Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

21 January 2017

35 Tips & Tricks Backpacking to Korea

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Sebenarnya, aku dah post tips ni kat akaun Facebook aku *boleh klik sini*. The Vocket pun dah post tips aku kat website dorang. Tak salah kan aku nak post sekali lagi kat blog sendiri pulak? :P

***

* PUBLIC TRANSPORTATION

1. Medium pengangkutan utama kat Korea adalah train (subway). So, mesti download apps 'Subway' kat Google Playstore. Toksah susah-susah nak fahamkan route subway yang berselirat tu. Pakai je apps tu sepanjang kat Korea, insyaAllah tak sesat. Apps tu boleh guna offline.


Ni lah dia apps 'Subway' tersebut. Tanda biru bermaksud stop yang ada, tanda oren bermaksud transfer line.


2. Dah namanya naik subway, mestilah kadang-kala kena transfer/tukar line. Klik 'detail' kat apps tu, dia ada bagitau gerabak mana yang terdekat untuk transfer line. Kalau boleh cari gerabak tu, takde lah jauh sangat nak jalan semata-mata untuk transfer line.


 Fokus kat column merah tu. Gerabak terdekat untuk transfer line adalah 5 car 1 door.


 3-4 bermaksud 3 car 4 door. So, kalau nak cari 5 car 1 door, silalah cari 5-1. Senang kan.


3. Kos naik subway paling murah kalau nak dibandingkan dengan kos naik bas atau teksi. Tapi, kalau travel in a group of 4 dan jarak antara stesen cuma 1 atau 2 stesen, seelok-eloknya naik je teksi sebab tambang teksi 3,000 won bahagi 4 = 750 won seorang. Kalau naik subway, tambang permulaan 1,250 won seorang walaupun cuma satu stesen. Dah boleh jimat 500 won kat situ.

4. Tapi kalau nak naik teksi, pastikan naik teksi oren. Jangan naik teksi hitam sebab teksi tu mahal. Starting meter teksi kat Korea adalah 2,800 won. Kalau takut kena tipu, tanya awal-awal berapa tambang ke destinasi yang nak dituju. Kalau dia cakap ikut meter, should be okay.


 Starting meter untuk teksi adalah 2,800 won.

5. Tambang Airport Limousine Bus dari Incheon International Airport ke Myeongdong adalah 15,000 won. Sedangkan kalau naik subway (All-Stop Train) baru 4,150 won. Banyak beza tu. 


 Tambang Airport Limousine Bus adalah 15,000 won.


6. Sape yang tak banyak luggage, better naik All-Stop Train. Keburukan All-Stop Train adalah kemungkinan korang tak dapat seat kalau ramai sangat orang. Dan kena transfer line kat Seoul Station untuk ke Myeongdong. Kalau naik bas, dapat duduk dengan selesa dan tak perlu transfer line. 

7. Selain All-Stop Train, ada jugak Express Train (AREX). Beza dua train ni cumalah All-Stop Train banyak stop sedangkan AREX takde stop langsung. Direct je dari Incheon International Airport ke Seoul Station. Part lain takde beza sangat sebab AREX tetap kena transfer line kat Seoul Station. Tambang AREX lebih mahal iaitu 8,000 won. So, sape yang tak kejar masa dan nak jimat better naik All-Stop Train.


 Keadaan dalam subway. Makcik pakcik semua sibuk dengan gajet. Kihkih.


8. Sesetengah subway station kat Korea takde eskalator. So bersedialah untuk terkejut kalau kena usung luggage naik tangga. Lift ada tapi jauh dari pintu subway. Sebab tu lah sape yang banyak luggage better naik Airport Limousine Bus. Kena pilih antara jimat atau kudrat :)

9. Sebelum naik subway, better beli kad T-Money. Kad ni macam Touch&Go. Kalau nak beli tiket biasa boleh je. Tapi lebih senang pakai T-Money. Tak perlu beratur untuk beli tiket. Dan tambang guna T-Money 100 won lebih murah daripada tiket biasa. Cepat dan jimat kan.


