02 June 2015

#2ndtriptokorea - Day 7 (Myeongdong - Incheon International Airport - KLIA2) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Sabtu - 21 Februari 2015

Hari ni dah kena balik ke Malaysia. huhu. kalau diikutkan otak yang mereng ni, nak je aku stay kat sini selama seminggu lagi. tapi, Isnin dah start posting baru. nak tak nak memang kena balik ke Malaysia, to be exact... balik ke HUKM untuk menghadapi muka groupmate yang baru dan ofkos supervisor baru. kalau tak balik, re-sit posting lah jawabnya.


Annyeong Myeongdong =(


Selepas subuh, dah tak tidur balik dah. luggage belum kemas lagi ni. malam tadi, balik je dari Myeongdong Shopping Street terus pengsan. jadi, marilah kita kemas luggage dengan pantas sebab pukul 10.00 pagi nak ke Myeongdong Shopping Street, then pukul 11.00 pagi dah kena check-out guesthouse sebab flight balik ke Malaysia pada pukul 4.25 petang.

Bab kemas luggage ni paling nervous sebenarnya. takut lebih muatan. kitorang ambik luggage 30 kg je untuk balik. dah lah 3 orang punya shopping macam hape je. souvenir untuk family dan kawan-kawan mau nya penuh satu lori. sekali, dua beg tarik pun tak muat nak isi hasil shopping kami. terpaksa mintak satu kotak kosong daripada guesthouse staff. haha. selepas duk punggah semua hasil shopping tu dalam luggage, kitorang bawak turun ke pantri guesthouse untuk timbang. nasib baik kat Namsan Guesthouse 4 ni ada weighing scale untuk beg =)

Timbang punya timbang, alhamdulillah 28.6 kg. nasib tak lebih 30 kg. kalau tak, tak tau nak tinggal kat mana souvenir tu semua. buat pengetahuan korang yang tak pernah naik flight, kalau beg kita lebih muatan kat airport... kena bayar 4 kali ganda tau harga lebihan muatan tersebut. berapa banyak kena bayar tu aku tak tau pulak sebab tak pernah lebih muatan. hihi.


Bila timbang kat airport pun 28.6 kg =)


Selepas itu, kami pun bersiap dan breakfast dalam bilik (nescafe 3in1 dan biskut je), kemudian terus turun ke pantri untuk pinjam payung guesthouse! kat luar tengah hujan. mungkin Seoul menangisi pemergian kami =P

Eh tapi ramai pulak guesthouse staff kat pantri hari ni. selalunya sorang je. so, molek lah jika kita bergambar dengan mereka sekarang. sebagai kenang-kenangan orang kata. ahaks!


OMG!!! hensemnya oppa tu!!! ziha memang langsung tak lepaskan peluang untuk berdiri sebelah oppa hensem tersebut -,-


Lagi hensem bila dia senyum kan? cair I... haha. oppa tu fluent English tau =)


Pabila dah habis merenung muka oppa yang hensem, meh lah kita ke Myeongdong Shopping Street buat kali terakhir dalam trip kali ini.


Dalam perjalanan nak ke Myeongdong Shopping Street, kitorang berhenti dulu kat 7-Eleven untuk membeli banana milk buat family tercinta kat Malaysia. tapi aku tak suka sangat banana milk. so, aku pun beli lah melon milk untuk diri sendiri


Bila dah sampai kat Myeongdong, kitorang cepat-cepat pergi ke outlet Converse demi mencari kasut cinderella buat girlfriend adik aku. tapi, outlet tu belum bukak lagi daaaaa! kitorang pun tanya kat Tourist Information staff yang ada kat situ, pukul bape kedai tersebut buka. jawapannya sangat mengecewakan kami sebab outlet Converse bukak pukul 11.00 pagi! huhu.

Rupa-rupanya, kebanyakan outlet kat Myeongdong hanya akan dibuka pada pukul 10.30 atau 11.00 pagi. so, kitorang pun pergi cari outlet Hot It sebab dia bukak pukul 10.30 pagi. pukul 11.00 nak kena check-out dah.


