17 March 2015

#2ndtriptokorea - Day 3 (Ihwa-dong Mural Village & First Snow Experience) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 17 Februari 2015

Seperti yang aku udah bilang dalam entri terdahulu, hari ni kami akan ke Ihwa-dong Mural Village. katanya tu tempat shooting Korean Drama Rooftop Prince. entah betul ke tidak aku tak tau sebab bukannya tengok drama tu pun. ahahahah! yang penting, ada banyak mural kat dinding rumah orang.

Macam biasa, breakfast kami sudah tentu roti dengan sup campbell. then, pukul 8.00 pagi, ayuh kembali ke sekolah bergerak ke Myeongdong Station. memandangkan semalam dah hujan seharian, kitorang risau sikit takut hari ni pun hujan jugak. 

Keluar je dari guesthouse, terasa seperti ada air yang menitis dari langit. tapi, jisim air tu lebih besar daripada air hujan biasa. so, kitorang macammmmmm.... don't say this is snow??? pastu tetiba terdengar sorang ahjussi macam mengiyakan segala pertanyaan yang bermain dalam fikiran kitorang. tapi... wait waittttt. takmo excited sangat. sebab belum pasti itu snow ke bukan. kalau kita terlalu mengharap, di penghujungnya nanti akan kecewa. pehhhhhh bersastera-mara pulak aku =P

So, jom teruskan perjalanan ke Ihwa-dong Mural Village~


Dari Myeongdong Station, terus pergi ke Hyehwa Station - LINE 4 (Danggogye bound). senang je nak pergi. no need to transfer at all


Ramai jugak orang pagi ni. nasib 4 stesen je


Sesampai nya anda di Hyehwa Station, sila lah keluar melalui EXIT 2. waktu kitorang keluar je dari Exit tu, tetiba~


Subhanallah... snowing for real!!!


Nampak tak snow tu??? nampak tak???


Kalau tak nampak, try tengok yang ni pulak. kalau yang ni pun tak nampak, tak lama lagi lah tu. kekeke =P


Alhamdulillah. dapat jugak snow masa second trip ni. rasa nak sujud syukur!


Bukti snowing =D


Satu lagi bukti. itu bukan dandruff ye


Mungkin korang tak puas hati sebab takde video. hihihi. so, silalah enjoy video ni *sila abaikan dua orang budak yang jakun terlebih pabila first time tengok snow turun depan mata* =D


video


Aku tak sedar berapa lama kitorang kat depan Exit 2 tu. orang Korea pandang pun dah macam hape je. hahahaha. so, setelah salji semakin berkurangan, barulah kami sedar yang kami perlu menuju ke Ihwa-dong Mural Village.


Bye ahjussi. kami takkan lupakan stall ni sebab kat sinilah first snow experience kami. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bersalji =P


Memorable place =D


Jadi, mari kita teruskan perjalanan~


Kat depan Exit 2 ada signboard ni. follow jelah signboard tu


Follow lagi


Mula-mula, ada banyak signboard Ihwa-dong Mural Village. lama-lama, entah mana signboard tu menghilang. dah lah kat kawasan tu macam takde orang. so, kitorang pun ikut kata hati.


Jalan lagi then terjumpa bukit ni. OMG!


Laluan dia sangat berbukit dan tricky. payah jugak lah nak jumpa tempat tu. then, kitorang macam salah masuk perkampungan. tetiba terjumpa sorang ajumma. walaupun beliau tak mampu berkomunikasi secara lisan dengan kami, tetapi hasil pembelajaran Personal & Professional Development (PPD) yang diterapkan kepada semua mahasiswa Perubatan UKM, kami mampu untuk memahami maksud sebenar ajumma tersebut berdasarkan non-verbal communication dia.

Then, kitorang pun belok ke arah lain. jalan lagi dan lagi dan lagi. jumpa bukit lagi dan lagi dan lagi. akhirnya~


Yes! berjaya jugak jumpa Ihwa-dong Mural Village =D




Selfie meraikan kejayaan


We are the champion... of the world~


Bukti betapa tingginya laluan berbukit yang kami daki. nasib baik cuaca sejuk. tak berpeluh pun. kalau kat Malaysia ni, konfem ketiak dah basah. hahaha =P


Banyak sculpture peliks kat sini O.o








Gigih aku cari tempat ni. takkan tak vandalisme kot. kekeke =P


Kobis ke ni? habis rosak sebab winter


Tak gayat ke bang?


Jom kita jalan lagi ke depan


Antara mural yang ada kat dinding rumah orang




Ni bukan perkampungan terbiar tau. ada penduduk tinggal kat sini. jadi, jangan bising sangat




Pehhhhhh tengok tangga dia. banyak kali kitorang terserempak dengan halmeoni (nenek) yang terbongkok-bongkok turun tangga


Tangga ikan! antara highlight kat kampung ni. nasib baik kitorang pergi awal pagi, tak ramai orang. kalau tak... mesti susah nak bergambar kat tangga ni


Teruskan berjalan selagi kaki anda mampu menapak


Pengumuman... seorang kanak-kanak memakai shawl merah dijumpai tersadai di tepi dinding rumah orang. kepada penjaga nya, silalah ambil beliau kembali


Cute ^^


Bersih je perkampungan ni








Nak je ketuk pintu rumah dia mintak kimchi. hahaha =P




Another stairs


Mengidam anak kembar ke? =P


Jemput duduk








Mural of tailor =)


Tetiba budak ni rindu mak dia


Vandalisme selagi boleh


Tengah-tengah jalan, tetiba snowing semula =)


Kami dah hampir sampai ke penghujung!






Annyeong!




Barber shop. looks messy~


Kali ni heaven sikit sebab turun bukit pulak. heeeee


Bye Ihwa-dong Mural Village. semoga tak ketemu lagi. bhahahaha =P


Pastu, kitorang berjalan kaki menuju ke Hyehwa Station semula




Yucksssss~


Tengah-tengah jalan, terjumpa pulak Korea National Open University. bergambar sikit ah. nak gebang dengan orang kampung cakap kitorang further studies =P


Pastu terjumpa pulak Seoul National University Hospital. rasa macam belajar kat sini lebih padan dengan status kitorang sebagai fourth year medical student =P


Bajet intern student. hiks! konfem satu kampung bangga. hahahaha =D


Teruskan berjalan


Akhirnya bertemu kembali kita dengan Hyehwa Station, tempat snowing tadi. hihi


Baru pukul 10.30 pagi. banyak lagi tempat nak pergi ni. hehe =D

Next destination ---> N Seoul Tower atau lebih dikenali sebagai Namsan Tower. to be continued~


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


2 comments:

Jari Manis said...

belum pernah ke sini..haruslah my partner trip kalau sis JM rekomen tempat ni dia xnk pegi huhhu..dia nk pegi tempat yg rare...x nk tempat yg common...aduh lah

kurakuraygslow said...

Tempat ni tak rare ke sis JM? =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...