 T-Money card


10. Boleh beli T-Money kat mana-mana convenience mart yang ada kat Korea. Contoh paling mudah, 7-Eleven, GS25 atau CU Mart. Kad ni kosong takde duit. So lepas beli kad kosong kenalah preload terus. Kalau beli T-Money kat airport, harganya 4,000 won. Kalau beli luar dari airport, 3,000 won. Preload minimum 20,000 won untuk 5 hari.


* ACCOMMODATION

11. Terpulang nak stay kat hotel, hostel, motel atau guesthouse. Yang membezakan depa ni semua hanya lah cost per night. Kalau nak jimat, better stay hostel, motel atau guesthouse. Hotel mahal.

12. Kos tempat tinggal ni semua berbeza ikut lokasi. Kalau stay kat Seoul lagi-lagi Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding stay kat Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat shopping, lagi lah mahal. Tapi bagi aku, worth it lah. Kalau pergi Seoul, aku suka stay kat Myeongdong. Sebab senang nak beli barang dan makan. Cuma cost per night lah yang sakit sikit. 30,000 won seorang. Sekali lagi, kena pilih antara jimat atau kemudahan :)


 Ni lah guesthouse feveret aku kat Myeongdong - Namsan Guesthouse. Macam-macam kemudahan ada.


13. Kos stay kat dorm lebih murah berbanding stay kat private room. Tapi, aku prefer stay kat private room. Dah pernah stay kat dorm masa travel ke Jeju dan Busan. Susah sikit bila stay kat dorm ni sebab guest lain bukan geng kita. Nak hu-ha dalam bilik pun tak dapat. HAHA. Certain dorm kena guna public toilet pulak tu. Public toilet dia selesa je, tak kotor pun. Tapi, susah sikit lah bagi perempuan muslim pada pandangan aku. So, kenalah pilih antara jimat atau keselesaan :)


* WIFI

14. Wifi free bersepah-sepah kat Korea. Certain subway station ada wifi free. Kebanyakan kedai ada wifi free. Convenience mart pun ada wifi free. Guesthouse jangan cakap. Dah lah wifi free, tahap LTE pulak tu. So, kalau tak nak sewa portable wifi pun takpe. Dah boleh jimat banyak kat situ.

15. Tapi kalau tak boleh survive langsung tanpa internet connection, boleh lah sewa portable wifi. Kebanyakan guesthouse ada buat rental service. Boleh lah terus upload gambar on the spot. Kihkih. Setakat dah 4 kali ke Korea, aku tak pernah lagi sewa portable wifi.


* PRAYER ROOM

16. Setakat yang aku tau, ada 3 surau/masjid kat Seoul. 1 kat Everland, 1 kat Nami Island dan 1 lagi kat Itaewon. So, kalau pergi 3 tourist attractions ni tak perlu risau pasal surau.

17. Baru-baru ni, Korea Tourism Organisation (KTO) ada buat surau kat building dia. So kalau nak solat, boleh stop kat Jonggak Station, Line 1, EXIT 5. Keluar dari #Exit tu jalan terus sampai nampak bangunan tulis K-Style Hub sebesar alam. Pergi tingkat 2 untuk cari surau. Tapi surau dia kecik je. Boleh muat 2 orang dalam satu masa.


 Ni dia bangunan KTO yang ada surau tu.


Surau kat KTO building :)


18. Tapi surau tu kat Seoul. Kat Busan dan Jeju masih lagi susah nak cari surau. Kat Busan ada 1 masjid iaitu Busan Al-Fatah Mosque. Kalau pergi Busan dan Jeju, kena pandai-pandai lah nak cari tempat solat.