Gaya pria kesepian yang menunggu dalam kehujanan demi mencari kasut buat girlfriend nya di Malaysia


Aik lambat pulak outlet Hot It tu bukak. kitorang duk mengintai-ngintai je dari pintu kaca tersebut. kalau orang lain tengok, konfem ingat kitorang pencuri. haha.


 Bosan menunggu... kita selfie sikit buat kali terakhir


 Mula lah ziha berdrama swasta kat tengah-tengah Myeongdong


 Can't move on.jpg


Try to move on eventhough I can't.jpg


#dontsaysisternoumbrella


Aku dengan ziha beriya-iya menunggu kat depan outlet Hot It. sekali rupanya adik aku dah blah ke outlet Converse. dah berjaya membeli kasut dah pun. bila tanya balik, dia cakap dia merayu kat Converse staff tu sebab pukul 11.00 dah kena blah. pandai pulak kau merayu ye, dik!

Dah beli kasut, dah melawat Myeongdong Shopping Street buat kali terakhir, dah payung kan Baek Hyun *ahaks!*, jom lah kita blah dari Namsan Guesthouse 4. annyeong! will meet you again in the next trip. promise~


Dari LINE 4 Myeongdong Station (Oido bound), marilah kita ke Seoul Station. kat Seoul Station nanti, nak naik AREX untuk ke Incheon International Airport


Bertolak dari guesthouse dalam 11 lebih lah jugak. sampai kat Seoul Station dah dekat pukul 12. dah lah Seoul Station tu besar gila. dengan takde eskalator nya lagi. memang berlari lah kitorang kat situ sambil mengusung luggage demi mengejar AREX pukul 12.15 tengah hari.

Alhamdulillah. berjaya jugak beli tiket AREX kat kaunter dengan harga KRW8,000 (RM24) per person. kalau naik AREX pukul 12.15, sampai kat Incheon International Airport dalam pukul 1.00 petang. kemudian, kena check-in luggage dulu. katakan lah kitorang tertinggal AREX ni tadi, pukul 12.45 baru ada next train. konfem sampai kat airport pukul 1.30 petang. agak terkejar-kejar nak check-in nanti.

Sebenarnya, Namsan Guesthouse 4 ada menawarkan servis transport direct from guesthouse to airport dengan harga KRW65,000 (RM195) per ride. tapi, kitorang ni budget traveler. tak kisah terkejar-kejar sambil membawa beg yang berat, asalkan jimat. hihi =P

Selepas kitorang naik AREX, terus tarik nafas panjang-panjang dan berehat sepuas-puasnya selama 40 minit dalam train tu. akhirnya, sampai juga ke Incheon International Airport.


Dah check-in luggage. tinggal tunggu open gate je


Kemudian, kami pun pergi ke Lotteria yang ada kat depan kaunter check-in untuk beli shrimp burger. kebanyakan muslim traveler tak akan lepaskan peluang untuk rasa shrimp burger kat Lotteria sebab ianya digoreng menggunakan minyak sayuran. pastu dah namanya shrimp, konfem lah tak perlu sembelih =)


KRW4,700 ala carte (RM14) *terlupa nak ambil gambar sebelum makan. kiki*


Dah habis makan, kitorang pergi pulak ke 7-Eleven untuk refund T-Money card. cuma perlu bagi kad tu kat pekerja kaunter, cakap nak refund, then dia akan check balance, tolak service charge sebanyak 500 won, kemudian korang akan dapat duit baki bersama kad tersebut semula. boleh lah guna untuk next trip. tak perlu beli T-Money card lagi. dah lah satu kad KRW3,000 (RM9).

Punya lah leka uruskan macam-macam benda, sampai tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 lebih. rasanya kitorang kena cepat-cepat ke balai pelepasan ni. kang tak dapat naik flight, menangis!

