11 April 2011

Sempoi

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Konfem lah sume orang ada cara study masing-masing tak kisah lah tertonggeng ke, apa ke. aku ni tak lah pandai mana pun. tapi junior selalu jugak tanya cara aku study. haish.. kadang-kadang rasa macam nak copy paste je, macam dalam blog ni.. senang, habis cite. penat tau nak cakap benda sama banyak-banyak kali. so, aku takde lah niat nak riak sokmo kat sini. cuma nak share dengan korang sume cara study sempoi aku ni.. taip punye taip.. tadaaaa.. ni lah hasil nya.. check it out~

1.  Aku pemalas, tak suka baca buku. betul... tak percaya tanya roomate aku. even dah habis asasi pun, library aku tak pernah jejak. sape masuk library dia nerd.. muahaha. so, apa perlu aku buat? jawapan nya... fokus dalam kelas je lah. waktu lecturer mengajar, dengar biar kasik jelas. jangan duk bergosip je. bila dah fokus, gerenti paham. takyah susah-susah nak study lagi waktu lain. macam lah student ni banyak sangat masa. nak main game lagi, tido lagi, makan lagi. aigoo...

2.  Ramai orang suka beli buku latihan banyak-banyak, buat latihan je hari-hari. aku? haha.. tak langsung. kerja apa yang lecturer bagi, tu je lah yang aku buat. yang penting siapkan tutorial/homework sebab tu je cara nak refresh balik apa yang kita dah belajar. aku bukan genius.

3.  Aku selalu study waktu nak exam je. senang cite study last minute lah (jangan tiru perangai aku). so, waktu ni lah sibuk nak ingat sume benda... zup zup sume benda masuk dalam otak. haish.. sampai rasa nak je tambah kapasiti otak ni. so camne nak overcome? aku buat nota lipat. a4 paper tu lipat jadi 4 bahagian, pas baca buku, tulis balik apa yang dah dibaca dalam a4 paper tu. tambah ingatan sikit kan. bila nak masuk exam hall pun takyah pegang buku besar-besar, berat-berat, just flash back guna nota kecik tu. simple, short & sassy kan.

4.  Aku suka buat keje waktu malam. sebab malam je otak aku laju. siang slow sikit. sampai housemate aku panggil aku kupu-kupu malam.. haha siot je. so korang pun, suka hati lah nak buat keje bila pun. ikut kemampuan masing-masing. asalkan jangan ngantuk masa nak pegi kelas esoknya sudah. kat universiti ni, selalu nya paling lambat aku tido pun pukul 2 pagi kalau esok nya kelas start pukul 8.30. kalau esok cuti, lagi lah aku beronggeng sampai pukul 4 pagi pun boleh. pastu esok bangun pukul 10 lah jawab nya.. haha. tapi pastikan jangan lupa solat subuh ye.

5.  Ramai orang suka tidur waktu lecture. aku tak terkecuali. hehe.. biasa nya waktu lecture Biology & Chemistry aku selamba badak je landing. sampai rasa lecturer dah aim aku kaki tidur. nak tidur, boleh kot, sebab aku pun tidur. tapi jangan lah bantai tidur sewenang-wenang nya. lepas tersedar tu, cari balik mana yang tertinggal tadi. cuba baca balik.

6.  Kalau ada topik yang aku tak paham, biasa nya aku cuba paham kan sendiri dulu. sebab aku malas nak tanya lecturer. kalau tak paham lagi, aku tanya kawan. kalau kawan tak paham gak, aku buat-buat paham.. haha.

7.  Tipu lah kalau aku tak pernah stress. stress apa bila nak exam. dengan sibuk buat benda lain lagi. tapi jangan biar kan stress tu menguasai diri. virus yang sangat bahaya tu dalam hidup seorang student. so, pandai-pandai lah bahagi kan masa untuk study & benda-benda lain.

8.  Aku amalkan makan kismis hari-hari. ikut sunnah Rasulullah S.A.W elok makan kurma untuk tambah daya ingatan. tapi serius, aku tak suka sangat kurma. tak tau kenapa. so, aku makan lah kismis, boleh tambah daya ingatan gak.

9.  Tiap kali nak buat keje ke, study ke, aku mulakan dengan doa dan diakhiri dengan tawakal. mudah-mudahan Allah S.W.T berkati usaha aku dalam pelajaran ni.

10.  Tak dilupakan, restu mak ayah paling penting. tiap kali nak test/exam, aku mintak mak ayah doakan aku mudah jawab. bila nak exam besar pun mak aku puasa & baca yassin untuk aku. time kasih mak.. sayang mak.. mmuaahhhh

Finally, habis pun. kesimpulannya, ni je lah cara aku study. aku tak bagus sangat. so, korang pandai-pandai lah ambil yang mana baik, and jangan ikut yang mana tak baik. sume orang ada kelebihan & kelemahan sendiri. tak semestinya apa yang korang ada, aku pun ada & vice versa. maybe aku bagus sikit part-part teori ni, tapi praktikal aku memang kurang. so, manfaatkan lah kemampuan masing-masing.

All in all, selamat maju jaya... "STUDY BIAR LEPAK, RESULT BIAR GEMPAK"... peace no war~

buku-buku tebal yang tak pernah dibaca.. haha


4 comments:

~n0ie~ said...

Hebatttt!!!! ngee~ =3

kurakuraygslow said...

tq!! gudluck final exam noie..pasni awk dh abes matrik..blh kte berjoli..yoouuuhooo :)))

Raksasa Monmon said...

Wahh cara stdy kakak sbijik cam saye. serius. tak pernah lagi jmpe stakat ni. same sgt2. huhu btw, kte future student mbbs um. bru habis asasi. huhu best la blog all about medic ukm tu. :D

kurakuraygslow said...

Siyes 10 10 sama? Wahhh..first time jugak jumpa ni. Hehe =D

Alaaa..rugilah tak masuk Medic UKM. Senang2 je dah ada blog yang boleh dijadikan panduan. Hehe. Anyway, thanks atas pujian =)

Goodluck kat UM nanti! xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...