15 August 2011

Lelaki macam mana yang boleh buat perempuan terpikat

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hai cute girls and handsome boys sume. korang mesti selalu je baca artikel pasal 'perempuan macam mana yang disukai lelaki' kan. rasanya jarang sekali korang jumpa artikel pasal 'lelaki macam mana yang boleh buat perempuan terpikat'. yelah, ramai je lelaki cakap, dorang suka perempuan yang berbaju kurung lah, bertudung lah. it is so unfair kalau lelaki je yang boleh list kan segala apa yang dorang suka. why not kali ni, turn perempuan pulak bersuara mengenai penampilan lelaki yang macam mana, yang mampu menggetarkan jiwa kitorang ni. amacam?
....

Mukadimah : segala apa yang bakal ditulis ni mungkin berdasarkan pandangan peribadi aku je. bukanlah mewakili pandangan sume kaum perempuan. so, pape pun... no hard feeling ok =)

* Korang    : represent boys
* Kitorang :  represent girls


   Boleh klik play

Kalau korang nak tau, perempuan boleh terpikat kalau nampak...

1.  Lelaki yang pakai baju melayu


Kalau korang yang lelaki tu suka tengok perempuan berbaju kurung yakni baju kebangsaan kita, kitorang yang perempuan pun suka tengok korang berbaju kebangsaan jugak iaitu baju melayu. lagi-lagi kalau siap dengan sampin dan songkok. pergghh macho beb. bergetar jiwa kitorang ni. ehem. 

Tapi, kitorang ni takde lah kejam sangat sampai nak suruh korang tu berbaju melayu siap dengan sampin macam nak pergi nikah je waktu pergi kelas. kitorang paham, Malaysia kan panas. lagi-lagi baju melayu cekak musang (sape tak tau cekak musang tu apa, tanya nenek dia skang jugak), tak pasal-pasal mati kepanasan pulak korang tu (neraka lagi panas beb.. errkk).

So, apa kata korang pakai je baju raihan. alah, yang baju dia ala-ala baju melayu jugak tapi takyah pakai satu set dengan seluar baju melayu tu. just pakai seluar slack cukup. pastu, pakai pergi kelas waktu hari jumaat. awww hensem kot. ahaks.

nampak segak kan macam ni ^^

2.  Lelaki yang pakai kemeja waktu kat shopping mall

Bayangkan korang yang lelaki, tengah-tengah berjalan dalam shopping mall, tiba-tiba ternampak pulak sorang perempuan yang pakai baju kurung dengan tudung bawal, tengah duduk makan kat food court. mesti sweet je korang pandang perempuan tu kan. yelah, dah namanya shopping mall. mestilah asyik-asyik terjumpa perempuan berseluar jeans yang pakai baju ketat-ketat je. so, bila dah terjumpa someone yang lain daripada yang lain, sedikit sebanyak dia berjaya jugak mencuri tumpuan korang kan?

ewww...

Haa macam tu jugak lah apa yang perempuan rasa. kejap-kejap jumpa lelaki yang pakai seluar jeans gedoboh. jalan sikit boleh nampak apa yang dia pakai kat dalam seluar tu. sangat geli ok. so, apa kata korang try to be smart sekali-sekala. pergi campak lombong segala seluar gedoboh yang ada, then beli sehelai kemeja. suka hati lah nak kaler apa pun. nak lengan panjang ke, lengan pendek ke, takde lengan ke... errkk yang tu jangan. sila berlengan ye. takyah susah-susah pakai tie. pakai kemeja gitu je dah cukup smart dah.

* lagi smart kalau korang lipat lengan baju kemeja tu sampai siku.. ahaks.

haa macam nilah. adoi tergoda aku... haha

3.  Lelaki yang aktif bersukan


Sememangnya sukan dengan lelaki ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. chewah! tapi, akan jadi sangat pelik kalau korang, wahai lelaki... tak suka bersukan. perempuan akan pandang lelaki yang tak pandai apa jenis sukan pun dengan pandangan 'kau memang anak mak'. ini adalah kebenaran. sila percaya.