Dah lah nak ke balai pelepasan kena naik train lagi (FREE). memang berkejar-kejaran betul kitorang dalam airport tu. rasanya hari ni kami asyik main kejar-kejar je. bangun pagi, terkejar-kejar nak kemas luggage. then, terkejar-kejar lagi kat Myeongdong. pastu terkejar-kejar AREX. then, terkejar-kejar flight. nak check imigresen lagi. itulah pentingnya time management ye adik-adik! ahaks! =P
 
Alhamdulillah. sempat jugak kitorang tiba kat balai pelepasan. nasib gate belum tutup. sampai-sampai je terus beratur nak masuk flight.


 Senyuman-dalam-kesedihan.jpg


 I'm waiting for you, #3rdtriptokorea!


 Seoul masih lagi menangisi pemergian kami =(


 Still can't move on.jpg


 I'm leaving you for real, Korea! =(


Okay dah betul-betul tinggalkan Korea


Magnificent view. subhanallah =)


***

Dalam pukul 10.00 malam waktu Malaysia, kami pun tiba di KLIA2. family jemput kat arrival hall, then balik ke rumah dan keesokan harinya balik ke HUKM pulak. miss you so much, Korea! huhuhu =(


***

Okay. habis sudah entri #2ndtriptokorea. kalau diizinkan Allah, next bucketlist is Busan and Jeju. hihi. *mood kumpul duit*

Kalau diikutkan, banyak lagi tempat aku nak pergi kat Seoul. tapi, 7 hari ternyata tak cukup untuk cover semua tempat yang ada dalam kepala otak aku ni. antara tempat yang aku nak pergi, tapi masa tak mengizinkan ialah~


* YG Building - sebab dia kat kawasan lain, bukannya kat Cheongdamdong macam four big entertainment companies yang lain
* Incheon Songdo Central Park - kawasan tempat tinggal Song triplets, Daehan Minguk Manse. kot-kot lah terjumpa Song triplets cycling kat kawasan tu. hihi. tapi, tempat ni jauh sangat. 2 jam dari Myeongdong
* Chanyeol's Dad Cafe and Chanyeol's Mum Restaurant - memandangkan aku ni peminat EXO, konfem lah aku nak pergi melawat pape tempat yang berkenaan dengan EXO. tapi, kedua-dua tempat ni tak sempat nak pergi berikutan time constraint
* Lotte World - indoor amusement park terbesar kat Korea. tapi, tiket masuk dia mahal sangat. takde duit! haha
* Demilitarized Zone (DMZ) - kawasan sempadan antara North Korea dan South Korea. perlukan sekurang-kurangnya setengah hari untuk ke sini. teringin nak tengok keadaan dua negara adik-beradik yang sampai sekarang masih tak sefahaman


Kalau aku buat open trip to Korea, korang nak follow tak? insyaAllah akan cover semua tempat yang aku dah pergi dalam #2ndtriptokorea termasuk tempat-tempat di atas. minimum 8 hari diperlukan lah untuk trip tersebut. kalau tak, tak sempat nak cover semua tempat uolllls =D




***

Oraittttt. asyik share tempat-tempat yang aku pergi je. tak share langsung pun pebenda souvenir yang sampai 30 kg tu. haha!

Memandangkan dah 2 kali ke Korea, jadi aku dah dapat gambaran mengenai harga barangan kat sana. so, aku nak bagi tips sikit dalam berbelanja. masa first trip dulu, aku tak banyak sangat shopping untuk diri sendiri. duk sibuk beli souvenir untuk orang lain je. huhu. so, kali ni aku nak shopping puas-puas untuk diri sendiri di samping membeli souvenir untuk orang lain =)

Secara asasnya, harga barang kat Korea mahal 3 kali ganda berbanding Malaysia. jadi, korang dah faham kan macam mana tercekik nya aku saat membeli souvenir untuk family dan rakan-taulan. haha! kalau kat Malaysia, t-shirt berharga RM10 tu dikira standard price. kat Korea, kebanyakan t-shirt dijual dengan harga KRW10,000 (ala-ala RM10). tapi, kalau convert ke duit Malaysia, KRW10,000 = RM30!!! mahal gila kan? so, aku nak share sikit... bagaimanakah cara aku membeli souvenir kat Korea ;-)


