09 September 2012

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai peminat Kura-Kura. ahaks! =P



First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia blog ni, yang sanggup baca apa je entri yang aku update. walaupun kadang-kala entri tu entah pape. dan asyik-asyik SNSD je. hehe. 

Tambah terima kasih lagi kepada semua yang follow blog ni dan tak jemu-jemu tinggalkan komen. jasa anda semua amatlah saya hargai. hukhukhuk *tengah kesat air mata palsu*

Mungkin, ada antara korang yang baca blog ni dan kenal siapakah diri sebenar aku, di sebalik identiti kurakuraygslow tu. tapi, aku rasa lah... lebih ramai yang tak tau pun sape lah menatang kura-kura ni. dok kura-kura, kura-kura... macam takde menatang lain je kan. haha =D



***

Kenapa aku menggedik-gedik tak nak dedahkan siapa diri aku yang sebenar? sebenarnya, aku dah pernah jelaskan sebabnya dalam entri yang ni. tapi, takpelah... aku bagi perincian lagi sekali demi korang *bajet* =P

***

Aku suka menulis, aku suka mengarang, aku suka pikir idea entah pape. tapi, aku tak tau mana nak curahkan idea menarik aku tu. nak cite kat orang lain, takut orang naik menyampah. so, baik aku cite kat blog. kalau takde orang baca pun takpe. kalau ada orang baca lagi bagus =)

Tapi, aku mengharapkan, biarlah orang baca blog aku sebab penulisan aku. bukan sebab diri aku. korang paham tak? errr... kalau tak paham buat-buat je paham. ahaks!



Aku tak nak lah tepek URL blog ni kat profil FB sendiri. sebab konfem-konfem lah yang jadi friends kat FB tu kenalan aku. kalau aku letak URL blog kat FB, kemungkinan dorang akan klik link tu dan baca blog aku. aku tak nak orang menilai blog ni melalui penilaian terhadap diri aku sendiri. biarlah penilaian terhadap blog ni berdasarkan penulisan aku sepenuhnya.

Itulah yang aku maksudkan, biarlah orang baca blog ni sebab penulisan aku, bukan sebab diri aku. penilaian orang lain pada diri kita terlalu subjektif. so, aku tak nak lah penilaian dorang terhadap diri aku akan mempengaruhi pemikiran dorang untuk baca tulisan aku. well, setiap orang pandangan nya lain-lain kan =)

Sebab itu... aku menulis bukan kerna nama =)

***

Errrr... oklah. termelalut panjang pulak. sebenarnya, tujuan sebenar aku buat entri ni adalah untuk promote seseorang yang tetiba dapat tau aku ada blog. memang dasar stalker yang expert nak mampuih. hahaha =D



Manusia tu tak lain tak bukan, mantan Ketua Batch aku semester lepas, bakal Dr. Azrul Shahnazir bin Ab Rahman. (ambik kau! nama penuh aku bagi. muahahaha)

Aku tak sangka betul dia semangat gila stalk aku. tambah terkejut bila tetiba je dia panggil aku Kura-Kura bila terserempak kat fakulti. masa tu, memang rasa nak hempuk je si Azrul ni dengan batang penyapu. kahkahkah xD

Memandangkan kitorang dah tandatangan MoU (Memorandum of Understanding), tetiba aku terasa nak promote dia dalam blog dengan syarat dia tak bagitau sape-sape pun kewujudan blog aku ni.  Azrul.... baik tak aku? hakhakhak =D

Oppsss bersabar para gadis di luar sana. aku tau korang excited nak kenal sape lah gerangan empunya nama Azrul Shahnazir ni. so, aku dah sediakan gambar-gambar menarik yang boleh describe diri Azrul. enjoy bebeh! =)



First of all, dia ni Ketua Batch yang berkaliber. Azrul yang belah kanan. Belah kiri tu Lee Ming Wei, bestie dia =)



Tapi, kadang-kadang dia rasa diri dia terlalu cute untuk buat aksi macam tu. haha. (apsal aku rasa Zul lagi cute? =P)



Ilmu dunia dan akhirat kena lah seimbang... bak kata Azrul =D



Selain tu, dia ni rajin gila join macam-macam aktiviti ==''



Juga seorang yang patriotik. haha!



Mungkin.... dia sayang kawan-kawan dia kot. kot jelah. aku tak tau sangat. haha! (sape kawan kau tu Azrul? kenalkan lah kat aku =P)



Paling penting, aku tak tau bila birthday dia. yang aku tau, dia langsung tak share birthday cake ni dengan aku!


* Aku jugak nak ucapkan ribuan terima kasih kat kreepykrunchy sebab tak dedahkan kewujudan blog aku walaupun dia lah orang pertama yang tau aku ada blog. hehe. kau memang kawan terbaik! dah lah bagi hadiah aiskrim masa birthday aku hari tu. tahun depan bagi hadiah lagi ye. nak tauke aiskrim pulak. haha =D


10 comments:

azrul shahnazir said...

Hensemla dia tu. Nk kenal nk kenal!!!

kurakuraygslow said...

Kena tau dulu dia dah berpunya ke belum. Hahaha =D

kreepykrunchy said...

Nak tauke aiskrim?haha..

kreepykrunchy said...

Yella..azrul memang sayang kawan2 dia..yoona,aq nak hadiah balik..hahaha..

kurakuraygslow said...

Kau nak hadiah apa?

kreepykrunchy said...

Ko masak..haha..bleh?

kurakuraygslow said...

Haha boleh. Tapi setakat nasi goreng tomyam kaw2 boleh la. Nak masak lauk sedap2 sangat susah sikit sebab bahan2 masak kat rumah aku limited.

kreepykrunchy said...

Yeahhh..orait jek..haha..kecik tapak tangan,stadium titiwangsa saya tadahkan.

azrul shahnazir said...

Ahaks.:) ingt Ko da delete post ni.ada lg.:D

kurakuraygslow said...

Eh mana boleh delete. Post eksklusif ni pasal AJK Persiap =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...