19 April 2015

SNSD Japanese Single - Catch Me If You Can #catchGG

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello SONE! dah lama aku tak update pasal SNSD kan. dah dorang takde released lagu baru lepas Mr. Mr. tahun lepas, aku nak update apa kan. eh sebenarnya SNSD ada satu MV lain tau selepas Mr. Mr iaitu Divine, yang mana lagu tu merupakan Japanese song. tapi, aku tak jumpa official MV dia. tak tau lah kenapa. so, tak dapat lah aku nak attach kat sini =(

Well... buat SONE sejati, mesti korang dah sedia maklum berita sedih yang telah membuatkan para SONE di seluruh dunia terkejut pada 30 September 2014 hari tu. SM Entertainment telah membuat kenyataan rasmi bahawa SNSD akan bergerak seramai 8 ahli sahaja selepas ni manakala Jessica akan meneruskan kerjaya fashion business dia secara solo.

Pelbagai reaksi diterima daripada statement mengejutkan tu. ada yang salahkan SM Entertainment, ada yang salahkan Jessica dan ada yang salahkan 8 orang ahli SNSD yang lain. aku rasa semua salah. entah lah... malas nak over-reacting. walaupun aku minat SNSD as 9-members-group, pape pun yang berlaku... aku tetap akan sokong SNSD as 8-members-group dengan harapan Jessica akan masuk dalam group tu semula.




***

Okay takmo sedih-sedih dah. so, jom lah kita teruskan ke topik yang sebenar =)

Dah lama sangat SNSD tak buat comeback kat Korea lepas Mr. Mr. pada Mac tahun lepas. akan tetapi, SNSD berjaya mengubat rindu para SONE pabila dorang release MV baru iaitu Catch Me If You Can pada 10 April 2015 yang lepas.




Ada dua MV version untuk lagu ni iaitu Korean dan Japanese Version. kedua-dua MV released secara serentak tapi SNSD cuma akan promote lagu ni kat Jepun. so, kita tetap akan rindukan SNSD... bila dorang nak comeback kat Korea ni. huhu =(


Catch Me If You Can (Korean Version)



Catch Me If You Can (Japanese Version)



Catch Me If You Can merupakan sebuah lagu yang berkonsepkan Electronic Dance Music (EDM) yang mana dorang lebih tumpukan perhatian kat dancing berbanding singing. jadi, kita boleh tengok kebanyakan vocal-line (Tae Yeon, Tiffany, Seo Hyun dan Sunny) tak dapat banyak part dalam lagu ni manakala dancing-line (Hyo Yeon, Yuri, Soo Young dan YoonA) amat menyerlah dalam MV terbaru SNSD ni =D

Ramai yang komen, lepas Jessica keluar tetiba dancing-line dapat banyak part pulak. haih macam-macam lah dorang ni. semua benda nak komen. haha!

Errrrr... ada tak construction workers HAWT macam ni in a real life??? nak jumpa sikit. kikiki =P

***

Dengar cerita, sebenarnya lagu ni dah lama record sejak Jessica masih dalam SNSD lagi. tapi, belum sempat dorang release lagu ni, Jessica dah keluar. jadi, SNSD terpaksa record semula lagu ni as 8-members-group. sebab tu lah masa yang diambil untuk SNSD release Catch Me If You Can terlampau panjang. buktinya... SM Entertainment dah pernah keluarkan video promotion #catchGG sejak Ogos 2014 lagi.




Sekarang... semuanya dah tinggal kenangan. huhu. walau apa pun yang berlaku, sebagai SONE sejati... aku harap SNSD akan terus utuh sebagai NO. 1 GIRLS' GROUP dan mampu bersatu sebagai 9-members-group semula. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...