 Souvenir yang dibeli kat Migliore Mall di Dongdaemun

T-shirt I LOVE SEOUL tu berharga KRW7,000 (RM21). dalam first trip dulu, t-shirt macam tu dijual pada harga KRW10,000 kat Doota Mall. konfem lah kali ni lebih murah kan? so, aku terus je beli t-shirt ni. malas nak survey sangat sebab dah bawah KRW10,000 tu dah kira okay lah tu. aku perasan ada kedai kat Insadong dan Myeongdong yang jual t-shirt macam ni pada harga KRW6,000. tak kisah lah... dah beli. hihi.

Manakala t-shirt kelabu tu dijual pada harga KRW10,000 untuk 3 helai. bermaksud, RM10 sehelai. memang murah sangat kan berbanding t-shirt I LOVE SEOUL. kebanyakan kedai kat sekitar Seoul akan jual baju kelabu tu pada harga yang sama (kualiti kain dia kurang sikit berbanding t-shirt I LOVE SEOUL)

Fridge magnet tu pulak aku beli pada harga KRW6,000 (RM18) satu papan. ada 4 fridge magnet bermaksud RM4.50 per magnet. kalau tak silap aku, benda yang sama dijual kat Doota Mall pada harga KRW10,000. jadi, konfem korang dah faham betapa murahnya souvenir kat Migliore Mall ;-)

Nail clippers tu pulak berharga KRW7,000 (RM21) satu papan. ada 10 nail clippers untuk setiap papan menjadikan RM2.10 per nail clipper. souvenir yang sama dijual pada harga KRW10,000 kat tempat lain. jadi, pandai-pandai lah korang fikir masak-masak sebelum membeli.

Dalam first trip kat Doota Mall, setiap pembelian yang banyak... korang akan diberikan free gift berupa pen atau chopsticks set bergantung kat harga belian korang tu. kat Migliore Mall, owner kedai tu suruh kitorang pilih sendiri nak free gift yang mana. terus aku pilih fridge magnet of couple in hanbok tu. hehe. kalau owner kedai tak offer free gift, korang mintak je. untung-untung dia bagi =)

Selain daripada mencari souvenir yang murah, skill tawar-menawar pun perlu ada dalam diri korang. kalau tak silap aku, kebanyakan souvenir kat atas aku beli selepas puas tawar-menawar. rasanya harga asal dia lebih mahal kot. entah tak ingat dah. haha =P


 Big Bang merchandise yang dibeli kat Myeongdong

Ni merupakan birthday gift untuk adik perempuan aku yang merupakan peminat Big Bang. tumbler tu aku beli dengan harga KRW10,000 (RM30) manakala CD Tae Yang dibeli pada harga KRW16,500 (RM49.50). K-pop merchandise memang mahal. susah nak jumpa yang lebih murah daripada ni. so, sape-sape yang nak beli K-pop merchandise kat Korea, sediakan duit banyak-banyak ye. aku langsung takde beli K-pop merchandise untuk diri sendiri dalam trip kali ni sebab dah beli banyak dalam first trip =)


 Baju-baju yang dibeli kat Ewha Womans University, Dongdaemun dan Gangnam

Dah katanya motif trip kali ni nak shopping banyak-banyak untuk diri sendiri kan... ofkos lah sampai 4 baju aku rembat. haha! setiap baju berharga KRW10,000 (RM30). sama je dengan harga baju macam ni kat Malaysia. saja je nak beli ori from Korea. hiks! cuma spring coat tu je yang memang murah gila - KRW5,000 (RM15) sebab tengah sales. kebanyakan baju ni tak dapat tawar. sebab owner dia kata dah memang murah. ceyyyttt. cuba dia convert ke duit Malaysia sikit -,-