* MEALS

19. Kebanyakan restoran kat Korea tak halal. Jadi jangan suka-suka hati main masuk je. Sebelum pergi, kena buat research dulu restoran mana yang halal, mana yang tak. Nah boleh baca kat sini list Muslim Friendly Korean Restaurants : 

20. Masalahnya makanan halal kat Korea sangat mahal kalau convert ke RM. Sape yang nak jimat, boleh bawak lauk segera Brahim siap-siap dari Malaysia. Then beli instant rice dan banana milk kat Korea untuk lunch atau dinner. Kebanyakan convenience mart kat Korea ada microwave untuk panaskan nasi tu. Harga instant rice berbeza ikut saiz. Paling murah 1,300 won. Banana milk 1,300 won per bottle.


 Coffee malt uyu, instant rice dan rendang ayam Brahim sebagai lunch.


21. Ada yang cakap kalau nak murah, boleh beli instant rice dan banana milk kat Lotte Mart. Beli banyak terus lebih murah berbanding beli satu-satu kat convenience mart. Masalahnya, nak bawak instant rice dan banana milk banyak-banyak naik subway agak leceh. So, sekali lagi kena pilih antara jimat atau kesenangan :)


 Banana uyu (banana milk). Selain banana flavour, ada jugak strawberry, melon dan coffee.


* SHOPPING

22. Kalau nak shopping skincare dan kosmetik, Myeongdong lah tempatnya. Ramai yang cakap skincare kat sini lebih murah berbanding kat Malaysia. Aku tak tau kebenarannya sebab tak pakai skincare tu semua. Hehe.

23. Kalau lalu depan kedai tu semua mesti promoter akan hulur facemask kat korang. Nak ambik facemask tu ada syarat iaitu korang kena masuk kedai dia. Alah pura-pura tengok-tengok sikit skincare yang ada pastu blah lah. HAHA. Tak pasal-pasal dapat facemask free. Sebab tu aku suka stay kat Myeongdong. Tiap-tiap malam secara purata boleh dapat 2-3 facemask free :P


 Hasil tangkapan kat Myeongdong. Semua dapat free. Kuikui.


24. Kalau nak shopping souvenir secara besar-besaran, better beli kat Namdaemun Market atau Migliore Mall (tingkat 6) kat Dongdaemun. Souvenir kat Myeongdong mahal. 

25. Bila nak tanya harga barang, try tanya dalam bahasa Korea walaupun tak pandai cakap Korea. First impression tu penting. Ahjussi/ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap bahasa dorang. Barulah depa murah hati sikit bagi diskaun.

26. Nak tanya how much - Ahjussi/ahjumma, olmayeyo? Pastu dorang akan bantai cakap Korea panjang-berjela sebab ingatkan korang pandai cakap Korea. HAHA. Pastu geleng-geleng sikit sebab tak faham, mintak tunjuk harga kat kalkulator.

27. Kalau nak mintak diskaun - Ahjussi/ahjumma, kaka juseyo. Sambil buat muka paling cute mintak pelempang. Kalau dorang tak bagi diskaun, puji sikit cakap dia hensem/cantik. Contoh - Ahjussi, neomu motjida / Ahjumma, neomu yeppoyo. PR beb.

28. Tapi orang Korea pantang kalau korang dah mintak diskaun tapi tak beli. So, pastikan korang dah decide nak beli baru mintak diskaun okay.

29. Kalau tengok penjual tu muda lagi, jangan lah bantai panggil dia ahjussi/ahjumma. Memang kirim salam lah nak dapat diskaun. Kalau penjual tu lelaki panggil oppa/hyung. Kalau perempuan panggil unni/nuna. 


 Duit-duit Korea yang menjadi idaman kalbu. Muahahahaha. Tapi rate Korean Won sekarang mahal gila. Nak nangis bila convert ke RM. Huhu.


* LOST IN KOREA

30. Kalau sesat atau tak tau jalan, jangan segan-silu tanya sape-sape yang wujud kat tempat tu. Korang cuma perlu sebut nama tempat tu je. Konfem depa akan tunjukkan direction yang sebenar. Kalau yang baik hati sangat siap bawak korang sampai kat entrance tempat tu lagi.

