01 January 2015

Journey to Korea - Day 3 (Everland & Dongdaemun)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Selasa - 28 Januari 2014

Aku tak ingat berapa lama masa perjalanan dari Kimchi Land ke Everland. maklumlah... pergi Korea pun dah dekat setahun yang lalu. sampai laa ni pun masih belum habis cerita lagi. malas punya pasal. ngee~

So, marilah aku sambung cerita kita yang dah tergendala sekian lama tu ye.

Bas kitorang turunkan penumpang kat bus stop Everland. dari bus stop tu, kena naik shuttle bus untuk masuk ke entrance Everland yang sebenar-benarnya. shuttle bus tu takyah bayar pun. sebab aku rasa dah masuk dalam harga tiket. mana ada benda free kat muka bumi ni kan. hehe.

Kalau nak tau lanjut berkenaan Everland, boleh lah klik link ni =)



Main gate Everland. masuk je pintu ni ada lagu tema Everland yang sedap juga pada pendengaran aku. keke



Everland ni besar gila kot. jenuh jugak nak pergi semua tempat. pandai-pandai lah korang tengok sendiri peta kat bawah ni kayyy =)






Memandangkan aku pergi waktu winter, masa tu tengah musim Snow Festival. kalau korang pergi musim lain, lain pulak lah festival nya. meh sini aku bagi overview sikit. 

Tulip Festival (Mac-April), Rose Festival (Mei-Jun), Summer Splash (Jun-Ogos), Happy Halloween (September-Oktober), Christmas Fantasy (November-Disember), Snow Festival (Januari-Februari).

Tapi, jangan tanya aku apa perbezaan festival tu semua. aku baru sekali je pergi Everland. hehe.

***



Running Man Episod 141 shooting kat sini tau =)



Kitorang sampai Everland pun ala-ala tengah hari ke petang camtu. so masa tu matahari tengah memancar terik. nama je matahari atas kepala, tapi sejuknyaaaaa.... mak aiiiihhhhh. sampai ke tulang sum-sum!

Dulu kan, aku ingat orang Korea ni poyo je pakai baju sejuk walaupun cuaca nampak panas. rupanya, ternyata dorang bukan poyo >.<



Pokok kebanggaan Everland. harus lah bergambar kan. hiks! cuaca nampak panas kan uolllssss. tapi I dah menggigil kesejukan tau kat situ



Dah petang kan, so marilah pergi solat dulu. kat sini pun ada surau. tapi, toksah expect surau dia kondusif macam kat Malaysia. surau kat Everland ni cumalah macam satu bilik, takde ruang muslimin atau muslimat, dan takde tempat wuduk pun. nak wuduk, sila ke toilet.



Nak ke surau, kena naik benda alah ni dulu untuk turun ke bawah =)



Nampak tak arrow prayer room tu? haaa di situlah terletaknya surau. dia kat sebelah Rotating House yang ada kat dalam kawasan European Adventure



Bukan surau je terletak kat bawah. European Adventure, Zoo-Topia dan Magic Land pun ada kat bawah ni haa. so kalau nak pergi tempat-tempat ni, memang kena turun dulu.

Selesai je solat, Sophie nak bawak kitorang ke Lost Valley yang ada kat Zoo-Topia. alaaaa... tempat yang Kwang-Soo kena jilat dengan giraffe tu =D



Running Man fans, do you remember this??? =D



Juga tempat Jong-Kook naik benda alah ni sebab nak selesaikan misi dia dengan lion



Tapi, I'm not in the mood untuk tengok binatang. jadi aku buat keputusan untuk tak nak ikut Sophie. ramai pemuda-pemudi nak pergi main adventure game kat European Adventure. tapi, I'm not in the mood untuk main game jugak. keke. so, aku dan family cuma jalan-jalan kat sekitar European Adventure sambil menikmati udara segar kat Everland ni =)




Tak nak ikut Sophie. tapi nak bergambar kat entrance Zoo-Topia je. hee~



Cantik kan pemandangan dia uollllsss. rasa nak duduk sini je. ahaks!



Mak dengan ayah fefeeling honeymoon gituuuuu =P



T Express yang tutup masa winter. nasib lah tak dapat main roller coaster kalau datang sini masa winter



Tak dapat jumpa giraffe betul, bergambar dengan bangku giraffe pun jadilah. hai Kwang-Soo!




Dah puas ronda-ronda satu European Adventure, kitorang singgah semula ke kawasan sekitar surau tadi. eh nampak ramai army oppa lah kat sini. tengah cuti mungkin. disebabkan nak jumpa army oppa, aku pun masuk ke Rotating House ni. bolehhh? bhahahaha =P




Rotating House ni macam rumah hantu. kita duduk atas kerusi, then kerusi tu pusing-pusing. sambil tu ada suara hantu bercakap-cakap tentang apa entah. semua orang Korea duk menjerit-jerit. family aku je duk gelak-gelak sebab kitorang tak faham hantu tu cakap apa. haha! =P

Keluar je dari rumah-hantu-yang-tak-berapa-nak-hantu ni, terserempak pulak dengan Sophie. dah habis lah tu trip dia ke Lost Valley. Sophie cakap nak bawak kitorang ke Magic Land. katanya tempat tu cantik. haaaa haruslah ikut!



