18 April 2011

Pantun Melayu Warisan Bangsa, Pantun Nukilan Sang Kura-Kura

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Pantun... perkataan simple yang terdiri daripada 6 huruf sahaja tapi mempunyai makna yang mendalam dan sukar dikarang oleh orang-orang biasa (aku bukan orang biasa). pantun merupakan warisan turun temurun yang merupakan identiti masyarakat Melayu dalam menterjemahkan perasaan, pertanyaan mahupun pernyataan dalam gaya bahasa yang cukup indah serta puitis tanpa menyinggung hati mana-mana pihak. perghhh.. mantap seyh ayat aku. kalau bagi ucapan nak raih undi ni, konfem-konfem menang pilihan raya. haha. ehem.. perasan.

tu bukan aku

Ok ok, tinggalkan terus ayat skema di atas, back to my real side (yang giler+mereng)...

Actually you guys, entri aku ni cuma nak habaq mai pasal pantun. korang tau ke apa tu PANTUN? well, cuma orang Melayu je ade pantun. orang US, UK and Bangladesh mana ada pantun-pantun ni. so korang patut berbangga menjadi orang Melayu yang kaya dengan warisan berharga ni. eleh.. bajet. berharga berharga pun, korang tau ke karang pantun? aku tau, korang tak reti. so, aku cuma nak bagi panduan yang tak seberapa ni untuk mengarang pantun berdasarkan pengalaman aku sendiri. aku tak hebat. kalau hebat, dah lama menang pesta pantun peringkat kebangsaan. huhu.

sila sediakan pen mahal dengan kertas


Dah dah, teruskan tujuan sebenar kau.. tak payah merepek lagi....

* Dalam pantun 4 kerat (baris).. ada 2 baris pembayang dan 2 baris maksud.

1.  Pembayang

Pembayang terdiri daripada ayat-ayat indah dan puitis yang menggunakan unsur alam dan ragam manusia. cuma untuk jadikan pantun tu lebih gempak dan menarik. ala.. biar lah impression hakim and penonton kat korang terus jadi camni.. 'wallah, superb lah pantun dia". best kan kalau korang dengar.

Contoh pembayang:

Rupawan cantik si gadis ayu,
        Manis bersimpuh di tengah laman;

2.  Maksud

Maksud ni baru lah menerangkan tujuan sebenar korang berpantun. sama ada nak bertanya ke, mengatakan sesuatu ke, menyindir dengan cara yang sopan ke.. dan sebagainya.

Contoh maksud:

Warisan batik budaya Melayu,
        Masihkah utuh di arus zaman?

See... simple kan. cuma gabungkan 2 baris pembayang dan 2 baris maksud kat atas tu, dah jadi serangkap pantun 4 kerat yang perfect.

pantun ni tak best.. haha

* Ada 4 kriteria penting dalam mengarang pantun.

1.  Rima akhir

Ni kriteria WAJIB. Identiti pantun tu sendiri mestilah ada rima akhir dalam bentuk a-b-a-b. kalau tak jadi a-b-a-b, bukan pantun namanya.

2.  Rima tengah

Ni TAK WAJIB sangat.. (sesuka hati aku je keluarkan hukum). tak semua orang mampu buat rima tengah yang sama. tapi kalau mampu buat, barulah korang layak menang.

3.  Kaitan antara baris pembayang

Antara pembayang baris 1 dan baris 2, mesti ada kaitan. tak bolehlah buat baris 1 pasal pokok dan burung, tetiba baris 2 pasal pak mat pergi ke pekan. takde kaitan ok.

4.  Kaitan antara pembayang dan maksud

Bagi aku, ni memang agak susah. kebanyakan masa aku tak dapat pun nak cari kaitan antara dorang. agak lah, kena cipta pantun dalam masa 1 minit je. tak sempat kot. tapi kalau korang mampu buat, dah layak jadi johan kebangsaan (patutlah aku tak jadi johan) =.=

Now, it's time untuk tengok contoh pantun yang perfect...

Rupawan cantik si gadis ayu,
        Manis bersimpuh di tengah laman;
Warisan batik budaya Melayu,
        Masihkah utuh di arus zaman?

*  Sedap dibaca dan didengar tak pantun di atas? well, bila dah memenuhi 4 kriteria penting tu, konfem-konfem lah superb! cuba tengok rima tengah & akhir yang digaris. dalam bentuk a-b-a-b kan. then, tengok 2 baris pembayang, harmoni antara satu sama lain. tengok pulak ada kaitan ke pembayang dengan maksud? ada ada, kita tengah cita pasal gadis Melayu yang ayu (macam aku) tengah bersimpuh kat tengah halaman, dan maksud dia pulak cita pasal kain batik yang memang sinonim dipakai oleh gadis-gadis Melayu yang ayu (ok, aku tak ayu sebab tak pakai kain batik). akhirnya, siap dah serangkap pantun. tak susah kan? korang pun boleh buat.

mak cik ayu berkain batik

Ok ok, aku tak nak membebel panjang dah. cukuplah aku list kan kat bawah ni 4 rangkap pantun yang bertemakan Bahasa Melayu Bahasa Ibunda, yang aku karang masa form 4 dulu. check it out~

Sungguh ayu berseri sang puteri,
        Bersimpuh di anjung cantik berkebaya;
Bahasa Melayu bahasa pertiwi,
        Martabat disanjung tinggi nilainya.

Dipuput bayu meliuk si lalang,
        Pohonan cengal di tepi paya;
Bahasa Melayu bahasa pedagang,
        Sungguh terkenal seantero dunia.

Hinggap tekukur di pohon jati,
        Dahan bereksa singgahan tempua;
Enak mencampur muda dan mudi,
        Rosak bahasa hilang serinya.

Cantiknya baju kerongsang tersemat,
        Pakaian nak dara bertatah delima;
Bahasa Melayu bahasa berdaulat,
        Harus pelihara tugas bersama.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau rima akhir tu adakah perlu mengikut suku kata ? Contoh : mau - mau . Jika kita anggap rima akhir ini sama btul ke tidak ? Contoh: mau - bau . Mohon penjelasan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...