07 August 2011

SNSD dah 4 tahun

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Hai SNSD lovers. entri ni tak lain tak bukan memang nak cite pasal SNSD. well, aku kan peminat tegar SNSD. ehem. ok kalau korang nak tau, 5 Ogos 2011 yang lepas, SNSD dah pun sambut ulangtahun yang keempat. maksudnya, dah empat tahun lah dorang aktif dalam arena Kpop ni. dan, 5 Ogos tu jugak merupakan birthday mak aku. pergghh tak sangka, mak ada 'chemistry' lah dengan SNSD... hehe.

So, kali ni aku cuma nak bawak korang, peminat-peminat SNSD mahupun pembenci-pembenci SNSD untuk tengok balik segala perubahan yang berlaku kat diri sume ahli SNSD sepanjang empat tahun dorang jadi artis. kiranya macam sorotan khas mengenai imej SNSD dari mula dorang debut sampai skang lah. check it out~

First Korean Album - Into The New World - Ogos 2007


Yeah, ni lah dia imej SNSD masa mula-mula debut dulu. cute + innocent je kot. dorang ni under label yang sama dengan TVXQ and Super Junior, which is SM Entertainment. sebelum SNSD debut pun dah ada rumours yang mengatakan dorang ni Super Junior versi perempuan. mungkin disebabkan ahli yang ramai kot rumours tu timbul. Super Junior ada 13 ahli, SNSD pulak 9. kalau dorang bergabung, boleh terbalik stage kot. ok aku tak nak cite panjang lagi. kalau korang berminat nak kenal dengan ahli-ahli SNSD masa dorang debut dulu, boleh tengok sini.
....

First Korean Album - Kissing You - Januari 2008


Cute je konsep lagu ni. pegang lollipop sambil menari-nari macam kanak-kanak ribena. pastu buat muka cute + manja siap dengan kenyitan mata yang menggoda. cis mana lah aku tak cair dengan SNSD ni *errr... aku perempuan kan?* dalam MV lagu ni, Dong Hae dari group Super Junior pun ada buat gaya manja-manja nak kena sepak jugak. start dari sini lah ramai giler fans Super Junior jadi anti-SNSD. sebab dorang jeles kot Dong Hae bermanja-manja dengan SNSD... haha. so, kalau nak tengok aksi manja melampau dorang ni sila lah tengok sini.
....

First Korean Album - Baby Baby - Mac 2008


Sebenarnya, aku start kenal SNSD dari lagu Baby Baby. lepas dah tengok MV Baby Baby baru lah aku cari MV (Music Video) dorang yang lain. then, bermula lah kisah aku jatuh cinta dengan SNSD yang kiut-miut tak ingat ni sume *bayangkan ini adalah fairy tale*. cuma kan, MV ni bukan lah MV yang ada dance-dance tu. ni cuma MV yang digabungkan dari MV dorang yang lain which is lagu Kissing You dengan Girls' Generation (bukan lagu dorang sendiri). pape pun MV ni still not bad. sekali tengok pasti suka.
....

First Korean Mini Album - Gee - Januari 2009


Lepas 9 bulan senyap je tanpa lagu baru, finally dorang pun buat comeback dengan lagu Gee. lagu ni lah yang dah berjaya membuatkan dorang popular giler. 9 minggu kot lagu ni dapat nombor satu dalam carta kat Korea. bagus lah tu, 9 bulan takde lagu baru, akhirnya 9 ahli SNSD ni dapat nombor satu selama 9 minggu. banyak sangat angka 9. aku rasa most of SNSD lovers start kenal SNSD dari lagu Gee kan? ramai je member aku yang lelaki duk tergila-gilakan SNSD sebab Gee. tak habis-habis 'Gee Gee Gee Gee'. sampaikan 'crab dance' pun dorang nak ikut. comel kot... haha. 

* lelaki dalam MV Gee tu Min Ho dari group Shinee. muda remaja lagi, baru 20 tahun.. ahaks.
....

Second Korean Mini Album - Genie - Jun 2009


First time aku tengok MV Genie ni, pergghh ternganga aku! imej dorang serius berubah jadi seksi habis. konsep outfit dorang dalam lagu ni adalah 'marine girl'. so SNSD pun pakai uniform tentera laut yang menampakkan sisi kematangan dorang. rasanya lagu ni lah pencetus era keseksian dorang kot.. hehe. kiranya disebabkan Genie, SNSD memang totally dah berubah dari imej yang kiut-miut jadi seksi-meksi tak ingat.
....

Second Korean Album - Oh! - Januari 2010


Kali ni, konsep lagu dorang adalah 'cheerleader'. kalau tengok dalam MV Oh!, korang akan nampak SNSD pakai baju yang berbeza-beza nombor, pegang pom-pom sambil menari-nari. sebenarnya, nombor tu sume merupakan nombor favourite masing-masing. bermula dengan lagu ni jugaklah dorang start suka pakai but tinggi sambil peraga kaki masing-masing. adik perempuan aku boleh pulak cakap, gaya SNSD selak-selak rambut sambil menari tu menggoda... haha.
....

