14 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 1 (Myeongdong, Yoogane, SMTown Stardium) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo... 

Ahad - 15 Februari 2015

So, lepas dah check-in Namsan Guesthouse 4, dah relax jap... kitorang pun merayap ke Myeongdong Shopping Street pada pukul 8.00 malam waktu Korea (7.00 petang waktu Malaysia). tujuannya ofkos untuk dinner sebab perut dah berkeroncong irama Mr.Mr.

Masa baru sampai, aku tak rasa sejuk sangat sebab baru lepas perah keringat angkat luggage berat nak mampus tu kot. tapi, dah malam-malam ni... keluar je dari guesthouse... pehhhhh sejuk nyaaaaa.... barulah winter. hehehe =D

***

Cara nak pergi ke Myeongdong Shopping Street, cuma follow semula route korang datang tadi. pergi ke Myeongdong Station EXIT 3 pastu konfem nampak Myeongdong Shopping Street kat seberang jalan. 

Kitorang punyalah dok tertanya-tanya, macam mana nak melintas jalan? takde zebra line pun. baru ingat nak main redah je jalan raya 6 lorong tu. bhahahaha. tapi takut kena saman pulak. nasib baik otak kitorang bertiga ni masih functioning lagi. tetiba ternampak satu lagi Exit kat seberang jalan. pastu barulah macam.... ohhhhhhh kena ikut laluan bawah tanah untuk ke sebelah sana rupanya. kekeke =P

Jadi, silalah masuk ke Exit 3, ikut laluan Myeongdong Underground Shopping Center dan cari EXIT 7. keluar je dari Exit 7.... tang taraaaaaaaa~


Bila dah nampak bangunan Nature Republic sebesar alam, haaaa dah sampai lah tu =)


Memandangkan masing-masing dah kebuluran, ada baiknya kita cari tempat makan dulu. heeeee. aku punya plan nak makan kat Yoogane. tengok macam sedap je nasi goreng dia. hihi. ramai jugak Muslim travelers makan kat situ. so, takde lah ragu-ragu bab halal kan =D


Sebelum jumpa Yoogane, haruslah bergambar lagi. haha!


Cara nak pergi Yoogane senang je. dari EXIT 7 tadi, jalan je terus. pastu ada bangunan Uniqlo kat belah kanan. Myeongdong ni kan banyak lorong. so, sila ambil lorong pertama kat belah kanan, jalan ikut lorong tu dan akan nampak Yoogane kat sebelah Starbucks. pintu dia kecik je. so, bukak lah mata tu luas-luas ye. hahaha =P


Kitorang masuk ikut pintu kecik tapi keluar ikut pintu besar. terlupa nak ambik gambar pintu kecik tu. haha =P


Opening hours dia adalah dari 9.00 pagi hingga 1.00 pagi. masa kitorang sampai tu baru pukul 8.15 malam. tak ramai sangat orang.




Tengah sibuk baca menu =P


Kebanyakan menu kat sini ada daging dan ayam. korang jangan lah pulak order benda alah tu. most Muslim travelers akan order marinated seafood fried rice sebagai main dish. sebab tu je yang boleh dimakan. hehehe.

Then, ada jugak macam-macam add-on yang korang boleh order. memandangkan aku dan ziha peminat tegar ddeokbokki (rice cake), haruslah order ddeokbokki sekali.

Jadi, apa yang kitorang order adalah~

Marinated seafood fried rice (2 servings) = KRW5,500 per serving (RM16.50)
Ddeokbokki (2 servings) = KRW1,500 per serving (RM4.50)

Pastu waitress tu boleh pulak buat muka terkejut sebab kitorang bertiga, tapi order 2 servings je. biaq pi lah. perut kitorang, duit kitorang. bhahahahaha =P


Aku tak paham apsal minah ni buat muka camtu. terkejut bila dapat tau kena minum air suam je kot. kat Korea kan takde sirap. kekeke =P




Ada kaunter free side dish kat corner restoran. boleh lah ambik kimchi sebanyak mana yang korang suka. selain kimchi, ada macam-macam lagi side dish lain yang aku tak pernah tau kewujudannya. finally, makanan pun sampai~


Seafood masuk dalam kuali dulu. nampak tak segala kepala badan kaki sotong tu?


Giliran chilli paste dan ddeokbokki pulak menyusul


Then, nasi pun dimasukkan dan digaul bersama-sama ingredients lain depan mata kitorang. haaaa nak tengok macam mana proses tu berlaku, silalah klik video di bawah ;-)




Gini lah rupanya setelah siap dimasak. 
jal meogeosseumnida! (have a nice meal)




Perut kenyang, hati riang


***

Selepas itu, marilah kita terus meliar kat sekitar Myeongdong. malam masih muda beb!