Magic Land! cantik kan? =D



Nama tempat ni Magic Garden



Masa ni baru pukul 5 camtu. tapi dah dekat senja. maklumlah, masa winter... siang jadi singkat. bila dah nak dekat malam ni, sejuk dia kemain. tu yang duk sibuk berkumpul kat tiang pemanas ni



Bila dah kurang sikit sejuk, sambung jalan semula


















Romantic Avenue, penghubung Magic Garden ke Rose Garden



Ada tempat 'Make a Wish'. nampak tak banyak wishes yang tergantung kat kiri-kanan-belakang aku tu?



Dah macam Namsan Tower versi Everland dah. hehe. biasanya couple je yang akan buat benda ni. aku masih lagi single, so tak perlu lah kan *tetiba sedih... haha*



Dah sampai pun ke Rose Garden! sebenarnya ada Music & Lighting Show kat belakang tu. cantik gila lampu dia. tapi, tak dapat nak capture dalam kamera >.<



So, bila dah habis jalan-jalan kat Magic Land, kitorang pun naik ke atas semula. sampai-sampai je atas, cepat-cepat masuk dalam souvenir shop yang ada. takde niat nak beli pape pun sebab mahal gila. cuma nak berlindung daripada kesejukan melampau je. hehehe.

Sekejap je kitorang kat Everland ni. tak sempat pun nak pergi semua tempat yang ada. so, marilah kita pulang. nak balik sama jugak. naik shuttle bus Everland, then naik bas kitorang yang sebenar.

Dah dua hari kat Korea, tapi belum sampai Seoul lagi. so, inilah masanya. jom kita ke Seoul!!! =D

Sepanjang perjalanan dari Everland ke Seoul, macam-macam yang Sophie cerita. asal-usul daerah kat Korea lah, sejarah duit kertas Korea, kenapa lelaki Korea diwajibkan jalani latihan ketenteraan selama dua tahun dan macam-macam lagi lah.

Sampaikan perjalanan yang lebih kurang dua jam tu tak terasa. banyak betul ilmu Sophie ni. nak jadi tour guide kena ada ilmu geografi dan sejarah yang mantappp!



Yeay sampai pun Seoul. eoseo oseyo =)



Sampai-sampai je kat Seoul, kitorang pergi dinner dulu. aku tak tau kedai ni kat mana. yang aku tau makanan dia sedap gila!



Hidangan Korea ketiga sepanjang berada kat sini. sebenarnya ada side dish lain lagi. tapi dia lambat sikit hantar. masa tu aku dah start makan. so malas dah nak ambik gambar. hee~



Lepas je makan, kitorang pergi Dongdaemun. tempat shopping yang boleh tahan femes kat Korea. ada banyak mall kat kawasan ni. tapi kitorang masuk Doota.



View Doota waktu siang. rembat dari Encik Google. hehe =P



Setakat ni, family aku langsung belum beli pape souvenir. so, marilah kita bershopping sikit kat Doota ye. aku pun ada lah beli t-shirt 'I Love Korea', keychain, pen dan pape lagi lah yang sesuai dijadikan souvenir. aku paling banyak shopping kat Arirang. pemilik kedai ni pun pandai cakap Bahasa Melayu sebab ramai sangat pelancong Melayu datang sini.



Paling tak boleh blah, aku tanya pasal album EXO. boleh pulak dia mengaku dia ahli EXO ke-13... siap offer autograf lagi. aku pun layan kan jelah. meh la kita bergambar sikit ye oppa =P *siap buat thumbs up gaya EXO kauuuuu... hahaha!*



Dah habis shopping kat Arirang, pergi pulak lah mengintai kedai-kedai lain. tapi, semuanya mahal-mahal. kawasan Dongdaemun ni banyak jual barang branded je. tak mampu aku. so, marilah kita keluar dari Doota dan kembali menaiki bas untuk menuju ke hotel =)

So, kitorang pun check-in Mate Hotel dalam pukul 11 lebih kot. entahlah... aku tak ingat sangat. kitorang akan stay sini selama tiga malam. sampai hari terakhir kat Korea. next entry aku akan sambung pasal Mate Hotel okay. annyeong~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


3 comments:

farlyna natasha said...

Antara everland dengan nami mana paling jauh dari seoul? Ke everland boleh naik subway?

kurakuraygslow said...

Farlyna Natasha: Dua-dua pun jauh dan boleh naik subway :)

farlyna natasha said...

Owh ok.. Rase takut plak nak naik subway negara org ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...