Second Korean Album Repackaged - Run Devil Run - Mac 2010


Bagi korang yang tak tau, sebenarnya lagu ni adalah lagu asal Kesha. kiranya SNSD buat lagu saduran lah. daripada lagu English dorang tukar pergi Bahasa Korea. walaupun ni lagu saduran, serius gaya dorang menyanyi still superb. ditambah dengan dance dorang yang energetik buat orang lain tak sedar pun ni bukan lagu dorang sendiri. konsep lagu ni adalah 'Black SoShi' (SoShi = nama gelaran SNSD bagi Korean fans). sebab tu lah mekap dorang lain sikit. macam gothic pun ada.
....

First Japanese Single - Genie Japanese Version - Ogos 2010


Lepas tiga tahun aktif dalam industri muzik Korea, finally SNSD pun buat debut kat Jepun. ala-ala nak ikut jejak langkah senior-senior dorang sebelum ni lah, macam SES and TVXQ. dorang start debut dengan lagu Genie japanese version, yang takde beza pun dengan lagu Genie korean version dari segi dance. bezanya cumalah bahasa and outfit dorang dalam MV tu. kalau japanese version konfem-konfem dalam bahasa Jepun kan. disebabkan lagu ni lah, SNSD terus femes kat Jepun serta-merta. dah lah kat Korea femes giler, kat Jepun pun nak femes jugak.

* lelaki dalam MV ni ialah Chan Yeol yang debut sebagai ahli EXO-K pada tahun 2012. masa ni dia masih lagi trainee SM Entertainment =)
....

Second Japanese Single - Gee Japanese Version - Oktober 2010


Tak cukup dengan kefemesan disebabkan Genie, dorang keluarkan pulak lagu Gee japanese version. sama jugak macam Genie tadi, lagu ni takde beza pun dari segi dance dengan Gee korean version. cuma bahasa dengan outfit dalam MV je lain. lagu ni pun berjaya dapat nombor satu dalam carta kat Jepun. dah lah dapat nombor satu selama 9 minggu kat Korea, kat Jepun pun juara jugak. sume dorang nak bolot.. haha. pape pun, aku lebih suka MV Gee korean version. nampak lebih comel.

* Min Ho nak bermanja-manja dengan SNSD lagi dalam MV Gee japanese version ni.
....

Third Korean Mini Album - Hoot - Oktober 2010


Dah femes-femes kat Jepun, tanah air sendiri tetap tak dilupakan. SNSD keluarkan pulak third full album dorang kat Korea tak lama lepas released Gee japanese version kat Jepun. konsep outfit dorang dalam lagu Hoot ni adalah 'spy girls'. sebab tu lah dorang pakai outfit ala-ala spy sambil pegang pistol gitu. 'arrow dance' SNSD dalam MV Hoot ni memang smart. sampaikan ada sorang member aku terus suka SNSD lepas aku tunjuk MV Hoot kat dia. tapi, ada sesetengah outfit dorang dalam album ni, yang aku rasakan tak cantik. tak cantik sangat lah, tapi still superb.

* kali ni Si Won dari group Super Junior pulak muncul dalam MV Hoot. hensem kan dia.. ahaks.
....

Third Japanese Single - Run Devil Run Japanese Version - Januari 2011


Sama jugak macam Genie and Gee japanese version tadi, konsep lagu ni sama je macam Run Devil Run korean version. takde beza dari segi dance pun. outfit dorang pun tak jauh beza dengan korean version punya. cuma bahasa and MV dia jelah yang lain. aku lebih suka MV Run Devil Run yang korean version. bila tengok MV japanese version, kepala aku jadi pening sebab kamera dia tak reti duduk diam.
....

Third Japanese Single - Mr.Taxi - April 2011


Finally, ada pun lagu SNSD yang originally bahasa Jepun. aku ingatkan dorang asyik nak tukar lagu dari korean version jadi japanese version je. Mr.Taxi ni lah bukti kebangkitan dorang dalam arena muzik Jepun. nampak betul gaya dorang yang matured dalam MV lagu ni. konsep outfit pun macam taxi driver.. haha. pakai topi siap dengan 'stereng dance' lagi. mantap seyh!
....

First Japanese Album - Genie, Gee, Run Devil Run, Mr.Taxi, Hoot - Jun 2011


Asyik keluarkan single je kan, bila masa pulak nak buat full album. so ni lah dia first japanese album SNSD. dorang gabungkan sume single-single yang ada, masukkan dalam satu album. pastu ada tambahan lagu-lagu baru sikit. habis cite. gambar kat atas ni merupakan gambar yang ada kat cover album tu. apsal lah gaya rambut dorang ni pelik sangat. kalau buat gaya rambut biasa je lagi cantik kot.
....

Ok done. sebenarnya kalau nak cite pasal SNSD ni 100 tahun pun tak habis. ni baru imej-imej dalam album dengan official MV. belum masuk dorang punya CF (iklan) lagi, reality show lagi. pergghh memang dorang ni busy yang amat. entah bape lah bayaran yang dorang dapat kan. kaya kot. errr.. agak-agak aku ada tak bakat nak jadi ahli SNSD yang ke-10?

2 comments:

arif_sahimin said...

nak jawab soalan yg terakhir tu...

X DE BAKAT!!!!!!! JADI DOKTOR JELA MAKCIK ZAITI OI...

kurakuraygslow said...

haha. sengal lah kau doktor arif!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...