31 May 2015

#2ndtriptokorea - Day 6 (Gangnam & SMTOWN @ COEX Artium) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo... 

Jumaat - 20 Februari 2015

Jadi, dari Gyeongbokgung Palace... kami plan untuk ke Gangnam. hihi. ada pebenda kat Gangnam tu sebenarnya sampai si Kura-Kura ni letak dalam itinerary dia? sebenarnya, takde pape yang menarik pun kat sana. saja je nak jalan-jalan kat kawasan orang kaya Korea. kot-kot terjumpa tauke kedai emas ke, tauke kayu balak ke. ahahahah! =P

Tapi, sebelum kami ke Gangnam, adik aku tu sibuk pulak nak ke Seodaemun yang katanya ada jual taekwondo merchandise. aku tak pernah dengar pun tempat tu. kenal apatah lagi. ni semua sebab dia baru google pasal Seodaemun pagi tadi lah ni.

Nasib baik nak ke Seodaemun tu dekat je dengan Gwanghwamun Square. satu stesen je kot. so, marilah kita menuju ke Seodaemun demi menunaikan permintaan adik tersayang -,-


Seeee dekat je kan. dari LINE 5 Gwanghwamun Station ke Seodaemun Station (Banghwa bound) cuma 2 minit


Sesampai je kat Seodaemun Station tu, aku tak ingat pulak keluar Exit berapa. tempat yang kami pergi pun aku tak ingat namanya. hahaha. malangnya, bila sampai je kat tempat yang dituju tu... orang tu cakap tempat tu takde pun jual taekwondo merchandise. taekwondo performance ada lah. tapi, ini bukan musim orang buat taekwondo performance.

Haih. nak marah pun adik sendiri. sabar jelah labu. nasib dekat. kalau tempat tu jauh gila, memang aku dah mengamuk kat situ. hahahaha. kesimpulannya, itulah gunanya perancangan rapi kalau nak travel. kadang-kadang, jiwa muda remaja ni sentiasa nak kan something yang adventurous. konon tak nak plan. nak main redah je. baru thrill katanya.

Kalau kita tak plan, gini lah jadinya. tersalah tempat then buang masa, buang tenaga dan membazir duit transport. lain lah kalau korang bukan budget traveler. tak kisah duit dibazirkan begitu sahaja kat tempat yang salah. kalau pergi Korea 7 hari, 3 hari je betul-betul berjalan kat sana. 4 hari lagi diperuntukkan untuk tersesat. hahaha =D

Okay sekian bebelan kak Kura-Kura. jom kita sambung cerita tadi. kikiki =P

***

So, dari tempat yang kononnya ada jual taekwondo merchandise tu, kami berpatah balik untuk mencari subway station terdekat. tapi, tak jumpa pulak. mana entah menghilang subway station tu. hahaha. kami berhenti untuk tanya arah kat dua orang ajumma. tetiba ajumma tu suruh couple Korea yang kebetulan lalu kat situ untuk bawak kitorang ke subway station terdekat. kitorang yang tercengang-cengang kat situ, terus follow je couple tu tanpa banyak soal. baik betul orang Korea ni. sanggup tunjuk arah walaupun tak kenal kitorang ^^

Then, kami pun sampai kat subway station. jeongmal kamsahamnida kat couple dan ajumma tadi =)


Ada book fair apa entah kat Seodaemun Station. aku pun poyo-poyo join membaca kat situ. pffftttt =P


Kemudian, kami pun mencari tempat yang tersorok kat subway station ni untuk lunch dan solat. selepas tu, tidur sebentar pada waktu Zohor. sunnah nabi tidur sebelum Zohor. kami bantai tidur sampai nak dekat Asar. hihi =P


Hari ni kami lunch nasi briyani Brahim dengan ayam kari Adabi. bagi aku tak sedap! haha. kalau ada rezeki untuk travel lagi, dua kombinasi ni memang aku pangkah awal-awal. teringat keenakan nasi lemak yang kitorang makan kat Anguk Station hari tu. gabungan nasi lemak Brahim dan sambal kupang Adabi memang pehhhhhh...

