23 April 2015

#2ndtriptokorea - Day 4 (Insadong & Namdaemun Market) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Rabu - 18 Februari 2015

So, dari Bukchon Hanok Village, kami teruskan perjalanan ke Insadong =D

Insadong merupakan tempat shopping ala-ala Myeongdong. bagi aku lah... barangan kat Insadong lebih murah berbanding Myeongdong. pilihan souvenir dia pun lebih banyak. pape hal pun, terpulang kat cita rasa masing-masing kot. sape yang suka beli branded goods, akan pilih Myeongdong. sape yang suka cikai goods *macam aku*, akan prefer Insadong. hihi =P

Cara untuk pergi ke Insadong senang je sebab dia dekat dengan Samcheongdong. jadi kitorang cuma berpatah balik ke arah Anguk Station, yang mana itu lah subway station untuk ke Samcheongdong jugak. tapi, Samcheongdong tu kan luas. puas jugak lah kitorang melilau mencari kembali Anguk Station tersebut. hihi =D


Begini lah rupa orang yang sibuk mencari jalan yang benar. kiki =P


Penat. berhenti rehat jap


Kaki tak perlukan petrol untuk terus berjalan. hehe


Nasib baik cuaca sejuk. takde lah penat sangat sebab tak berpeluh =D


#the3zvacay memang pantang jumpa cermin cenggini


Kemudian, kami pun teruskan perjalanan demi mencari Anguk Station. katakan lah korang nak terus pergi ke Insadong tanpa singgah kat Samcheongdong dulu, korang cuma perlu berhenti kat Anguk Station (LINE 3), EXIT 6... jalan je terus dalam 100 meter, lepas tu belok kiri... lepas tu sampai lah kat Insadong!


Lepas je belok kiri, konfem akan nampak kedai beg ni. haaaa dah sampai kat Insadong lettew. beg yang dia jual semua KRW10,000 (RM30) tau.
beli jangan tak beli ^^


Masa kitorang sampai kat Insadong tu, ada orang tengah buat giant soap bubbles show.


 Ni baru bubbles biasa


 Haaa giant gila kawwww


Macam-macam bentuk ada


Dah habis tengok show dia tu, apa lagi... blah lah. tujuan utama ke Insadong sebab nak shopping. hihi =D


 View Insadong masa senja


 Banyak pilihan souvenir.
tapi tak semeriah Myeongdong dan Dongdaemun lah


Ziha dan adik aku je yang sibuk memborong souvenir kat Insadong. aku tak beli pape pun sebab dah beli semua souvenir kat Dongdaemun. kebanyakan kedai kat Insadong ni kecik-kecik dan sempit. so, kitorang pilih kedai yang takde customer sebab tak nak berhimpit.

Tapi, aku rasa kitorang ni bawak tuah lah. asalnya kedai tu kosong, lepas kitorang masuk je konfem ramai customer datang. sampai jadi susah nak pilih barang. haishhh! nasib baik dapat diskaun tau =D


 Eonni kedai ni cakap dia pernah pergi Pulau Pangkor =)


Dah habis memborong, kita teruskan perjalanan ronda-ronda Insadong. tengah syok berjalan, ada pulak yang tegur... "selamat datang... halal... halal". rupanya orang jual kkultarae. pebenda entah yang halal... halal tu. kitorang pun berhenti jap tengok.


Masa ni dia tengah sibuk terangkan pasal kkultarae. siap buat demonstration depan mata kitorang lagi


Kkultarae merupakan sejenis manisan yang diperbuat daripada madu dan gula. inti dia kacang. dia tarik panjang-panjang campuran madu dan gula tu sampai jadi string, then gulungkan dan letak inti kacang. lepas tu siapppp.


Haaa ginilah rupanya kkultarae tu. ada macam-macam perisa


Lepas dah membebel panjang-panjang pasal asal-usul kkultarae sambil buat demonstration tu, dorang pujuk lah pulak kitorang beli. padahal tak berminat nak beli pun, tapi kesian punya pasal... kitorang beli lah jugak. bajet banyak duit. dah lah mahal benda tu. KRW7,000 per box (RM21) kot! nak nangis keluarkan duit.


Satu kotak isi dia 10 je. tak sangka satu kkultarae bernilai RM2.10. haha. kitorang pilih perisa coklat


Lepas dah rompak duit aku, berani kau buat peace ye!


Selepas duit kami dirompak kat stall kkultarae, kami pun membuat keputusan untuk blah dari Insadong sebelum duit kami dirompak kat stall lain pulak. haha =P


 Bye Insadong!

***

Ziha cakap dia nak beli brooch untuk adik-beradik dia. tempat paling ideal untuk membeli brooch adalah kat Namdaemun Market. selain daripada brooch, ada jugak jual baju, beg, souvenir dan ginseng. keke =P

Tapi, esok kan Seollal. aku risau je takut Namdaemun Market tutup. sebab masa aku pergi tahun lepas, Namdaemun Market tutup waktu-waktu macam ni. memandangkan Namdaemun Market tu sebelah Myeongdong je, kitorang pun cuba nasib. kalau Namdaemun Market tutup, kita pergi lah merayap kat Myeongdong macam biasa. hihi =D


 Muka orang biasa merayap kat Korea memalam. keke =P


Cara untuk pergi ke Namdaemun Market adalah~


Dari LINE 3 Anguk Station (Ogeum bound), transfer kat Chungmuro Station dan tukar ke LINE 4 menuju ke Hoehyeon Station (Oido bound)


Keluar ikut EXIT 5 dan korang akan jumpa Namdaemun Market!


 Namdaemun Market ni ada banyak gate.
suka hati lah nak masuk ikut gate mana
(gambar ihsan Google)


Macam ni lah keadaan Namdaemun Market waktu-waktu biasa
(gambar ihsan Google)


Opening hours from 6.00 am to 9.00 pm. tutup setiap hari Ahad
(gambar ihsan Google)


Tapi, seperti yang sudah dijangkakan, Namdaemun Market tutup!!! gelap!!! tak meriah macam gambar kat atas tu. huhu =(

Punah lah harapan ziha nak cari brooch. yang bukak kedai jual ginseng je. hahaha. so, kitorang pun berjalan kaki untuk balik ke Myeongdong. dalam 10 minit je berjalan, then sampai lah kita kat Myeongdong Shopping Street. 

Nasib baik kat Myeongdong pun ada jual brooch. tapi mahal sikit lah. dan tak banyak pilihan. habis je shopping kita balik semula ke guesthouse untuk makan maggi. kemudian, tidurrrrrrr!

Day 5 - Cheongdamdong (JYP, Cube, FNC and SM Entertainment building). heeeee. to be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


1 comment:

across the horizon said...

nak ikut tapi duit takdak! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...