21 August 2011

Kenapa perempuan sukakan bunga

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello readers and followers. sedar tak sedar dah dekat 5 bulan aku ber'blogging'. ni pun sebab tengah menanam anggur kat rumah. kang dah sambung belajar balik, entah apa akan jadi kat blog ni agaknya. haish. wait wait... tu cite dua minggu lagi. tak mau cite skang.

Sepanjang 5 bulan ni, aku rasa kan... kebanyakan entri aku hanya lah berbentuk hiburan semata-mata. kejap-kejap Kpop, kejap-kejap SNSD. macam takde entri ilmiah je. sia-sia korang baca blog aku... huhu (sedang berlari sambil menekup muka lalu menghempaskan diri ke atas katil).


Huish tak boleh jadi ni. untuk tidak mengecewakan diri sendiri, aku pun godek-godek balik Arkib Negara tu. nak cari bukti kewujudan beberapa kerat entri ilmiah yang mungkin tersesat dalam blog ni. so, inilah penemuan aku....

1.  Info Matematik - Aplikasi matematik dalam perasaan

2.  Info Medic - Sape takde Hyperhidrosis mesti baca

3.  Info Kimia - Cara mudah belajar subjek Kimia

4.  Info keagamaan - Muhasabah diri

5.  Cara mengarang pantun - Pantun Melayu Warisan Bangsa

6.  Panduan menulis Korea - Segmen belajar tulisan Korea

7.  Tips study yang tak seberapa - Sempoi

8.  Cerpen yang tergantung - Kisah terencat

See... ada je entri-entri ilmiah dalam blog aku. korang je yang tak baca kan... kehkehkeh =P
****

Errr... tadi tu intro je. takde kena-mengena pun dengan tajuk entri ni. ahaks. jangan marah-marah, nanti kena jual macam biskut raya =)

So... jom kita pergi ke entri yang sebenar *ehem ehem*.

****


Hello pencinta wanita bunga sekalian. korang suka berapa kuntum bunga? 1 kuntum, 2 kuntum, si kuntum? lepas SPM dulu aku pernah kerja part time kat satu kedai bunga ni. adalah dalam 4 bulan jugak aku kerja. pemilik kedai tu merupakan the best boss ever. betul wa cakap lu. dia tak anggap aku ni pekerja pun, layan macam anak sendiri je. so, adik-adik yang bakal habis SPM tu, nak tak apply kerja kat kedai bunga ni nanti?

Hadiah sempena persaraan aku, bos yang bagi.... mood terharu

* board tu besar kot. lebih besar daripada manila card. banyak gambar-gambar kenangan aku kerja kat kedai tu dulu. skang ni ditampal dengan cantiknya kat dinding bilik aku.
* tu jam Swatch ori. first time ni aku dapat jam branded ori. selalu nya pakai Swatch brand Petaling Street je.. hehe. thanks bos =)
....

Back to the story~

Dah nama pun kedai bunga kan. memang takde chance langsung aku nak main-main mata dengan pelanggan yang datang. yang beli bunga kat kedai tu pun sume pakej-pakej laki orang, bf (buaya friend) orang. sweet je beli bunga untuk bini dan gf (gila friend) masing-masing *sigh*.

So kali ni, aku nak bagi korang berkenalan kejap lah dengan nama-nama bunga yang femes. yang lelaki tu, boleh take note ok. gf korang merajuk je, dah prepare awal-awal dah jenis bunga apa yang patut korang bagi nanti. yang perempuan tu, boleh sediakan diri untuk merajuk... haha.

Rose

Merupakan bunga yang paling femes kat dunia. dah adat dalam adegan drama tempatan, asal heroin dapat bunga ros je, terus cium bunga tu bagai nak rak. padahal bunga ros bukan wangi pun.


Lily

Haa bunga lily barulah betul-betul wangi. tapi harga dia agak mahal. dalam satu tangkai bunga tu ada lah dalam dua ke tiga kuntum lily. jarang bf-bf yang sengkek nak bagi gf masing-masing bunga lily ni. 