Habis je makan dan solat, kami meneruskan perjalanan ke Gangnam. sebelum ke Gangnam, aku plan untuk singgah kat Coffee Shop milik kakak Kai (EXO) iaitu Kamong Espresso. takde niat nak minum kopi kat situ pun sebenarnya. saja je gedik-gedik nak membuat lawatan ke Kamong Espresso sebab kedai tu dekat je dengan Gangnam. hihi.



Dari LINE 5 Seodaemun Station (Macheon bound), transfer kat Jongno 3(sam)-ga Station. kemudian, tukar ke LINE 3 menuju ke Seoul National University of Education Station (Ogeum bound)


Pabila sampai je kat Seoul National University of Education Station tu, keluar ikut EXIT 1. pastu, jalan je terus don't belok-belok. jauh gila lah nak jalan sebab Kamong Espresso terletak kat hujung jalan (Seocho-daero 64-gil), kat bahagian corner lot kedai. 

Setelah puas berjalan, akhirnya...


Okay sangat gedik. jalan jauh-jauh semata-mata untuk bergambar kat luar kedai je. hahaha. tak larat aku nak spend money kat coffee yang mahal tu =P


Bye Kamong Espresso. saya nak teruskan perjalanan ke Gangnam! *konfem lah takde jumpa Kai kat sini. kihkihkih =P*


Kemudian, kami berjalan lagi untuk ke kawasan Gangnam. saja je nak sightseeing kawasan orang kaya ;-)


 Gangnam area. banyak bangunan tinggi


Antara bangunan menarik yang ada kat situ


Setelah berjalan terus, kitorang pun berjumpa dengan Gangnam Station. memandangkan dah takde nak buat pape kat Gangnam, jadi aku buat keputusan untuk ke lokasi wajib bagi SM Artists fans kalau dah ke Korea iaitu SMTOWN @ COEX Artium!!!!!!!!!

SMTOWN @ COEX Artium baru je dibuka secara rasmi pada 14 Januari 2015. baru sebulan lepas tau. masih HAWT lagi ni ;-)

Ada bermacam-macam koleksi SM Artists kat situ. dah macam exhibition dah. bukan setakat kedai kecik tau. satu bangunan okay! dari tingkat satu hingga ke tingkat enam penuh dengan SM Artists collections.

SMTOWN @ COEX Artium terletak berdekatan dengan COEX Mall. jadi, marilah kita bergerak menuju ke SMTOWN @ COEX Artium!!! =D


Sebelum tu, kat Gangnam Station ada sales. terus aku rembat satu spring coat yang berharga KRW5,000 (RM15). murah gila kan ;-)


Ada sesetengah subway station kat Korea ada free wifi services. kitorang kalau dah sampai kat mana-mana subway station konfem akan on wifi kat gajet memasing sambil mengharapkan ada lahhh wifi connection. kalau dah setiap orang tunduk hormat kat gajet masing-masing maksudnya ada wifi lettew. hiks!

Okay, setelah merembat spring coat yang murah tersebut... jom lah kita ke destinasi idaman aku! =D


Dari LINE 2 Gangnam Station ke Samseong Station senang je. tak perlu transfer pun


Setelah sampai di Samseong Station, korang hanya perlu keluar ikut EXIT 6 yang mana Exit tu bersambung terus dengan level B1 COEX Mall. kemudian, anda akan nampak ini~


 Yeay nampak tak ada perkataan SM Town kat belakang tu?! =D


 Nah zoom sikit. hihi. nak ke SMTOWN @ COEX Artium perlu naik eskalator tersebut =)


 EXO menyambut kedatangan kami ;-)


 Ada banyak tiang besar kat sekitar SMTOWN. cuba cari perkataan tersembunyi kat situ ;-)




Kemudian, kitorang pun naik eskalator tersebut untuk ke level 1 (1F).


