04 May 2015

#2ndtriptokorea - Day 5 (Cheongdamdong - JYP, Cube, FNC, SM Entertainment Buildings) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Khamis - 19 Februari 2015

Okay nampaknya sudah masuk hari kelima kami merantau ke Korea. boleh lah klik sini kalau nak baca entri Day 4 =)


SM Entertainment... wait for me! ^^


Hari ni merupakan public holiday kat Korea sebab Seollal (Chinese New Year). jadi, kitorang pun perlahankan sikit rentak perjalanan pada hari ini sebab dah penat 4 hari bertungkus lumus bangun seawal pagi. kehkehkeh =P

***

Oh ye, sebelum tu... terlupa pulak aku nak cerita dalam entri sebelum ni. balik je dari Namdaemun Market dan Myeongdong malam semalam, kitorang terus masuk pantri guesthouse macam biasa. masuk-masuk je terkejut sebab ramai orang tengah lepak kat pantri. rupa-rupanya, owner guesthouse buat parti malam Tahun Baru Cina daaaaaa.

Aku nampak ada banyak botol soju (arak) kat atas meja. visitors yang non-muslim pun join parti tu. sejurus je kitorang melangkah masuk ke dalam guesthouse, terus salah sorang owner which is a guy tegur kitorang dengan cara yang sopan. muka dia nampak bersalah gila sebab tak dapat nak jemput kitorang sama-sama memeriahkan parti tu. 

Sementara menunggu adik aku mengisi air panas ke dalam maggi cup kitorang, berkali-kali dia pandang kitorang dengan pandangan "aku nak jemput dorang, tapi dorang muslim". kitorang pun sengih ala-ala kerang busuk jelah kat dia then terus chow naik ke bilik untuk makan maggi.

Take home message aku kat sini hanyalah... sebenarnya ada je non-muslim yang tau pasal agama kita. dorang tau mana halal mana haram untuk muslim. jangan salahkan non-muslim kalau kita sendiri pun tak pandai jaga diri dan terjebak dengan anasir-anasir negatif. *saja je nak berceramah sikit ekoran isu B1A4 peluk muslim girls kat fan meeting dorang hari tu... hihi*

***

Okay sekian habis ceramah daripada ustazah-jadian-kura-kura. kiki. jom sambung cerita pasal Day 5~

Selalunya pukul 8.30 pagi kitorang dah blah dari guesthouse. hari ni, pukul 8.30 pagi masih golek-golek atas katil sambil berselubung dengan comforter. nak tidur je boleh? malas lah nak keluar. kan public holiday. hahaha =P

Lepas dah sedar dari realiti, barulah slowly bangun dari katil, siap-siap, then turun ke pantri dalam pukul 9 lebih untuk breakfast. roti dah habis... so kitorang makan biskut je untuk breakfast hari ni.

Pukul 10.00 pagi barulah kami bergerak ke Myeongdong Station untuk menuju ke Cheongdamdong. ada apa kat Cheongdamdong tu? nama tempat macam grand je. hiks!

Buat pengetahuan uollssss yang Kpop fans sangat tu, kat sini lah terletaknya four big entertainment companies in Korea! ada SM Entertainment, JYP Entertainment, Cube Studio dan FNC Entertainment! weeeeehoooooo~ 

Memang inilah destinasi idaman para Kpop fans di seluruh dunia. gegedik nak lawat entertainment companies tu semua dengan harapan dapat berjumpa dengan oppa masing-masing walaupun probability untuk jumpa tu hanyalah 1 in 1,000. hihi =P

So, sebagai peminat SNSD dan EXO... sudah tentulah aku sangat excited untuk ke SM Entertainment building. tapi hari ni kan Seollal. tak mungkin lah artis tu semua ada kat company masing-masing. konfem dorang balik kampung.

Pape hal pun, marilah kita bergerak menuju ke Cheongdamdong~



1. Dari LINE 4 Myeongdong Station (Danggogye bound), transfer kat Dongdaemun History & Culture Park Station
2. Dari Dongdaemun History & Culture Park Station, tukar ke LINE 2 menuju ke Wangsimni Station
3. Dari Wangsimni Station, tukar ke BUNDANG LINE menuju ke Apgujeong Rodeo Station (Suwon bound)


Sampai-sampai je kat Apgujeong Rodeo Station, kitorang terus cari EXIT 3. tapi, terjumpa pulak 2PM standee berdekatan dengan Exit 3 tu. apa lagi... haruslah bergambar dulu. belum keluar dari stesen pun dah rasa aura Kpop tu uolllssss. kehkehkeh =P


 Aku minat Chan Sung je. kesian Jun Ho takde sape layan dia. haha =P


Tetiba I jadi tersipu-sipu malu depan Nichkhun. selalunya kasar yang amat. ahaks!


