16 December 2012

Bagai Tudung Dengan 'Starch'

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Apa khabar wahai pembaca? harap korang sihat-sihat belaka. dah lama aku tak update blog ni kan. macam dah lupa je aku ada blog. ahaks!

Ok. seperti yang korang boleh nampak kat atas tu, kali ni aku nak cerita pasal tudung dan 'starch'. bagi yang perempuan, mungkin dah tau lah kot.. apakah dia gerangan 'starch' yang aku maksudkan tu. tapi bagi yang lelaki... kalau nak tau 'starch' tu apa kena baca sampai habis dulu ye. hikhik =P

***

Ceritanya bermula pada hari Jumaat lepas... sedang dalam perjalanan aku nak balik ke rumah dari fakulti, terserempak lah pulak dengan sorang coursemate aku ni kat Stesen Monorel Chow Kit. coursemate aku tu lelaki. dari jauh dia nampak aku, sengih-sengih macam kerang separuh masak, pastu tegur... "nak pergi mana?". aku pun jawab lah dengan senyuman ala-ala kerang separuh masak jugak... "nak pergi TS (Berjaya Times Square)". pastu dia tanya lagi... "sorang-sorang?". fine! nampak sangat lah aku forever alone kan. pergi TS sorang-sorang pulak =(


Errrrr... untuk tak menyedihkan diri sendiri yang forever alone *ahaks*, aku pun bagi lah penerangan sikit kat dia. "sebenarnya nak balik rumah, tapi singgah TS sekejap nak beli barang". bagi smiley sikit lah... ihiks =)

Eh aku tengok dia pun sorang. asyik dia je tanya aku macam-macam. aku pun tanya lah mana dia nak pergi. rupa-rupanya dia nak pergi TS jugak. nak jumpa aweks lettew. hewhew =P

Pastu, monorel pun sampai. naik monorel dulu. tak ku sangka, sesi interview tadi belum habis lagi rupanya. dia sibuk pulak tanya aku nak beli apa. shopping ke. amboi... asal perempuan je shopping. aku bukannya suka shopping pun. pastu, aku pun jawab lah... "nak beli STARCH. biasanya lelaki tak tau pun apa benda tu".

See. memang dia tak tau pun. boleh agak dari muka dia yang blur. tu lah.. sape suruh tanya. hmmppphh! =P

***

Tadaaaa... tu lah dia mukadimah entri aku hari ni. hikhik. panjang betul mukadimah nya kan. sebenarnya, cuma nak cerita pasal menatang STARCH tu je =P

Jadi, apakah dia STARCH yang aku maksudkan? kemungkinan kewujudan benda alah tu adalah tidak asing lagi dalam kehidupan seseorang yang bergelar wanita. tapi mungkin makhluk asing dalam kehidupan seorang lelaki =)


Hikhik =D

***

Kalau korang perasan, STARCH atau nama panjangnya, FABRIC STARCH ada dijual secara meluas kat pasaran. kebiasaanya, kedudukan benda alah ni berdekatan dengan sabun basuh baju. buat sape-sape yang selalu pergi pasaraya tu mungkin tau. 

Haaa.... nak tau macam mana rupanya FABRIC STARCH ni?


Ni lah dia encik STARCH yang kita sebut-sebut tu. ihiks =P

***

Sebenarnya, kegunaan asal starch ni adalah untuk memudahkan proses menggosok kemeja. biaq tepi kemeja tu keras gila sampai tergesel jari pun boleh luka. tapi, aku boleh jamin lah. berapa peratus je lah lelaki yang rajin sangat nak pakai starch ni untuk gosok baju kemeja depa tu. silap-silap, baju kemeja pun jarang bergosok. betul tak? hikhik =D

Jadi, kami... golongan wanita yang rajin serta berdikari ni *ehem*, telah pun menukar penggunaan starch ni yang pada asalnya untuk menggosok kemeja kepada menggosok tudung. yes! memang ramai perempuan yang gunakan starch untuk menggosok tudung. sebab tu lah tudung kami ni kemas je. ahaks! =)



***

Dulu, aku paling menyampah nak gosok tudung sekolah sebab susah. huhu. nak bentuk tudung tu lagi susah. ambik masa jugak lah nak bersiap-siap pakai tudung pergi sekolah. awal-awal pagi, ok lagi. masuk tengah hari, dah selekeh sikit. nak nak pulak, cikgu aku rajin buat kelas tambahan petang.. memang sampai ke petang lah bercinta dengan sekolah. 


