11 August 2011

Best ke kahwin paksa?

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello readers and followers. arrgghh... apsal lah sejak akhir-akhir ni banyak sangat novel yang berkisahkan kahwin paksa. dah lah sume ending nya happy-ever-after even masa mula-mula kahwin masing-masing perang-dingin-sejuk-beku. fuh... tak pasal-pasal kepala otak aku jadi tak berapa centre, teringin pulak nak kena kahwin paksa.. ahaks. "oit kau tu muda remaja lagi, takyah menggatal-gatal nak kahwin." errkk.. nasib baik. tersedar sekejap dari lena. realiti kehidupan ni sememangnya tak sama langsung dengan cerita novel. kan?

Errr... buat pencinta novel sekalian, korang suka tak baca novel kahwin-kahwin paksa ni? aku suka... aku suka.. ahaks ahaks *mood menggedik*. so, setelah membuat saringan kali kelapan, akhirnya aku pun berjaya list kan lima buah novel bertemakan kahwin paksa yang aku rasakan best, berjaya menusuk kalbu tapi belum sampai ke jantung. sebab kalau tertusuk jantung boleh mati.. haha. errkk.. ok ok. jom kita tengok apa dia novel yang best sangat tu. come on bebeh~

1.  Tajuk :  aA+bB                 Penulis : Hlovate
     Penerbit : Jemari Seni   Harga : RM20.00
     Halaman : 495



Aku cilok baca novel adik lelaki aku ni. dia tak tau pun aku dah baca novel dia.. haha. shhh.. korang senyap-senyap sudah. adik aku takde kat rumah skang, dia kat UIA. tu yang sesuka hati aku je pinjam harta dia. aku kan kakak.. haha. sebenarnya, dah lama aku tau pasal novel Hlovate. al-maklum lah, ex-housemate aku masa kat asasi dulu memang pencinta Hlovate. cakap jelah nak novel Tunas, 5 Tahun 5 Bulan, sume dia ada. kan Izzati Isnaini? tapi dulu, tak pernah terdetik pulak kat hati ni nak pinjam novel aA+bB dia. lepas adik aku dah beli, barulah tangan ni gatal-gatal nak baca.

Novel ni mengisahkan doktor yang dipaksa kahwin dengan engineer. dua-dua classmate sejak sekolah menengah, dua-dua ada feeling towards each other, tapi dua-dua tunjuk keras kepala tak nak mengaku. disebabkan satu insiden masa form 5, Addin benci Benz selama tujuh tahun. last-last dorang kahwin jugak sebab nak tunaikan permintaan kembar Addin yang kritikal lepas accident. start dari housemate yang saling tak bertegur sapa, lama-lama dua-dua mengaku feeling masing-masing. and finally, happy ending tanpa kewujudan watak antagonis. yeah! the best part about this novel, bahasa dia sempoi dan santai. sesuai dengan jiwa remaja aku.. ahaks.

2.  Tajuk : 2x5                         Penulis : Areila Sahimi
     Penerbit : Kaki Novel       Harga : RM19.00
     Halaman : 498


Kisah Syakirin yang dipaksa kahwin dengan Zaim, jiran depan rumah sendiri ni memang kelakar. tak kering gusi kalau baca. si Syakirin tu memang lah ada feeling sikit dekat si Zaim masa zaman sekolah dulu, tapi benda tu dah lama kot. bila dah dewasa, feeling tu hilang lah sikit-sikit. errr.. even masih ada saki baki nya lagi. mula-mula memang tak aman rumah, bergaduh je kerja dorang ni. last-last, biasalah... cerita novel... gaduh-gaduh jadi sayang.. ahaks. tapi, watak Sofea, bekas tunang Zaim yang mengada-ngada tu memang menyakitkan hati. dia try nak ambik hati Zaim balik lepas beberapa tahun. nasib baik tetap happy ending.. ngee~

Lagi satu, gaya bahasa novel ni rock giler. ditambah pulak dengan watak Syakirin yang berjiwa brutal tu, menjadikan dialog nya sume rangup-rangup belaka. Areila Sahimi ni salah sorang peminat Hlovate, so sedikit sebanyak, dia cedok gaya bahasa Hlovate jugak. tak kisah lah... cedok ke, senduk ke, asal best aku layan je... hehe.


3.  Tajuk : Sepupuku Suamiku Penulis : Lynn Allyna
     Penerbit : Kaki Novel             Harga : RM19.00
     Halaman : 542


Mula-mula, aku tak tau pun penulis novel ni merupakan kakak kepada kawan aku sendiri masa kat asasi dulu. bila aku duk cerita kat dia pasal novel ni, barulah aku tau.. laa kakak dia ke Lynn Allyna tu. what a small world. lepas dah dapat tau pasal tu, perkara pertama terlintas kat fikiran ni... pandai pulak kakak dia buat cerita pasal kahwin paksa. hai ada pengalaman ke? haha.

Tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan, mestilah dia dipaksa kahwin dengan sepupu sendiri. tapi, yang ni lain sikit. si Nana tu memang ada feeling pun kat sepupu dia, si Hisyam. cuma, takde sape tau termasuk lah parents Nana sendiri. so, bila dipaksa kahwin, Nana happy jelah. ala-ala paksa rela gitu. Hisyam pulak baru lepas frust dengan tunang dia. alih-alih kena kahwin dengan sepupu sendiri. redah jelah. dorang tak gaduh-gaduh pun. baik je, sepupu kan. cuma adalah watak antagonis yang cuba nak musnahkan perkahwinan dorang. well... novel kan.

