29 March 2014

Journey to Korea - Day 2 (Nami Island)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Setelah sebulan TERberhenti kat entri Day 1, kini tibalah masanya untuk aku sambung entri yang seterusnya! kekeke =P

***

Isnin - 27 Januari 2014

Walaupun kitorang landing kat Incheon International Airport tu pukul 6.20 pagi, gitu-gini-gitu-gini.... pukul 8.00 pagi jugak lah baru keluar dari pintu airport. saat kaki ni melangkah keluar je, angin dia..... pehhhhhhh sejuk tak hengat! memang takkan rasa angin macam tu kat Malaysia. saat tu jugak lah, tak pasal-pasal aku menjadi perokok primer. mana tak nya, asal bercakap je, asap keluar dari mulut macam naga. kihkihkih =P



Incheon International Airport



Sebagai pelancong yang ikut travel agency, memang tak risau langsung lah pasal pengangkutan. nak ke sana ke mari kat Korea tu, boleh bersandar dengan selesa dalam bas. hehe. takde beza pun bas pelancong Korea dengan Malaysia. perbezaan yang paling ketara cuma lah kedudukan tempat duduk pemandu. kalau kat Malaysia, pemandu duduk kat sebelah kanan... tangga bas kat sebelah kiri. kat Korea pulak terbalik. pasal ada heater ke tak dalam bas, tu aku tak perasan sebab aku tetap kesejukan. siap pakai gloves kot -,-

***

Tour guide kitorang yang bernama Sophie Park dah bagitau awal-awal, kita takkan ikut sebijik-bijik turutan destinasi macam apa yang ada dalam aturcara. pape pun toksah risau... kita tetap akan pergi ke semua tempat. no skip skip.. so, let's enjoy our vacation! =D

Kalau ikut aturcara yang ada dalam pakej tu, destinasi pertama yang kitorang akan pergi ialah Nami Island. jauh jugak lah perjalanan untuk ke Nami Island dari Incheon International Airport. Nami Island ni terletak kat Gangwon-do. lebih kurang dua jam lebih dari Incheon. sepanjang perjalanan, ramai gila yang tidur. tapi, disebabkan aku sangat excited nak tengok negara orang... mata ni boleh pulak bertahan walaupun tak tidur langsung sepanjang dalam flight. hihi =D



Nampak tak muka excited aku. hehe xD



Plaza tol Korea



***

Sepanjang perjalanan, tak banyak pun kenderaan yang ada kat jalan raya memandangkan Nami Island ni terletak kat pinggir bandar. pape pun, aku tetap kagum gila dengan keindahan muka bumi Korea *pehhhh ayat kauuuu... bhahahaha*. selepas dua jam perjalanan, bas pun berhenti. aku ingat kan dah sampai kat Nami Island. baru nak excited. rupa-rupanya bas berhenti untuk lunch daaaaa. tapi masa tu baru pukul 10.45 pagi. waktu Zohor kat Korea masuk pukul 12.45 tengah hari. so, tak pelik kan kalau lunch pun awal sikit dari kat Malaysia.



Kat sini lah kitorang lunch =)



Hidangan Korea pertama untuk kitorang. sebenarnya, side dishes dia ada 9 piring lagi. tapi aku lupa nak ambik gambar. hehe. oh ye, side dishes ni boleh tambah tau kalau dah habis =)



Setelah puas melantak, ni lah hasil nya. hehe. secara jujurnya, hidangan ni tak kena sangat dengan selera aku. tapi makan jelah kan. kang tak makan lapar pulak -,-



Satu lagi kebaikan ikut travel agency, korang takyah risau langsung pasal makanan. agensi ni memang akan bawak ke tempat makan yang halal dan dah biasa dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia. masa nak makan pun, korang akan duduk dengan family sendiri. takde nya kongsi makanan dengan family orang lain. so, 18 side dishes tu... hanyalah untuk family aku yang seramai 4 orang. family lain ada hidangan masing-masing =)

***

Dah habis makan, kitorang pun naik bas semula. Sophie siap pesan suruh simpan telekung dalam beg awal-awal sebab kitorang akan solat jamak qasar Zohor-Asar kat Nami Island nanti. selepas 5 minit perjalanan, kitorang pun sampai kat pintu masuk Nami Island. dekat je rupanya kedai tu dengan Nami Island -,-



Peta Naminara (Nami Island)



Nak ke tengah pulau, kena naik feri sebenarnya. dan nak masuk ke Nami Island kena ada visa sebab dia macam sebuah negara kecik. jangan risau, ada immigration counter kat situ. memandangkan segala urusan visa dah diuruskan oleh agensi, so aku tak tau pape. haha. kalau korang nak tau berapa kena bayar dan jugak jadual perjalanan feri, boleh rujuk pamphlet ni~






Kalau tak silap aku, korang kena bayar 8,000 KRW seorang untuk ke Nami Island. memandangkan mata wang Korea mahal 3 kali ganda dari mata wang Malaysia... so 8,000 KRW = RM24. jangan takut sangat tengok banyak angka kosong dalam mata wang Korea. takde fungsi pun angka kosong tu. 8,000 KRW lebih kurang macam RM8 kalau kat Malaysia.