31. Tapi, nak mintak tolong pun agak-agak lah. Jangan pi mintak tolong kat orang yang kelam-kabut nak pi kerja atau sekolah. Kalau kita tengah rushing pun takkan tolong orang punya. Pastu sesuka hati nak cop depa sombong. 

32. Kalau dorang pun tak tau tempat tu kat mana, korang tanya je mana subway station yang terdekat - "Metro (subway), odiseyo?" Asalkan dah jumpa subway station, kira selamat lah tu. 

33. Kebiasaannya, yang muda-muda atau yang nampak student lebih pandai cakap English. Tapi, depa ni tak berapa rajin sangat nak tolong. Yang tua-tua pulak memang sepatah haram English pun tak reti. Tapi, semangat nak membantu dia tu memang superb. 

Ada sorang ahjussi ni siap call kan tempat yang aku nak pergi tu lagi, tanya bangunan dia kat mana. Then bawak aku sampai kat entrance. Pehhh terharu gila walaupun tahap curiga kat ahjussi tu dah sampai 7 petala langit. Jangan sesekali percaya 100% kat strangers walaupun muka dia nampak baik. Aku follow ahjussi tu pun jauh-jauh in case dia bawak pi tempat pelik sikit aku boleh cabut lari.

34. Okay tips yang last ni untuk yang first time ke Korea. Korang kena fill in 2 form masa dalam flight. 1 tu arrival card, 1 lagi declaration form. Arrival card kena isi sorang satu. Declaration form 1 group 1 form cukup.


 Declaration form and arrival card.


35. Arrival card kena bagi kat kaunter imigresen. Declaration form pulak bagi kat pak guard kat arrival gate. Seelok-eloknya isi dulu kedua-dua form ni awal-awal dalam flight. Jangan dah sampai imigresen baru sibuk nak isi. Queue kat imigresen tu panjang tak hengat.


Sekarang ni demam Song Joong Ki belum reda kat Korea. Ceruk mana semua ada gambar dia. Haha.


 Tak dapat jumpa Captain Yoo Si Jin secara live, jumpa Captain celup pun jadi lah. HAHA :P


Okay rasanya tu je kot tips & tricks ke Korea. Ni semua berdasarkan pengalaman aku je. Kihkih. Sorry lah kalau noob tapi memandai nak bagi tips.


 Dah 4 kali. Mungkin kah ada kali ke-5? Kihkihkih.


 Seoul - Nami Island - Taebaek - Busan - Jeju DONE. Daejeon, Daegu dengan Gwangju belum lagi nih.


08 January 2017

Wow! Dua Kali The Vocket Publish Artikel Aku

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello pencinta Korea dan pembenci Korea sekalian. Hihi~

Pada hari Rabu, 4 Januari 2017 yang lepas... aku dan Ziha pi merewang kat Berjaya Times Square. Masing-masing dok sibuk perabiskan duit gaji kerja part time. Haha. Pastu, sambil-sambil tunggu monorel... konfem lah kitorang online. Biasalah generasi anti-sosial. Dok mengadap henfon je 24 jam. Kahkah.

Pastu, tetiba kakak Ziha tag aku kat Facebook. Bila bukak notification, rupa-rupanya The Vocket publish artikel mengenai trip aku ke Descendants of the Sun (DOTS) filming site kat Korea!



OMG dramatik dan poyo nya tajuk artikel tersebut! HAHA :D


Sebenarnya, tajuk asal aku bukannya gitu. Aku ada post kat Facebook mengenai trip ni pada 30 Oktober 2016 yang lepas. Tajuk nya skema je. "Trip to Taebaek - Descendants of the Sun Filming Site (Earthquake Scene)".