 OMG nak jadi gila kat sini boleh???? SMTOWN @ COEX Artium ada kat depan mata je ni!!!


 Ada banyak lagi tiang. sila lah cari perkataan tersembunyi lagi =)








Sebenarnya, aku ke sini pun sekadar mencuba nasib. tak pasti SMTOWN @ COEX Artium bukak ke tak sebab semalam kan Seollal. alhamdulillah nasib baik bukak. tak sia-sia kunjungan aku ke Korea kali ni =)

Opening hours from 11.00 am to 10.00 pm. open all year around. free admission into the building but you have to pay for SMTOWN Studio (level 3) and SMTOWN Theatre (level 5 and 6).

Aku tak sanggup bazirkan duit kat sini. so, jom lah kita melawat tingkat yang FREE sahaja! kekeke =P

Daripada entrance kat 1F tadi, korang perlu naik eskalator untuk ke level 2 (2F) yang mana terletaknya kedai yang menjual SM Artists merchandise, SUM.


View dari eskalator. masa ni memang dah excited terlebih pabila nampak perkataan EXO dan GIRLS' GENERATION tu. hihi =D


Sebelum masuk ke SUM, kitorang bergambar dulu kat sekitar 2F =)
 

 Gaya peminat psiko. hahaha =P


 Ziha bersama Chen =D






 Dah puas bergambar, mari kita masuk. saat melangkah masuk ke dalam SUM, aku tak tau nak cakap apa. speechless ^^


 Penuh dengan SM Artists merchandise uollllsss. harganya ofkos lah mahal. hahaha =P


Aku takde beli pape pun kat sini. mahal sangat. jadi, aku round sana-sini seluruh kedai sambil duk sibuk ambik gambar. ziha cakap, orang lain datang ke sini untuk membeli... aku macam pergi ke muzium. hahaha =P


Ada banyak signature SM Artists kat seluruh SUM termasuklah kat cashier counter. SM Artists ni semua datang ke sini sewaktu pre-opening pada 20 Disember 2014 yang lalu.


Ittew nak cari signature YoonA ^^
(gambar ihsan google)


Aku konfem tang signature Hyo Yeon dan Yuri je. yang lagi dua tu sape punya entah. haha =P


 Masih kat cashier counter =)


Kali ni aku konfem tang signature Tao je. hihi =P


 Finally!!! jumpa pun signature Tae Yeon dan YoonA ^^


 Sibuk nak bergambar dengan signature YoonA kat cashier counter. memang muka tak malu minah ni. hahaha =P


 GIRLS' GENERATION a.k.a SNSD!
my favourite girls group since 7 years ago ^^


 EXO!!!! the hottest K-pop group nowadays =D


Kat sini pun ada signature =)


 Kai pun pernah pergi sini tau ^^
(gambar ihsan google)


 With EXO's pillow. ittew tengah tunjuk Baek Hyun tu. hewhew =P


YoonA's pillow tinggi sangat. ambik gambar jelah yang mampu T_T


Jumpa signature SM Artists lagi. baca nama tu macam Suho =D


 Macam Sehun =D


Macam Chan Yeol =D


 Introducing my first boyfriend... Byun Baek Hyun ;-)


This is my second boyfriend... Park Chan Yeol ;-)


 Kat satu corner, ada banyak cop SM Artists. aku pun apa lagi... terus keluarkan buku nota. mari kita mengecop! ^^


 Fokus betul =P


 Dah macam orang kerja kat pejabat pos! =P


Bersama cop YoonA! sejak bila adik aku photobomb pulak ni? -,-


Dah habis merayau kat SUM, kitorang naik pulak ke level 3 (3F) =D


 Nak masuk kena bayar. so, ambik gambar kat luar jelah labuuuu


 Ada banyak gila gambar SM Artists dalam bangunan ni =)




 Eh macam kenal je tempat ni?