***



Ferry to Naminara



View dari dalam feri. boleh je berdiri kat luar. tapi sejuk. so baik berdiri kat dalam. hehe =D



Motif bergambar? nampak tak lelaki kat belakang tu. so, faham-faham sendiri lah. kekeke =P



Akhirnya, kami tiba di Nami Island!!!!



Sebagai penduduk negara tropika yang tak pernah jumpa salji betul, sila maafkan keterujaan aku. hehe =D



This is Nami Island! Mungkin korang dah tau tempat ni femes sebagai tempat shooting Korean drama Winter Sonata (walaupun aku tak tengok drama tu... LOL) xD



Mak dengan ayah pun nak feeling jadi hero heroin Winter Sonata. hewhewhew =P



Kami pun tak ketinggalan. ahaks! =P






One of the shooting scene in Winter Sonata. first kiss bridge. mungkin scene kami tak nampak real -,-



This is sooooo real! hahaha =D






Winter Sonata memorial



Ada shooting scene yang mana hero heroin Winter Sonata tu naik basikal keliling pulau ni. so kalau korang nak sewa basikal pun boleh =)



Bicycle rental rate






Pulau ni memang mesra pelancong Muslim. siap ada surau lagi =)









Kesejukan >.<



Masa ni salji tak turun. tapi tasik beku.






Tu semua botol soju (arak Korea). memandangkan pulau ni berkonsepkan pulau kitar semula, kebanyakan tarikan pelancong terdiri daripada bahan-bahan kitar semula.



Setelah penat merayau, marilah kita berehat.



Selepas itu, marilah kita terus berangan menjadi heroin Winter Sonata yang menunggu kehadiran hero nya. kekeke =P



Masih berangan =P



Nami dan Langkawi ada collaboration dalam penjagaan alam sekitar. wow!



Nami Island ni merupakan tempat sightseeing yang bertemakan nature dan untuk pelancongan semata mata. so, takde penduduk tinggal kat sini. setakat nak jalan-jalan sambil menghayati keindahan alam sekitar tu boleh lah. kalau nak naik roller coaster, bukan sini tempatnya =P

Memandangkan tadi kitorang dah puas merayau dengan family sendiri, Sophie tetapkan waktu untuk kitorang semua berkumpul semula kat pintu masuk Nami Island untuk sesi bergambar beramai-ramai.






Kemudian, jom lah kita blah dari Nami Island dengan menaiki feri semula. destinasi seterusnya... Vivaldi Park yang merupakan ski hill resort yang juga terletak di Gangwon-do. aku tak ingat lah berapa lama masa perjalanan dari Nami Island ke Vivaldi Park. yang pasti, aku masih lagi belum tidur. kekeke =P

***

Dalam perjalanan untuk ke ski hill resort tu, bas singgah sekejap kat sebuah kedai yang menjual/menyewa peralatan ski. kalau ikut perancangan, hari ni kitorang cuma akan check in hotel. pagi esok barulah aktiviti ski diteruskan. nak sewa peralatan ski tu bukannya murah. seorang dalam RM300. aku pun malas lah nak ski. ice skating kat Sunway Pyramid pun belum mahir lagi. hehe =P



Orang lain sibuk pilih peralatan ski kat dalam kedai, aku sibuk bergambar kat luar kedai. hehe =D



Macam ni lah keadaan countryside kat Korea =)



***

Lepas dah beredar dari kedai ski tu, kitorang pun teruskan lah perjalanan untuk ke Vivaldi Park. tapi, sebelum tu... marilah kita singgah dinner sebentar~



Family aku dan family orang lain. sorry masukkan gambar korang tanpa kebenaran >.<



Hidangan Korea kedua untuk hari ni. haaaa yang ni sedap. memang kena dengan selera aku. dah lah ajumma (makcik) kedai tu baik gila. layan kitorang macam sedara sendiri. padahal bukan reti cakap Melayu/English pun. hihi =D



***

Lepas makan, kitorang pun teruskan perjalanan untuk ke Vivaldi Park. sampai-sampai je ski hill resort tu, terus check in hotel. masa tu jam baru menunjukkan pukul 6.00 petang tapi keadaan kat luar dah gelap gelita. macam pukul 8.00 malam. memandangkan masing-masing dah kepenatan, so hari ni boleh tidur awal. mana tak nya... dari airport terus ke Nami Island. memang tak sempat nak rehat dalam erti kata sebenar.

Macam tu lah cerita hari kedua kitorang kat Korea. lepas ni, aku akan sambung entri mengenai Vivaldi Park pulak. stay tuned. annyeong~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


5 comments:

Anis Amir said...

wow bestnya boleh sampai Korea . Jeles nya >.< HEHE

Radin fadli said...

Dah rindu korea hehehe, tak puas pergi sana.

farlyna natasha said...

Sis.. masuk nami island tu visa dengan ticket masuk lain lain harga ke?

kurakuraygslow said...

Farlyna Natasha: Visa=tiket. Takde beza. Harganya KRW8,000 =)

farlyna natasha said...

Owh haha.. Sorrylah.. X pernah ke sana.. Standby ilmu siap2..😄

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...