07 April 2013

Setelah 2 tahun kurakuraygslow berjalan...

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers and followers! :D



Rasa macam kekok pulak bila nak menaip balik sebab dah lama tak tulis entri baru. hehe. diam tak diam, 5 April 2013 hari tu dah genap dua tahun rupanya blog Into The New World ni bernyawa. rasa macam baru je memandangkan sejak belakangan ni pun aku dah jarang update blog. hee~

Oleh itu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada readers and followers yang setia membaca blog ni walaupun aku dah jarang update entri yang aku sendiri rasakan best. kehkehkeh =P

Buat pembaca baru, aku nak ucapkan selamat datang ke blog yang tak seberapa ni. kalau korang nak baca cerita mengenai langkah pertama aku dalam ber'blogging', boleh lah klik entri ni =)

***



Dalam masa dua tahun ni jugak lah, aku masih lagi ber'blogging' dengan menggunakan identiti kurakuraygslow. tak perlu kot untuk aku memperkenalkan diri yang sebenar memandangkan aku ber'blogging' pun sebab minat. lagi-lagi minat kat SNSD. hihi. oh ye, kalau nak baca cerita mengenai identiti aku yang dah terbongkar, boleh klik entri ni =)

***

Mungkin ramai pembaca blog ni dapat tau akan kewujudan blog aku melalui blog The Other Khairul. so, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Mr. K not gay sebab masih lagi mengekalkan blog aku dalam blog lists dia. thanks a lot Mr. K. kalau dah kaya boleh lah belanja aku. kekeke =P

Walaupun dia tak kenal aku dan aku pun tak pernah jumpa dia, jasa dia terhadap dalam dunia blogging aku adalah sangat besar. tanpa dia, mungkin blog aku tak ramai pembaca pun sebab orang tak tau pun wujudnya blog ni. yelah. aku tak listkan blog ni kat FB aku pun. kawan-kawan satu batch pun tak tau aku ada blog. konon nak kekalkan identiti anonymous lettew. hihi. so, kalau nak tau macam mana blog aku boleh tersangkut kat blog lists Mr. K, boleh lah klik entri ni =)

***



Selain daripada blog ni, aku jugak ada blog lain yang 100% menceritakan mengenai Medic UKM. so, kalau lah ada dalam kalangan pembaca blog ni yang pada asalnya merupakan pembaca blog Medic UKM tu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak jugak. rajin-rajin lah baca blog ni selalu =)

Oh ye, mungkin ada antara korang yang berminat untuk baca blog Medic UKM tu, boleh lah klik entri ni =)

***

Secara keseluruhannya, alhamdulillah sepanjang perjalanan dua tahun blog Into The New World yang mana kurakuraygslow masih lagi mengekalkan identiti nya sebagai anonymous~


90, 410 pageviews (dan masih terus meningkat)

4,500 pageviews setiap bulan (secara purata)

264 followers (insha Allah akan meningkat lagi)

88 likes on Facebook (tapi kena tolak awal-awal 16 orang kenalan yang telah di 'invite' oleh aku..hehe)



dan~


91 subscribers on YouTube Channel

29, 983 video views


untuk kurakuraygslow YouTube Channel yang ditubuhkan sejak sebulan lebih yang lalu =)

***

So, buat readers and followers sekalian, korang boleh lah klik link ke Facebook Blog Kura-Kura dan jugak kurakuraygslow YouTube Channel yang ada kat sidebar belah kiri blog ni. terima kasih sekali lagi aku ucapkan. teruskan menyokong blog kurakuraygslow! ^^



p/s : minta maaf sebab aku dah disable right click memandangkan ada orang yang copy-paste entri dalam blog ni tanpa kebenaran aku. so, kalau korang nak bukak new tab, cuma perlu klik bebola yang ada kat tengah mouse tu je =)


....................................................................................................................

Buat para peminat SNSD, mungkin korang dah tau yang SNSD telah pun released short version of Beep Beep MV pada 5 April 2013 yang lepas. yup! ini merupakan lagu Jepun. kalau full version of MV ni dah released nanti, aku akan update ok. stay tuned SONE~




1 comment:

Cik Hazirah said...

annyonghaseyo! :)

http://cikangkasa.blogspot.com/2013/04/clearance-sale.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...