 Saja ambik gambar cenggini nak bagi Rifqah yang merupakan peminat Taec Yeon jeles =P


Nampak sangat tak minat. pegang tangan pun nak tak nak je. haha. sorry Jun K fans >.<

*eh mana standee Woo Young eh? aku yang tak perasan ke memang takde?*


Selain daripada standee 2PM, ada jugak standee KARA. tapi aku tak minat sangat dorang. sebab tu malas nak ambik gambar. haha.


 Kat stesen tu jugak ada benda ni!


 Ada handprints 2PM, KARA, Kim Soo Hyun, Kim Woo Bin dan
ramai lagi


Ni handprint Taec Yeon. lagi sekali sebab nak buat Rifqah jeles. haha. tapi apsal handprint dia kecik sangat?


Selain daripada benda-benda kat atas tu, ada jugak benda-benda kat bawah ni~






***

Nampaknya... sudah setengah jam kami di sini. bila nak pergi cari entertainment companies nya? ahahahahah =P

Akhirnya, kami pun keluar melalui EXIT 3 lalu berjalan kaki di sekitar Cheongdamdong untuk menuju ke destinasi idaman tersebut. buat masa ni, kita hanya perlu jalan terus. don't belok-belok.


Jalan raya tersangatlah lengang sebab public holiday


Inilah dia Cheongdamdong Fashion Street. banyak outlet jenama mewah seperti Louis Vuitton, Burberry, Gucci dan Giorgio Armani ada kat sini


 Ni tempat orang-orang kaya Korea melepak


 Bukti betapa kayanya mereka. motor macam ni mau beribu-riban kat Malaysia. dorang tak heran buat angkut barang je kot!





Selepas puas berjalan terus tanpa mengenal erti putus asa, first entertainment company yang kita akan jumpa adalah bangunan SM Entertainment yang lama. dengar cite bangunan tu tengah under renovation. cite lain pulak, katanya bangunan tu dijadikan trainee center. tak kisah lah mana-mana pun, yang penting SNSD dan EXO dah takde kat situ. hiks!


Dari jauh dah nampak old SM Entertainment building kat seberang jalan



Dah makin dekat =D



Tadaaaaa! this is OLD SM ENTERTAINMENT building! masa ni tengah promotion single Red Velvet - Be Natural. sebab tulah poster Red Velvet besar gedabak tertampal kat bangunan ni



 Kat sebelahnya pulak tertampal poster TTS - Holler. tapi aku malas nak ambik gambar sebab TTS terlampau seksi dalam poster tu. hehe


Kemudian, kami teruskan perjalanan. terjumpa pulak klinik plastic surgery daaaa.


 Nasib baik public holiday... so klinik ni tutup. kalau tak, konfem pergi muka lain... balik muka lain. haha =P




Korang hanya perlu jalan terus sampai jumpa simpang empat besar ni. kat belah kanan korang nanti akan ada outlet Burberry. so, korang hanya perlu melintas jalan ke arah kiri


Aku suka gila dengan traffic light kat Cheongdamdong. asal tekan button dia je, konfem ada suara yang mengatakan "jamkkanman gidari juseyo" - sila tunggu sebentar. pastu, aku dengan ziha pun ucap "kamsahamnida" sambil bow 90 darjah depan traffic light tu. konfem orang Cheongdamdong ingat kami ni gila. haha =P

Lepas dah melintas ke kiri tu, kita perlu berjalan lagi sampai jumpa Baskin Robbins. itulah landmark untuk menuju ke JYP Entertainment! tapi, kitorang rasa dah jalan cukup jauh. mana Baskin Robbins nya ni? so, kami pun berhenti kat 7-Eleven untuk tanya arah.


