Assalamualaikum & annyeong haseyo...
Dah dua minggu result semester 1 keluar. topik paling hangat dekat page asasi bukan lagi pasal result, tapi berkenaan group baru untuk semester 2. apsal la dorang ni kalut sangat. rilek la, tak lari gunung dikejar (errr.. ada kena mengena ke peribahasa tu?). aku macam biasa, malas nak post pape kat wall asasi. cume jadi silent observer. kadang-kadang nak tergelak pun ada. dorang ni sesuka hati je post info-info yang tak diketahui kesahihan nya. pastu sibuk lah kalut semacam. tau lah tengah cuti semester, banyak sangat masa mencipta khabar angin.
Whooaa akhirnya, dah terjawab pun segala persoalan. group baru untuk semester 2 tak berubah. cuma group dalam lecture hall je bertukar. that's mean, dah takde lagi lecture group A, B, C and etc. sekarang sume dah bercampur. yes, akhirnya lecture hall aku ada satu group lelaki VS empat group perempuan yang bilangannya cuma 40 lelaki VS 160 perempuan. suck! lelaki memang dah pupus dekat universiti. semester 1 aku lagi sadis, takde group lelaki langsung dalam lecture hall!
takde kaitan pun
Tengah-tengah aku usha page asasi, ternampak lah pulak wall post sorang mamat poyo yang berbunyi ala-ala "kepada group E1, E2, F1, F2.. selamat berkenalan.. kita satu lecture hall nanti". eeeuuuu.. geli geleman siot! kejadahnya lelaki boleh post benda geli-geli camtu? aku pun dengan tak sengaja nya terkomen. and borak-borak lah jugak pasal lecture group baru ni. plus komen-komen dari orang lain jugak yang turut sama komen wall post dia yang eeeuuu tu.
Dia tanya group aku ada lelaki tak sebab group dia sume lelaki. aku cakap lah takde. tak sangka classmate aku boleh menyibuk, cakap yang group aku ada 2 lelaki. aku saja je, malas nak cakap ada lelaki sebab 38 orang is perempuan. takde effect langsung dengan 2 lelaki tu kan. and paling tak boleh blah ayat dia pastu which is.... "eeee.. kau tipu..." what??? hello, tak gentleman langsung lelaki cakap camtu ok. oooppps.. oh ya.. gentle=lembut. fine, he is a lembut guy.. hahaha.
Memandangkan aku sorang yang low profile plus pemalu humble.. ehem ehem.. aku pun add lah dia. tak nak lah komen banyak-banyak kat wall asasi, segan kot. kalau nak borak panjang, biar dekat page sendiri. after dia approve.. what?? dia ade buat status yang eeeuuu jugak. kali ni berbunyi "kepada girls E1, E2, F1, F2... aku dah cop seat tengah ketiga dari kanan row ketiga dekat lecture hall FF2 selama setahun.. and kalau dekat FSK, seat bla bla bla bla". serius mamat ni nak publisiti murahan.
uit... colourful seat?
Dan tanpa disangka-sangka, aku terkomen lagi status dia. dengan brutal nya aku cakap nak cabut je seat dia tu. and dia pun menggedik cakap aku vandalisme, nak report kat pusat asasi. ceyh! poyo je. pastu dah malas nak komen-komen lagi, offline.
* bersambung....
No comments:
Post a Comment