Snow globe yang dibeli kat Insadong

Snow globe ni dijual pada harga KRW13,000 kat Insadong. selepas tawar-menawar, aku beli pada harga KRW11,000 (RM33). dah kenapa bajet Yoo Rin dalam drama My Girl pulak si Kura-Kura ni? hihi. kalau rindu Korea, aku akan goncang snow globe ni dan tenung lelama. semoga kerinduan itu akan berkurang. ahaks! =P

***

Secara keseluruhan, jumlah perbelanjaan aku untuk 7 hari adalah~

1. KRW360,000 untuk penginapan, pengangkutan, entrance fees dan makan

2. KRW180,000 untuk shopping - KRW70,000 je untuk diri sendiri. baki lagi KRW110,000 untuk souvenir

Total =  KRW540,000

Sebelum ke Korea, korang kena pandai cari money changer yang memberikan keuntungan kat korang. aku dapat tukar KRW1,000 for RM3.25. so, KRW540,000 x 3.25 = RM1,755. ground budget campur shopping untuk 7 hari kat Korea dalam RM1,800 lah lebih kurang.

Jangan tanya pasal harga flight ticket. aku beli pada harga yang mahal (RM1,600) sebab winter season. huhu. kalau korang nak murah, kena beli masa promotion. tak pun tunggu summer season. boleh dapat flight ticket pada harga RM800 return. tapi, summer panas sikit lah. cepat berpeluh dan muka berminyak. haha =P

***

Okeh! rasanya itu saja yang dapat aku share dalam #2ndtriptokorea. sila lah klik link entri yang lain kat side bar belah kiri blog ni ye! =D




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Mungkinkah #3rdtriptokorea bakal menemukan ku dengan cinta sejati??? bhahahahaha =P


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea

11 comments:

Jari Manis said...

wahh..ada third trip eh..Busan - Jeju...bila tu? sis JM x sampai lagi Jeju..

patutlah minta sis habiskan citer Busan..rupanya...rupanya heee

kurakuraygslow said...

Hihi insyaAllah memang dah plan untuk ke Busan & Jeju. Tapi kena tunggu cuti dan ongkos nya dulu lah nampaknya. Hehe. Bila tu tak tau lagi. Haah sebab tulah mintak sis habiskan entri pasal Busan =P

Muhd Ismail said...

bestnye dpt pegi...

kurakuraygslow said...

Alhamdulillah rezeki :) sebenarnya ground budget ke Korea tak mahal sangat. Tiket flight yang mahal. Huhu

ziey sam said...

Wah, bestnye kak zati. Kalau ade peluang pegi sne pon teringin nak g restoren parents chanyeol. Ahaks 😉

kurakuraygslow said...

ziey sam: Memang best! Hehe. Peminat EXO jugak rupanya =D

Unknown said...

salam cik kura kura ������..saya tgh plan dgn my sister and friends nk g korea february/march next year..nk minta pendapat sikit boleh?? Sy teringin nk pegi theme park kat korea..but is it ok klu pergi time winter??

kurakuraygslow said...

Adibah Nur: Tak berapa pasti pasal tu. Kalau nak naik semua rides yg adventurous, better pergi indoor theme park (lotte world). Kalau dari segi view, better pergi outdoor theme park (everland) sebab park dia sangat besar. Cuma ada certain outdoor rides tutup masa winter.

Anonymous said...

Salam sis. Sy nak tahu untuk 7 hari pergi korea ni, sis jamak solat ke? sbb lebih dari 3 hari and distance sekitar seoul macam tak lebih 2 marhalah kan? Thanks -inano-

kurakuraygslow said...

Wassalam. Ada perdebatan mengenai isu rukhsah solat ni. 1st time sis pergi Seoul, sis ikut muslim travel agency. Then dia cakap boleh solat jamak-qasar for the 1st 3 days excluding the day of departure, then baki hari tu boleh solat jamak sahaja :) Harap membantu :)

Unknown said...

Hi bila nk pergi seoul lg ? I nk gi sana utk shopping je plss jom la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...