13 April 2013

Lelaki + Alat Muzik = Cool? Kekeke

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai para jejaka cool yang pandai bermain alat muzik serta para gadis yang meminati pemuzik sekalian. ihiks =P

Secara realitinya, terlalu banyak keadaan yang boleh menjadikan seseorang jejaka tu cool. betul.... selain daripada dorang ni nampak cool ketika bersukan dan bekerja, para jejaka jugak akan nampak sangat coooooool ketika bermain alat muzik. lagi-lagi gitar. hikhik =P

My Lee Jong-hyun =P


Errrr ok. mungkin aku je yang fikir macam tu. tak habis-habis si kurakuraygslow ni dengan ayat "lelaki nampak cool bila pandai main gitar kan". ahaks!

***

Well... selain daripada CN Blue yang talented gila dalam mencipta lagu sendiri serta coooool bersama alat muzik masing-masing, sekarang ni aku dah start kenal dengan satu lagi kumpulan dari Korea yang juga memiliki ciri-ciri yang sama dengan CN Blue iaitu pandai bermain alat muzik, pandai cipta lagu sendiri dan juga hensem. kekeke =P

CN Blue


Fine. maybe ada yang cakap, si kurakuraygslow ni duk bagi intro panjang-panjang. last-last cerita pasal Korea jugak kan. huh menyampah! =P

***

Oppps jangan marah-marah para pembenci Kpop sekalian. kali ni aku bukannya nak share pasal Kpop dance group mahupun Psy dengan MV barunya yang entah pape tu. tapi, aku nak memperkenalkan group baru dari Korea iaitu LUNAFLY. dorang ni merupakan acoustic group yang talented tak hengat! =D

Sebenarnya, group ni dah debut dari September tahun lepas lagi. tapi, aku baru start kenal group ni dalam minggu ni. tu pun sebab tertengok fans meeting Lunafly kat 8 E News 8TV. laa baru aku tau Lunafly ni pernah datang Malaysia rupanya. tak tau pun. mungkin sebab group ni tak femes lagi kot. tapi, ramai jugak peminat dorang ni kat Malaysia. dahsyat betul Malaysian Lukies (nama fan club Lunafly).



Dah tertengok Lunafly kat 8TV tu, rajin pulak lah jari aku ni search nama dorang kat YouTube. kot-kot lah lagu dorang best. kalau tak best, takkan lah boleh dikenali pulak kan. bila dah taip 'Lunafly' tu... terkeluar lah pulak MV How Nice Would It Be. apa kata korang try tengok MV ni~




Amacam? best kan lagu ni. first time aku dengar pun dah cair. lagu ni dorang cipta sendiri. memang talented habis. dah lah pandai main alat muzik. suara dorang pun boleh membuatkan aku terbuai-buai dalam mimpi... kehkehkeh =P

Tak silap aku, lagu How Nice Would It Be ni merupakan Korean Version daripada lagu English dorang iaitu Super Hero. tapi, lirik lagu tu memang diubah habis. bukannya direct translation.



aku lebih suka dengar lagu ni yang Korean Version, tapi lebih suka dengan lirik yang English Version. hihihi

***

Mula-mula aku tengok MV ni, ingatkan group ni ada sorang perempuan. sekali tu lelaki daaaaa. haha. rasanya Teo tu patut ubah style rambut dia lah. dah macam perempuan aku tengok -,-

Dari kiri : Yun, Teo, Sam
Yang kat tengah tu lelaki tau... bukan perempuan... kekeke

***

Aku tertarik kat Yun... hehehe. suara dia sedap. dan dia pandai main gitar. hee. sekali dapat tau dia lahir tahun 1994 daa. pangkat adik rupanya. punah harapan aku *bajet... muehehehe* =P

Sam tu pulak half Korean half British. merupakan leader dalam group ni. tapi sorry Sam. I tak minat sangat kat U walaupun U pun pandai main gitar. I minat Yun. hihi.

Dorang ada dua lagi official songs kalau tak silap. tapi aku tak dengar lagi lagu yang lain. cukup-cukup lah dengan lagu ni yang dah membuatkan aku addicted. kalau korang berminat nak baca profile dorang, boleh klik sini =)

***

Masa Lunafly datang Malaysia hari tu, dorang ada nyanyi lagu Dafi - Bila Terasa Rindu secara live~




Walaupun tak ingat sangat lirik, sebutan Bahasa Malaysia dorang sangat jelas. ditambah lagi dengan suara dorang yang lemak merdu disukai ramai tu. pehhhhh! mesmerizing~

***

Bagi sesiapa yang masih lagi confused dengan term Kpop, aku cuma nak bagitau... Kpop merujuk kepada dance group yang mempamerkan tarian bertenaga dorang dalam setiap persembahan. CN Blue tu bukan Kpop group. dorang adalah Korean Band yang memperjuangkan genre rock. Lunafly pulak merupakan acoustic group. SNSD... yes. dorang memang Kpop group =)

Muka SNSD tanpa make-up ^^

***

Eh apa tajuk entri aku tadi ye? dah ke laut pulak cerita pasal Lunafly. hehehe. so, aku cuma nak buat kesimpulan... lelaki yang pandai main alat muzik ni coooooool kan. macam Jong-hyun dan Yun. kekeke =P

Yun... hikhik =P


2 comments:

kreepykrunchy said...

labels menggedik memang sesuai dengan tajuk entry..:P

kurakuraygslow said...

Errrr kau baca ke? Hahaha malu siot *lari sorokkan muka dalam baldi*

Sebab tu labels dia menggedik. Kekeke :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...