Eustoma

Ramai orang tersalah anggap ingat eustoma ni ros. tidak tidak. dorang ni sepupu je. eustoma tersangat lah femes kat majlis kahwin. selalu diselit dalam gubahan hantaran.


Carnation

Dalam Bahasa Melayu, carnation bermaksud bunga teluki. mungkin korang pernah dengar kot. jarang orang gubah bunga ni dalam jambangan. kebiasaannya, restoran-restoran suka letak bunga ni dalam pasu kecik pastu letak atas meja. sebab carnation tahan lama.


Gerberas

Ramai orang tertipu ingat kan ni bunga matahari. haha. bukan bukan. kalau letak bunga ni dalam jambangan pun cantik sebab dia besar dan memenuhi ruang.


Tulip

Tulip memang mahal. satu tangkai tulip tu ada satu kuntum bunga je pun. bos aku cakap, mana-mana perempuan yang suka tulip, dia tu high maintenance. so you guys, watch out.
....

Tadi tu bunga yang utama je. korang perasan tak, biasanya dalam jambangan, ros bukan nya duduk sorang-sorang. ada bunga kecik-kecik jugak yang temankan dia. haa yang tu namanya 'fillers'.

Peacock

Ni bukan nya burung merak. ni bunga. jangan tanya aku kenapa nama dia peacock. aku terajang je kang.. hakhakhak. ada tiga warna... kuning, putih dan purple. aku paling suka tengok yang kaler purple.


Statice

Mahal sikit dari peacock tapi cantik. tahan lama jugak. senang cite perfect lah.


Berry

Nampak macam buah beri. hampir-hampir aku nak makan. nasib baik tak kena penyakit beri-beri.
....

Korang nak tengok contoh jambangan bunga yang dah siap? alaa cakap lah nak. aku nak tunjuk ni... ahaks.


Ni bos aku yang gubah. tak perlu dipertikaikan lagi hasil gubahan dia. memang expert tahap cipan.



Jambangan ni memang bukan aku yang gubah... ahaks ahaks. pekerja tetap kat situ yang gubah, nak bagi kat bf dia. tak rock lah aku gubah jambangan bentuk love ni. (buat apa bagi bunga... lama-lama layu jugak)



Yang ni pun bukan aku yang gubah... kehkehkeh. kawan sekerja aku, part timer jugak... dia yang gubah. kalau korang nak tau, dia lelaki ok. buat jambangan ni khas untuk gf dia. (sape kata lelaki tak pandai gubah bunga?)



Haa yang ni barulah aku yang gubah... ahaks ahaks. cantik tak cantik tak? *baik korang cakap cantik*. khas untuk member aku, hadiah daripada bf dia. (kira macam aku pulak yang bagi dia bunga, sebab aku yang gubah, bukan bf dia)



Bila tengok-tengok balik jambangan ni, segan kot aku. ni masa first time gubah bunga. sebab tu jambangan tu nampak agak tak cantik. agak jelah. sebenarnya cantik jugak. kan kan?



Tadaa. jambangan paling mahal yang pernah aku gubah. RM200 ni. jangan main-main. ni untuk Tun Dr. Siti Hasmah, isteri Tun Dr. Mahathir. pergghh aku pernah gubah bunga untuk VIP kot... kehkehkeh.
....

Errr.. apa tajuk utama kita tadi ye? aku rasa dah jauh melalut ni.. haha. ok ok. berbalik kepada topik utama. kenapa perempuan sukakan bunga? sebenarnya, aku tak tau pun jawapannya sebab aku tak suka bunga. tapi kalau dah ada orang bagi, rembat jelah... ahaks ahaks =P
"Each flower is a soul blossoming out to nature" ~ Gerard de Nerval

4 comments:

KoPi TaeZac said...

sye nak cik kura-kura blikan sye buga tulip ;)

kurakuraygslow said...

owh awek high maintenance.. haha =P

MissViVio said...

tulip pliz!! :P

kurakuraygslow said...

eh another awek high maintenance..hahaha =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...