So, korang yang lelaki tu, kenalah rajin-rajin bersukan. kalau setakat terer main badminton je pun ok apa. untung-untung boleh wakil negara, ganti Datuk Lee Chong Wei (fine dia dah kalah dengan Lin Dan semalam.. huhu). lagipun, bersukan ni boleh bina muscle. lama-lama boleh ada six packs. bukan ke ramai perempuan suka lelaki yang ada six packs? takde lah kitorang duk tergilakan lelaki Korea yang ada six packs je nanti. haha.

ni dia mamat-mamat six packs dah mai dah

4.  Lelaki yang tak merokok

Sape cakap merokok tu cool? it is so damn wrong ok. cool apa nya. cari penyakit ada lah. so, wahai lelaki.. sila lah semat elok-elok dalam minda korang tu, perempuan amat tak suka lelaki merokok. bau asap rokok pun tak suka. tak pasal-pasal kitorang jadi passive smoker, pakej dapat penyakit sekali.


Owh yeah, korang nak cakap... ramai je perempuan jadikan lelaki yang merokok bf (buaya friend) dorang kan? mungkin jugak sebab perempuan tu tak buat soal siasat dari awal. bila dah cinta mati barulah tau, rupa-rupanya bf (buaya friend) dorang tu perokok tegar. 

Pernah dengar "cinta itu buta?" yeah, perempuan memang cepat buta sebab cinta. tapi bukan sume perempuan, sesetengah je. kadang-kadang, kitorang ni sanggup butakan apa yang tak elok sebab dah sayang gila-gila kat seseorang lelaki. sampaikan prinsip asal 'tak suka lelaki merokok' pun boleh berubah. berubah masa tu jelah. kang dah kahwin, bergaduh 25 jam nak paksa si suami berhenti merokok. tak percaya, tengok jelah nanti.

nak jadi macam ni ke?

5.  Lelaki yang pandai main alat muzik

Rasanya kali ni, ramai je perempuan yang setuju dengan aku kot. yeah, lelaki nampak sangat cool bila dorang pandai main alat muzik. aku prefer gitar... hehe. sebab, ramai perempuan simpan impian, nak si dia mainkan lagu khas untuk kitorang. haha. sungguh jiwang impian itu.

But, seriously... perempuan memang cepat cair kalau tengok lelaki main alat muzik. aku pun tak tau kenapa. mungkin dah memang lumrah perempuan kot cepat touching dengan benda-benda remeh camtu. hehe. so, kalau korang pandai main alat muzik, itu merupakan satu bonus untuk diri korang ye wahai lelaki. ramai je perempuan minat korang dalam diam. korang je yang tak tau. betul, sila jangan percaya cakap aku.. ahaks.

Jong Hyun aku memang nampak cool sangat dengan gitar tu

* abang & adik lelaki aku pun pandai main gitar. ada sape-sape yang berminat?

6.  Lelaki yang pandai azan


Asyik tengok penampilan luaran je kan, yang dalaman pun kena tengok jugak. kalau pandai main gitar je tapi tak pandai azan pun tak bagus jugak. apa kata try nampak smart dalam dua-dua bidang. kadang-kadang kitorang yang perempuan ni curious giler nak tau sape kah gerangan yang azan tadi tu. tambah-tambah kalau suara dia syahdu yang amat sampai meremang bulu roma ni.

Kalau pandai mengaji, pandai jadi imam.. lagilah. memang konfem-konfem masuk dalam list calon suami. silap-silap, bakal mak mertua pun suka. ahaks. yang ni korang boleh percaya, betul aku cakap.

7.  Lelaki yang tunggang motor sambil bawak bagpack

Fine... yang last ni, mungkin jugak pendapat aku sorang je kot. tak tau lah kalau ada ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang berkongsi pendapat dengan aku. bagi aku, lelaki akan nampak sangat smart bila dorang bawak motor. tambah-tambah lagi kalau siap pakai bagpack. ahaks.

Errr maksud aku, waktu dorang ni masih lagi student lah. kalau dah beranak-pinak pun masih bawak motor, melampau lah. baik bawak kereta. kesian anak bini tu kena hujan, kena panas. so, korang tu wahai lelaki, rajin-rajin lah bawak motor masa bergelar student ye. dah kerja nanti baru lah bawak kereta ok. hehe.

errr posmen pun bawak motor jugak kan.. haha
....

Macam yang aku mention awal-awal tadi, ni cuma pendapat peribadi aku. kalau sume perempuan fikir macam apa yang aku fikir, maksudnya dah terbukti yang pendapat aku ni mewakili pendapat seluruh kaum perempuan. ahaks.