Tak sangka pulak The Vocket bagi tajuk yang menggelikan seperti itu. Aku tengok pun nak termuntah. HAHA. Buat sesiapa yang teringin nak baca artikel asal kat Facebook aku, boleh klik sini :)

Tak lama lepas tu, Facebook Page Jeju Muslim Travel share post The Vocket tu~



Kahkah! Kelakarnya caption dia! Saya bukannya hebat, tapi obses dengan DOTS. LOL XD


Akhir sekali, Facebook Page Himpunan Cerita Lawak pulak share post tersebut~




Selari dengan jumlah 'like' yang banyak kat page Himpunan Cerita Lawak... komen-komen negatif mesti lah banyak jugak. HAHA!



Sesetengah orang suka berfikiran negatif all the time. So, cara terbaik untuk meneutralkan fikiran dia adalah dengan bagi jawapan yang educated sikit. Hihi.



Cerita ni memang takde kebaikan untuk negara kita pun. Dah kata label nya travel. Bukannya ekonomi atau politik. HAHA. Btw, DOTS bukan Kpop tau. DOTS tu K-Drama :)



Eh pernah lah viral. Mesti encik tak baca ni :)



Awak-awak semua ni nak jadi mahram saya ke? ;-)


***

Aku belum sempat update entri pasal trip ke DOTS filming site kat blog. Maklum lah, aku pi situ dalam #4thtriptokorea. Laaa ni entri #3rdtriptokorea pun belum habis lagi. Malaih nak update. Kehkeh.

Jadi, buat sesiapa yang nak pergi ke DOTS filming site dalam waktu terdekat, boleh lah study cara untuk ke situ melalui Facebook post aku :)




Siap buat video lagi! Gigih tak aku? HAHAHA :P


 ***
 
Lepas tu, pada hari Jumaat, 6 Januari 2017... The Vocket post artikel aku yang lain~




Aku post artikel ni kat Facebook pada 4 Disember 2016 yang lepas dengan tajuk "35 tips and tricks backpacking to Korea"

*boleh klik sini untuk original post*

Seperti biasa, mesti lah ada komen negatif jugak. HAHA!




Saya tak tau awak berdua ni baca ke tidak artikel tu sampai habis. Lain kali jangan baca tajuk je tau :)


Adakah aku perlu berterima kasih kat The Vocket sebab siarkan artikel aku walaupun aku tak dapat pape komisyen? HAHA!


***

Kesimpulan daripada cerita ini, bukan nya semua orang mempunyai minat yang sama. Tapi, kita kena lah hormat minat orang lain. Walaupun aku tak minat make-up, aku tak pernah hina orang yang berhabis duit untuk make-up. Dah tu minat dia, itu yang buat dia rasa happy... biarlah dia. Bukannya dia minta duit korang pun :)

Sama lah jugak macam aku. Aku tak minat benda lain selain daripada Korea. Dan aku tak pernah minta duit orang lain untuk travel ke Korea. Prinsip aku, kalau nakkan sesuatu... kenalah usaha. Sebab tu aku selalu simpan duit scholarship untuk travel. Lepas grad, aku kerja part time pulak. Bukannya duduk goyang kaki minta duit parents okay :)

Nasib baik aku belajar skil Personal and Professional Development (PPD) masa kat medical school dulu. Sekurang-kurangnya, boleh lah bagi reverse psychology sikit kat orang yang berfikiran negatif ni :)




***

Oh by the way, aku boleh jadi tour guide korang ke Korea sementara menunggu hospital placement for housemanship. Tapi, The Vocket dah post "35 tip travel ke Korea Selatan tanpa tour guide" lah pulak. Habislah takde orang nak jadikan aku tour guide depa. HAHAHA :P

Tapi, buat sesiapa yang tak berani nak travel ke Korea tanpa tour guide... mai lah pergi dengan cheq. Cheq janji bagi harga murah-murah ja ;-)










So, kalau berminat... jangan lupa whatsapp. Hihi :D


13 April 2013

Lelaki + Alat Muzik = Cool? Kekeke

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai para jejaka cool yang pandai bermain alat muzik serta para gadis yang meminati pemuzik sekalian. ihiks =P

