22 December 2012

Kisah SNSD Dengan Comeback 2008 Yang Tak Jadi - Dancing Queen

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello SONE! semalam, 21 Disember 2012, tetiba je SM Entertainment buat suprise dengan me'released' MV Dancing Queen. penyanyi nya of course lah our SNSD! agak terkejut sebab takde angin takde ribut, tetiba je MV ni keluar~




Bila dah tengok MV Dancing Queen ni, macam pelik jugak. outfit dia macam Gee. dan nampak sangat tu MV lama sebab gaya rambut SNSD sangat lain dari sekarang.




Rupa-rupanya, ada cerita tersembunyi di sebalik MV ni. kalau diikutkan, lagu Dancing Queen ni merupakan comeback SNSD pada tahun 2008. Dancing Queen merupakan lagu saduran daripada lagu Mercy nyanyian Duffy. lebih kurang macam lagu Run Devil Run jugak lah yang mana penyanyi asal nya Kesha.

Tapi disebabkan ada masalah dengan hak cipta lagu ni masa tu, so lagu Dancing Queen tak di'released'. then dorang rombak balik segala konsep dan outfit dalam MV Dancing Queen menjadikan MV Gee =)




Nampaknya itulah cerita sebenar di sebalik kehilangan SNSD selama 9 bulan dalam arena Kpop sebelum muncul dengan lagu Gee pada tahun 2009 =D

***

Nasib baik Gee menjadi hits seterusnya menjadikan SNSD lebih femes dan amous. ahaks! memandangkan sekarang ni isu hak cipta Dancing Queen dah selesai, so SM Entertainment pun released lah lagu ni sebagai hadiah untuk SONE xD

Yelah, dah lama kot SNSD tak keluarkan lagu Korea. asyik-asyik lagu Jepun je =(

Tapi, jangan risau wahai SONE sekalian. kalau korang nak tau, SNSD bakal buat Korean Comeback Januari 2013 nanti dengan lagu I Got A Boy.




Kalau korang perasan, part akhir dalam MV Dancing Queen tadi merupakan teaser untuk lagu I Got A Boy ni =)

So, sama-samalah kita menantikan kemunculan kembali SNSD dalam arena Kpop. wee~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...