Masa ni baru pukul 9.00 malam. tapi, kebanyakan outlet dah tunjuk tanda-tanda nak tutup. baru pukul 9.00 kot. tak rock ah dorang ni!




Baru first day. malas nak shopping. heeee~


Tetapi, ternyata lelaki mempunyai pemikiran yang berbeza. cepat je dia rembat satu sweatshirt daripada peniaga tepi jalan -,-


Close-up sikit muka oppa ^^


Bergambar dengan bakal-abang-ipar-tak-jadi. muahahahaha =P


Sebab aku nak dia jadi abang ipar kau. kekekeke =P


Balai polis yang comel! rasa nak jadi criminal sebab nak masuk balai polis comel ni. bolehhhh??? hahaha!


Jalan lagi then terjumpa ajumma jual gula hangus. aku tak tau nama sebenar dia, tapi benda alah ni femes dalam variety show Korea. main ingredient dia cuma gula dan gula. buat pesakit diabetes, diharapkan korang tak beli benda alah ni


Nak rasa je. so beli satu share 3 orang. harga dia KRW1,000 (RM3).
okay lah sedap lah jugak tapi manis sangat


Jalan punya jalan punya jalan, terjumpa pulak Lotte Young Plaza


Kat dalam Lotte Young Plaza ada kedai SMTown Stardium! haruslah masuk bagi peminat tegar SM Artists macam aku ni! =D

Cara nak pergi Lotte Young Plaza pun senang je. dari Exit 7 tadi, korang jalan je terus don't belok-belok. jauh jugak lah nak jalan. pastu akan nampak Lotte Young Plaza kat seberang jalan. macam biasa, don't cross the street sesuka hati. masuk je dalam mana-mana Exit yang ada kat depan mata korang then keluar kat Exit lagi satu. 

Pastu korang akan sedar SMTown Stardium ada kat depan mata korang which is kat level B1 =D




Tangga piano lebih kurang macam kat Berjaya Times Square


Dah nama pun kedai SMTown, mestilah jual SM Artists merchandise. opening hours from 11.30 am to 9.30 pm


MV Super Junior - Mamacita kat dinding kedai


Mak aiiiii. mahal bebeno


Maaf YoonA. walaupun saya minat anda, tetapi duit saya lebih berharga daripada anda. muahahahaha


Tu laaaa sape suruh jual merchandise mahal sangat. aku anggap muzium jelah. hahaha =D


Baekhyun ^^


Ziha with Chen ^^


State of euphoria =D


Dah puas berlegar-legar dalam SMTown Stardium tanpa beli apa-apa, kitorang pun naik ke level lain. dah nama pun mall, banyak lah jugak jual baju, beg, accessories etc.

Pastu, kat level 2 terjumpa pulak KHOS, mini outlet yang jual YG Artists merchandise. tapi, aku takde ambik gambar. sebab outlet tu kecik sangat, bukan muzium. hahaha. kat sebelah KHOS, ada jugak rupanya mini outlet yang jual SM Artists merchandise.


SNSD


EXO


Macam biasa. ambik gambar jelah yang mampu. hihi


***

Dah puas pusing-pusing kat Lotte Young Plaza, kitorang pun pergi Myeongdong Shopping Street semula. masa tu dah pukul 9.30 malam. banyak kedai dah tutup. stall tepi jalan je masih bukak.

Cuaca sangat sejuk. jadi kitorang pun masuk dalam 7-Eleven sebab nak heater. hehehe. pastu ternampak banana uyu (susu pisang) yang sangat femes kat Korea. perasaan ingin tahu berkenaan rasa susu pisang tersebut sangat meluap-luap ketika itu. jadi setiap orang pun merembat satu botol susu pisang lalu membuat bayaran di kaunter.


KRW1,300 per bottle (RM3.90)


Bagi aku takde lah sedap sangat pun. biasa-biasa je.
tekak orang kan lain-lain


***

Dah puas bercanda kat Myeongdong, moh ler kita pulang ke guesthouse. esok pagi nak kena bangun awal sebab nak pergi ke tempat jauh.

Day 2 - Petite France and Nami Island. to be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea 


4 comments:

Jari Manis said...

adik sis JM yg bongsu tu minat tul lagi mamacita tuh..aduh..kalah kakak nye nih

kurakuraygslow said...

Kura-Kura peminat tegar SNSD =)

Anonymous said...

Hi sis..sorry nak tanye.. area myeongdong ada restoran halal?

kurakuraygslow said...

Yoogane je femes kat Myeongdong among Muslim tourists.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...