01 August 2011

Cara mudah belajar subjek Kimia

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai budak-budak pandai sekalian. kali ni Cikgu Kura-Kura *ehem* nak share something, berkenaan cara mudah nak belajar subjek Chemistry, atau dalam Bahasa Melayu nya Kimia. tau tak apa tu Kimia murid-murid sume?
....

Adeh. aku sedang melalut. ok ok, jom kita terus ke topik utama. entri ni khas untuk adik-adik form 5 yang bakal ambik SPM tahun ni. kalau yang nak ambik SPM sepuluh tahun lagi ke, dah ambik SPM lima puluh tahun lepas ke, jangan risau. korang masih boleh baca entri ni sampai habis. 

Aku takde niat nak cite panjang-panjang. cuma nak share dengan adik-adik form 5 'study guides Chemistry', atau dalam Bahasa Melayu nya 'panduan belajar Kimia' yang aku buat dua tahun lepas. aku bukan saja-saja merajinkan diri buat benda alah ni. dah terpaksa buat sebenarnya, sebab kena masuk Kuiz Kimia. kalau tiba-tiba aku jadi rajin, memang kirim salam sayang jelah. tu pun nasib baik cikgu cakap pilih satu subtopic je yang ada dalam buku teks tu. dibuatnya kena buat 'study guides' untuk sume topik, tak ke naya aku. 

aww sweet kan aku buat keje depan laptop

Format asal 'study guides' ni adalah dalam bentuk Power Point. memang best lah... ada slide's transition siap dengan sound effect aku buat. cikgu pun puji... hehe *kembang semangkuk kot*. tapi, disebabkan aku kena upload benda alah ni dalam Scribd, nak tak nak kena tukar pergi format PDF. hasilnya... ceyt, memboringkan! so, sape-sape yang rasa nak belajar subtopic Thermochemistry - Heat of Neutralization (Chemistry form 5) dengan cara yang senang tu, korang rajin-rajin lah jenguk slide-slide yang memboringkan kat bawah ni....
Thermochemistry - Heat of Neutralization


Dah habis jenguk? kalau nak download pun boleh. takde hal punya. aku relaks je. harap-harap 'study guides'  ni dapat lah menambahkan sikit pemahaman adik-adik form 5 dalam subtopic ni.
....

Owh ye, terlanjur bercerita pasal subjek Kimia ni kan, aku nak bagitau korang satu rahsia yang dah tersimpan kemas selama dua tahun dalam diari hidup aku. serius, aku tak pernah cite kat sape-sape pun. first time kot aku nak dedahkan rahsia terbesar ni. tengok, korang bertuah kan sebab baca blog aku... ahaks ahaks.

Al-kisahnya, pada dua tahun yang lepas, hari jumaat, selesai je Majlis Graduasi kat sekolah aku, aku dengan member-member sekutu-rayap aku plan nak keluar kejap dari sekolah sementara tunggu waktu kelas tambahan Kimia petang tu. kelas start pukul tiga petang, sedangkan waktu tu baru pukul dua belas tengah hari. ada tiga jam lagi kot untuk enjoy. apa barang duduk dalam kawasan sekolah lama-lama. tak rock lah.

muka-muka happy sebelum SPM

So... aku, nurul, mek, aten dan nori (sume nya bukan nama sebenar) pun ambik keputusan untuk beronggeng kat rumah mek kejap. jarak rumah mek dengan sekolah ada lah dalam 20 minit. sanggup betul jalan jauh-jauh semata-mata untuk beronggeng. eh kejap, kitorang bukan jalan kaki, naik kereta mak mek baru betul.

Sampai-sampai rumah mek, masing-masing berlari-berlari anak ala-ala Usain Bolt menuju ke bilik mek. dengar cite bilik mek banyak Teddy Bear, tu yang member-member aku terkejar-kejar macam kanak-kanak tak cukup Vitamin C tu. errrr.. jangan marah ye Nori. ni first time aku datang rumah mek, tapi second time untuk member-member aku yang lain. sebab tu tahap keterujaan dorang tu lebih sikit.

apsal perempuan suka Teddy Bear? (weyh kau tu perempuan jugak lah)

Ok jom sambung cite. lepas dah main dengan Teddy Bear, kitorang pun dipelawa untuk makan tengah hari. pergghh layanan macam puteri raja kot. takyah hidang pape terus melantak je. kemudian berlaku lah adegan berebut ayam antara nurul dengan aten kat meja makan tu. aku hanya mampu menggeleng-geleng kepala sambil mencicah kepingan mangga ke dalam tempoyak apabila memerhatikan gelagat dorang.

