20 September 2014

Journey to Korea - Day 3 (Kimchi Land)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 28 Januari 2014

Selepas meninggalkan Vivaldi Park dan lunch kat restoran makanan Thai, kami teruskan perjalanan ke Kimchi Land pulak! =)

Secara jujurnya, aku tak tau pun Kimchi Land ni kat mana. hehe. yang pasti masih lagi kat pinggir bandar. belum masuk Seoul lagi.



Mari ke tingkat 3 untuk membuat kimchi =D



Buat sesiapa yang tak tau apa itu menatang kimchi, sebenarnya kimchi ni macam sambal belacan. makanan yang wajib ada dalam setiap hidangan Korea.

Kimchi dibuat daripada kobis yang diperap lama-lama dengan chilli paste dan macam-macam lagi bahan lain. rasanya pedas-pedas-masam. ada yang suka, ada yang tak suka. aku masuk dalam golongan yang kedua. kekeke.



Yang aku boleh baca cuma Bahasa Korea dan English je. belum belajar lagi Bahasa Thai dan Cina. hehe. yang aku pasti, semua nya membawa maksud Selamat Datang *takde Bahasa Melayu... sobsobsob* :'(



***

Tadaaaaa.... inilah dia bahan-bahan untuk membuat kimchi! =)



Semua orang dibekalkan dengan bahan-bahan ni. kitorang cuma buat kimchi yang paling simple. so, only cabbage and chilli paste are provided. yang dalam mangkuk kecik tu ginseng tea. boleh minum sebelum buat kimchi. untuk menambahkan tenaga barangkali *penat la sangat kan. hihi*



Hasil seni membuat kimchi aku yang tak berapa nak seni. cuma lumur kan chilli paste dalam setiap helaian kobis tu dan balut. errrr... aku tau buruk benar rupa kimchi aku ni. haha!



Family aku bersama kimchi masing-masing =)






Girls' Generation - TaeTiSeo. kekeke =P



Lepas dah habis sesi membuat kimchi, boleh lah makan kimchi ready-made yang ada kat dalam mangkuk kecik depan kitorang tu. lepas tu, semua kimchi buatan kitorang dikutip dan dimasukkan ke dalam mangkuk besar. dengar cerita, kimchi-kimchi tu akan didermakan. kat sape, aku tak tau. hehe.

Sape-sape yang nak beli kimchi, boleh je. cuma order dan kimchi akan dihantar terus ke airport masa hari korang nak bertolak balik Malaysia. family aku tak order pun kimchi tu. bukan makan sangat pun. hihi.

***

Dah selesai membuat kimchi, kitorang turun pulak ke tingkat 2. kali ni, kita nak pakai hanbok. yeay! =D

Sebenarnya, aku memang excited nak pakai hanbok for the first time ni. siap simpan angan-angan nak pakai hanbok masa kahwin nanti. ehhhh?!!! kekeke =P



Fefeeling princess gitew. ahaks!



Mak pun nak feeling princess queen =D



Adik perempuan aku bersama hanbok pink nya. kata tak suka pink! =P



Dengan ayah sekali terjebak dalam demam hanbok. ihiks!



Family potrait in hanbok xD



***

Dalam sejam lebih je kat Kimchi Land, pastu kitorang bertolak pulak ke Everland. Everland merupakan amusement park yang femes gila kat Korea selain Lotte World. Everland terletak kat Gyeonggi-do manakala Lotte World terletak kat Seoul. kitorang takkan pergi Lotte World. so, marilah kita menuju puncak ke Everland! =D

To be continued~


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


2 comments:

misszkorea.blogspot.my said...

Assalamualaikum kak. annyeong haseyo :) kakak tak pergi namsam tower ke kak??? Btw macam mana laa feeling tym pegi korea kak. best tak? :) :) :)

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam H Niedar.

Annyeong haseyo! Mestilah pergi Namsan Tower. Tapi belum sampai entri pasal tu lagi. Hehe. Feeling dia... excited terlebih!!! Haha =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...