 Patutlah... SNSD pernah bergambar kat sini =D
(gambar ihsan google)


=D






Kemudian, kitorang pun naik ke level 4 (4F) yang menempatkan SMTOWN LIVErary Cafe =)




 Nak minum kopi kat sini boleh saja. tapi, bersedialah untuk jadi miskin serta-merta. hahaha!


 Selain daripada menjual makanan dan minuman, SM Artists merchandise pun ada dijual di sini =)






3D figurine of Suho pun ada dipamerkan kat sini. kalau korang nak buat 3D figurine mana-mana SM Artists, perlulah membayar KRW300,000 (RM900) yang mana ianya akan dibuat di level 6 (6F)
*tercekik tengok harga tu*


 Orang takde duit ni reti bergambar jelah


 Dan reti dengar lagu FREE =P


 Eh ada SNSD dalam kaca. haha =P


Antara trophy kemenangan EXO sepanjang dua tahun. sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak ambik gambar


Sunbae in SM Entertainment... TVXQ! ^^


 Masih lagi banyak gambar SM Artists kat sekitar 4F






Nak bergambar dengan Baek Hyun sebenarnya tapi nampak macam bergambar dengan Hee Chul pulak -,-


Nak ke level 5 (5F) pun macam takde motif sebab kat situ ada SMTOWN Theatre je yang mana ia menayangkan hologram musical yang bertajuk School Oz. kena bayar pulak tu. so, marilah kita turun semula =)




Oraitttt rasa macam dah habis je tour kat SMTOWN @ COEX Artium. amacam? teruja tak untuk ke sini? hehehe. buat SM fans, pastikan SMTOWN @ COEX Artium masuk dalam itinerary korang kalau ke Korea tau. rugi kalau tak pergi! ^^

***

Dari SMTOWN @ COEX Artium... kitorang bercadang untuk menuju ke Yeoksam bagi segmen dinner. ada apa kat Yeoksam tu sebenarnya. well... kat situlah ada Yang Good BBQ Restaurant yang menyajikan lamb BBQ yang halal! bukan senang tau nak makan daging kat Korea. huhu.

So, dari Samseong Station... marilah menaiki subway ke Yeoksam Station.


Dari LINE 2 Samseong Station, hanya dua stesen ke Yeoksam Station


Pabila sampai kat Yeoksam Station, keluar ikut EXIT 6 kemudian macam jalan terus dan entah ke mana entah aku dah lupa. hahaha. agak susah nak cari restoran tu. dah lah masa tu dah maghrib. lorong tu pulak sunyi. kitorang jalan laju-laju then terus masuk ke GS25 untuk tanya arah.

Malangnya, pekerja GS25 tu langsung tak boleh berbahasa Inggeris. sepatah haram pun dia tak faham. habis semua vocab Korea campur English aku guna pun dia masih tak faham. tetiba je dia lari keluar dari kedai dia. kitorang pun macam terkejut dah kenapa dia lari pulak. rupa-rupanya, dia pergi cari kawan dia kat kedai lain daaaa. kawan dia tu reti cakap English.

Pehhhh terharu kot. sanggup lari tinggalkan kedai sendiri untuk tolong kitorang. sebab tu aku suka dengan Korean culture. dorang tersangatlah berbudi bahasa dan menghormati tetamu =)

Then, kawan dia pun tunjukkan arah kat kitorang. alhamdulillah... akhirnya jumpa jugak restoran tu dalam keadaan yang hampir gelap ni.


Tapi restoran tu tutup. HAHA. sebenarnya, aku dah agak dah mesti dia tutup sebab semalam Seollal. saja je cuba nasib. ternyata nasib tak menyebelahi kami -,-


Kemudian, kami pun membuat keputusan untuk pulang ke Myeongdong. tak dapat lah nak rasa daging kat Korea. haihhhhh.