Secara realitinya, terlalu banyak keadaan yang boleh menjadikan seseorang jejaka tu cool. betul.... selain daripada dorang ni nampak cool ketika bersukan dan bekerja, para jejaka jugak akan nampak sangat coooooool ketika bermain alat muzik. lagi-lagi gitar. hikhik =P

My Lee Jong-hyun =P


Errrr ok. mungkin aku je yang fikir macam tu. tak habis-habis si kurakuraygslow ni dengan ayat "lelaki nampak cool bila pandai main gitar kan". ahaks!

***

Well... selain daripada CN Blue yang talented gila dalam mencipta lagu sendiri serta coooool bersama alat muzik masing-masing, sekarang ni aku dah start kenal dengan satu lagi kumpulan dari Korea yang juga memiliki ciri-ciri yang sama dengan CN Blue iaitu pandai bermain alat muzik, pandai cipta lagu sendiri dan juga hensem. kekeke =P

CN Blue


Fine. maybe ada yang cakap, si kurakuraygslow ni duk bagi intro panjang-panjang. last-last cerita pasal Korea jugak kan. huh menyampah! =P

***

Oppps jangan marah-marah para pembenci Kpop sekalian. kali ni aku bukannya nak share pasal Kpop dance group mahupun Psy dengan MV barunya yang entah pape tu. tapi, aku nak memperkenalkan group baru dari Korea iaitu LUNAFLY. dorang ni merupakan acoustic group yang talented tak hengat! =D

Sebenarnya, group ni dah debut dari September tahun lepas lagi. tapi, aku baru start kenal group ni dalam minggu ni. tu pun sebab tertengok fans meeting Lunafly kat 8 E News 8TV. laa baru aku tau Lunafly ni pernah datang Malaysia rupanya. tak tau pun. mungkin sebab group ni tak femes lagi kot. tapi, ramai jugak peminat dorang ni kat Malaysia. dahsyat betul Malaysian Lukies (nama fan club Lunafly).



Dah tertengok Lunafly kat 8TV tu, rajin pulak lah jari aku ni search nama dorang kat YouTube. kot-kot lah lagu dorang best. kalau tak best, takkan lah boleh dikenali pulak kan. bila dah taip 'Lunafly' tu... terkeluar lah pulak MV How Nice Would It Be. apa kata korang try tengok MV ni~




Amacam? best kan lagu ni. first time aku dengar pun dah cair. lagu ni dorang cipta sendiri. memang talented habis. dah lah pandai main alat muzik. suara dorang pun boleh membuatkan aku terbuai-buai dalam mimpi... kehkehkeh =P

Tak silap aku, lagu How Nice Would It Be ni merupakan Korean Version daripada lagu English dorang iaitu Super Hero. tapi, lirik lagu tu memang diubah habis. bukannya direct translation.



aku lebih suka dengar lagu ni yang Korean Version, tapi lebih suka dengan lirik yang English Version. hihihi

***

Mula-mula aku tengok MV ni, ingatkan group ni ada sorang perempuan. sekali tu lelaki daaaaa. haha. rasanya Teo tu patut ubah style rambut dia lah. dah macam perempuan aku tengok -,-

Dari kiri : Yun, Teo, Sam
Yang kat tengah tu lelaki tau... bukan perempuan... kekeke

***

Aku tertarik kat Yun... hehehe. suara dia sedap. dan dia pandai main gitar. hee. sekali dapat tau dia lahir tahun 1994 daa. pangkat adik rupanya. punah harapan aku *bajet... muehehehe* =P

Sam tu pulak half Korean half British. merupakan leader dalam group ni. tapi sorry Sam. I tak minat sangat kat U walaupun U pun pandai main gitar. I minat Yun. hihi.