Hee xD


Bila dah petang tu, al-maklum saja lah, tudung memang dah serabai habis. tapi, senyuman tetap terpancar di muka untuk menggembirakan hati cikgu yang mengajar. baik kan aku? hakhak. kadang-kadang pelik jugak tengok kawan-kawan yang tudung dorang maintain je dari pagi sampai ke petang. datang lah angin, ribut waima taufan sekalipun, tudung dorang tetap cantikkkk terbentuk. so, aku pun tanya lah.. apa rahsia dorang memiliki tudung yang menawan sebegitu. eceh! pastu, dia jawab gosok tudung pakai lilin. errrr... bunyi macam leceh je. malas lah nak tanya lebih-lebih. tudung serabai pun tetap ada peminat jugak. ahaks! =P

***

Bila masuk asasi, say hello to tudung bawal and say goodbye to tudung sekolah. yeay! disebabkan lebih senang untuk menggosok dan memakai tudung bawal berbanding tudung sekolah, hal ini secara tidak langsung telah mempercepat masa untuk aku bersiap nak ke kelas =)


Tudung bawal


Tapi, tudung bawal ni ada jenis-jenis nya yang tersendiri. ada yang jenis kain lembut dan ada yang jenis kain keras. kain lembut tu memang agak susah nak dibentuk. kadang-kadang bengang jugak lah bila tudung susah nak dibentuk kerana ini secara tidak langsung akan memanjangkan masa untuk kami bersiap nak ke kelas. sebab tu lah ramai perempuan pakai tudung instant je sebab tudung tu dah ada 'awning' atau bentuk dia sendiri. main sarung je. memang mudah gila!


Tudung instant

***

Disebabkan aku sangat setia dengan tudung bawal, memang aku malas nak pakai tudung lain. tudung instant ke, shawl ke, tudung syria ke.. memang bye-bye jelah.


Tudung syria

***

Jadi, nak tak nak.. pakai jelah tudung yang selekeh tu pergi kelas. alaaa... pergi kelas nak belajar, bukannya nak mengurat. heh! =P

Oleh sebab itu, aku sangat suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh dengan kemas. serius, susah kot nak bentuk tudung tu. tapi, dorang ayu je pakai tudung macam tu kan =)

***

Bila dah masuk pre-medic, ada sorang roomate aku pakai benda alah starch yang macam kat atas tu. dan tudung dia memang sentiasa cantik je terbentuk. dah lah tengok macam senang je nak guna starch tu. cuma sembur je kat tudung, then gosok. so, aku pun nak jugak try test. hasilnya, awesome! ternyata lebih senang nak bentuk tudung berbanding sebelum ni =)

So, aku pun terus rembat satu starch tu kat kedai. tapi aku beli yang ni... hihi.


Yang kat atas tu regular. yang ni lemon. sebenarnya, takde beza mana pun. saja je tak nak sama dengan dia. haha =D

***

Starch jenama Kiwi Kleen ni memang senang nak jumpa kat kedai. berlambak-lambak. tapi, ada sekali tu, tetiba stok starch Kiwi Kleen ni habis lah pulak. huhu. macam mana ni. starch aku dah nak habis. tapi, ada satu starch jenama lain masih dijual kat kedai tu. so, aku rembat jelah yang tu. daripada takde starch langsung. habislah tudung aku =(


Starch jenama Easy On. ada dua jenis sebenarnya. tapi aku rembat yang ni sebab tertarik dengan word 'double starch' tu. hehe =D



Yang ni lagi satu. tapi, takde word 'double starch'. so, bye-bye. haha =P

***

Bila dah pakai starch Easy On tu, hasilnya... walawei! double awesome berbanding starch Kiwi Kleen. ternyata word 'double starch' tu bukanlah umpama menanam tebu di tepi bibir. ahaks! =D

Kalau nak pakai starch Kiwi Kleen, kena sembur banyak-banyak.. barulah tudung senang dibentuk. tapi, starch Easy On ni, sembur sikit je, terus tudung jadi keras. tak perlu gusar akan angin, ribut mahupun taufan yang bakal tiba. eh! jangan lah guna starch ni untuk gosok tudung saji pulak. tak pernah dibuat orang!