Memang muka tak malu betul. selamba je masuk memana kedai untuk tanya arah. kekeke =P


Malangnya, petugas kaunter 7-Eleven tu pun tak tau di manakah Baskin Robbins tersebut. jadi, kami bermundar-mandir sepanjang jalan untuk tanya arah kat passer-by. masalahnya, mana orang Korea ni? semua tengah makan besar kot. nasib baik muncul sorang Korean guy come to rescue.

So, kitorang mintak tolong dia navigate sikit mana JYP Entertainment. tetiba dia cakap tempat tu jauh. kena naik teksi. ahhhh sudah. kami tak mahu naik teksi kerana kami budget traveler sahaja. so, kitorang mintak tolong dia navigate Baskin Robbins pulak. memula dia macam tak faham. so, aku pun buatlah gaya makan aiskrim bagi dia faham. 

Lepas tu dia reply "Aaaaaa... Baskin Robbinseu". aku dengan ziha hanya mampu tertawa kecil dengan jawapan dia tu. orang Korea ni tak mampu nak pronounce word yang ada pape huruf konsonan kat hujung. dorang mesti akan tambah E kat belakang. ROBBINS jadi ROBBINSE. DONUTS jadi DONUTSE.

Then, dia cakap Baskin Robbins ada kat hujung nun. jalan je terus don't belok-belok. terima kasih lah ye oppa. walaupun kita menghadapi sedikit masalah komunikasi, ia mampu diatasi berikutan kami berdua peminat tegar Korean variety show. jadi, Bahasa Korea ibarat bahasa kedua kami. hiks!

So, kitorang pun jalan je terus dan akhirnya... jumpa pun Baskin Robbins! susah-payah saya cari awak tau. korang hanya perlu belok kiri kat lorong depan Baskin Robbins tu untuk menuju ke JYP Entertainment.

Ni aku ada buat peta sikit supaya senang korang nak faham =)



Dari EXIT 3, jalan je terus. lepas tu akan nampak old SM Entertainment building kat seberang jalan. kemudian, lintas jalan kat simpang empat besar sebelah Burberry. bila dah melintas ke kiri, jalan je terus sampai jumpa Baskin Robbins. terus terang aku cakap, siyes jauh gila nak jalan. nasib baik cuaca sejuk. kalau tak... dah bermandi peluh dah kitorang.


So, bila dah belok kiri kat lorong depan Baskin Robbins tu, korang hanya perlu jalan terus sampai nampak Dunkin Donuts kat sebelah kiri korang. haaaa bila dah nampak Dunkin Donuts tu, konfem korang akan nampak JYP Entertainment sebab dua bangunan ni berdepan.



JYP ENTERTAINMENT!


Muka si JYP tu yang paling besar. haha. antara Kpop artists yang bernaung bawah JYP Entertainment adalah 2PM, 2AM, GOT7, Miss A, Wonder Girls dan etc


 CEO baru - ZYP


Ada fans duk melepak kat dalam Dunkin Donuts dengan harapan tetiba 2PM keluar dari bangunan ni kot. padahal aku takde lah minat sangat artis-artis JYP, tapi duk sibuk mengintai jugak kat dalam kereta hitam tu kot-kot ada Taec Yeon ke kat dalam tu. haha =P


Memandangkan hari ni Seollal, jadi tak ramai pun fans yang duk sibuk menunggu kat depan bangunan ni. kalau hari biasa, konfem penuh. kitorang malas nak tunggu lama-lama. kan probability untuk jumpa 2PM tu hanyalah 1 in 1,000. haha. so, kami teruskan perjalanan untuk menuju ke Cube Studio.

Cube Studio ni adik-beradik JYP Entertainment. so, kedudukan bangunan dia dekat je dengan JYP. cuma perlu pergi ke arah kanan, konfem akan jumpa Cube Studio.

Nah aku bagi peta bagi korang faham~




 Inilah dia CUBE STUDIO! masa ni tengah promotion lagu 4Minute - Crazy. so, poster dorang lah yang tertampal kat bangunan ni. antara artis lain bawah naungan Cube Studio adalah Beast, A-Pink dan BTOB


Kat bawah tu ada kafe. tapi hari ni tutup sebab Seollal. kalau tak, boleh lah lepak kat situ kot-kot tetiba terjumpa Beast ke. hiks!


Tak dapat jumpa Beast, bersandar kat kereta dorang pun jadilah. keke =P


Selepas itu, kami teruskan perjalanan untuk menuju ke FNC Entertainment. korang perlulah melalui jalan JYP Entertainment tadi.


