10 July 2011

Saat kemunculan sebutir permata

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers! seingat aku lah kan, belum pernah aku buat entri khas pasal diri sendiri. i mean, you know... story about myself, my career, my life and my soul *eceh ayat bajet artis*. maybe ada antara readers yang bukan kenalan aku. so, korang mesti tertanya-tanya kan sapekah gerangan kurakuraygslow ni. ke korang tak nak tau pun sape aku? fine.. aku tau aku bukan Lisa Surihani. sob sob sob.

apa salah saya?

Haa aku tau. sememangnya jiwa nurani korang penuh dengan pelbagai persoalan yang membuak-buak pasal diri aku kan. tapi korang segan nak tanya. aku faham tu. kan ke masyarakat Melayu penyegan orangnya. eceh! so bertepatan dengan tajuk di atas, kali ni aku nak cite pasal diri sendiri. sesungguhnya diri aku ni boleh diibaratkan sebagai sebutir permata yang hanya perlu digilap sedikit sahaja untuk mempamerkan kilauannya *ayat ayah aku*. kesimpulannya aku = permata. ahaks!

Lets the story begins.....

1.  Bila aku start ber'blogging'?

Soalan ni baru je ditanya oleh cik Lily kat facebook siang tadi. kalau tengok kat profile aku, akan tertera 'on blogger since September 2010'. hakikatnya blog ni cuma start aktif April 2011. dalam tempoh masa tu aku tak post pape pun. kejadahnya! bila dah habis asasi, barulah banyak sangat masa free. so, aku pun start ber'blogging' dalam erti kata sebenar.

2.  Apsal aku menggedik-gedik nak buat blog?

Well, aku kan gedik. orang lain ada blog, aku pun nak buat blog jugak.. ahaks ahaks *ketawa gedik*. errkk.. sebenarnya tujuan asal aku buat blog ni adalah untuk publish cerpen ciptaan aku. yeah.. i mean cerita ala-ala love-story-happily-forever-after tu. sumenya salah blog Mata Pen. aku terpengaruh dengan konsep novel-blogging dia. lagi-lagi bila mengenangkan Bahasa Melayu SPM aku A+, mula terperasan yang aku sangat pandai mengarang. ehem! tapi, sume cerpen yang aku dah rangka plot dia akan tersekat kat tengah jalan. so, damn it! aku tak patut jadi novelis. itulah puncanya blog aku menyepi selama berbulan-bulan.

After habis asasi, aku pun jinak-jinak merpati merajinkan diri baca blog orang lain. and yeah, aku sangat tertarik dengan konsep blog The Other Khairul. sense of sarcastic dalam setiap entri dia sangat ketara, menjadikan entri tu best giler. so, ini memberikan aku inspirasi untuk start ber'blogging' semula. berbekalkan keazaman untuk menjadi blogger yang punya sense of humour + sarcastic, aku pun giat buang segala sawang Spiderman kat siling blog aku, plus cat-cat wall bagi lawa sikit. touch up sana sini. and teng tereng..... mempersembahkan blog kurakuraygslow *bayangkan korang ada kat ABPBH*.

apa salah sawang I?

3.  Kenapa design blog aku simple sangat?

Errr.. aku tau lah aku ni perempuan. apa tak boleh ke perempuan buat design yang simple? mesti ada pinky item siap dengan kartun-kartun bagai ke? well, aku ni simple orangnya. macam mana korang tengok blog aku, macam nilah diri aku. see.. aku tak complicated pun kan. ehem ehem (pengecualian untuk gambar SNSD tu ok.. hehe).

p/s : kalau korang nak bagi cadangan untuk penambahbaikan blog aku ni pun takde hal. aku open-minded.