Hihi =P


Dah lah masa untuk bersiap dapat disingkatkan. tudung pulak senang dibentuk. memang berguna betul lah starch ni. hehe =)

Jadi, sekarang ni, aku dah jadi pengguna setia starch Easy On. walaupun harga dia mahal sedikit berbanding starch Kiwi Kleen, tapi hasil dia double awesome! harga Kiwi Kleen dalam RM9 dan Easy On dalam RM13. tapi, harga berbeza ikut tempat. so, apa lah sangat perbezaan RM4 kalau nak dibandingkan dengan hasil Easy On yang superb tu. eh! dah macam promoter Easy On pulak. haha =D

*** 

Lagipun, satu botol starch tu mampu bertahan lama. tapi, ikut penggunaan jugak lah. kalau aku, satu semester jugak lah baru habis. tu pun hari-hari aku tukar tudung dan basuh. bila dah basuh, nak gosok, kenalah guna starch. secara purata, seminggu minimum 5 kali jugak lah aku guna starch ni. see. banyak kali guna pun lambat habis. memang berbaloi! lebih jimat dari guna mekap. nasib baik aku tak pakai mekap. hihi =)



Bagi sape-sape yang mukanya sangat senang untuk disarung tudung tu, tak perlu pun nak sibuk-sibuk guna starch, tudung dah cantik terbentuk. memang bertuah betul lah golongan ni =.=

***

Tapi, sekarang ni dah susah nak jumpa starch Easy On ni kat kedai. huhu. kedai yang dekat dengan rumah aku pun dah tak nak jual Easy On. dia jual Kiwi Kleen je. aku dah merajuk dengan Kiwi Kleen. nak Easy On jugak!

Sebab tu lah aku sanggup menapak pergi TS semata-mata nak beli starch Easy On kat Cold Storage. dah kat situ je yang aku jumpa. hehe.

Lastly, kepada yang lelaki tu... korang patut bersyukur sebab takyah susah-susah nak gosok tudung pakai starch ni sume. korang cuma perlu memantapkan diri dengan ilmu agama je supaya dapat didik isteri korang memakai tudung dengan sempurna =)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan mereka hendaklah menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik-beradik) atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur ; 31)


12 comments:

aLiaa said...

thank you thank you ! tips yg sgt awesome. esok nak kena serbu kedai nie

kurakuraygslow said...

Haha. Sila2. Jangan habis semua Easy On kat Malaysia sudah =P

nanie fasiha said...

kak, pergghh mmg baru tahu kot. ni ghupenye rahsia tu >< *baru muncul*

faie mohamad said...

baru start pakai starch kt tudung. mmg berkesan.. hihi.. tp kalu malas nak guna rembat je tudung mana ada.. :D

kurakuraygslow said...

Nanie : Haha nilah dia rahsia nya. Amboi budak baru habis SPM. Skrg baru nak muncul kan >.<

Faie Mohamad : Memang berkesan kan. Hehe =)

Anonymous said...

sis,boley tak bgtau,kt mane nk smbur starch ni,utk tdung sekolah?actually kte bru tau. hehe

kurakuraygslow said...

Kalau gosok tudung sekolah, mesti kita betulkan bahagian atas kepala tu kan. Tak kisah pun nak sembur macam mana, asalkan sembur sebelum gosok bahagian atas kepala tu. Dah sembur, baru gosok :)

anggerainie said...

Easy On double starch mmg bagus. Mudah nak sembur dan semburannya lebih sekata berbanding jenama Kiwi. Sangat susah nak dapatkan starch di Penang. Akhirnya dapat beli di kompleks Sunshine Bayan Baru Penang :)

★bertuah said...

Skrg mmg mcm payah la nak cari.. ada sape2 tau x nak g beli kat mana?.. merata2 jalan kat pasaraya...xjmpe.. aduihhh...

Anonymous said...

Pasaraya susah nak jumpa dah. Kne rajin cari online. Mcm saya beli byk terus dkt www.soukai.com.my

Tp skrg dkt situ pun stock habis. Try pg dkt website tesco pun boleh takpun kena order dari oversea ☺

fatin ummi said...

salam..saya ade jumpa starch baru..tp bukan brand kiwi kleen..brand lain..ok lah saya gune semenjak kiwi kleen dah xde ni..kalau nak saya belikan boleh lah email fatinummi91@yahoo.com

hamizah aqilah said...

dekat skudai jb pun xjmpa... mana nk carii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...