Dari LINE 2 Yeoksam Station, transfer kat Sadang Station then tukar ke LINE 4 menuju ke Myeongdong Station (Danggogye bound)


Sesampai nya kami di Myeongdong Station, seperti biasa... mestilah ke Myeongdong Shopping Street. tak dapat dinner kat Yang Good, kita dinner jelah kat sini.

Pastu, terjumpa pulak Crazy Ddeok kat Myeongdong Shopping Street. punyalah jauh makan kat Hongdae hari tu. rupa-rupanya ada kat Myeongdong. hahaha. pastu, ziha dan adik aku sibuk nak makan kat Crazy Ddeok. ziha tu aku boleh faham lagi, dia memang suka ddeokbokki. adik aku tu... cakap tak suka ddeokbokki. tetiba dia pulak beriya-iya nak makan kat situ.

Cara untuk pergi ke Crazy Ddeok pun senang je. dari Myeongdong Station EXIT 7, jalan je terus sampai simpang kedua. belok kanan kat outlet New Balance. then jalan terus lagi sampai jumpa kedai Starbucks yang besar. belok kiri kat simpang tu. haaaa anda akan nampak Crazy Ddeok kat tingkat atas. tak ingat dah tingkat berapa. kekeke =P

Kitorang masih lagi pilih basic set which is Crazy Tteokbokki - Regular. tapi, harga kat Myeongdong mahal KRW1,000 daripada kat Hongdae. hari tu kat Hongdae dah berasap lidah makan kepedasan skala 0 (spicy). so, kali ni kitorang pilih skala -1 (neutral).


 Kali ni barulah tak kepedasan. hihi


Selepas habis makan, marilah kita merayap di sekitar Myeongdong pada malam terakhir sebelum pulang ke tanah air =(

Tetiba teringin nak rasa mini bungeoppang (Korean carp bread) yang dijual pada harga 5 for KRW2,000 (RM6).


Inilah kedai yang jual mini bungeoppang tersebut. ada dua jenis filling iaitu red bean and cream filling. tetiba teringat WGM Song Jae Rim - Kim So Eun yang mana dorang bertanding jual carp bread kat orang ramai. lastly, Kim So Eun yang menang dengan cream filling nya


Kitorang beli 3 red bean filling dan 2 cream filling


 Sedappp!!!


Kemudian, kitorang terus merayap lagi di sekitar Myeongdong. adik aku je duk sibuk usha setiap outlet sneakers yang ada kat Myeongdong. rasa-rasanya, macam setiap outlet sneakers kat Myeongdong tu aku dah masuk. malangnya, outlet Converse tutup awal lah pulak. adik aku nak sangat beli sneakers kat Converse untuk girlfriend dia. terpaksa lah kami datang ke sini lagi pada awal pagi esok.

Malam dah makin lewat. elok lah kami pulang ke guesthouse. barang pun belum kemas lagi ni. esok dah nak balik ke Malaysia.


Night view Namsan Tower dari Myeongdong. annyeong! huhu =(


Last day in Korea - stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


6 comments:

Jari Manis said...

gigih si adik tu kan nak dapat kasut uk GF..sayang sgt lah tu ihihi...siap merayu lagi..cayalah heee

kurakuraygslow said...

Kakak nya yang penat melayan sis. Dah konfius pergi Myeongdong tu nak window shopping ke cari kedai kasut. Haha =D

NANA said...

crazy ddeok tu halal eh akak?

kurakuraygslow said...

AN: Nak kata ada sijil halal JAKIM tu memang tak lah. Ingredient dalam masakan dia takde alkohol atau pork. Boleh refer blog budgettravel2korea, ada list kan restoran ni dalam halal restaurant :)

Unknown said...

Yoong!!!!! Haha..saya pun suka Yoona^^ Saya dah masukkan dlm iterary sya^^ terima kasih for sharing^^

Anonymous said...

Makanan n minuman kat SMTOWN halal tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...