Dorang ada dua lagi official songs kalau tak silap. tapi aku tak dengar lagi lagu yang lain. cukup-cukup lah dengan lagu ni yang dah membuatkan aku addicted. kalau korang berminat nak baca profile dorang, boleh klik sini =)

***

Masa Lunafly datang Malaysia hari tu, dorang ada nyanyi lagu Dafi - Bila Terasa Rindu secara live~




Walaupun tak ingat sangat lirik, sebutan Bahasa Malaysia dorang sangat jelas. ditambah lagi dengan suara dorang yang lemak merdu disukai ramai tu. pehhhhh! mesmerizing~

***

Bagi sesiapa yang masih lagi confused dengan term Kpop, aku cuma nak bagitau... Kpop merujuk kepada dance group yang mempamerkan tarian bertenaga dorang dalam setiap persembahan. CN Blue tu bukan Kpop group. dorang adalah Korean Band yang memperjuangkan genre rock. Lunafly pulak merupakan acoustic group. SNSD... yes. dorang memang Kpop group =)

Muka SNSD tanpa make-up ^^

***

Eh apa tajuk entri aku tadi ye? dah ke laut pulak cerita pasal Lunafly. hehehe. so, aku cuma nak buat kesimpulan... lelaki yang pandai main alat muzik ni coooooool kan. macam Jong-hyun dan Yun. kekeke =P

Yun... hikhik =P


31 May 2012

Love Rain - Episod 20

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Love Rain lovers! akhirnya, Love Rain dah sampai ke penghujung nya. sedih laaaa... lepas ni dah tak dapat tengok Joon dan Ha Na lagi =(

Pape pun, aku tetap puas hati sebab Love Rain ni berakhir dengan happy ending. lastly, Joon dan Ha Na kahwin kot. wee~




So, sila lah menonton Love Rain buat kali terakhir. love YoonSuk couple so much! gonna miss this couple after this ^^













29 May 2012

Love Rain - Episod 19

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai Love Rain fans! sebenarnya, episod 19 ni baru je ditayangkan kat Korea semalam. tak sangka pulak cepat je dah ada orang subbed. suka suka! =D

Errr... memandangkan aku baru je download episod yang ni, so aku pun belum tengok lagi lah. korang sila lah tengok sendiri ye. Love Rain ni dah nak sampai ke penghujung nya dah pun. huhuhu =(




Malam ni merupakan episod terakhir Love Rain ditayangkan kat Korea. nanti bila dah ada yang subbed, aku akan update ok =)

***

Selain tu, esok iaitu 30 Mei 2012 merupakan birthday YoonA yang ke 22! tapi, kalau ikut umur kat Korea, YoonA akan masuk 23 tahun lah. aku pun tak tau kenapa umur kat Korea bertambah setahun daripada umur sebenar =.=




Nampaknya YoonA dah makin matang dan makin cun. ahaks! skill nyanyian dan lakonan YoonA pun semakin maju. suka suka! =D

Finally, YoonA eonni.... saeng il chukha hamnida ^^

***














Love Rain - Episod 18

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Love Rain lovers! episod 18 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 22 Mei 2012 yang lepas. yang tak best nya, mak Joon dah tau pasal hubungan Joon dan Ha Na. apa lagi! mengamuk lah perempuan psiko tu =.=

Hye Jung siap call Ha Na, suruh pergi rumah dia. then, dia pun marah Ha Na cukup-cukup dan mintak Ha Na putuskan hubungan dia dengan Joon. nasib baik Joon datang selamatkan Ha Na =)




Tapi, pastu.. Ha Na dapat tau yang mak dia hampir buta. huhu =(













Love Rain - Episod 17

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai Love Rain addicts! sedar tak sedar, tinggal 4 episod je lagi, pastu Love Rain pun sampai ke penghujung nya. huhuhu.

