02 January 2015

Journey to Korea - Day 3 (Mate Hotel, Seoul)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Rabu - 29 Januari 2014

Balik je dari Dongdaemun, terus check-in Mate Hotel waktu tengah malam. hotel ni terletak kat Seoul. dah namanya bandar kan, mestilah ada wi-fi. hehe. laju gila pulak tu internet connection dia. saya suka saya suka! =D






Alamat Mate Hotel



Yang ni betul-betul hotel. bukannya apartment. jadi, aku dengan adik perempuan aku share satu bilik, mak dengan ayah aku pulak bilik sebelah.



Dalam bilik ada satu queen bed dan satu single bed. memandangkan kami berdua je, jadi aku pilih queen bed. adik perempuan aku terpaksa ambik single bed. hahaha =P



Ada TV besar kat depan katil aku dan juga PC beserta internet connection kat sebelah TV. tapi PC tu pakai Bahasa Korea. walaupun aku boleh baca hangul, tapi aku tak faham sangat. so, malas lah nak guna PC. baik guna tab dan wi-fi. hee~



Ada bathtub besar dalam bilik air



Siap dengan TV lagi. konon aku banyak sangat masa lettew nak tengok TV pulak dalam bathtub ni -,-


Kat depan bathtub ni ada sinki. sebelah dia pulak ada shower dan toilet. tapi, bilik air dia seksi siot. takde pintu! nasib baik aku share bilik dengan adik aku je >.<



View dari tingkap bilik. tak menarik kan? haha!



Bosan tengok TV kat atas katil. tukar angin sikit. kekeke =P



Katanya lah... ramai artis yang pernah menginap kat sini. Aaron Aziz pun pernah stay sini. betul ke tidak tu aku tak tau. kalau orang tu kelentong pun aku percaya je. sebab ada banyak autograf artis kat sini. termasuklah SNSD! =D



XD

***

Okay. habis dah cerita pasal Mate Hotel. nanti aku akan update cerita hari ke-4 kat Korea pulak. stay tuned!


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


2 comments:

Unknown said...

hahaha,ayat 'kalau orang tu kelentong pon aku percaya je' tu klakar..hahaha..
internet at korea mmg yang terpantas tahap LTE.. seronoknye bace blog awk ni..saya suka,saya suka..

kurakuraygslow said...

Yoshikuni ayumu : Haha thanks! Sila lah baca lagi. Travelogue Korea belum habis lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...