4.  Dari mana dapat nama kurakuraygslow?

Sejarahnya bermula tidak lama dahulu (bayangkan gambar hitam putih) pabila Rifqah Ahmad Rostam menggelarkan diri aku kura-kura yang slow. ni sume sebab aku slow sangat dalam bab-bab crush. well, even muka aku nampak innocent, tapi aku pun gadis normal yang ada hati kat kaum berlainan jantina tu *attention to cik Lily again*. oh no no! bukannya aku ada hati kat cik Lily. dia tu perempuan, aku pun perempuan. apa kes? err.. back to the topic. so, bila mengenangkan diri aku yang sememangnya slow ni, aku pun adaptasikan gelaran tu dalam dunia blog. kreatif kan aku. ahaks.

aku bukan je slow, malah pemalu gitu

5.  Apa kena mengena Into The New World (title blog ni) dengan kura-kura?

Soalan ni sama macam "apa kaitan Hang Li Po dengan karipap?" jawapannya "takde kaitan lah". hakhak. errkk.. ok be more serious. sebenarnya memang takde kaitan pun title blog ni dengan nama aku tu. tapi disebabkan aku ni hardcore fan of SNSD, so aku pinjam lah title first song dorang untuk blog ni. alah kira cincai lah. lagipun, Into The New World memang bawak makna dalam life blog aku pun. ni kan first time aku blogging. kira Into The New World of Blogging lah kot. ececeh kreatif pulak otak aku cipta alasan.




6.  Apa je cerita yang best sangat aku tulis dalam blog ni?

Aku sedar diri ni bukanlah hot macam Fasha Sandha yang menjadi rebutan para jejaka di luar sana. jugak bukanlah hensem macam adik aku yang cuma post entri dua tiga ayat, terus menonong para gadis follow blog dia *wait wait, memanglah aku tak hensem, aku kan perempuan*. kalau aku sibuk nak post entri pasal diri sendiri, konfem konfem tak menarik untuk dibaca kan? lain lah aku ni ada hubungan dengan suami orang ke, VIP ke, ada lah modal nak buat cerita sikit. ehem ehem. so, untuk tidak menghampakan diri sendiri dengan mencipta entri-entri yang syok-sendiri-pastu-buat-orang-meluat, aku pun amek langkah drastik dengan mencipta entri gabungan, yang mana aku main campur adukkan entri-entri aku ikut suka dan cita rasa. asalkan tak mendedahkan sangat sape diri aku yang sebenar cukup. sesekali jadi annoying mouse anonymous ni nice gak kan. ahaks ahaks.

7.  Final question, berapa umur aku?

Aku muda dua tahun dari abang aku and tua setahun dari adik lelaki aku. haa kiralah sendiri. hahaha.

*  sori kalau kebanyakan entri aku berbentuk sarkastik. nilah diri aku yang sebenar. serius sangat pun tak boleh beb. nanti kena heart attack. peace no war~

9 comments:

Lily said...

Siapa Lily tu? Hahaha. Suka entry ni :) Tambah tambah sebab ada nama saya. First time rasa macam mencapub. Muahaha. Hehe. Sayang awak!

kurakuraygslow said...

haha sayang awak jugak :) memang komen tak terus kua. bagi saya baca dulu baru boleh publish..hehe

syazaishahani said...

wahh.....gedik....haha

kurakuraygslow said...

hakhak. sesekali gedik apa salahnya..hahaha

Lily said...

Hehe tu la pasal. Bodohnya saya hihi. Kenapa awak nak rahsia rahsia identiti segala bagai ni? Haha saya dah lama kenal awak. Bukan rahsia lagi :P

kurakuraygslow said...

sape fren saya kat facebook tau lah sape saya. tapi sape yang bukan tu, tak tau sangat pasal diri saya. misteri tu kan best..hehe

Lily said...

Mystery? Dah macam lagu Beast pulak. Hehe

sky saber said...

salam... nk tye,, lau BGM video ni pe ek?? bes r,, ^^
http://www.youtube.com/watch?v=O_ShQX3E-Mg

kurakuraygslow said...

sky saber : SNSD - Express 999 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...