 Ikut jalan ni


Jalan je terus. lepas tu, bila nampak CU Mart, terus belok kanan.


Ni haaa dia CU Mart tu
(gambar ihsan Google)


 Tadaaaa this is FNC ENTERTAINMENT. ada CN Blue, FT Island dan AOA kat sini




Masa ni tengah promotion solo Yong Hwa


 Saya sudah sampai ke FNC Entertainment. tapi kat pintu pagar dia jelah. hiks!


Ada van misteri kat depan bangunan ni. setelah puas mengintai melalui cermin hitam tersebut, aku tetap tak nampak pape. haha =D


Dah puas mengintai van tu, kitorang pun teruskan perjalanan untuk mencari favourite building aku which is SM Entertainment!!!!

Korang cuma perlu jalan terus selepas jumpa FNC Entertainment. jalan je sampai ke penghujung kemudian belok kanan. lepas tu korang akan nampak playground kat seberang jalan. haaaaa SM Entertainment ada kat depan playground tu je! ^^


Nah peta sikit


Ni dia playground tu


 SM ENTERTAINMENT building!!! heeeeeee~
Entertainment company paling femes kat Korea sebab ada TVXQ, Super Junior, SNSD, Shinee, f(x), EXO dan Red Velvet


Berharap dapat jumpa SNSD dan EXO. tapi memang mission impossible lah. hehe


 Pintu yang femes. selalunya ramai fans akan berdiri kat sebelah pintu tu demi menunggu mana-mana SM artists. tapi hari ni takde sape pun yang ada kat situ kecuali kitorang. haha =P


Tenang jiwa dan raga aku bergambar sebab takde orang. muahahaha =D


Ni pos pengawal dia. siap ada CCTV. aku tengah syok bergambar kat depan tulisan SM Entertainment tu, tetiba guard dia keluar. aku ingatkan dia nak marah. rupanya dia cuma keluar untuk smoking -,-


 Uri Super Juni~oyeo! *Super Junior's slogan*


We are ONE! *EXO's slogan*


 OMG! Kura-Kura YoonA dah sampai! mana fans I ni? HAHA =P


Tengah duk sibuk berposing sana sini, tetiba berhenti pulak ahjussi yang bawak teksi oren tu kat depan bangunan ni. dia cakap... "small building... too many people". eh pandai pulak ahjussi tu speaking london. haha! biaq lah ahjussi. kami tak kacau hang pun. keke =P

Lepas dah puas bergambar, kitorang pergi kat playground seberang jalan tu. kot-kot sat lagi ada artis keluar. hihi.


 View dari playground


Sambil-sambil stalk artis, boleh exercise. kiki =P


Tunggu punya tunggu, bayang manager SNSD pun tak nampak. haha. so, kitorang pun ambik keputusan untuk blah dari sini. disebabkan tak tau jalan lain untuk ke subway station, so baik berpatah balik mengikut arah kita datang tadi. hehe.

Masa pergi rasa jauh. nak balik ni rasa dekat pulak sebab dah tau jalan. ahaks!


 Jumpa old SM Entertainment building semula. tadi nampak dari seberang jalan je. laaa ni nampak depan-depan. so, kitorang pergi ke belakang bangunan ni tengok apa yang ada


 Ada pos pengawal jugak. sesuka je aku mintak izin untuk tutup tingkap dia sebab nak bergambar dengan poster EXO dan f(x). hee~


Kemudian, kita teruskan perjalanan untuk menuju ke Apgujeong Rodeo Station semula. memandangkan kali ni stesen tu terletak kat seberang jalan, kita perlulah melintas jalan dahulu. sekali lagi traffic light tu cakap "jamkkanman gidari juseyo" dan sekali lagi kitorang bow sambil cakap "kamsahamnida". kekeke =P

Then, marilah masuk semula ke Exit 3 Apgujeong Rodeo Station. perut pun dah berkeroncong sebab dah tengah hari. masa untuk lunch!

Next destination ---> Itaewon and Seoul Central Mosque. to be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


2 comments:

Nuzul Azmi said...

Assalamualaikum.. Boleh x nk tanya sikit akak sewa rumah kat mane eh masa pergi korea tu?

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Tak sewa rumah dik. Sewa bilik je. Boleh tengok dalam post under tajuk Namsan Guesthouse 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...