4. Tajuk : Cinta Kau & Aku   Penulis : Siti Rosmizah
    Penerbit : Buku Prima       Harga : RM19.90
    Halaman : 679


Novel yang ni, gaya bahasa dia lain sikit. penulis novel ni peguam. so, gaya bahasa dia bersifat matang lah. bukannya gila-gila macam tiga novel kat atas tu. tapi, masih lagi pasal kahwin paksa. Farisya dipaksa berkahwin dengan Farish sebab nak tunaikan permintaan mak Farisya yang sakit. Farish ni anak orang kaya, Farisya pulak anak orang kampung. ala-ala cinta antara dua darjat lah. si Farish ni memang sukakan Farisya. Farisya pulak hati batu, nak tunjuk keras kepala dia je. lama-lama timbul episod sayang-menyayang jugak. tapi, perkahwinan dorang berantakan bila ada watak jahat muncul. well... klise of a novel again.

Macam yang aku mention awal-awal tadi, Siti Rosmizah tu peguam. mungkin sebab tu lah dia ada banyak giler idea nak karang novel tebal-tebal kalau baling kat anjing pun boleh mati. sume novel dia best and top-seller. mak aku pun peminat setia novel Siti Rosmizah ni. sempat lah jumpa dia kat Kedai Buku Popular masa aku merewang dengan member-member kat Sunway Pyramid tahun lepas... hehe.

5.  Tajuk : Sepi Tanpa Cinta  Penulis : Damya Hanna
     Penerbit : Alaf 21                Harga : RM18.00
     Halaman : 496


Ni merupakan novel kedua tentang kahwin paksa, yang pernah aku baca. novel pertama, Bicara Hati, karya Damya Hanna jugak. dah lama dah aku baca ni, masa zaman tuk kaduk lagi. umur baru 12 tahun, dah pandai baca kisah kahwin paksa... ahaks. masa tu, memang femes lah novel-novel cinta Alaf 21 ni dalam kalangan member-member aku. tapi, seriously, skang ni aku dah tak baca novel Alaf 21 lagi. sebab gaya bahasa dia sangat matang dan teknik penceritaan dia pun berat. aku lebih suka cerita yang santai-santai macam karya Hlovate dan Areila Sahimi.

Kali ni, Fakrul dipaksa kahwin dengan Haziqah sebab nak tutup malu, lepas tunang Haziqah menghilangkan diri waktu hari pernikahan dorang dulu. mula-mula, memang lah Fakrul ni angin giler dengan Haziqah, yelah.. tak pasal-pasal kena kahwin paksa. bahasa dia tak pernah nya nak sopan. cakap pun tengking-tengking. lama-lama, sayang tu muncul jugak dalam hati. tapi, kakak tiri Haziqah, Melati memang tak senang duduk kalau tengok Haziqah happy. dia pun fitnah Haziqah sampai rumah tangga Haziqah dengan Fakrul hampir musnah. lastly, tetap happy ending. korang jangan risau, ending setiap novel konfem happy punya.. hehe.
...

Memandangkan aku senang sangat terpengaruh dengan kisah kahwin paksa versi novel yang endingnya mesti bahagia ni, aku pun pernah menyuarakan keinginan untuk di'kahwin paksa' kat member-member aku. end up, tak pasal-pasal dorang menyinga, "kau ingat hidup ni macam novel?". alorrhh... gurau-gurau je pun nak marah. tapi kalau betul pun, apa salahnya.. haha. bisik hati aku sambil tersengih tiga suku.




* bukan ke love after marriage tu lagi bermakna. korang rasa?

9 comments:

Lily said...

Sepi Tanpa Cinta memang besttttt gilaaaaa :)

kurakuraygslow said...

yup! seriously :)

syazaishahani said...

akak x tgok noraini ngan hanani agy....dorunk mmg gler baca novel...
yg a+ b+ tu dorunk sker gler....klu syza x minat la novel....baru baca satu mua surat dah ngantuk...

nanie fasiha said...

semua dah baca kecuali yg akhir tu sepi tanpa cinta :D Hlovate paling best <3

kurakuraygslow said...

@syaza : kalau camtu baca ensiklopedia jelah syaza..haha :D
@nanie : areila sahimi pun best jugak kan. bahasa dia gila2. ngee~

Nabila Ahmad Shah said...

wahhh, best lah post terbaru nii. sbb org pun minat al-kisah mcm ni gakk. haha sy bru je beli novel hlovate, gara2 theotherkhairul. blom bce lagi, xpi cam excited plak to read it. neways, nk recommend citer Adam & Hawa by Aisya Sofea. ni pun citer kawin paksa. bestt sgtt. bce lah klo ade free time ;)

kurakuraygslow said...

@nabila : wah semangat beli Hlovate sebab Mr.K.. haha. insyaAllah, kalau ada kesempatan akan baca Adam & Hawa. btw, baca lah novel Areila Sahimi jugak. sume novel dia best :)

zara maulira said...

saya teringinlah baca novel sepupuku suamiku, tapi saya di Aceh (indonesia)..:(
tak ada jual online ya novel nya?

kurakuraygslow said...

Zara Maulira : Mungkin boleh google web syarikat penerbitan novel Sepupuku Suamiku tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...