Episod 17 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 21 Mei 2012 yang lepas. yeay, akhirnya, Joon dan Ha Na dah buat keputusan untuk sambung balik relationship dorang yang sweet tu. siap pergi bercuti sama-sama lagi u olls. suka suka! =D




Akan tetapi, kat akhir episod ni, Joon dapat tau yang Yoon Hee hampir buta. tapi, Yoon Hee mintak Joon rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan Ha Na. aigoo~













Love Rain - Episod 16

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Ehem Love Rain fans! episod 16 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 15 Mei 2012 yang lepas. makin lama, makin best Love Rain ni tau =D

Dalam episod yang lepas, In Ha kan ragu-ragu nak teruskan perkahwinan dengan Yoon Hee atau pun tidak lepas dah tau yang Joon dan Ha Na tu ada feeling towards each other. so, korang rasa.... apa keputusan In Ha? 


A.  In Ha teruskan perkahwinan dengan Yoon Hee
B.  In Ha batalkan perkahwinan tersebut
C.  In Ha kahwin dengan Chang Mo yang dah jadi bujang terlajak tu *eh, gay ke apa? haha*


Sila hantarkan jawapan anda melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip LV<jarak>A/B/C ke nombor 12345. haha =D

***



Kat atas tu tadi aku merepek je. hehe. dalam episod kali ni, In Ha telah pun mengambil keputusan untuk batalkan perkahwinan dia dengan Yoon Hee demi Joon. Yoon Hee pun terfikir nak batalkan perkahwinan tu jugak memandangkan mata dia hampir buta. so, dia tak nak lah susahkan In Ha di kemudian hari.













Love Rain - Episod 15

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Love Rain lovers! sorry lah lama tak update pasal drama ni. sejak belakangan ni, jadual aku sangat padat dan aku sangat penat menonton Love Rain. ehem!

Ok lah. tak nak merepek panjang-panjang. dah lah lambat update kan. pastu pergi merepek pulak. ahaks! =P

Buat pengetahuan korang, episod 15 ni dah ditayangkan kat Korea pada 14 Mei 2012 yang lepas. dalam episod ni, In Ha dah tau dah yang Joon dengan Ha Na tu ada special relationship. so, In Ha pun jadi ragu-ragu sama ada dia patut teruskan perkahwinan dia dengan Yoon Hee atau pun tidak. 




Dalam masa yang sama, senior Ha Na, si Tae Sung tu, try nak adjust Ha Na balik. tapi, Ha Na tak nak layan sebab hati dia ada kat Joon je. haha. boooo Tae Sung =P













11 May 2012

Love Rain - Episod 14

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai korang! sorry lah lama tak update pasal Love Rain. walaupun episod 14 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 8 Mei 2012 yang lepas, sekarang aku baru nak update.

Kesibukan aku menonton Love Rain *ehem* telah menghalang niat aku untuk update blog. hahaha. relevan tak alasan ni? =P

Pape pun, terima kasih lah kat korang yang sentiasa support Blog Kura-Kura. jasa anda tidak mampu saya balas. jeongmal kamsahamnida =D

***

Kalau korang perasan, sejak belakangan ni aku asyik duk update pasal Love Rain je kan. mana pergi entri-entri aku yang lain? errr... tu maksudnya... aku malas nak buat entri lah kan. hahaha =D

Bukan apa, dalam Semester 2 ni, kesibukan aku lain macam sikit. otak aku dah penat fikir macam-macam hal, so tak mampu dah nak fikir idea lain untuk buat entri. alaaa... aku update pasal Love Rain pun ok jugak kan? kan kan kan? =P

Buat masa ni, aku akan update pasal Love Rain je dulu lah ye *bila ada masa free*. kang bila dah habis semester ni, insyaAllah aku akan update entri-entri lain pulak. so, stay tuned~

***



Oh ye. dalam episod ni, Hye Jung, mak Joon dah terserempak dengan Ha Na. dan dia dapat tau yang Ha Na tu anak Yoon Hee. memang habis lah Ha Na kena sembur. tu belum lagi kalau Hye Jung tau pasal hubungan Joon dengan Ha Na. aigoo~













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...