Habis-habis makan, kitorang pun masuk bilik mek semula, main laptop dia. mek on facebook, so kitorang pun menjalankan aktiviti menge'stalk' friend mek yang hensem-hensem. yang tak hensem kitorang tolak tepi. yang perempuan, lagi lah kitorang pangkah awal-awal. then, ternampak lah pulak sorang mamat bajet cool dalam kelas kitorang online jugak. errr... sekarang jam menunjukkan pukul 1.30 petang. apa tak solat jumaat ke mamat ni? ada lah modal nak bahan dia masa kelas tambahan nanti.. haha.



Dan selepas tu, member-member aku yang lain berbincang untuk menentukan masa terbaik kitorang balik ke sekolah semula. then, dorang sepakat, pukul 2.30 kita bertolak lepas masing-masing solat Zohor. dorang tu sume dah lepak rumah mek jugak jumaat lepas. aku je yang tak join masa tu sebab aku tak datang sekolah. so kata dorang, tu lah timing terbaik. aku angguk je.

Tak lama lepas tu, aku pun bagi cadangan biol sikit kat dorang. kata aku, "korang teringin tak ponteng kelas tambahan. kita tak pernah buat pun. apa kata kita try kali ni?" sangka aku dorang nak geleng kepala sambil bantah sekeras-kerasnya idea bengong tersebut. tak sangka pulak dorang boleh angguk-angguk macam burung belatuk dalam masa tak sampai 0.2 saat selepas aku menghabiskan ayat terakhir. cis... korang ni memang member aku lah.. haha.


So, kitorang pun ambik keputusan untuk ponteng kelas tambahan Kimia buat kesekian kalinya. bila ada kawan-kawan sekelas tanya kenapa kitorang sume tak datang, nurul yang diberi mandat untuk jawab soalan tu sume. apa yang dia temberang pun aku tak tau. mesti kawan-kawan sekelas aku pelik, boleh lak member sekapal ni sume tak datang serentak.

Rasanya, sampai sekarang pun kawan-kawan yang lain masih tak tau sebab sebenar kitorang tak datang kelas tambahan Kimia tu. part yang paling best, cikgu Kimia aku pun tak tau.. haha. errr... korang senyap-senyap je ok. jangan heboh-heboh pulak. segan aku. hik3. yang junior-junior tu pulak, jangan korang memandai-mandai nak ikut pe'el buruk member-member aku ni. korang kena jadi nerd kalau nak skor exam. faham?


Akhir sekali, di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada sume umat Islam di muka bumi ini (apsal ayat aku skema semacam je). banyak-banyak kan beribadat dan sedekah jariah ok. yang lelaki tu, rajin-rajin kan lah diri tolong mak sediakan juadah bersahur dan berbuka. bagi peluang kat kitorang yang perempuan ni cuba baju raya.. haha.


Dan... kepada cikgu Kimia aku, saya nak mintak maaf sebab dah ponteng kelas tambahan dua tahun lepas. kira cincai lah cikgu. Chemistry saya A+ kan.. ahaks. peace~

12 comments:

Arif Sahimin said...

A+..pandai siot!! :D

kurakuraygslow said...

sengal. kau pun sama kot!

Nur Fajariah said...

singgh sini...=)

kimia?saya suka kimia..>.<

Noie Chan said...

kenangan uh..adoi..end up kimia dapat B shj..huhu..

kurakuraygslow said...

@cahaya fajar : wah mesti terer kimia ni :)
@noie : ni sume salah saya yang menghasut korang. adoi...

Noie Chan said...

xde laa cik kura-kura..bukan salah awk..da blaja pown cm terpakse..huhu..tp syukur dpt jd sc student..big oppurtunity in front me..hehe..thx ajar time bfore xm dlu2 kale uh..hoho..

kurakuraygslow said...

most welcome :D

Unknown said...

Assalamualaikum...
akak sye thun ni spm..dah demam spm dah ni :( mcm mne cre sbenar2 nye nk skor kimia ni?byk benda sye tk dpt skor lgi :'(

Unknown said...

assalamualaikum kak...nak tnye mcm mne cra betul2 nk skor kimia?spm nk dkt dah...kimia byk lg tajuk lemah :( :( ade fb tak?

kurakuraygslow said...

Atiqah Hayoung : Waalaikumussalam. Kalau nak terang kt sini mmg panjang. Try PM facebook k. Link facebook ada kt side bar belah kiri blog :)

kurakuraygslow said...

Atiqah Hayoung : Waalaikumussalam. Kalau nak terang kt sini mmg panjang. Try PM facebook k. Link facebook ada kt side bar belah kiri blog :)

Zuraina said...

Topik lain ada x dear..nk bgi pd anak aunty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...