So, kepada lelaki-lelaki di luar sana tu, try lah jadi smart and cool sekali-sekala. untung-untung ada jugak perempuan yang cair dengan korang nanti. mesti korang nak kan. aku tau tu. ahaks. all in all... yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. peace no war~

* ramai lelaki mengeluh, perempuan ni cepat tertarik dengan lelaki yang ala-ala bad boy je. tak minat pun dengan lelaki yang baik-baik gitu. betul ke wahai perempuan?

23 comments:

Anonymous said...

likes this :)

Seeker said...

kurakurayangslow !

haha

saya nak laki saya main gitar n nyanyi lagu kau ilhamku..:)

suka sume post awak eon ni..;)

kurakuraygslow said...

@Lily : =D
@Fat : thanks maknae! nanti suruh jiran depan rumah mainkan lagu Kau Ilhamku ok =P

Faiz Tapit said...

owh. pasni nak pakai baju melayu jelah tiap masa. heheh

sopi nurhaliza said...

Ahahahahaha... SETUJU!!!!
Hahahaha.. Ok, kelakr.. Xtau nape tp nak gelak jugak.. Walopon xbrapa nak masuk ngan ciri yg terakhir tu kan, still daebak. ^_^

kurakuraygslow said...

@Faiz Tapit : boleh boleh. sure sume gadis terpikat.. hehe
@Sofia Sakina : haha.. ciri terakhir tu unik sikit. thanks :)

SN said...

keh3~~~

jong hyun hot tu, nice2! :)

Fana Flora said...

hi! tq sebab sudi singgah blog saya. yeah, taste kite lebih kurang sama. masa baca entry ni senyum sorg2. haha gatal sungguh! :P

aah, saya budak uitm. saya duduk gombak ;)

terima kasih :D nnt saya akan update blogsecepat mungkin ok. sekarang busy dgn kelas. hehe

kurakuraygslow said...

@Tasha : Jong Hyun memang hot dan cute..kehkehkeh :)
@Fana Flora : most welcome :)

Noie Chan said...

ley tahan taste kurakuraygslow..tapi kte sndr tak taw taste kte camne..huh..

syazaishahani said...

serius ke pompuan suke laki bawak motor sambil bwk bagpack??
hahaha
like!!

kurakuraygslow said...

@Noie : hehe. taste yang entah pape =P
@Syaza : hahaha. pasal motor ngan bagpack tu akak sorang je suka :D

@chikBunga said...

time blaja dulu yela suka tgk laki ala2 bad boy...tp bila pk na kawen, lagi suka klu tgk lelaki yg br lpas kua dr surau...hehehe...dgr laki mngaji lagi la cairr...=)

kurakuraygslow said...

@Achik Kuat Bebel : haha. yup, kalau pandai mengaji baru sesuai dibuat suami :)

Anonymous said...

haha..yg last tu cm x je..susah nk dpt gegurl yg ske guy nek moto neh..klo ada satu dlm seribu la kot :)

kurakuraygslow said...

@Radzif Omar : yeke? kalau camtu, owner blog ni lah satu dalam seribu tu... hahaha =D

Anonymous said...

betulll.. sgt cair klau tgok dak2 laki nek motor smbil bawak bagpack.. awal2 hotak dah imaginee 'konfem hnsem;, ;cam bagus jep', 'machoo woo',

siyess3 giler! anddd aku nak vote yg 1, 2,4,6,7

-gurl-

kurakuraygslow said...

First time dapat geng yg suka lelaki bawak motor+bagpack. Sep sikit! =)

Anonymous said...

Kau suka yg main gitar. Aku pulak cair trnampak classmate aku main seruling lagu Titanic. Eventho he's not my crush but the memory stay still. Aaahh that feeling!

Anonymous said...

Saya suke lelaki suke wat lawak..kalu apprance tu saye suke lelaki pkai jaket rider..mak oii leleh air mata , nampak macho..i swear.

Unknown said...

Yang main gitar tu aku x setuju..muktamad!!

Unknown said...

Sye ta minat sukan ... jp .. tp gym pown sukan gk ean? .. ahaha .. sbb kbykkn laki ske bola ... psl bike tu xtau lk girl ske hehehe ... sye yg laki pown meleleh tgk brader naek motor pkai backpack .. smart tu(mksd sye bike cc besar) ... tringan kawt blade 250 ... dh angau sgt dh ni .. haha

Niq Din said...

owhh mcm tu ke? tpi sy rasa ego sngt tinggi, sbb tu smpai sekarang tk pernah ada crush..tpi minat seseorang tu ad..cinta lps kawin kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...