan share tentang trip akak kat sana. I wanna see more! mesti best kan? >< nanti lawat SM building ye.. hihihi.. Daebaklahhh~!

kurakuraygslow said...

Hehe Alhamdulillah ^^

Semua pasal bajet ada cerita kat entri planning. Baca-baca lah entri tu ye =)

Teruskan baca entri-entri yang akan datang tau. Mungkin ambil masa sikit nak update semua. I'll try my best =D

Bibie Karim said...

Teringat haritu gigih nak try naik subway dari airport to downtown Seoul. Memang tu yang first & last ah. Sakit jiwa nak ngangkut anak tapir kat belakang. Btw, kalau ikut Exit 3 kat Myeongdong St tu rasanye ada escalator tapi kena naik sorang2 sebab kecik je escalator tu.

kurakuraygslow said...

Bibie Karim : Hehe kalau ada kudrat okay je angkat beg tu semua. Cuma penat jelah. Jimat punya pasal. Lagipun yang takde eskalator kat Seoul Station je =)

Jari Manis said...

itu sbb kalau bawak beg troli x sanggup nak naik AREX tu ...sakit satu badan angkat luggage

last trip stay di namsan 3...bilik rasanya besar sikit tapi tilam semata x de katil

kurakuraygslow said...

Kita ada adik lelaki ikut sekali sis JM. Suruh dia yang bawak luggage tu. Hehe.

sue_hashim said...

Assalamualaikum,

Nak tanya, topup T-Money first day RM60 tu cover untuk 7 hari kat sana ke? Or ada buat topup tambahan? First time nak travel pegi sana, so banyak benda tak tau. Hee...

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Bergantung dengan tempat nak pergi tu jugak. Kalau dekat-dekat je, cukup 20,000 won untuk 7 hari. Kalau jauh, tak cukup. Hari tu kitorang ada extra topup sebab ada pergi tempat lain yang takde dalam plan asal :)

Ease Elias said...

salam nak tanya..nama application apa yg sesuai utk train ni? ada byk application utk subway korea..tp x tau mana lagi efektif...thanks sis

kurakuraygslow said...

Search je 'subway' kt google playstore. Apps nya nama 'subway' :)

sakura2503 said...

hi..ms trip oktober 2015, i penah stay kt vip 4 & twin room, nmsan4. tp utk nxt april trip i book residence eo, myondong..adik i beriya2 nk dok sini sbb fully furnished room.dlm bilik ade mini kitchen, microwave, fridge & plf best ade washing machine skali dlm.bilik..hehhehe

erin said...

hi....u pegi ni mase winter around feb kan...bnyak snow tak..;)

kurakuraygslow said...

Erin: Masa ni dah late winter. Snow ada turun sekejap masa day 3. Try lah tengok entri yg tu :)

Zaphyrah said...

hai, nak tanya, dari AREX nak ke seoul station tu mmg kene beli tiket kat kaunter ke? T-money tak boleh guna ke dkt AREX?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...